Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Design Process


Masih tercari-cari rekaan blog anda tersendiri?
Dengan dekorasi , warna, dan hiasan yang anda minati serta mempunyai identiti tersendiri?

Ingin memiliki watak kartun (doll) yang comel, kacak dan jelita sebagai penghias blog anda?

Masih tercari-tercari rekaan yang sesuai untuk blog peribadi atau perniagaan anda?

Ingin melakukan business branding untuk perniagaan anda dengan identiti tersendiri?
Ya, anda bertemu dengan pereka blog/grafik yang sesuai dengan anda.

Terima kasih kerana berminat untuk menempah rekaan blog/grafik dengan saya.

Saya akan merealisasikan impian anda untuk memiliki rekaan blog dengan grafik idaman anda serta memiliki rekaan yang beridentiti sendiri.

Buat masa sekarang saya hanya merekabentuk untuk template BLOGSPOT sahaja.

Berminat untuk meneruskan proses menempah?

Luangkan masa anda untuk membaca dan mengikuti langkah-langkah mudah dibawah:
1. Fahami Terma dan Syarat yang telah ditetapkan, saya mengambil serius dengan setiap terma dan syarat yang saya tetapkan, jadi amatlah penting bagi anda untuk membaca dan memahaminya supaya anda lebih faham tentang cara saya bekerja dan proses untuk menyiapkan rekaan blog/grafik yang bakal anda tempah.
3. Anda boleh memilih pakej yang sesuai dengan melihat Pilihan Pakej Rekaan Blog/Grafik, kemudian anda perlu mengisi borang pra-tempahan yang telah saya sediakan dengan klik pada butang TEMPAH SEKARANG yang terdapat di setiap pilihan pakej.
Selepas borang pra-tempahan diisi, saya akan balas email anda dengan borang tempahan yang sebenar iaitu borang kriteria. Di dalam borang kriteria ini lah anda perlu mengisi dengan lengkap semua kriteria rekaan blog yang anda ingini.
4. Selepas saya menerima borang kriteria anda. Sesi perbincangan akan diadakan melalui email atau anda boleh menelefon saya, jika ada bahagian yang tidak difahami. Perbincangan adalah berkaitan dengan kriteria yang diminta. Jika saya sudah faham akan apa yang anda kehendaki dan bersetuju untuk merekabentuk blog/grafik . Saya akan berikan sebut harga (price quotation) untuk rekaan tersebut. Penentuan harga adalah berdasarkan kepada kriteria dan 'add on' item yang diminta.
5. Setelah anda bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan. Saya akan menghantar invois melalui email dan anda hendaklah membuat pembayaran penuh. Pembayaran boleh dilakukan melalui akaun CIMB atau Maybank. Resit akan diberikan selepas anda memberi bukti pembayaran.
6. Nama akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu selepas bayaran penuh dilakukan. Saya menggunakan terma First Pay First Serve. Apabila nama dimasukkan ke dalam senarai menunggu, kesabaran anda amatlah diharapkan kerana saya akan merekebentuk blog/grafik mengikut giliran, dan saya tekankan disini, No Pushing and No Rushing :) kerana saya memerlukan kerjasama daripada pihak anda untuk menghasilkan rekaan blog/grafik yang terbaik untuk anda dan berikan saya waktu untuk melakukan setiap kerja dengan tenang.
7. Selepas anda bersetuju dengan draft rekaan yang telah saya hasilkan. Proses pemasangan template blog akan saya lakukan ke blog anda. Dalam masa 1 minggu selepas rekaan blog dipasang, anda boleh rujuk atau bertanya kepada saya jika ada sebarang masalah.

Saya menawarkan beberapa pakej untuk rekaan blog dan grafik.
Rekaan blog untuk Personal Blog / Basic Business Blog dan Business Branding serta ada beberapa lagi pakej grafik yang lain.
Harga penuh untuk setiap rekaan yang bakal dihasilkan adalah bergantung kepada kriteria yang diminta.
Anda boleh memilih pakej yang saya sediakan di bawah ini.
Untuk menempah, anda boleh klik pada butang TEMPAH SEKARANG yang telah saya sediakan.

Harga Blog Design

Blog Design with Wording/Logo & Blog Design with Photo :
Bermula dari RM 250 dan ke atas.
Blog Design with Doll Character :
Bermula dari RM 300 dan ke atas

*Harga adalah bergantung kepada kriteria yang diminta.
*Harga blog design tidak termasuk additional item.

