Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hari 1 (Juicy Fitz) Berat Permulaan 70.9 Kg

Assalamualaikum W.B.T

Hari pertama dengan Juicy Fitz, dinasihatkan sesiapa yang membaca tidak mengecam saya . Kata nak kurus tapi makan tak pantang pun. Sebab saya tak mau terlalu ketat untuk berdiet diawal-awal ini. Sebab tu saya gunakan Juicy Fitz sebagai jumpstart. Masih makan apa yang saya nak makan tetapi dalam kuantiti yang terkawal dan pada masa yang sama saya mengamalkan Intermittent Fasting juga.

In shaa allah 15 hari pertama ni saya tidak ketat kepada menu diet. 15 Hari yang kedua saya akan cuba untuk buat diet no sugar and no carbo diet pula.

So, hari pertama macam biasalah kan kena timbang dulu. so ini adalah berat permulaan saya.
Berat ni diambil sebelum saya makan dan minum diwaktu pagi.
Dibawah ini adalah update secara lengkap keadaan fizikal, aktiviti, pemakanan dan juga kesan sampingan yang saya rasa apabila ambil Juicy Fitz.

HARI PERTAMA :
Perubahan Fizikal
Berat : 70.9 kg
Ukur Lilit Pinggang: 35 Inch
Ukur Lilit Peha:36 inch
Ukur Lilit Lengan : 13 Inch
Ukur Lilit Punggung :41 inch

Aktiviti dan Pemakanan
Intermittent Fasting : 14 Jam
Senaman: Tiada
Menu Sarapan, Tengah Hari, Malam : Rujuk pada gambar dibawah
Berhenti Makan : 8pm
Jumlah Pengambilan Air : 2.4 Liter

Kesan Sampingan
Rasa Pening dan Loya: Tiada
Jantung Berdegup Kencang: Tiada
Kekerapan Pembuangan : 2 kali membuang
Rasa Dahaga yang Melampau : Tiada,
Potong Selera Makan :Tidak, selera macam biasa cuma cepat kenyang
Rasa Kenyang Cepat/Lama : Makan 30 minit sebelum makan, bila makan jadi cepat kenyang
Moody/Swing Mood:Tiada
Perut Memulas: Ada tetapi mild dan tidak ketara tapi nak membuang tu datang secara tiba-tiba . Kemungkinan angin banyak dalam badan kerana saya kerap kentut juga.
CARA NAK MAKAN JUICY FITZ


Juicy Fitz didatangkan dalam bentuk sachet yang mudah bawa ini, cuma perlu koyak dan makan . Sangat mudah, tak perlu nak bancuh, tak perlu nak shake. Ambil 2 Sachets sehari. 1 sachet pagi dan 1 Sachet malam

MENU HARI PERTAMA

Untuk buka intermittent  fasting (saya buat 14 jam sebab malam semalam cut off time untuk makan agak lambat sekitar pukul 10PM) saya makan untuk meal yang pertama saya adalah pada pukul 12PM
first meal
Ni first Meal, nasi + sambal bilis tempoyak petai + ulam bawang merah. Jangan tanya kenapa sebab saya makan ikut apa tekak nak makan. Alhamdulillah kenyang dan gembira.

Waktu Petang : Saya tak snap gambar tapi saya makan beberapa keping keledek dan goreng pisang goreng. Saya minum fresh milk juga.

Makan Malam : pukul 7.15PM
Makan Malam : Nasi + Sambal Tempoyak + Sawi Raja Merah Celur + Singgang Daging
Alhamdulillah kenyang.

Hari ni cut off time saya makan adalah pukul 8PM.. Jadi esok boleh buat 16 jam intermittent fasting.

Result untuk hasil timbangan hari pertama saya akan timbang di awal pagi esok dan akan update semula post ini ya.

0 Comment (s):

Post a Comment

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™