Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Juicy Fitz : Perjalanan Menurunkan Berat Badan Yang Susah Sangat Nak Turun

Assalamualaikum W.B.T

Nak update juga journey untuk weight loss sebab kali ni dapat peluang guna produk dari Juicy Fitz. So saya nak cuba sebagai jumpstart untuk turunkan berat badan.

Kenapa kena jumpstart bagai ni? sebab.. nak bagi semangat .. tengok testimoni Juicy Fitz ni memang mengancam habis .. Berat sehari boleh turun sampai 2-5kg tu..

Adakah diet tidak menjadi? Bukan tak menjadi tapi kalau macam berat saya sekarang (70 kg) rasa-rasa nak berdiet tu semangat tak? nak mula cut off sugar, nak cut off karbohidrat.. Weh.. dia punya sakit dan seksa nak widrawal semua tu bukan mudah tau.. Hanya yang berdiet aje faham.
Sebab tu saya kata nak jumpstart bagi turun 10-15kg.. Haaa masa tu nak makan sebarangan pun dah sayangkan tengok penimbang tambah-tambah bila semua baju lama dah boleh pakai balik.

Nak back semula ke saiz S/M sebab sekarang saiz XL .. dah nak macam ke XXL dah ni.. In shaa Allah esok saya update pula progress dan pengalaman saya mengamalkan Juicy Fitz ni. Saya juga akan update apa yang saya makan dan aktiviti apa yang saya buat.

Saya akan mengamalkan Juicy Fitz ini selama sebulan .. Jadi hari-hari saya akan update perjalanan menurunkan berat badan bersama Juicy Fitz.

Juicy Fitz didatangkan dengan 2 jenis pek : Pek Percubaan dan Pek Penuh.
Ini saya punya, bekalan untuk sebulan : sehari ambil 2 sachets
Target berat adalah 50 kg. Huwaaaa tak tahan dah membawa lebihan berat ni.. tak kira nak juga 50kg..

In shaa Allah perjalanan bermula esok : 01 Ogos 2019 (sempena bulan kelahiran saya)

 
Copyright © Whitey Mommy™