Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

[Pengumuman] Tempahan Ditutup

Assalamualaikum W.B.T :)
Dah lama saya nak tutup tempahan ..
tapi tidak pernah terjadi lagi...selama setahun lebih mendesign..:)
Sebab sebelum ni tak pernah rasa pun list sepanjang sekarang..:)
ada 10-11 orang on waiting list..
bila kurang 2, bertambah 3, kurang 1 bertambah 2.
Jadi saya rasa list tu tak pernah kurang..:)

Saya buat keputusan untuk tutup tempahan buat sementara waktu..:)
Untuk mereka yang sudah menghantar email dan bertanya tentang cara nak order, harga dan sebagainya..
Jika masih berminat dan konfirm untuk order..
anda boleh email @ YM kepada saya untuk sebarang confirmation order...
order anda masih diterima...
saya hanya tutup kepada sebarang pertanyaan baru :)

Banner Emergency yang simple..:p
Alasan saya menutup tempahan blog design untuk sementara waktu ini.
1. Saya nak clear semua yang ada dalam waiting list..

2. Selepas clearkan semua yang ada dalam waiting list..saya nak buat rombakan besar-besaran untuk blog design sendiri..:) dah lama planning untuk template baru...tapi...disebabkan ada tanggungjawab lain yang utama iaitu mendesign blog klien. blog sendiri saya letak dalam waiting list yang paling bawah..:)
Saya juga nak kemaskinikan terma dan syarat [mungkin akan dibuat dalam dwi-bahasa], Format untuk tempahan [supaya klien lebih mudah untuk memberi kriteria yang dikehendaki dan saya mudah memahami apa kehendak klien], dan menyedia beberapa dokumen untuk urusan jual beli klien..:)
Insyaallah... harap saya dapat lakukan... kerana semua benda nak kena buat satu sistem dan standard.

3. Saya nak jadualkan balik jadual harian saya termasuk Khalis.. disebabkan Khalis dan meningkat usia 2 tahun..saya perlu luangkan masa untuk mengajar dia..:) Silibus home school dia pun belum buat lagi... jadi harap lepas list dah clear saya akan lebih tenang untuk rangka balik jadual harian...:)

4. Saya akan limitkan beberapa blog design untuk sebulan... supaya waiting list saya tidak terlalu panjang... dan saya tidak stress untuk siapkan design2..:) Biasanya kalau tengok waiting list panjang2 stress woo..;p . Jadi..belum design lagi otak dah rasa letih... kalau boleh tak mahu la macam tu kan...
nak hasilkan produk yang berkualiti Idea pun kena berkualiti juga..:) Insyaallah...

5. Saya tak nak buat tempahan2 dengan tergopoh gapah.. Insyaallah... setiap blog akan siap dalam masa 1-3 hari...[ untuk proses draft, redesign, confirmation, dan Installation.


:) Klien yang belum mendapat draft dan yang belum menerima sebarang email progress daripada saya..:) saya harap anda bersabar..:)
Insyaallah saya akan sediakan secepat mungkin...

[Kongsi] : Nama-nama Allah dan Hikmahnya

Assalamualaikum W.B.T.

berbalas komen di FB dengan sahabat maya saya. Kak Honey...:)

tergerak hati untuk google dan share tentang Nama-nama Allah..:)
yang saya mula disiplinkan diri untuk menjadikan sebagai zikir harian..:)
saya petik komen kak Honey tentang sabda Rasulullah S.A.W
"Rasulullah s.a.w bersabda ” Banyakkanlah olehmu menyebut Allah di segenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak ada yang banyak melepaskan hamba drp bencana di dunia dan di akhirat drp menyebut Allah (berzikir)."


1. Allah
 "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
 "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah. 
 
5. Al-Quddus - Maha Suci
 "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. As-Salam - Maha Penyelamat
"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. Al-'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
"Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
 "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
"Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13. Al-Bari' - Maha Perancang
"Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
"Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
 
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
"Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. Al-Fattah - Maha Pembuka
"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. Al-'Aalim - Maha Mengetahui
"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.


21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
"Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
"Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. Al-Khafid - Maha Penghina
"Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi
"Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
"Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
"Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. As-Sami' - Maha Mendengar
"Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.


28. Al-Basir - Maha Melihat
"Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


29. Al-Hakam - Maha Menghukum
"Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. Al-'Adl - Maha Adil
"Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. Al-Latif - Maha Halusi
"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.


32. Al-Khabir - Maha Waspada
"Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. Al-Halim - Maha Penyantun
"Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. Al-'Azim - Maha Agong
"Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
"Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
"Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
"Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. Al-Kabir - Maha Besar

 "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
 "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
"Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
"Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. Aj-Jalil - Maha Luhur
"Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. Al-Karim - Maha Mulia
"Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
"Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
"Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. Al-Wasi' - Maha Luas Pemberian-Nya
 "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
 "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. Al-Wadud - Maha Pencinta
"Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. Al-Majid - Maha Mulia
"Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan
 "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. Al-Haqq - Maha Benar
"Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53. Al-Wakil - Maha Berserah
"Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
"Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
"Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


56. Al-Waliyy - Maha Melindungi
"Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.


57. Al-Hamid - Maha Terpuji
"Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.


58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
"Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.


