Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hari 5 ( Juicy Fitz) Berat 68.5kg

Assalamualaikum W.B.T

Update untuk result hari ke-4 .. berat timbang pagi-pagi 68.5 kg..

Hari ni tekak tak berapa nak sihat. Tonsil menyerang jadinya nak menelan pun perit. Mood pun agak kelaut tambah-tambah dah nak period ni lagi lah macam tak berapa nak stabil je
Baru perasan lepas ambil gambar ni saya pijak kat center penimbang, takut ralat saya timbang lagi sekali
dan hasilnya tetap sama. Maaf sebab gambar blur...

Dibawah ni perubahan hari pertama vs hari ke-5
Perubahan Fizikal
Berat : 70.9 kg | 68.5 kg (Hilang 2.4 Kg)
Ukur Lilit Pinggang: 35 Inch | 33 inch ( Hilang 2 inch)
Ukur Lilit Peha:36 inch | 34 inch  (Hilang 2 inch)
Ukur Lilit Lengan : 13 Inch |12 Inch ( Hilang 1 inch)
Ukur Lilit Punggung :41 inch | 39 Inch ( Hilang 2 inch)
Juicy fitz ni selain turunkan berat badan, yang paling ketara adalah akan kurangkan inci juga.

Aktiviti untuk hari ni :

Aktiviti dan Pemakanan
Intermittent Fasting : 16 Jam puasa  (berbuka 1.30PM)
Senaman: Tiada
Berhenti Makan : 9.30pm
Jumlah Pengambilan Air : 2.4 Liter

Kesan Sampingan
Rasa Pening dan Loya: Tiada
Jantung Berdegup Kencang: Tiada
Kekerapan Pembuangan : 4 kali membuang
Rasa Dahaga yang Melampau : Tiada,
Potong Selera Makan :Tidak, selera macam biasa cuma cepat kenyang
Rasa Kenyang Cepat/Lama : Macam hari semalam, cepat kenyang
Moody/Swing Mood:Tiada
Perut Memulas: Ada tetapi mild dan tidak ketara tapi nak membuang tu datang secara tiba-tiba
 Hari ni tak de mood nak ambil gambar sebab duk sakit tekak. jadi saya update bertulis aje ya.

Berbuka intermittent fasting (1.30PM)  : nasi + daging goreng + kacang buncis goreng
*ambil 1 sachet Juicy Fitz (saya tukar cara ikut sesedap rasa patutnya ambil 30 minit sebelum makan)

Makan  Petang : Roti Gardenia + Butter + Gula (2 keping)
*memang tak boleh nak jaga makan bila tonsil menyerang memang tekak ni rasa nak makan macam-macam

Makan Malam : Nasi + telur ikan goreng + sambal tempoyak + ulam lobak merah bulat
*Bagi melegakan sakit tekak saya ambil ais krim vanilla semangkuk kecil.

Itu sahaja update untuk hari ni... 

2 Comment (s):

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™