Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Blog Design with Photo. Show all posts
Showing posts with label Blog Design with Photo. Show all posts

Blog Design : Irine Nadia

Assalamualaikum W.B.T :)

Hari ni nak #throwback design lagi.. :)
Design milik Irine Nadia : Blogger yang popular tu..
Rasanya kebanyakkan follower blog saya kenal dengan Irine kan?

Revolusi mereka grafik untuk blog Irine.
Dari Elegant kepada simple design ;)

Yang ni tahun 2011 punya.. Irine punya template yang mula-mula. Template ni memang mendapat sambutan ramai. Sampai ramai yang tiru dan curi grafik untuk blog Irine ni. Pasrah dalam redha waktu.
Kemudian upgrade ke template ni, nampak lebih elegant dan eksklusif sebenarnya tapi Irine tak pakai lama macam template pertama. Template pertama lama dia pakai ;)
Dah ada baby... Nak yang simple-simple katanya.. dah start suka warna-warni beralih arah dari rona pink ke rona warna gula-gula kapas.
Template yang Irine pakai sekarang, upgrade dari warna gula-gula kapas kepada warna dusty blue :) untuk background, bahagian lain masih dikekalkan dengan tema sebelum ni :)

Ramai yang bertanya macam mana saya design? Macam mana saya reka bentuk rekaan?
Sebenarnya saya pakai hati dan saya akan tanya customer dengan details apa yang mereka suka,
terutamanya bahagian warna. Bahagian warna adalah paling penting. Kombinasi dan juga pemilihan warna yang tepat serta cara nak olah.

Saya memang pakai hati dan idea kekadang datang spontan bila fikir nak penuhi kriteria yang customer bagi.

Semudah tu ke?
Hisshhh tidak.. mesti melalui persetujuan dari customer dulu.. Selagi customer tak setuju selagi tu lah akan dibuat perubahan pada draft (3 kali draft) hehe..

Jadi yang mana hasil kalian nampak tu bukannya usaha saya seorang, tetapi ianya adalah kerjasama antara saya dengan customer :)

Design tak boleh syok sendiri, customer kata tak cantik kita kena ubah dan bila customer minta nak sama dengan "design si polan dan si polan" kita kena olah. Bukan tiru bulat atau terus cut dan crop tepek ke design pastu kata itu design kita :) Olah ikut kreativiti kita supaya hasilnya lain dari yang di inspirasikan.

Jika pemilihan atau kombinasi warna tak sesuai, saya akan advice customer  terutamanya jika untuk blog perniagaan atau yang baru bermula, pemilihan warna lembut/pastel amatlah diutamakan berbanding warna terang/striking.

Blog Design : ChocoVshine

Assalamualaikum W.b.t :)
#throwback design lagi .. :)

Ini adalah tempahan dari tahun lepas tapi belum pernah saya upload..

Customer adalah Founder Choco Vshine (Beauty Drink Expert)
Pilihan warna Pastel
Macam biasa.. saya tak pandai nak menghurai.. biarlah gambar berbicara kan?

Bahagian Homepage untuk blog. Menjadikan blog nampak eksklusif dan kelihatan seperti website mahal gitu ;)

Bahagian pages blog, di reka berlainan daripada homepage.
Begitu juga pada bahagian Content. :)

Semoga terus maju dalam perniagaan dan kehidupan di dunia dan akhirat buat founder Choco Vshine :)

Blog Design : Susu Kambing Iqeel

Assalamualaikum w.b.t

#throwback hasil kerja lagi..
biar gambar berbicaralah kah kan? Tak tahu nak karang apa..

yang ni order dari customer tahun lepas punya..

Susu Kambing Iqeel.. Sedap! dan tak hamis.. ;)

Bahagian homepage, ada slideshow.

Bahagian Pages blog. direka berasingan.

Ini pula bahagian Content Blog.

cuci mata lah ya.. :) nak karang ayat lelebih pun tak tahu nak cakap apa..
 
Copyright © Whitey Mommy™