59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
"Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. Al-Mu'id - Maha Mengembalikan
"Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
"Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. Al-Mumit - Maha Mematikan
"Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. Al-Hayy - Maha Hidup
"Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
"Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.


65. Al-Wajid - Maha Menemukan
"Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. Al-Majid - Maha Mulia
"Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. Al-Wahid - Maha Esa
"Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. As-Samad - Maha Diminta
"Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. Al-Qadir - Maha Kuasa
"Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
"Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
"Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
"Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
"Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
 
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
"Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
"Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak
1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
"Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
"Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini


78. Al-Muta'ali - Maha Suci/Tinggi
"Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
"Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
"Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
"Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. Al-'Afuww - Maha Pemaaf
"Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
"Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
"Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
"Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
"Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan
"Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
"Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
"Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. Al-Mani' - Maha Membela/Menolak
"Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
"Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. An-Nafi' - Maha Pemberi Manfaat
"Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
"Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
"Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.


95. Al-Badi' - Maha Indah/Tiada Bandingan
"Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96. Al-Baqi - Maha Kekal
"Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
"Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak
500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
"Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. As-Sabur - Maha Penyabar
"Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu kepada Nabi Muhammad, para sahabat, Ibu bapa dan keluarga. Samada yang masih hidup ataupun meninggal dunia...
(al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
  1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
  6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Wassalam

Sumber : ) Saya ambil dari blog akk ini. dan saya susun balik..:)

[Personal]: Terkenang :)

Zaman kanak-kanak memang indah kan?

Pagi ni tetiba terkenang zaman kanak-kanak.. Refresh semua kenangan Indah..
Masa kanak-kanak saya tidak seindah orang lain. tapi saya saya ni riang ria.
Rutin harian saya lepas balik sekolah main...main dan main..
macam2 mainan.
Setiap hari ada je yang nak dirancang untuk bermain.

Paling saya suka mandi sungai..:p
memancing dan tangkap ikan.
Jangan tak percaya. itulah saya.:)
Mandi sungai dari pukul 2 sampai pukul 6 pun ada.
main2 air sungai.
Memancing pun seronok.
Saya dengan Kawan waktu kecil saya.. panggil Yuyu.
Yuyu ni sepupu mak saya..
tapi umur dia baya saya je... jadi kami kamcing sangat2.
buat kerja baik pun sama2.. buat kerja kurang baik pun sama2..:)

Kalau bergaduh kekadang sampai seminggu tak bercakap..
memang boring giler..
kalau nak tengok saya lekat kat rumah...
time saya bergaduh dengan dia..
masa tu ada la saya kat rumah..
kalau tak..
lepas balik sekolah. makan tengah hari..
memang tak nampak batang hidung la sampai ke petang.

Kalau dilihat balik kan..
memang dari dulu lagi saya suka bawak diri dan di anggap berdikari la..
sebab mak kerja..
memang tak jaga saya 24 jam...:)
Mungkin tabiat saya daripada kecik tu buatkan saya besar ni menjadi seorang yang tahan dengan dugaan . Walaupun terkadang rasa berat nak tanggung :)
Memang setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Saya dengan Yuyu suka cari buah hutan :)
jambu hutan sedap sangat2..:)
buah nipah..
umur baru 8, 9 tahun waktu tu..
tapi saya memang dah biasa main2 kat tepi sungai ni
cari buah nipah untuk dimakan.
serius! sesape yang pernah makan buah nipah ni mesti tahu la kesedapan rasanya...:)
rasa macam kelapa muda je...tapi lain sikit..:)

Kalau setandan tu..kami balun 2 orang je sampai habis...
bab2 membelah buat kerja Yuyu..:)
saya tukang makan...
Best kan...
Dia kawan baik saya. walaupun dia tak sekolah tinggi. even tak habis sekolah pun...tapi..
dia sangat2 memahami..
saya dah lost contact dengan dia...sebab HP lama dah rosak..
no telefon semua ada dalam tu..
kalau tak..
saya dah telefon dia...:) rasa macam nak telefon sekarang...;p

Time nak raya...
Kalau nak raya memang meriah...
kalau esok nya nak raya.
Kami mula la mencari "Beluru" [kalau orang kelantan kenal la.. saya pun tak tahu nak sebut bahasa melayunya apa. ingat loghat kelantan je]
Beluru ni gunanya untuk mandi. bila kita gosok badan..daki2 semua hilang..
kulit jadi putih dan berseri gitu..:) betul..
Nak raya kan... mesti la nak berseri :)
Hari2 biasa... saya dengan yuyu mandi kat telaga . kekadang sabun kekadang tak sabun..;p
Kami dua orang memang survive sendiri masa tu..
Jadi sudah tentu la berdaki juga badan kan...
jadi time nak raya tu la..
nak kasi clear semua..
kuikui...
Kami biasanya mandi pakai Beluru, limau purut dan juga sabut kelapa untuk gosok badan..
Sabut tu ambil yang baru orang kupas kelapa ya... sebab bersih lagi..:)
Masa mandi tu... semua tempat la gosok...
Kalau tempat yang tak sampai macam belakang ...
Masing2 gosong untuk each other..:)

Lepas mandi macam tu.. segar rasa badan.. dan kulit lebih putih daripada biasa..;p
dan nak raya juga..
kami tak kan lupa untuk pakai inai..:)
Masa kecik2 memang dah set dalam kepala...
kalau nak raya mesti pakai inai..:)
Yuyu la tumbuk...saya pakai je..:)
pastu seharian cuti dari bermain..;p sebab pakai inai..

