Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hari 4 (Juicy Fitz) Berat 68.9 Kg

Assalamualaikum W.B.T Hari ke-4 dengan Juicy Fitz dan ini adalah result hari ke-3
berat naik dari semalam 200gram.. kirangnya tiada perubahan yang signifikant pun sebenarnya

kenapa ek? kenapa.. sebab.. memang badan saya macam ni sebelum nak period memang akan water retention sekitar seminggu. Berat akan jadi statik atau pun naik sekitar 1-2kg. Jika dalam tempoh nak period tu berat turun naik memang normal.

Apa saya boleh cakap. Juicy Fitz tak effect hormon saya secara langsung. Sebab keadaan badan saya masih sama dengan sebelum ni. I mean the nature of my body.

Ini yang terjadi pada diri saya, berbeza setiap individu. Pada hari Ke 3 berat saya 68.7 Kg


Inchloss juga tiada perubahan masih kurang 1 inch setiap bahagian dari hari yang ambil..

 Untuk pemakanan saya makan ni untuk berbuka intermittent fasting :

Kimchi stew + nasi putih. Ikutkan kalau nak diet saya memang tak boleh ambil karbo dengan gula sebab badan saya sejenis insulin resistance .

Tapi macam saya kata pada entry pertama. Saya nak jumpstart turun berat badan dengan gembira dahulu sebelum buat diet ketat. Cut off sugar.

Makan petang : saya tak makan apa-apa.

Makan Malam :
saya makan bihun tomyam + air longan + bubble milk tea + ais krim green tea (tonsil dah mula terasa sebab siangnya saya tersalah makan kimchi stew yang panas itu.

So kita tengok result hari ni esoknya ya.

Ini aktiviti  dan pemakanan hari ni adalah seperti dibawah :

Aktiviti dan Pemakanan
Intermittent Fasting : 16 Jam (Berbuka pukul 12.30 PM)
Senaman: Tiada
Berhenti Makan : 9.30pm
Jumlah Pengambilan Air Masak : 2.4 Liter

Kesan Sampingan
Rasa Pening dan Loya: Tiada
Jantung Berdegup Kencang: Tiada
Kekerapan Pembuangan : 4 kali membuang
Rasa Dahaga yang Melampau : Tiada,
Potong Selera Makan :Tidak, selera macam biasa cuma cepat kenyang
Rasa Kenyang Cepat/Lama : Macam hari semalam, cepat kenyang
Moody/Swing Mood:Tiada
Perut Memulas: Ada tetapi mild dan tidak ketara tapi nak membuang tu datang secara tiba-tiba
Result untuk Hari ke 4 ni saya akan update pada Hari Ke 5.. :) timbang selepas 1-2 jam bangun dari tidur.

0 Comment (s):

Post a Comment

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™