Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hari 3 (Juicy Fitz) Berat 68.7 Kg

Assalamualaikum W.B.T

Update Result Hari 2 dengan Juicy Fitz, makan masih ikut suka tak de istilah diet lagi.
malam tadi balun Shell out tak ingat dunia. Risau juga berat naik tetiba kan.
Pagi ni naik timbang dengan rasa seriau weh...
sekali bila tengok timbang 68.7kg... wahhh nak melompat keriangan gitu


Bawah ni perbandingan perubahan fizikal dari hari pertama dengan hari ke-3
Perubahan Fizikal
Berat : 70.9 kg | 68.7 kg (Hilang 2.2 Kg)
Ukur Lilit Pinggang: 35 Inch | 34 inch ( Hilang 1 inch)
Ukur Lilit Peha:36 inch | 36 inch
Ukur Lilit Lengan : 13 Inch |12 Inch ( Hilang 1 inch)
Ukur Lilit Punggung :41 inch | 40 Inch ( Hilang 1 inch)
Happy sungguh...ni setakat tak diet lagi ni.. saya duk minum Juicy Fitz ni je 2 sachet sehari.
sambil-sambil tu saya buat Intermittent Fasting (16:8)

Hari ni punya makan..
Makan berbuka untuk intermittent fasting: saya makan pukul 1:30PM sebab semalam stop makan pukul 9:30 PM kan ..

Kira Makan tengah hari : nasi putih + udang buttermilk + jagung.
(gambar tak de gambar.. ngap terus nasi masa tengah hari tadi)

Makan Malam : nasi + telur goreng sarang + danmuji (lobak putih jeruk)
rujuk gambar di bawah..

Hari ni rasa nak minum air kelapa tanpa gula juga. so saya minum sebiji kelapa juga


so ini aktiviti  dan pemakanan hari ni adalah seperti dibawah :

Aktiviti dan Pemakanan
Intermittent Fasting : 16 Jam
Senaman: Tiada
Berhenti Makan : 8:30 PM (jadi hari ke -4 saya kena makan pukul 12:30PM )
Jumlah Pengambilan Air : 3.0 Liter

Kesan Sampingan
Rasa Pening dan Loya: Tiada
Jantung Berdegup Kencang: Tiada
Kekerapan Pembuangan : 4 kali membuang
Rasa Dahaga yang Melampau : Tiada,
Potong Selera Makan :Tidak, selera macam biasa cuma cepat kenyang
Rasa Kenyang Cepat/Lama : Macam hari semalam, cepat kenyang
Moody/Swing Mood:Tiada
Perut Memulas: Ada tetapi mild dan tidak ketara tapi nak membuang tu datang secara tiba-tiba
Semangat sikit bila tengok kepala 7 dah bertukar kepala 6.. Jadi kita kena usaha lagi sampai tukar kepala 5 pula... In shaa Allah...

Juicy Fitz baru luak 6 paket.. berat turun sekitar 2.2 kg.. ok lah kan? buat semangat.. disebabkan saya tak jaga sangat dari segi pemakanan.. ikut bedal je.. jadi saya buat intermittent fasting dan juga kawal porsi makanan.. nasi tu kiranya saya ambil sekitar sesenduk setengah gitu..

Makan banyak juga ya?
ya.. sebab Juicy Fitz ni nak de potong selera makan pun.. rasa macam biasa ja.. cuma akan cepat kenyang dan sudah tentu akan cepat membuang..

Kesan Juicy Fitz ni anda akan rasa sekitar 3 jam selepas makan.. tak tunggu semalaman pun.. dia terus tunjuk kesan dia..

0 Comment (s):

Post a Comment

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™