Kalau pakai inai waktu siang..mesti berkurung la dalam rumah..
sebab makcik2 kat kampung kata..
kalau pakai inai..jangan bagi ayam tengok.. nanti tak merah... kwang2..
apa punya kaitan pun tak tahu...
tapi dah namanya budak2 kan.. ikut aje la kita ni..
Kalau pakai dalam pukul 2, pukul 6 dah buka :)
kalau tak merah..
malam nanti pakai lagi..:) kekadang sampai jadi merah yang amat pekat baru puas hati..
pastu duk banding la inai sape lagi merah..;p
pernah juga gaduh pasal inai sape paling merah ni..
Tapi sebab sok tu dah raya.
Baik semua la...
sebab dah konpem kena berbaikkan...
hari raya..
nak pergi jalan2 kutip duit raya..kalau tak de geng mana best..;p

Mainan pulak..kami main benda yang ada disekeliling je..
tak de beli toys2 ni..:)
Main lompat getah...
[biasanya kumpul duit dua orang pergi beli getah gelang untuk sambung2 buat tali getah ]
Main teng teng...
[main ramai2 memang seronok..:)]
Congkak...:)
congkak kami mudah sangat2..
gali lubang kecik2 kat tanah. ikut bilangan papan congkak tu..
pastu dia punya biji congkak.
kami tak guna guli..:)
kami guna biji getah..
jadi sebelum bermain congkak.
kami pergi cari biji getah dulu..
cari yang baru2 yang masih shining2 tu...baru la ada semangat nak main congkak.
siap kira nak seratus biji..
bawa plastik . Sorang kena kutip 50 biji..

Huhu seronok sangat2..:)
Disitu secara tak langsung memang saya belajar tentang hidup..:)

Tapi setiap hari pun main je la kerjanya..:)
Paling best kalau tangkap ikan, memancing...:)

Kalau nak huraikan terlalu banyak..
tapi satu lagi yang saya rasa perbezaan sangat2 ketara..
dari segi masa..
dulu rasa macam hari2 yang dilalui..lambat sangat nak bergerak masa..
tapi..
sekarang terasa cepat...:)

Kenangan hanya boleh di ingati...dan mustahil untuk diulang..:)

[Portfolio]: Blog Design Order by Anis Yuhanis

Assalamualaikum W.B.T. :)

Akhirnya...siap upload untuk portfolio ke-3 malam ni..
cukup la dulu ..:)
esok pulak..;p [kalau ada mood]

Banyak lagi ni tak upload..


Blog design order by Kak Anis..:)
Seorang tauke Mas..:) jadi sesiapa yang berminat untuk membuat pelaburan Emas..boleh la singgah ke blog dia...dan contact dia...:)
Insyaallah Kak anis bagi penerangan yang details..
masa saya tengah Install blog dia hari tu...ada juga terbaca tentang plan2 nya..
Insyaallah suatu hari nanti..
Jika ada rezeki yang lebih...nak juga buat pelaburan Emas..
ya la..Emas ni...harga dia tidak pernah jatuh...malah makin meningkat dari semasa ke semasa..
memang kalau nak buat pelaburan memang menguntungkan... :)

Full Template
Kak Yuhanis mahukan tema Blink2 Ala2 template yang saya design untuk Dilakochan..
nak tema sama...pink dan juga gold..:)
yang menggambarkan beliau membuat bisnes untuk jual beli emas ni..:)

Dan Doll sebagai penghias blog header..:)
Disebabkan tajuk blog Kak Anis adalah CERITA CINTA by ANIS..
jadi... mesti lah ada dekorasi juga letak love2 kan..:)
diamond2 pun saya letak bentuk love gitu..:)
Item

Item untuk Kak Anis saya adaptasi daripada blog design beliau...:)
Cuma ada dua extra untuk dealer badge..:)
Prudential dan juga GCP badge..
Kak anis minta saya design untuk nampak lebih kemas...:)

Alhamdulillah...Kak Anis suka..:)
Terima kasih Kak Anis..:)
kerana sudi menempah blog design dengan Sha...:)
Semoga Kak Anis terus sukses dan berjaya mencapai impian yang diinginkan..:) Amin...