Blog Design with Wording/Logo

Description: Blog design with decorated wording or Logo

Package contains:
  • Custom Header With Wording/Logo
  • Custom Sidebar
  • Custom Favicon
  • Custom comment box
  • Custom Post Footer
  • Custom Footer
  • Custom Background
With Free:
  1. Blog signature
  2. Watermark
  3. Blog Badge with code
by request:
  1. Blog Advertisement Slot
  2. Custom Blockquote
  3. Custom mouse pointer icon
  4. Custom Icon For Facebook, Instagram, Twitter etc.
Featured In Every Template:
  1. Custom Blogger Threaded Comment
  2. SEO Friendly
  3. Fast Loading [Make sure minimize your widget in your blog]
  4. Share button for email, tweet and share on facebook.
TEMPAH SEKARANG LIHAT HASIL KERJA TERDAHULU

Blog Design with Photo

Description: Blog design with your lovely photo and decorated with your selected themes

Package contains:
  • Custom Header With Photo
  • Custom Sidebar
  • Custom Favicon
  • Custom comment box
  • Custom Post Footer
  • Custom Footer
  • Custom Background
With Free:
  1. Blog signature
  2. Watermark
  3. Blog Badge with code
by request:
  1. Blog Advertisement Slot
  2. Custom Blockquote
  3. Custom mouse pointer icon
  4. Custom Icon For Facebook, Instagram, Twitter etc.
Featured In Every Template:
  1. Custom Blogger Threaded Comment
  2. SEO Friendly
  3. Fast Loading [Make sure minimize your widget in your blog]
  4. Share button for email, tweet and share on facebook.
TEMPAHAN SEKARANG LIHAT HASIL KERJA TERDAHULU

Blog Design with Doll Character

Description: Blog design with my artwork doll character

Package contains:
  • Custom Header With Doll Character
  • Custom Sidebar
  • Custom Favicon
  • Custom comment box
  • Custom Post Footer
  • Custom Footer
  • Custom Background
With Free:
  1. Blog signature
  2. Watermark
  3. Blog Badge with code
  4. Avatar for social networking profile.
by request:
  1. Blog Advertisement Slot
  2. Custom Blockquote
  3. Custom mouse pointer icon
  4. Custom Icon For Facebook, Instagram, Twitter etc.
Featured In Every Template:
  1. Custom Blogger Threaded Comment
  2. SEO Friendly
  3. Fast Loading [Make sure minimize your widget in your blog]
  4. Share button for email, tweet and share on facebook.
TEMPAHAN SEKARANG LIHAT HASIL KERJA TERDAHULU

Additional Item

Description: Any graphic/design, you can request as an add-on to your choosen blog package

Printing & Branding
  • Logo Design
  • Business card ( single side/double side)
  • Bunting/Banner
  • Plastic/Paper Bag
  • Flyers
  • Letter Head & Envelope
  • Stamping
  • Bill Book
  • Sticker/Label
  • Others : please specify
  • Social Medias
  • Social Media icons
    (Facebook, Twitter, Instagram, etc)
  • Facebook Timeline cover & Profile pic
  • Twitter background
  • Twitter header & Profile pic
  • Blog Elements:
  • Custom sidebar title with image
  • Notice board /Announcement
  • Slideshow
  • Custom menubar/ Dropdown menubar
  • Shoutbox/Chatbox Background
  • Photo Gallery
  • Custom Blog Pages/Static Page Design
  • Contact Form
  • Order Form

  • Wedding Printing Design

    Description: complete package for your big day. You can choose to choose my doll character or your own photo. All design will be made for both side of bride and bridegroom.

    Harga : bermula dari RM200 keatas

    Package contains:
    • Wedding Card
    • Bunting/Banner
    • Sticker/Thank You Tag
    • Badges
    • Guest Book Cover
    TEMPAH SEKARANG LIHAT HASIL KERJA TERDAHULU

    Basic Business Branding

    Description: basic branding for a new started business

    Harga : bermula dari RM250 keatas

    Package contains:
    • Business Logo
    • Business Card
    • Stamping
    • Facebook Header and Avatar
    • Watermark
    TEMPAH SEKARANG LIHAT HASIL KERJA TERDAHULU

    Complete Business Branding

    Description: This package is for someone who want to create a branding for their business.

