Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hari 6 (Juicy Fitz ( Berat 68.3 Kg)

Assalamualaikum W.B.T

Update result hari ke 6..

Berat 68.3kg

Perubahan Fizikal
Berat : 70.9 kg | 68.3 kg (Hilang 2.6 Kg)
Ukur Lilit Pinggang: 35 Inch | 33 inch ( Hilang 2 inch)
Ukur Lilit Peha:36 inch | 34 inch  (Hilang 2 inch)
Ukur Lilit Lengan : 13 Inch |12 Inch ( Hilang 1 inch)
Ukur Lilit Punggung :41 inch | 39 Inch ( Hilang 2 inch)

Masih dalam mood ke laut sebab tonsil masih tak selesa.. tekak rasa kesat bila telan air liur.


Berbuka intermittent fasting (16 jam) (Makan tengah hari -1.30PM) Nasi + telur ikan sambal + ulam terung siam.

Makan Petang (3.30PM) : nak legakan rasa rengsa tekak saya makan ais krim semangkuk kecil
[Makan 1 sachet Juicy Fitz]

Makan Malam (7PM) : Saya makan nasi + budu + tempoyak + ikan singgang + ikan goreng + ulam petai rebus. [Makan 1 sachet Juicy Fitz ]

Haaa.. mood tak best ni rasa nak makan macam tu.. selera kampung juga yang boleh nak kenyangkan perut dengan tekak tak selesa ni.
Maaf gambar tak de.. sebab tak sempat cari handphone terus ngap..
Aktiviti dan Pemakanan
Intermittent Fasting : 16 Jam puasa  (berbuka 1.30PM)
Senaman: Tiada
Berhenti Makan : 8.30pm
Jumlah Pengambilan Air : 2.4 Liter

Kesan Sampingan
Rasa Pening dan Loya: Tiada
Jantung Berdegup Kencang: Tiada
Kekerapan Pembuangan : 3 kali membuang
Rasa Dahaga yang Melampau : Tiada,
Potong Selera Makan :Tidak, selera macam biasa cuma cepat kenyang
Rasa Kenyang Cepat/Lama : Macam hari semalam, cepat kenyang
Moody/Swing Mood:Tiada
Perut Memulas: Ada tetapi mild dan tidak ketara tapi nak membuang tu datang secara tiba-tiba
 PENDAPAT PERIBADI SELEPAS 6 HARI AMBIL JUICY FITZ

Juicy Fitz ni perlu dirasai sendiri, sebab kita akan rasa perubahan. Badan lebih ringan, pembuangan lebih lawas.
perkara-perkara macam ni terlalu subjektif untuk ditunjuk sebagai result.

pendapat peribadi saya, Juicy Fitz tak effect hormon, bukan produk yang buatkan kita rasa tak nak makan langsung.
bukan produk yang buatkan kita kurang selera makan. Tapi Juicy Fitz ni bagi pembuangan kita lancar.

Melalui pembuangan kita boleh nampak dan bau sendiri apa yang ada dalam perut kita
bau najis tu tak payah cerita dan apa yang keluar tu kita sendiri nampak
lendir-lendir dan ada rasa berminyak juga. Ini tak kan saya nak ambil gambar tunjukkan?
mau muntah hijau semua pembaca nanti. Ha ha ha

Bagi yang nak jumpstart untuk turunkan berat badan nak bagi semangat nampak penurunan. Saya sarankan untuk
cuba Juicy Fitz dan rasai sendiri macam mana produk ni berfungsi.
Pemakanan dan senaman masih juga perlu dijaga cuma kadang-kadang tu kita ada juga nak makan
ikut selera tekak kita kan. Makanan cheat day tu kalau dibiar lama dalam badan nanti tak pasal-pasal
jadi lemak menimbun balik. Jadinya flush guna Juicy Fitz ni.

1 Comment (s):

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™