Berminat nak tahu Pasal Jual beli Emas..:)
Moh... ke blog CERITA CINTA by Anis..:)

[Portfolio]: Blog Design Order by Rahmah Ram

Assalamualaikum W.B.T :)

Blog design kedua untuk malam ini...:)

Order daripada Kak Rahmah untuk blog personal dia..:)

Kak Rahmah adalah seorang ibu yang bekerjaya...:) mempunya 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan..:)
Sangat mudah juga untuk berurusan dengan beliau...
sentiasa memahami..
alhamdulillah...:)
Full Template
Kak Rahmah mahukan tema ruang tamu untuk melambangkan keluarga bahagia gitu..:)
dengan warna baby blue dan baby pink...sebagai main color..:)

Doll Kak Rahmah sekeluarga menjadi penghias kepada blog design...:)

Kak Ram nak 3 column blog design...dengan sidebar dua2 belah kanan..:)
jarang2 saya buat blog design dengan column macam ni...:)
Alhamdulillah..
sekali sekala ada kelainan kan..:)

Item

Watermark dengan doll sekeluarga dan juga signature yang simple dengan love sikit...:)






blinkie untuk Kak Rahmah...saya buat simple animated...dengan Doll kelip2..:)

Alhamdulillah... Kak Rahmah suka..:)

Terima kasih buat Kak Rahmah..kerana sudi menempah blog design dengan sha..:)
Jom lawat Blog Kak Rahmah..:)
Blognya berkisarkan kehidupan seharian...anak-anak, diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat sekeliling...:)

[Portfolio]: Blog Design Order by Sue Hijab

Saya dah lama tak upload blog design kan...:)
Tak sempat nak crop dan letak watermark untuk design2 ni..
duk fokus nak clearkan list yang mana ada...:)

Tapi... Malam ni...saya ingat nak upload beberapa portfolio blog design saya yang telah lama saya siapkan..:)
marathon 3 blog design...Insyaallah kalau larat nak mengarang..:)

Blog design yang ditempah oleh Kak Su..:) pemilik Sue Hijab dot Com
Sue Hijab dot com merupakan blogshop yang menjual pelbagai jenis tudung dan shawl...:)

Kak Su seorang yang peramah dan sabar orannya..:)

Full Layout
Kak Sue memilih warna dark red sebagai warna tema...
reka bentuk template ini adalah dirancang oleh beliau sendiri..:)
saya hanya merealisasikan dan menambah baikkan dengan idea saya..:)

Kak Sue memilih doll sebagai penghias blog design..:)
Disebabkan blogshop yang menjual fabrik..
Kak sue memilih butang sebagai penyeri... dan saya pula menambah penggunaan ala2 benang berjahit pada design...:)

Alhamdulillah Kak Sue suka..:)
Item
Untuk Watermark, signature.
Kak sue memilih tema simple dengan hiasan bunga2 comel...:)

dan  bagi Logo Rasmi... Kak su memilih tema yang sama
Logo adalah direka oleh Kak Sue sendiri saya hanya merealisasikan artworknya sahaja..:)

Insyaallah warrantynya adalah untuk selama2nya...selagi saya masih lagi berada didalam bidang mendesign ini..:)


Blinkie

Blinkie untuk Kak sue..:) Kak sue nak yang comel2...jadi text tu saya bagi animated :)

Terima kasih Kak sue..:)
kerana sudi order blog design dengan sha..:)
Semoga bisnes kak sue...terus maju dan berjaya..
amin..:)

Jom kita ke Sue Hijab dot Com..:)
sekarang ni...tengah ada promosi hebat ni..:)

Kadang Kala

Terkadang dalam keadaan tertentu...
Kita sebagai manusia ini . perlukan medium untuk meluahkan perasaan.
Walaupun kedengaran tidak profesional.
ya memang saya tidak profesional dalam keadaan tertentu
berlaku apabila orang lain tidak bertindak secara profesional dulu.

Saya berbisnes.
saya dah tetapkan terma dan syarat. yang semenangnya wajib dibaca oleh bakal customer yang mahu tempah.
Alasan untuk malas membaca. tiada masa untuk membaca.
itu semua akan mendatangkan masalah dipertengahan urusan yang bakal dijalankan.

Mulai hari ini.
saya tidak akan mengambil tempahan bagi mereka yang malas membaca dan tiada masa untuk membaca terma dan syarat.
kerana end up saya yang mengalami kerugian..
dari segi emosi dan juga masa.

Ya.
Memang betul customer always right.
tapi.
sebelum anda layak untuk bergelar customer.
anda harus juga memahami terma dan syarat peniaga.
bukannya tidak memahami terma dan syarat dan terus claim yang customer semua betul...
saya peniaga. saya tetapkan syarat.
saya tetapkan harga.
perniagaan saya adalah saya yang tentukan. bukannya saya ada share dengan siapa2.
setiap peniaga ada cara mereka masing2.
saya tetapkan harga . dan anda setuju. anda boleh tempah.
kalau anda tidak setuju. saya pun tak kisah...
saya tak de nak paksa pun anda beli ke apa.

Terkilan dan kecewa memang lumrah dan cabaran bagi seorang peniaga kan...
ada yang membaca memang akan cakap.
tak profesional langsung!
tak pe...saya tak kisah pun...

Dengan kerja-kerja design ini lah saya menampung kehidupan seharian.
saya beli semua barang keperluan harian untuk meneruskan kehidupan.
tidak adilkan bagi saya jika ada yang mempertikaikan itu kena bayar ini kena bayar..
kalau anda nak saya design saya boleh buat...

Kos saya adalah masa dan idea
saya peruntukkan masa untuk sediakan design yang terbaik untuk anda.
masa yang terluang harus berbayar kerana itu adalah kos saya dalam perniagaan...

Tidak adil bagi saya jika menganggap apa yang saya buat tu sia2
jujur saya cakap saya pernah hadapi kes seperti ini.
saya tanya.
habis apa yang saya buat ni sia2?
dan insan tersebut boleh cakap ya
kalau anda dipihak saya.
apa anda rasa?

