Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Hari 8 (Juicy Fitz) Berat 68.2 Kg

Assalamualaikum W.B.T

Update hasil berat hari ke-7 : 68.2 kg

Masih tiada perubahan yang signifikant dengan hari semalam 


Berbuka Intermittent Fasting ( 17jam) : 12.30 PM (semalam stop makan 7.30PM
Saya makan : Nasi + telur puyuh masak sambal (lauk malam tadi)

Makan petang :  makan jajan Grain Mii ni.. sedap dan saya fikir sesuai untuk diet sebab kalorinya rendah.
Makan buah dokong, mata kucing.

Hari ni, tekak dah macam beransur ok dah.. bila menelan tidak rasa sakit macam semalam.

Makan Malam : nasi + ikan kerisi goreng + sayur kailan celur + budu+ tempoyak


Nasi dah start untuk ambil suku pinggan.. sedikit demi sedikit kita cuba ubah lifestyle.
Ya Allah.. semoga tetap istiqomah..
Pengalaman saya kalau berdiet bila drastik ubah.. saya akan cepat sangat nak cheat.. ni kita cheat hari-hari sambil slow-slow diet... hahahha

Aktiviti dan pemakanan hari ni :
Aktiviti dan Pemakanan
Intermittent Fasting : 17 Jam puasa  (berbuka 12.30PM)
Senaman: Tiada
Berhenti Makan :8.00pm
Jumlah Pengambilan Air : 2.4 Liter

Kesan Sampingan
Rasa Pening dan Loya: Tiada
Jantung Berdegup Kencang: Tiada
Kekerapan Pembuangan : 3 kali membuang
Rasa Dahaga yang Melampau : Tiada,
Potong Selera Makan :Tidak, selera macam biasa cuma cepat kenyang
Rasa Kenyang Cepat/Lama : Macam hari semalam, cepat kenyang
Moody/Swing Mood:Tiada
Perut Memulas: Ada tetapi mild dan tidak ketara tapi nak membuang tu datang secara tiba-tiba

 *NOTA WHITEY MOMMY

Sebenarnya perut saya dah beberapa hari rasa bloated dan tak selesa. Saya fikir ada 3 sebab : angin + gula berberlebihan + nak period.

Macam-macam bermain difikiran, tambah-tambah tengah tonsil , boleh juga sebab radang dan tidak selesa.

Hari ni sekitar waktu petang tadi, tetiba membuang angin + najis dengan luar biasa sekali. tak tergamak weh nak ambil gambar najis itu, jadi saya taip aje lah ya.

Najis hari ni boleh dikatakan tiada tapi yang banyaknya adalah lendir dan juga kentut yang super kuat serta kerap. Sampai malam pun masih juga kentut.

Alhamdulillah lepas tu perut rasa selesa sangat dan ringan. Tak bloated dah.
saat menaip ni hati ada rasa gembira sebab perut rasa selesa tak macam hari-hari sebelum ni...



0 Comment (s):

Post a Comment

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™