    Harga : bermula dari RM500 keatas

    Package contains:
    1. Blog Design
      (choose one of the blog design package)
    2. Business Logo
    3. Business Card
    4. Bunting/banner (choose either one)
    5. Facebook Timeline Cover & Profile Pic
    6. Sticker/Label
    7. Flyers
    8. Stamping
    TEMPAH SEKARANG LIHAT HASIL KERJA TERDAHULU

    Terma untuk Rekaan Blog

    Pemilihan Kriteria

    • Dari segi rekabentuk blog yang bakal saya buat. Anda perlulah memberikan kriteria dengan lengkap dan jelas rekaan macam mana yang anda ingini. Boleh bermula dengan melihat pakej rekabentuk blog dan mengisi borang tempahan dengan teliti dan bijak. Anda haruslahi serius semasa mengisi borang tempahan, kerana saya akan mengambil kira setiap kriteria yang anda isi untuk menjana idea.

    • Corak latar belakang, struktur rekaan dan juga pemilihan warna. Anda perlu terangkan dengan jelas supaya saya dapat memahami apa sebenarnya yang anda ingini supaya saya dapat merekabentuk blog yang betul-betul menepati citarasa anda.

    • Pemilihan warna adalah 100% dipilih oleh anda, Kerana anda yang tahu warna apa yang disukai dan menarik perhatian anda. Pemilihan warna perlu dilakukan dengan bijak dan tepat supaya proses menyiapkan rekabentuk blog menjadi lebih lancar.Selepas draf pertama di berikan, jika ada pertukaran warna dilakukan melibatkan proses perubahan untuk keseluruhan design, bayaran tambahan akan dikenakan.

    • Anda boleh berikan contoh-contoh rekaan yang menjadi inspirasi anda. Supaya saya mendapat gambaran dengan lebih jelas bagaimana citarasa anda.

    • Jika anda ingin memesan blog design with doll character header. Saya memerlukan anda untuk menerangkan dengan jelas tentang gerak tubuh, jenis pakaian, warna pakaian, aksesori pada badan , kedudukan doll dan lain yang ada rasa releven untuk doll  yang bakal saya lukis. Sebarang gambaran yang anda bayangkan haruslah di terangkan dengan jelas.

    • Jika anda ingin memesan blog design with wording/logo header. Saya memerlukan adan untuk menerangkan dengan jelas perkataan dan dekorasi yang perlu ada pada wording/logo yang akan dijadikan sebagai header blog.

    • Jika anda ingin memesan blog design with photo header, saya memerlukan anda untuk memberikan photo yang beresolusi tinggi (300dpi) yang bersaiz 2MB keatas. Ini adalah supaya header yang bakal dihasilkan nampak lebih jelas dan lebih cantik.

    Perbincangan

    • Selepas menerima borang tempahan anda, saya akan email kepada anda dengan pertanyaan dan maklumat lanjut tentang rekabentuk berdasarkan kriteria yang anda berikan. selepas menerima borang pesanan anda. Sesi perbincangan akan diadakan sehingga saya dapat mengesahkan yang saya dapat mereka blog yang anda ingini.

    • Saya TIDAK mengambil sebarang RUSH ORDER. Anda boleh meneruskan proses menempah jika anda bersedia untuk menunggu.

    • Saya lebih suka pelanggan berkomunikasi dengan menggunakan Yahoo Messager atau Facebook Chat atau panggilan untuk sesi perbincangan. Komunikasi 2 hala menjadikan perbincangan kita lebih berkesan.

    • Kita akan membincangkan tentang konsep rekabentuk blog anda. Oleh itu, sila hantar kepada saya kriteria/draf penuh supaya mudah untuk saya mendapat gambaran dengan jelas rekabentuk blog yang anda ingini.

    • Semua email dan dokumen yang diberikan oleh pelanggan, akan dianggap sebagai sulit dan rahsia di antara saya dan pelanggan.

    Pembayaran

    • Saya menerima pembayaran melalui Bank - Maybank dan CIMB [Malaysia] dan Paypal [Antarabangsa].

    • Invois akan dihantar melalui email selepas anda bersetuju dengan sebut harga yang diberikan.

    • BAYARAN PENUH perlu dilakukan sebelum saya masukkan nama anda ke dalam senarai menunggu. Apabila saya menerima bayaran penuh, nama anda akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu dan saya akan mereka bentuk mengikut giliran.

    • Selepas pembayaran telah dibuat, anda tidak boleh membuat sebarang pembatalan tempahan atau pun minta balik bayaran. Fikir dengan bijak sebelum membuat tempahan. Tidak akan ada pengecualian.