Hanya allah sahaja yang mampu membalas kata2 pedas anda yang hampir memutus tali jantung saya.
saya spend masa sampai 5 pagi untuk sediakan draft bagi anda tengok..
kerana anda bagi tahu saya anda nak guna secepat mungkin
tapi...itu yang diberikan jawapan?
saya tidak rasa marah...tapi saya rasa dianiayai..
kalau tak setuju dengan harga sepatutnya cakap awal2 sebelum buat payment.
tapi dah selesai buat payment dan draft pun diterima...
mula persoalkan pasal harga.
apa yang tak kena.
sepatutnya bincang...
tapi sebaliknya hantar email berbentuk kutukan [saya baca kedengaran seperti itu]
dan meremehkan serta kondemkan saya.
saya betul2 down lepas peristiwa itu.

kalau bukan fikir tentang saya ada anak yang perlu disuap dan dijaga.
memang saya dah lama berhenti mendesign..
tapi ini sahajalah sumber yang saya ada..
dalam pada anda bercakap tentang adil atau tidak...
pernah kan terfikir?
disaat anda makan mewah2 sedap2...orang lain hanya makan biskut cicah air milo sahaja.

Saya tak kan pernah lupa ini semua...
mulai hari ni...saya memang dah tetapkan...
kalau customer belum baca dan fahami saya punya terma dan syarat...saya tidak akan proceed dengan anda punya order...

Jangan meremehkan perniagaan orang lain.
mungkin anda tengok senang dimata anda.
tapi orang yang membuat tu mungkin dah kerah tenaga dan luangkan banyak masa...

Saya kekadang memang rasa bersalah dengan Khalis...
semata2 nak siapkan order.
supaya orang tak marah dan lama menunggu.
masa dengan Khalis memang terlalu sikit...

Sebab itu kenapa apabila orang persoalkan tentang kerja saya.
kenapa perlu bayar itu perlu bayar ini..
saya sedih dan terkilan...
memang banyak bermain dengan emosi..
kerana anak adalah segala2nya bagi saya..
rasa bersalah yang tidak terhadam...
kerana saya perlu mencari pendapatan untuk meneruskan hidup...

Entry sedih ini bukan untuk meminta belas kasihan atau derma daripada sesiapa pun...
cuma kadang kala...
sebagai manusia...
saya juga ada perasaan..
jika ikutkan profesional..
saya rasa..
hanya manusia yang berhati robot sahaja..
boleh profesional 24 jam.
tapi saya adalah manusia biasa.
fitrah manusia biasa adalah mempunyai rasa marah, kecewa, sedih...
saya rasa semua orang tak terkecuali merasai semua ini..
walau sehebat mana pun anda...
ada masa kita juga jatuh terduduk bila menghadapi keadaan yang kita rasa terlalu berat untuk ditanggung...

Sebagai seorang designer
tugas saya adalah design ikut kehendak customer...
kat sini saya memang dah highlight awal2 yang saya tak terima rush order.
jadi sebelum anda membuat tempahan.
anda memang dah sedia maklum.
Jika anda juga seorang ibu yang ada anak kecik anda akan paham...
anda mahu design yang cantik...
itu semua perlu difikirkan konsep dan susun atur baik2...
untuk mendapatkan hasil yang menarik.
dan saya pulak bukan jenis yang kerja Cincai boncai...

Apa bila saya berikan anda draft.
dan anda berikan maklum balas... maknanya anda dah konfirm dengan apa yang anda nak adjust pada design yang telah saya buat.
jadi saya adjust berdasarkan yang telah saya bincang kan dengan anda...
Draft biasanya saya tetapkan kepada 3 kali..
itu pun memang sudah memadai..
kerana... jika saya buat draft sampai banyak2 kali..
agak2 bila pulak saya nak siapkan untuk design orang lain?
Saya juga ada tetapkan..jika melebihi 3 kali untuk major adjustment [iaitu yang melibatkan design sahaja] saya akan kenakan sejumlah amount bagi setiap satu draft...
Ini yang saya tetapkan...
Apa2 masalah yang tidak berkaitan dengan design...
itu bukan melibatkan saya...

Saya dah tetapkan terma dan syarat.
dan juga saya juga inform anda yang saya tidak boleh rush order...
kerana anak saya sekarang sedang melasak.
kalau anda nak, boleh proceed. tapi kalau tak nak..
anda tak order pun tak apa..
kerana saya perlukan masa untuk design.
untuk jaga kualiti design saya.
bukannya main design ala kadar dan sekadar boleh terus bagi draft...
Disebabkan kekangan masa...saya memang mendesign sehingga ke waktu pagi...
untuk siapkan design anda.

