[Testimoni] Khalis dan Mealshake

Assalamualaikum W.B.T

Lamanya tak update blog. Tengah marathon untuk siapkan tempahan. Moga-moga menjelang bulan ini saya berjaya untuk siapkan kesemuanya. Ini betul-betul marathon speed superman ni. 

Khalis sejak dia stop makanan separa pepejal dan makan makanan harian ni, selera dia merudum dan sebabkan badan dia agak susut. dan tiap kali jumpa pun mesti orang kata anak saya kecil. Jujurnya memang badan Khalis kecil. Tapi hati ibu mana yang tahan bila setiap orang pun akan tegur Khalis sedemikian rupa. Setiap ibu tahu apa yang anak dia perlukan. Sihatkah dia sakit kah dia. Hati ibu tidak pernah menipu. 

Syukur Alhamdulillah. Khalis sukar untuk dapat sakit. Mudah-mudahan Khalis akan terus membesar dengan sihat dan cemerlang. Mungkin ini juga berkat susu ibu yang saya berikan. Ternyata setiap pengorbanan yang seorang ibu lakukan kerana Allah dan inginkan yang terbaik untuk anaknya. Akan dibalas  dengan setimpal :)

Saya nak kongsi tentang cara saya menyelesaikan masalah kurang selera Khalis. Alhamdulillah. masuk 3 minggu Khalis makan makanan tambahan ini. Nampak perubahan dari segi selera dia. Dia dah makan apa saje yang saya suap. Dan berhenti bila dia dah rasa kenyang . Apa dia yang saya berikan pada Khalis? Mealshake dari Shaklee. Mungkin ada yang dah kenal dan mungkin ada yang belum kenal kan. Saya makan supplement Shaklee sebagai makanan tambahan untuk breastfeeding journey. Jadi saya pun pilih supplement ini untuk Khalis berbanding jenama lain di pasaran. Kepercayaan pada satu-satu produk itu penting. Sebab saya kenal shaklee ni waktu umur saya 17 tahun lagi. Tapi masa itu masih diawal usiakan. Tidak tahu dengan lebih lanjut tentang kepentingan vitamin . Mak saya bekalkan pun, saya skip untuk makan. Menyesal pula rasanya. Padahal masa itu mak saya bekalkan vitamin untuk otak. Sebab saya belajar di Matrikulasi waktu itu.

Berbalik pada Mealshake. Saya berikan satu sudu teh sehari selepas dia bangun tidur. Campur dengan susu kegemaran Khalis. Perubahan yang buat saya tersenyum puas bila Khalis sudah pandai request nak makanan. Pandai request nak "shushu" sambil tunjuk pada kotak susu. Hati ibu mana yang tidak gembira, selama ini anaknya menolak makanan. Tapi sekarang meminta pula makanan. Makan pun dah beria. Berhenti bila dia rasa kenyang . Kalau dulu 3 mulut pun dah tolak tak nak. Tapi sekarang, habis sesenduk nasi. Tidak banyak perbezaan pada saiz badan dia setakat ini. Sebab Khalis ni memang ligat orang nya. Cuma isi lengannya lebih pejal berbanding dulu memang saya rasa isi dia tidak sepejal sekarang. Syukur dan sangat-sangat gembira melihat perubahan dia. 

Risaunya kalau budak kecil ni tak nak makan. Terutama dari segi pertumbuhan mental dan fizikal. Tapi doa saya tidak pernah putus supaya Khalis ada selera untuk makan. 

Meal Shakes
Bagi ibu-ibu yang mempunyai permasalahan anak tidak berselera makan . Saya sarankan cubalah Meal Shakes ini. Insyaallah dengan IzinNya. Ibu-ibu akan dapat tengok perubahan anak-anak :) Bukan sahaja kanak-kanak. Malahan remaja atau dewasa yang inginkan selera makan boleh cuba Meal Shake ini. Ia membantu untuk mencukupkan keperluan vitamin yang diperlukan seharian. Dengan cukupnya vitamin dalam badan. Secara tidak langsung badan kita akan bertindakbalas dengan baik.

Jika berminat. Email saya di : whiteymommy@yahoo.com .
untuk keterangan lanjut tentang harga dan sebagainya .

___________________________________________________________________________
Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________________________

Related Posts by Categories



4 Comment (s):

  1. produk ni mmg bagus lah kirenyer kan kak :)

    ReplyDelete
  2. Ibu berminat nak cuba..
    Aqil pon punya masalah yg sama..
    Susah nak makan..
    Insya'allah!!
    Nanti ai roger2 u yer bila nak order..
    Hik3!!!
    Pstttt!! Ibupun bleh mkn kan utk kasi berat skit bdn ni.. ;p
    Nak gumok sikit!! ;)

    ReplyDelete
  3. qma pun nak makan jugak..hehe..tp tak nk gemuk..nk maintain slim..mcm mna tu kak??boleh tak??hehe..

    ReplyDelete
  4. kami sekeluarga pun dah bertahun guna produk Shaklee.memang berkesan, Alhamdulillah and quite affordable.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

My artwork and design are copyrighted. Kindly contact me at whiteymommy@yahoo.com for pricing. You are not allowed to take any of my artwork and design without my permission!
Guest(s) Visitor(s)
All Whitey Mommy's artwork and design is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
All Business by Whitey Mommy™ is licensed under Whitey Mommy Enterprise [002005515-D]
 

Copyright © Whitey Mommy™ . Designed by Whitey Mommy