Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hari 7 (Juicy Fitz) Berat 68.3 Kg

Assalamualaikum W.B.T

update result untuk hari semalam..
hari ni berat saya statik dan sama macam semalam

Tiada sebarang perubahan dari semalam..
 

Apa yang saya makan hari ni adalah :

Tengah hari (berbuka intermittent fasting  1.30PM) saya buat 16 jam intermittent fasting.
saya makan nasi goreng ikan goreng kampung version..

Makan petang : Semangkuk ais krim coklat + vanilla (masih dalam keadaan sakit tekak lagi)

Makan Malam : saya makan nasi + burung puyuh goreng + telur burung masak sambal


Aktiviti dan Pemakanan
Intermittent Fasting : 16 Jam puasa  (berbuka 1.30PM)
Senaman: Tiada
Berhenti Makan :7.30pm
Jumlah Pengambilan Air : 2.4 Liter

Kesan Sampingan
Rasa Pening dan Loya: Tiada
Jantung Berdegup Kencang: Tiada
Kekerapan Pembuangan : 3 kali membuang
Rasa Dahaga yang Melampau : Tiada,
Potong Selera Makan :Tidak, selera macam biasa cuma cepat kenyang
Rasa Kenyang Cepat/Lama : Macam hari semalam, cepat kenyang
Moody/Swing Mood:Tiada
Perut Memulas: Ada tetapi mild dan tidak ketara tapi nak membuang tu datang secara tiba-tiba

* NOTA WHITEY MOMMY

Kenapa saya combine Juicy Fitz ni dengan intermittent fasting? tak yakin ke dengan produk ni?

Pertamanya bukan isu percaya atau tidak percaya...
saya dah kata diawal entry post .. Juicy Fitz ini saya gunakan selama sebulan sebagai jumpstart saya untuk turunkan berat badan. Bukan untuk bergantung dengan produk sepenuhnya tetapi Juicy Fitz ini saya gunakan untuk membantu saya sebab saya hadapi masalah sembelit dan pembuangan yang kurang lawas. Alhamdulillah selepas guna Juicy Fitz pembuangan saya lawas. Perut rasa lega dan badan ada juga rasa ringan lepas ambil Juicy Fitz.

Kenapa combine dengan intermittent fasting?
sebab intermittent fasting ni adalah salah satu cara untuk kurangkan makan. Disebabkan saya tidak menjaga pemakanan LAGI buat masa ini, jadi saya hadkan waktu makan supaya tidak makan dengan kerap . ASAS UNTUK TURUN BERAT BADAN adalah kalori deficit. Apa yang kita makan mesti kurang dari apa yang kita guna, baru berlaku penurunan berat badan. Saya tak ketatkan lagi dengan makro nutrient hanya fokus kepada pengambilan kalori walaupun ada masa ikut suka juga sebenarnya tapi at least saya buat baby step untuk mulakan balik healthy lifestyle.

Jangan lah panggil saya banin pengguna produk kurus.. Juicy Fitz ni bertindakbalas mengikut badan setiap individu ada yang sehari turun 3-5kg ada yang 200gram ada yang 500gram bergantung kepada keadaan badan masing-masing sebenarnya. Jadi tak salah pun nak cubakan mana tahu dalam sebulan dapat turun 12-15kg. At least ianya jadi jumpstart untuk saya bersemangat turunkan berat saya kepada berat idaman. Daripada tak ambil langsung naik timbangan asyik macam tu je kan..

Doakan saya supaya capai 50Kg ya.. :)


0 Comment (s):

Post a Comment

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™