Harap memahami lah...
anda nak order.
boleh order..baca terma dulu...
Insyaallah saya akan cuba bagi design yang terbaik mengikut kehendak anda...
tapi...
walaupun anda sebagai customer..
fikirkan jugalah perasan dan keadaan peniaga...
memang la customer always right...
tapi... tak kan la peniaga always wrong?
apa yang tak kena pada design saya. anda boleh teliti sampai puas hati dan bagi tahu kepada saya apa penambahan atau perubahan yang perlu dibuat...
kita boleh berbincang ikut budi bicara...
dan jangan expect saya boleh baca isi hati anda . apa yang anda mahukan. Jika anda tidak bagi tahu mana saya nak tahu?

manusia ini allah cipta begitu indah sekali...
ada perasaan yang bermacam2 dan sudah tentunya allah berikan kepada kita perasaan PERIKEMANUSIAAN.

dan saya yakin... ini semua manusia ada...cuma terkadang ianya dibatasi dengan sikap PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

[Kongsi] : Bermimpi Bertemu dengan Rasulullah S.A.W.

 Apabila saya membaca kisah ini.
hati saya tersentuh dan tersedu sedan menangis.
Bilakah saya yang dapat bertemu dengan Rasullullah?
hamba Allah yang betul2 mengenal apa itu Islam dan mengamalkan ilmu didalam Al-quran dan As-sunnah yang mempunyai peluang.
dan saya tidak lah setinggi itu ilmu agama...
tapi...
sejujurnya. saya juga punyai impian untuk bertemu Rasullullah...:)

Bacalah cerita dibawah ini.
saya pasti anda akan mengalirkan air mata.:)

Bismillahirrahmanirrahim.....

Oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg

Assalamualaikum w.b.t

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan;

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami;


“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Sumber

Customer Testimonial : Kepada customer-customer saya :)

Kepada customer-customer yang pernah order dengan saya...:)
Anda dijemput untuk menaip testimonial terhadap design-design yang telah anda order..:)


"Merupakan pelanggan terawal WM dlm dunia designer.. Sehingga kini hampir 6 kali saya membuat tempahan makeover blog melalui sentuhan beliau.. Dan kesemua hasilnya tidak menghampakan.. Kesemua hasil kerja WM mempunyai nilai & identiti tersendiri.. Saya sangat berpuas hati dengan kerja beliau.. Harganya juga berpatutan dengan hasil yg cuba diusahakan mengikut kehendak & permintaan setiap pelanggan.. "
Salina Sasliza @ Ibu Aqil
'
"sangat puas hati dengan hasil kerja WhiteyMommy ketiga-tiga blog template yg pernah di order sangat mengujakan. Terima kasih"
Lelord @ Mamanajlaa

"design-design whitey mommy ni mmg superb! every design yg dihasilkan mmg takkan same dgn org lain..."
Pink Velvet

"design WM tak pernah mengecewakan.... sekali bg draft terus teruja terus tak sabar nak suruh upload... hehehe... bagila apa tugasan pun pasti dilaksanakan dgn sempurna... insyaAllah... "
Mimie Hamdan @ Delicious Cuppies

"WM memang talented. Design beliau memang memenuhi citarasa pelanggan-pelanggan.  Overall, saya memang sukakan design simple dan menarik dari beliau. Tak percaya lihatlah portfolio, memang tidak perlu dipertikaikan lagi...Saya Suka!"
Rahmah Ram Ram

FILL UP THIS FORM TO SUBMIT

[Personal] : Ingin Memiliki 3 ini.

Assalamualaikum W.B.T. :)
dah lama tak update blog. terima kasih pada yang sudi mengunjung blog tak seberapa ni :)

Saya busy lately. banyak lagi blog design yang tidak terdesign :) masih berusaha dan terus berusaha untuk siapkan semuanya.:)


Wish list saya dah makin panjang ni..:)
tapi satu pun tak terbeli lagi.
sebab keperluan itu lebih penting daripada kemahuan kan.
Keperluan adalah perkara basic yang perlu disediakan untuk meneruskan kehidupan seharian.
makan minum dan pakai :)
Kemahuan pula benda yang saya ingin memilikinya. :)

Sekarang ni ada 3 yang saya mahukan sangat2.:)
Dalam proses kumpul duit. sebab bagi saya ini pun penting dan memang perlu bagi diri saya memilikinnya. mungkin tidak bagi orang lain. tapi saya mahu....:)

sebab dah lama mencari2 akhirnya jumpa. Yeay! dan boleh beli secara online kesemuanya. tak perlu nak jalan jauh2. order , bayar , dah sampai...:)

apa yang saya ingin miliki tu...
jeng jeng...



1. Al-QURAN : MIRACLE OF REFERENCE
Miracle The Reference ialah sumber rujukan sahih dan lengkap untuk belajar Al-Qur'an dengan lebih komprehensif. Metod penyusunan yang sistematik dan teliti berdasarkan tafsiriyah-lafziyah dengan Metode Hijaz dalam Terjemah Per Kata adalah salah satu bahagian penting dalam penghayatan yang lebih mendalam.