    Senarai Menunggu

    • Ada kalanya senarai menunggu saya agak panjang, jadi jika anda mahu menempah, sila bersabar menunggu giliran anda.

    • Giliran di dalam senarai menunggu adalah bergantung siapa yang bayar dahulu.Saya hanya akan meletakkan nama anda dalam senarai menunggu selepas anda membuat pembayaran penuh.

    • Tempoh untuk menyiapkan tempahan bagi setiap pelanggan akan mengambil masa 1-4 hari. Termasuk semua proses merekabentuk, melakukan sebarang perubahan, dan pemasangan. Kebiasaaannya, saya akan melakukan rekabentuk untuk 2-3 pelanggan dalam satu masa.

    • Saya hanya menerima tempahan daripada pelanggan yang benar-benar boleh bersabar untuk menunggu giliran. Tidak tergesa-gesa dan tidak memaksa saya. Jika anda sanggup untuk menunggu, anda boleh teruskan untuk membuat tempahan. Kerana seperti yang kita tahu, kerja melibatkan hasil seni ini memerlukan satu kelainan didalam mencari idea. Supaya rekaan yang dihasilkan dapat memenuhi citarasa anda.

    Berkomunikasi

    • Semua komunikasi dilakukan melalui email, Yahoo Messenger, Facebook chat atau panggilan telefon.

    • Semasa sampai giliran anda, saya memerlukan anda sentiasa peka dengan sebarang email pertanyaan daripada saya.

    • Saya akan membalas email anda dalam tempoh 24-48 jam. Jika anda tidak menerima sebarang jawapan daripada saya dalam tempoh ini. Sila semak Spam Box anda.

    • Sebaik sahaja anda menerima draft pertama, saya memerlukan jawapan dan tindakan yang cepat daripada anda untuk memastikan bahawa proses menyiapkan rekabentuk blog untuk anda berjalan dengan lancar.

    • saya tidak menerima apa-apa jawapan daripada anda dalam tempoh 48 jam, tempahan anda akan diletakkan sebagai giliran terakhir di dalam senarai menunggu dan saya akan mula untuk merekabentuk bagi tempahan pelanggan yang seterusnya.

    • Jika saya masih tidak mendengar apa-apa jawapan daripada anda selepas 2 minggu, draf dan reka bentuk akan dipadam serta bayaran tidak akan dipulangkan.

    • Untuk mendapatkan update terkini daripada saya. Tentang keadaan saya seperti kesihatan dan saya cuti, saya sarankan untuk anda like facebook page saya, kerana medium ini lebih pantas untuk saya update status saya. Anda boleh like di bawah ini:

    Kredit Perekabentuk

    • Whitey Mommy berhak keatas semua yang berkaitan dengan logo dan / atau pautan dalam rekabentuk blog yang dibuat.

    • Dengan semua rekabentuk blog yang dibuat, saya akan meninggalkan satu link Whitey Mommy di dalam rekabentuk blog di bahagian bawah . Semua pautan perlu dikekalkan, tidak dipinda dan JANGAN dikeluarkan, kerana ia adalah salah satu cara pelanggan baru saya boleh tahu akan siapa pereka kepada template dan ianya sebagai penghargaan kepada saya sebagai pereka.

    • Anda mesti mengekalkan pautan kredit kepada saya selagi reka bentuk / kod saya digunapakai di blog anda. Anda tidak boleh mengatakan  kod dan semua imej yang saya rekabentuk sebagai hak anda, Pembuangan pautan ini bermakna anda melanggar perjanjian ini.

    Hakcipta

    • Semua rekabentuk yang dilakukan oleh Whitey Mommy adalah dilindungi di bawah hakcipta dan harta intelektual. Semua rekabentuk, termasuk imej dan kod, tidak boleh diubah, dikongsi, dijual dan diterbitkan semula, diedar atau disalin tanpa mendapat apa-apa kebenaran daripada saya.

    • Semua ilustrasi, imej , logo, dan kod di dalam rekabentuk blog dan lain-lain produk [seperti header blog, lencana, watermark, dan lain-lain] yang saya rekabentuk tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain daripada yang saya telah buat. Sila meminta izin sebelum anda berbuat demikian.

