Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Product Branding : Vevious by Suhaida Nabila

Assalamualaikum W.B.T

Projek dengan Suhaida Nabila (Puan Ayda), Founder Beeskin Whitening untuk produk baru dia yang meletup lagi laris.
Serum plus make base.

Puan Ayda mahukan konsep black and gold untuk produknya. Sebelum ni beliau keluarkan produk penjagaan kecantikkan dalaman. Tapi telah maju setapak untuk hasilkan produk kecantikkan luaran pula. Dalam dan luar nak kena jaga kan.

Vevious bermaksud Keyakinan.
Idealogi saya gambarkan keyakinan itu dalam bentuk bunga ;) Bunga Calla Lily lambang kecantikkan, keberanian, dan keyakinan.

Reka bentuk kotak dan sticker. Serta mockup untuk produk yang bakal terhasil ;)

Ini adalah rekabentuk bunting dan flyers untuk tujuan promosi produk baru ini ;)

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang telah siap dicetak.

Bunting untuk Mr&Mrs Runaway 2016, Vevious adalah salah satu sponsor untuk acara ini.

Flyers ;)

Puan Ayda dan produknya

Stok Vevious yang baru sampai

Terima kasih Puan Ayda, kerana sudi bekerjasama dan percaya dengan hasil kerja akak untuk hasilkan identiti bagi produk baru Puan Ayda ;)

Instagram : @VeviousOfficial




Iklan Penaja :
"Rekaan Elegan, Kualiti Premium"
Beg cantik dari BagBeg! Jom singgah, KLIK SINI

Blog Design with Wording : Blog Dear Salina milik Ibu Aqil ;)

Assalamualaikum W.B.T
Tempahan kali ni dari Ibu Aqil,
tak tahu kali ke berapa puluh order dari Ibu Aqil , kalau susun memang boleh buat galeri dah portfolio untuk dia ;)

Tema kali ni nak lace-lace dan warna soft pink, yang penting nampak simple.
Klik Untuk Tumbesaran
Hasilnya seperti diatas, :) simple dan sejuk mata memandang kata Ibu Aqil...
Jom melawat ke blog Ibu Aqil.

Ready Made Design + Business Identity FOR SALE!

Assalamualaikum W.B.T

First time buat design Ready Made, ada sesiapa yang berminat?
ni dah siap design, dan siap dengan business identity lagi... :)

Blog dah siap! :
the80sister.blogspot.my
kalau ada yang berminat nak pakai domain kena lah spend untuk domain.

Logo siap!

Instagram dah siap register

Facebook Page dah siap juga.. siap dengan bilangan likes sekitar 400+ orang.

email pun siap dah register : the80sister@gmail.com

Yang berminat dengan design ni nak guna untuk business boleh terus dapatkan dan terus guna ja.. ;)

Berminat boleh hubungi saya ya untuk sebut harga : +6014 824 0118 (whats app)

Anda boleh tambah jika berminat nak
facebook timeline cover,
watermark,
business card design,
bunting design
dan lain-lain design yang anda mahu :)

Blog Design : Cikgu Husna

Assalamualaikum W.B.T

Yeay.. ada mood nak update portfolio lagi ;)

Blog design tempahan daripada Cikgu Husna .

Cikgu Husna suka dengan burung hantu dan pattern chevron. Mahukan tema yang berwarna warni.

Maka hasilnya adalah seperti di bawah ini :)


Terima kasih sis kerana sudi tempah lagi ;)

Blog Design : Doll Character, milik Cha

Assalamualaikum W.B.T :)
update portfolio lagi.. ;)

Tempahan dari Cha, Cha dah lama sebenarnya tempah tapi saya tak de idea lagi untuk blog cha.. ;)

Template ke 5, jika tak silap yang diorder dengan saya :)

Cha ni peminat kipas susah mati dengan warna hijau. Jadi blog pun mesti lah ada hijau cuma berbeza sikit olahan kali ni, sebab garden kan? jadi mesti ada warna warni. Cha nak daun-daun, rumput-rumput tapi ada juga tu saya letak bunga 2-3 pokok :P . Baju Doll untuk family Cha nak warna purple. ;)

Semoga bersemangat ya nak berblogging semula.
Saya ni tak tahu lah bila bersemangat balik nak berblog.
Banyak benda nak taip kat blog tapi, taip-taip padam jadi macam tak terkeluar pulak nak cerita kat blog. :P

Minisite Design : Pertama kali buat

Assalamualaikum W.B.T.

 Dah datang mood rajin sikit nak upload portfolio lama-lama :)

Produk baru masuk dalam senarai iaitu Mini Website (Minisite) :)
Jenis website macam ni sesuai untuk mempromosi produk tanpa perlu customer klik banyak-banyak kali :) cepat dan senang untuk pengguna.

Ini adalah sample yang saya pernah design untuk salah seorang customer yang memiliki syarikat produk kecantikkan dan penjagaan kulit.

Bahagian hadapan mini site :) memfokuskan kepada  info produk sahaja :)

Bahagian pages, serba sedikit tentang syarikat.

Bahagian contact :)

Nampak lebih ringkas dan mudah serta mudah untuk para pengunjung atau bakal customer nak tahu tentang produk :)


Ini pula Design yang sedikit berlainan :) tapi masih syarikat yang sama. masih dalam kategori Minisite.


Biar gambar berbicara :)

Minisite ini sesuai untuk para peniaga yang mahu memperkenalkan produk atau memberi info kepada pengguna :)

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui whats app : +6014 824 0118 @ +6010 840 1008.
In shaa Allah saya cuba realisasikan seperti yang anda mahukan.