Mengandungi 22 manfaat seperti berikut :
1. Terjemah Tafsiriyah Per Kata
2. Keyword (Bloking ayat sebagai pembahasan)
3. Sistem Pewarnaan Tajwid
4. Panduan Hukum Tajwid
5. Terjemah Kementrian Agama RI
6. Munasabah Ayat dan Surah
7. Tafsir Ath-Thabari
8. Tafsir Ibnu Katsir
9. Hadits sahih
10. Doa dan Zikir
11. Kosakata
12. Asbabunnuzul
13. Doa Dalam Al-Quran
14. Khazanah Pengetahuan
15. Tanda-tanda Dalam Al-Quran
16. Asmaul Husna Effect
17. Indeks Tematik.
18. Sirah Nabawiyah (suplemen bonus)
19. Atlas Sirah Nabawiyah (suplemen bonus)
20. Analisis Peta (suplemen bonus)
21. Dzikir Al-Ma'surat. (suplemen bonus)
22. DVD metode SYABANA (suplemen bonus) 
 Ingin saya memiliki ini sebagai simpanan peribadi saya dan juga sebagai bacaan harian...:)
Harganya tidak lah mahal, jika dibanding dengan info yang kita bakal dapat daripada Al-quran ni..:) Insyaallah isi kandungannya lengkap . dan yang paling menarik minat saya adalah disertakan sekali dengan hukum tajwid.
Semoga Allah permudahkan saya untuk mendapat senaskhah al-quran ini.:)
Sebenarnya saya nak hadiahkan kepada diri sendiri...
Sempena pencapaian saya menyusukan Khalis. sudah genap 2 tahun...:)
alhamdulillah...


2. MY FIRST AL-QURAN

1. Khat Alquran Tajwid Berwarna
Tulisan khat arab yang rapi dan besar. Mempunyai garis di antara dua baris yang memudahkan pembacaan. Dilengkapi dengan pewarnaan tajwid dengan warna sederhana yang memudahkan anak-anak membaca Al-Quran secara tartil. Halaman berwarna memberikan pengalaman tersendiri untuk keselesaan anak-anak kita dalam berinteraksi dengan Al-Quran.


2. Kamus Tiga Bahasa
Kamus sederhana tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Menampilkan kosa kata atau aktiviti-aktiviti seharian yang diterjemahkan secara ringkas, dilengkapi dengan ilustrasi atau gambar yang membantu mempercepat pemahaman anak-anak.

3. Jejak Rasul dan Peta
Mengenai perjalanan Rasulullah S.A.W sehingga wafatnya Baginda. Diawali dengan kisah para nabi dan rasul yang ditulis secara ringkas dan padat serta boleh difahami. Disampaikan dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh anak-anak kita. Di sebelah kanan ialah peta yang menjelaskan mengenai jejak rasul dengan menggunakan lakaran peta yang digambarkan secara sederhana dengan tambahan ikon-ikon yang menarik.

4. Sekarang Aku Tahu
Bahagian Sekarang Aku Tahu menerangkan ilmu keislaman tentang hal-hal yang menarik. Ianya diambil dari salah satu ayat yang ada pada lembaran yang berkaitan. Dipaparkan dalam gaya bahasa anak-anak kita serta dijelaskan dengan gambar-gambar yang menarik sehingga ianya mudah difahami.

5. Doa
Bahagian Doa terdiri daripada doa-doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan doa-doa dari hadis-hadis Rasulullah. Dipaparkan dengan tulisan arab yang dilengkapi dengan terjemahannya. Ianya dijelaskan pula
dengan gambar yang memberi kemudahan untuk mempelajari, menghafal, memahami dan mengamalkannya.

6. Tokoh Tokoh Islam
Bahagian Tokoh-tokoh Islam, berisikan sejarah, karya, nasab, aktiviti yang mudah difahami. Dilengkapi dengan ilustrasi yang memudahkan anak-anak untuk menerima pelajaran dan pengetahuan keilmuan tokoh-tokoh muslim pilihan sejak zaman Rasulullah sampai ke tokoh Islam moden.

7. Tempat Bersejarah
Mengintisarikan tempat-tempat bersejarah Islam di dunia sebagai pengetahuan bagi anak-anak kita dengan penuturan gaya bahasa yang ringan dan dilengkapi dengan gambar untuk mereka lebih mengenali tempat-tempat bersejarah Islam.
Ini pun tersenarai untuk saya miliki..:)
Hadiah hari jadi ke-2 Khalis hari tu . saya tak beli. sebab belum cukup lagi wang mahu membelinya. jadi masih terus mengumpul :)
Disamping beli untuk Khalis Isi kandungannya nampak menarik..:)
saya rasa saya pun akan suka membacanya nanti :)
Walaupun Khalis masih belum boleh membaca Al-Quran. tapi saya nak beli untuk simpanan saya. dan bila Khalis dah tahu membaca. saya akan serahkan kepada dia. bagi tahu dia. Ini hadiah hari jadi dia yang kedua...:)

Saya dapat satu naskhah dan dia dapat satu...:)

Semoga Allah permudahkan niat saya...

Jika ada yang berminat juga untuk beli al-quran ini. anda boleh klik pada banner kat bawah ini ...


Ada beberapa lagi pilihan lain kat sana... saya cuma cerita yang saya ingin miliki sahaja...:)


3. ENSIKLOPEDIA SOLAT
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.
Ini adalah buku yang paling saya idamkan. :) mengandungi 1001 persoalan dan jawapan tentang solat..:)
ada dijual dikedai2 buku juga. dan ada juga dijual secara online...:)

Semoga Allah permudahkan saya untuk mendapat kesemua ini...amin..:)

[Kongsi] : Solat Sunat Istikharah

Solat sunat yang dilakukan bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam).

Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dilakukan pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

Insya-Allah
Allah akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."


CARA-CARA SOLAT ISTIKHARAH

1. Lafaz Niat :


“Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

2. Dalam rakaat pertama
a) Baca Surah Al-Fatihah
b) Baca baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

3. Dalam rakaat Ke-dua
a) Baca Surah Al-Fatihah
b) Baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Selepas memberi salam baca doa berikut:  (Mulakan dengan bismillah, istighfar dan selawat dahulu).


“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

 FADHILAT SOLAT ISTIKHARAH


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.


Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Sumber


BEBERAPA KELALAIAN DALAM SOLAT ISTIKHARAH

1. Tidak mengerjakan solat istikharah ketika mempunyai urusan yang penting
- Manusia memiliki keterbatasn dalam hal-hal yang ghaib. Oleh kerana itu, ia dianjurkan untuk memohon petunjuk Allah dalam permasalahan yang dihadapi.
Umat Islam dianjurkan untuk melakukan solat istikharah ketika menghadapi suatu permasalahan yang serius.

2. Berkeyakinan bahawa setelah mengerjakan solat istikharah akan bermimpi
- Dalam solat istikharah, seseorang memohon kepadaNya agar dimudahkan urusannya bila akibat dari permasalahan itu lebih baik baginya dalam kehidupan dunia & akhirat. Ia juga memohon kepadaNya agar dijauhkan dari perkara-perkara yang dihadapi bila akibatnya lebih buruk untuk dirinya dalam kehidupan dunia & akhirat . Didalam memberikan petunjuk kepada hambaNya, Allah tidak selalu menyampaikannya melalui mimpi.

3. Mengerjakan solat istikharah tidak sesuai dengan tuntunan
- Kelalaian yang dilakukan oleh pelaku solat adalah untuk membuat undian selepas melakukan solat istikharah. Ia membuat tiga tulisan. Pertama "teruskanlah", kedua "jangan diteruskan" ketiga "ditunda saja"! Kemudian, ia mengumpulkan ketiga tulisan tersebut dan mengambil salah satunya dengan secara rawak. Tulisan yang ia ambil adalah keputusan yang akan dilakukan selanjutnya.

4. Tidak mengetahui bahawa solat istikharah boleh dikerjakan untuk setiap urusan.
- Umat Islam dianjurkan untuk melakukan solat istikharah dalam setiap permasalahan yang ia hadapi. Setiap orang tidak mengetahui apakah pemasalahan yang ia hadapi lebih baik atau buruk bagi kehidupannya. Boleh jadi yang ia inginkan adalah lebih buruk akibatnya. Sebaliknya, permasalahan yang tidak ia senangi malah mengakibatkan baik baginya.

5. Membaca doa istikharah ketika tasyahud
- Perintah untuk membaca doa solat istikharah adalah selepas salam, bukan sebelumnya. Hikmah diperintahkan solat sebelum berdoa adalah untuk menggabungkan kebaikan dunia & akhirat. Solat adalah untuk kebaikan akhirat dan berdoa adalah untuk kebaikan dunia.

6. Mengulangi solat istikharah sampai 7 kali
- Pendapat yang menyatakan bahawa solat istikharah perlu diulang sampai tujuh kali adalah tiada asasnya. Perintah untuk mengerjakan solat istikharah adalah sampai merasa mantap dengan suatu pilihan. Ertinya, tidak harus disekat dengan jumlah tertentu seperti 7 kali.

Sumber

Semoga Artikel ini bermanfaat untuk diri saya dan pembaca2 sekalian. :)
Mati dalam keadaan kita belajar mendalami Islam adalah lebih baik daripada mati dalam keadaan tidak tahu apa2 :) Wallahualam.

Sebagai manusia. apabila menghadapi masalah terkadang kita terlupa yang ujian itu datang adalah dengan kehendak Allah supaya kita lebih mendekatkan diri kepada DIA.
Ujian adalah tanda Kasih Allah kepada hambaNya :)
Sabar dan Doa adalah ubat yang paling mujarab untuk menghadapi sebarang masalah dan musibah.

Semoga hari2 saya yang mendatang akan menjadikan saya seorang yang kuat semangat dan berjaya dunia akhirat...amin...:)

[Kongsi] : Kisah Teladan - Mencari Rezeki dan Keredhaan Ilahi

Kisah 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia,Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar).Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan
Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas
Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus
mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh
dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar
Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun
menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan
kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan
kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan
Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang
Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di
Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan
Dia yang patut di contohi:

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang
Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad
Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya ...
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang
Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.



Kisah 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam
(bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya
sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang
dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur .
Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada
pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan
Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya
Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan
Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah
Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad
Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.
Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita.
Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah
usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini
sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan
8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat,
dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam
ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi
salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.
Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk...
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji
ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka
dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk
ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua
berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga)
di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang
mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat
sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. .
hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang
anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.


Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah
dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua...

Nota: Petikan ini hanya dicopy paste bukan penulisan saya sendiri untuk sebaran sebagai renungan bersama...

Sumber
 
Copyright © Whitey Mommy™