    Rekabentuk

    • Anda mempunyai 3 semakan draf rekabentuk blog. 1 draft untuk pembetulan major (daripada segi perubahan dan penambahan pada susunan rekaan, dan penambahan dekorasi)  dan 2 draft untuk pembetulan minor. Sebaik sahaja anda menerima draft pertama daripada saya, anda perlu menyenaraikan sebarang perubahan dengan lengkap didalam email tunggal kerana ini adalah dikira sebagai draft pembetulan major (pembetulan yang melibatkan rekabentuk secara sepenuhnya tetapi masih berkait rapat dengan kriteria yang diberikan didalam borang tempahan. Jika berlainan daripada kriteria awal yang diberikan, bayaran tambahan akan dikenakan - berlainan dari segi konsep, warna , layout dan rekabentuk). Jika anda melebihi 3 kali semakana draft, saya akan mengenakan bayaran [RM 50/draf] untuk rekabentuk blog dan bagi produk lain [RM10 /draf].

    • Jika ada sebarang kesilapan adalah dari pihak saya, saya akan perbetulkan secara percuma  dengan serta-merta, walaupun selepas template telah dipasang. Oleh itu, sila maklumkan kepada saya serta-merta, sebaik sahaja anda dapati ada berlaku kesilapan di blog anda.

    • Sebaik sahaja anda SAHKAN draf terakhir, tiba-tiba anda menukar fikiran untuk menambah atau mengubah mana-mana bahagian pada rekabentuk dalam template. Saya akan mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM50.

    • Selepas pemasangan, jika anda mahu membuat sebarang perubahan. Sila maklumkan kepada saya , perubahan akan dilakukan dan saya akan kenakan sejumlah bayaran mengikut tahap perubahan yang anda ingini.

    • Draf untuk kad perniagaan, lencana blog, watermark, tajuk blog, dan lain-lain tidak boleh digunakan sehingga draf akhir diterima.

    • Whitey Mommy akan memastikan bahawa template blog anda serasi dengan versi terbaru  pelayar anda [Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer]. Jika atas sebab-sebab tertentu pelayar anda tidak dikemaskini kepada versi terbaru, Whitey Mommy tidak akan bertanggungjawab bagi menjamin keserasian yang tepat, tetapi saya akan cuba untuk berbuat demikian.

    • Rekabentuk blog yang anda tempah dari saya tidak boleh diterbitkan semula untuk URL blog lain. Jika Anda ingin memasang template yang sama untuk URL blog lain. Sila minta kebenaran dan saya akan melakukan pemasangan untuk anda. Dan anda akan dikenakan bayaran tambahan bagi setiap blog [harga adalah bergantung kepada apa-apa perubahan daripada salinan pertama].

    • Semua rekaan grafik untuk kegunaan pencetakkan seperti business card, flyers, bunting, bill book, dan lain-lain yang berkaitan, saya akan berikan printing copy di dalam bentuk PDF atau jpeg high resolution. Anda perlu melakukan pencetakan sendiri dengan membawa printing copyke kedai/tempat yang menyediakan khidmat pencetakan kerana saya hanya mereka rekaan sahaja. Buat masa ini, saya masih belum menyediakan khidmat pencetakan.

    Pemasangan

    • Saya akan memasang template pada blog anda dalam masa 24 jam selepas anda bersetuju dengan rekabentuk yang dilakukan. Anda perlu melakukan perkara-perkara berikut :

    • Buat salinan kandungan blog anda  [seperti template, entry dan widget]. Saya sangat menyarankan anda untuk membuat salinan bagi semua widget dan kandungan untuk blog anda. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan semasa proses pemasangan dilakukan.

    • Saya hanya melakukan rekabentuk blog, segala isi kandungan blog, susunan widget pada sidebar, dan gambar-gambar di dalam blog perlu diselenggara oleh anda (pemilik blog) sendiri.

    • Berikan saya email login dan kata laluan untuk log masuk ke blog anda, semua link untuk menubar dan rangkaian sosial (seperti facebook, Twiter, Instagram, dll), serta kata laluan / email / username untuk login shoutbox anda kerana saya akan ubahkan warna shoutbox anda kepada warna yang sepadan dengan rekabentuk blog anda.

    • Selepas rekaan blog dipasang di blog anda, saya akan memberi tempoh selama 1 minggu selepas tarikh pemasangan untuk anda membuat sebarang rujukan/pertanyaan kepada saya jika ada sebarang permasalahan semasa dalam proses membiasakan diri untuk menggunakan rekaan blog yang telah saya buat.

    Terma untuk semua rekaan

    • Lesen penggunaan (satu penggunaan pada satu masa) diberikan untuk setiap Watak Doll atau Header atau rekabentuk blog (blog design's template) yang telah saya reka. Hakcipta adalah hakmilik saya sepenuhnya.