Blog Design : Simple

Assalamualaikum W.B.T

Ramai yang bertanya, design semua memang jenis sarat, tak de yang simple ke? :)
Saya sebenarnya design berdasarkan permintaan customer. Jika customer minta yang sarat maka saya kena ikut kriteria yang mereka bagi bukan ikut suka hati saya nak design macam mana.

Selepas dapat kriteria daripada customer saya kena brainstorming the idea untuk olah design berdasarkan kriteria yang diberikan.
Yang berminat nak tahu  dengan lebih lengkap sila klik sini.

Saya sertakan sekali 2 hasil kerja terdahulu untuk kategori saya kira sebagai design simple :)

Tempahan daripada Icha, mahukan design blog berlace :) ini lah hasilnya ;) semua yang ada pada blog ini adalah diminta oleh Icha nak design macam mana :)
Terima kasih Icha, untuk review  ni :)

Ini pula, tempahan oleh Nazliah Musa, untuk blog bisnes beliau. Mahukan design simple dan minimalis, gabungan hitam, oren, putih dan kelabu.

Anda berminat design macam mana?
In shaa Allah saya cuba realisasikan hubungi saya untuk dapatkan blog design idaman anda..

Barista di rumah dengan Nescafé Barista Machines

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak bagi tahu, berita baik untuk penggemar kopi.. tak perlu susah-susah dah, hanya boleh buat dengan sekali tekan je dah keluar kopi kegemaran anda.

Anda suka apa? Espresso? Lungo? Americano? Latte Mocchiato? atau pun Cappuccino?

Meh! saya tunjuk mesin baru, yang kecil tapi hasilnya? kopi yang bertaraf international gitu..

dengan adanya mesin ini, ibarat macam ada barista gitu dirumah.. ;)


Nama diberi : Nescafé Barista Machines, kecil, comel dan mudah nak letak kat mana2.. ;)


User manual yang padat, jangan risau orang tak pandai handle machine pun boleh guna.. user manualnya siap dengan gambar dan arahan step by step yang padat.


Saya biasa buat kopi/nescafe pakai susu manis atau coffee mate, hari ni cuba bereksprimen dengan menggunakan mesin. Biasa buat manual je kan :P

Hasil eksperimen.. 5 gelas kopi yang berlainan dengan HANYA MENGGUNAKAN  1 MESIN KECIL YANG COMEL INI!...
tak payah dah nak belanja mahal-mahal dah boleh menikmati kopi kegemaran anda di rumah.. lagi relax dan mudah.

Bercakap pasal kopi, ni sedikit perkongsian pasal kopi ;) walaupun saya bukan penggemar tegar kopi..
Espresso dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Espresso ni kopi yang paling pekat, kalau nak stay up sampai 2-3 malam boleh lah minum kopi ni, orang melayu panggil kopi kaw, tapi dia punya kaw ni jenis kaw... kaw.. kaw gitu sebabnya bancuhan dia lebih banyak pati kopi berbanding air. Biasanya Espresso ni adalah based  untuk hasilkan kopi-kopi yang lain.

Nescafé Barista Machines dah auto set banyak tu je sekali minum, jarang orang minum espresso segelas penuh.
Boleh lah tambah gula atau creamer atau susu pekat/segar untuk menambah rasa espresso ini.


Lungo dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Lungo ni cair sikit dari espresso nisbah air pada kopi, kira-kira 1:4. yang ni dikira sebagai kopi kaw gitu. kalau yang tak biasa minum kopi, bila minum Lungo ni pun dah tak lena tido sekitar sehari dua. :P

Americano dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Americano ni orang melayu panggil Kopi O, hehehe kalau beli kat kedai, bila sebut Americano, dia bagi kopi campir air saje, jadi kalau nak rasa kena lah buh gula sendiri.

Saya ni kurang gemar black coffee saya lebih suka kepada white coffee (kopi susu) hehehe jadi 2 jenis kopi di bawah ni memang boleh dikatakan sebagai kegemaran juga lah ;)

Latte Mocchiato dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Mesin ni terus gabungkan latte dengan macchiato, Latte tu tambah susu/cream dan macchiato tu maksud dia kurang kopi. Jenis ni sesuai untuk yang baru nak minum kopi atau yang bukan penggemar tegar kopi sebab rasa kopi dia lagi light dan lebih kepada rasa susu.

Mesin ni memang tak boleh letak susu, jadi cara nak buatnya, kita mesti letak susu dahulu dalam gelas sekitar 60-70 ml ikut kadar nak manis macam mana.. ;) lepas tu tekan je butang latte macchiato pada mesin.

Cappuccino dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Penyediaan Cappuccino dengan mesin ni sama dengan latte mocchiato, kena letak susu dulu baru tekan butang untuk cappuccino.
letak susu dalam gelas sekitar 50-60ml kemudian tekan butang capuccino.

Cappuccino ni sama je dengan latte sebenarnya tapi yang membezakannya adalah layer.. dia ada 2 jenis susu, satu susu panas bahagian bawah pastu bahagian atas ada buih susu. tengah-tengah tu kopi ;) kira macam kopi 3 layer gitu.

Memang mudah dah cepat bila guna mesin ini. Terima kasih untuk Nestle memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman menggunakan Nescafé Barista Machines.


Anda berminat nak dapatkan 1 Barista di rumah anda?

PROMOSI DENGAN HARGA PENGENALAN untuk mesin yang super duper best ni..

Promotion: Nescafé barista + 1 Nescafe gold blend + 1 Nescafé  pek isian semula dengan hanya RM239!

Tarikh Promosi : 14/9/2016

Boleh didapati di Lazada - http://www.lazada.com.my/nescafe-barista/
 
Copyright © Whitey Mommy™