Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hari 2 (Juicy Fitz) Berat Badan 70.6 Kg

Assalamualaikum W.B.T

Update pada Hari Ke 2 dengan Juicy Fitz, semalam baru start makan, jadi hari ni kita check resultnya ya.
Macam biasa, pagi sebelum minum air saya timbang dulu dan ini beratnya :


Berat awal 70.9 kg, pagi ni timbang 70.6 kg, ikutkan tak de perubahan signifikant kan? hanya turun 300g, tapi saya try ukur inchloss dan hasilnya seperti dibawah :
Perubahan Fizikal
Berat : 70.9 kg | 70.6 kg
Ukur Lilit Pinggang: 35 Inch | 34 inch ( Hilang 1 inch)
Ukur Lilit Peha:36 inch | 36 inch 
Ukur Lilit Lengan : 13 Inch |12 Inch ( Hilang 1 inch)
Ukur Lilit Punggung :41 inch | 40 Inch ( Hilang 1 inch)
Badan terasa sedikit ringan, bermakna mulai esok rasanya macam kena cuba untuk skip nasi dah ni kan.  Tapi hari ni punya menu pun agak berat juga.

 Break intermittent Fasting pukul 12 PM tu saya makan seperti diatas, tak de lauk cuma sambal aje.
ulam tu lobak bulat merah dengan bawang. Tak tahu lah kenapa selera tu kampung sangat lately.

 Ini lobak merah bulat tu, rasa dia manis-manis pedas. Kena sangat lah bila makan dengan sambal tempoyak ikan bilis.


Minum Petang : ada orang bagi bomboloni donat, jadi saya balun juga sebab terliur hahahahah..

Makan Malam : lagi heavy sebab saya makan nasi + shell out. Tak sempat nak ambil gambar sebab masa makan tu dah tak ingat dah telefon kat mana.

==> selepas makan shell out saya terus ambil 1 sachet untuk dos malam punya..

Excited nak tengok esok turun berapa.. Kalau naik esok memang kena terus buat keto diet .. totally skip nasi + dan semua jenis makanan manis.

so ini aktiviti  dan pemakanan hari ni adalah seperti dibawah :

Aktiviti dan Pemakanan
Intermittent Fasting : 16 Jam
Senaman: Tiada
Berhenti Makan : 9.30pm
Jumlah Pengambilan Air : 3.0 Liter

Kesan Sampingan
Rasa Pening dan Loya: Tiada
Jantung Berdegup Kencang: Tiada
Kekerapan Pembuangan : 4 kali membuang
Rasa Dahaga yang Melampau : Tiada,
Potong Selera Makan :Tidak, selera macam biasa cuma cepat kenyang
Rasa Kenyang Cepat/Lama : Macam hari semalam, cepat kenyang
Moody/Swing Mood:Tiada
Perut Memulas: Ada tetapi mild dan tidak ketara tapi nak membuang tu datang secara tiba-tiba


Bagaimana rasa Juicy Fitz ni ya?
rasa dia masam manis, makan satu sachet rasa nak makan je sachet yang kedua..
serious rasa dia sedap SANGAT!!! dijamin tak kan mual tak kan loya tak rasa nak tutup hidung bagai..

Kita tunggu esok pula.. In shaa Allah 15 kg pasti turun bulan ni.. baru 2 hari perlahan-lahan nak adjust pola pemakanan...

0 Comment (s):

Post a Comment

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™