    • Sila e-mel kepada saya jika anda mahu menukar/menggunakan rekabentuk tersebut untuk penggunaan lain. Anda tidak boleh menggunakan hasil kerja yang sama dengan mengedit dan menukar kepada nama rakan anda atau apa sahaja.

    • Anda tidak boleh meminta individu lain untuk mereka bentuk Watak Doll saya. Ia merupakan satu kesalahan pelanggaran hak cipta. Anda perlu rujuk dengan saya terlebih dahulu.  

    • Sila hormati hakcipta saya dan sila berikan kredit kepada www.whiteymommy.com jika anda menyalin istilah ini dan menggunakannya di blog anda

    • Semua adalah hak terpelihara © Whitey Mommy, melainkan jika dinyatakan sebaliknya. 

    • Berdasarkan semua hasil kerja di Blog Whitey Mommy, kebenaran penggunaan lesen untuk karya yang saya hasilkan merangkumi:
    1. Tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran yang spesifik, bertulis dan bertandatangan. Tujuan aktiviti komersial yang dilarang termasuklah : Menjual illustrasi/gambar/ perkataan pada rekabentuk saya, Menggunakannya untuk tujuan menjual apatah lagi untuk mendapatkan keuntungan, menukar dengan apa-apa nilai pada bahan tersebut , atau menggunakannya untuk meningkatkan nilai website atau blog anda, atau mencetak untuk penerbitan, atau penerbitan elektronik, atau lain-lain penerbitan, atau lain-lain tujuan penggunaan komersial.

    2. Bagi rekabentuk bagi keseluruhan template blog, header blog, avatar, watermark, blog badge; lesen penggunaan(1 lesen penggunaan pada 1 masa pada setiap rekabentuk) dibenarkan untuk setiap bentuk rekaan. Hakcipta adalah hakmilik saya sepenuhnya. Sila email kepada saya jika anda ingin menukar/terus menggunakannya untuk tujuan penggunaan lain. 

    3. Anda tidak boleh dengan apa-apa tujuan menggunakan header yang sama dan mengeditnya dan menukar kepada nama rakan anda atau apa-apa sahaja. Lazimnya saya memberikan kebenaran untuk anda menggunakan/’crop’ untuk digunakan sebagai gambar profil facebook atau avatar blog. Anda tidak boleh meminta orang lain untuk merekabentuk illustrasi yang sama kerana ia adalah kesalahan melanggar hakcipta. Anda perlu merujuk kepada saya terlebih dahulu.
    • Jika anda berminat untuk menukar dekorasi rekabentuk blog anda atau illustrasi bagi tujuan seperti ‘fliers’, kad perniagaan, ‘bunting’, logo perniagaan dan lain-lain, anda perlu merujuk kepada saya terlebih dahulu. Anda tidak boleh dengan apa-apa tujuan untuk ‘crop’ dan salin daripada rekabentuk yang telah saya buat atau meminta individu lain untuk melakukannya untuk anda. Ianya adalah kesalahan melanggar hakcipta. Sejumlah bayaran akan dikenakan untuk proses merekabentuk dan perlesenan untuk penggunaan karya saya untuk tujuan tertentu.
    Anda boleh:
    • Dalam semua keadaan, nama saya, Whitey Mommy yang dipautkan ke blog www.whiteymommy.com mesti disertakan bersama.

    • Digunakan bersama dengan illustrasi/gambar/ setiap perkataan pada rekabentuk saya.
    Anda tidak boleh :
    • Menghantar print screen illustrasi/gambar/perenggan saya kepada orang lain melalui email. Jika anda mahu individu berkenaan, atau kumpulan individu (seperti email berkumpulan) untuk melihat illustrasi/gambar/ setiap perkataan pada rekabentuk saya, sila hubungkan mereka ke blog saya untuk melihat berbanding menyalin di dalam email. Taip alamat website saya atau URL imej di dalam email yang dihantar kepada mereka.

    • Mengedit illustrasi/gambar/ setiap perkataan pada rekabentuk saya dan menggunakannya di dalam perisian grafik sebagai kolaj, gambar montaj dan lain-lain ataupun digunakan sebagai ‘header’ website/blog anda.
    Adaptasi daripada Emila Yusof.


    BACK TO TOP

    0 Comment (s):

    Post a Comment

    Thank You For Leaving a Comment to Me...

     
    Copyright © Whitey Mommy™