Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

Nescafe Dolce Gusto Piccolo, Si Penguin Pembuat Kopi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog Whitey Mommy :)

Lama tak update jarang-jarang muncul kan? Sesekali muncul kita taip sesuatu yang best sikit!
Dapat jemputan dari Involve Asia untuk majlis pelancaran Nescafe Dolce Gusto Piccolo. Jadi saya review sikit pasal Mesin Kopi yang comel ini ya.
Nak cerita pasal Coffee Machine. Minum kopi ni satu kemestian especially untuk pengemar kopi kan?
Nak pergi beli hari-hari kekadang rasa macam tak berapa nak rajin kan? Tapi kekadang kalau dah gian juga nak kan kopi, kaki automatik akan rajin untuk pergi beli. Nak buat sendiri kekadang rasanya tak sama dengan kedai punya, sebab kita tak tahu nak bancuh ke atau memang malas?
Coffee addict pasti faham macam mana hidup tanpa minum kopi boleh murung kan? Begitu lah saya pada waktu dahulu tapi kini saya macam dah boleh kawal. Tapi tetap tak boleh nak jumpa kopi mesti  tak senang duduk.

Berita baik! untuk semua penggemar kopi tapi kurang rajin nak menapak ke kedai kopi.. haaa ni nak tunjuk ni.. machine comel bernama Nescafe Dolce Gusto Piccolo dari Nestle. Mesin baru yang kecil comel tapi dia punya fungsi... hebat! tekan aje dah boleh keluar macam-macam jenis kopi, nak apa? Capuccino, espresso, latte, atau chocolate pun boleh.. :)

Ni lah dia.. Nescafe Dolce Gusto Piccolo


Nak gunanya? mudah sangat.. sebab apa? sebab ada manual yang lengkap lah...



Yang paling best dia punya serbuk kopi, susu dan cream semua dah standby dalam 1 kapsul, macam mana kapsul dia? ni tengok kat bawah.. Pilih aje yang mana kopi kegemaran anda, tak payah susah susah nak guna sudu bagi . Masukkan kapsul-kapsul ini, Kopi anda sedia di dalam cawan.

Ini saya nak tunjuk berapa banyak pilihan serbuk kopi untuk anda.. :) Jadi tak payah risau dengan kesibukkan kerja di zaman moden ini, tidak akan menjejaskan hari  anda untuk menikmati kekenakkan kopi masukkan kapsul ke dalam Nescafe Dolce Gusto Piccolo semuanya selesai..
Nescafe Dolce Gusto Piccolo adalah mesin kopi yang sangat-sangat mudah dikendalikan. Tengok manual sekali je dah boleh buat  terus. Mesin yang kecil, comel, tak makan banyak ruang tetapi boleh hasilkan kopi kegemaran anda tanpa perlu bersusah payah.
Balik kerja penat-penat dalam jem tekan aje si penguin Nescafe Dolce Gusto Piccolo ini. Anda sudah sedia untuk menikmati secawan kopi kegemaran anda. Sangat mudah!
Serbuk kopi adalah dalam bentuk sedia digunakan. Disimpan kemas di dalam kapsul yang kedap udara. Ada dua jenis cara membuat kopi menggunakan mesin Nescafe Dolce Gusto Piccolo ni.
1. Dengan menggunakan 1 kapsul sahaja  untuk kopi yang tiada penambahan cream/susu.
2. Dengan menggunakan 2 kapsul untuk kopi yang ada penambahan cream/susu

Saya share langkah-langkah nak buat kopi yang menggunakan 1 kapsul ya. Walaupun dah ada dalam manual, mungkin dengan penerangan saya anda nampak macam mana mudahnya nak gunakan si penguin kecil ini.


Mudah bukan? ya.. sangat mudah... :) Sangat sesuai bagi penggemar kopi yang sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas harian. Jimat masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. Dirumah pun boleh kopi-kopi tak perlu nak redah jam  atau hadap suasana bising di kedai-kedai kopi. Anda hanya perlu ada sebuah Nescafe Dolce Gusto Piccolo dan ianya akan membuat kopi untuk anda nikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.


Anda boleh dapatkan :
•   Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine  Secara eksklusif di Lazada.

http://lazada.com.my/nescafe-dolce-gusto-piccolo
•   Pra-tempahan secara online bermula dari 21-30 April 2017
•   PROMOSI PRE-ORDER : Nescafe Dolce Gusto Piccolo Coffee Machine, Free 1 x Limited Edition Box (3 Random Designs) - 16 Capsules.  SELAGI STOK MASIH ADA.



Berita baik untuk pembaca Blog Whitey Mommy..
Anda akan mendapat 10% diskaun dengan setiap pembelian di Lazada.


Voucher Code Sponsored by Lazada

KOLVoucher Code
​​
PICCOLO10WM




Barista di rumah dengan Nescafé Barista Machines

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak bagi tahu, berita baik untuk penggemar kopi.. tak perlu susah-susah dah, hanya boleh buat dengan sekali tekan je dah keluar kopi kegemaran anda.

Anda suka apa? Espresso? Lungo? Americano? Latte Mocchiato? atau pun Cappuccino?

Meh! saya tunjuk mesin baru, yang kecil tapi hasilnya? kopi yang bertaraf international gitu..

dengan adanya mesin ini, ibarat macam ada barista gitu dirumah.. ;)


Nama diberi : Nescafé Barista Machines, kecil, comel dan mudah nak letak kat mana2.. ;)


User manual yang padat, jangan risau orang tak pandai handle machine pun boleh guna.. user manualnya siap dengan gambar dan arahan step by step yang padat.


Saya biasa buat kopi/nescafe pakai susu manis atau coffee mate, hari ni cuba bereksprimen dengan menggunakan mesin. Biasa buat manual je kan :P

Hasil eksperimen.. 5 gelas kopi yang berlainan dengan HANYA MENGGUNAKAN  1 MESIN KECIL YANG COMEL INI!...
tak payah dah nak belanja mahal-mahal dah boleh menikmati kopi kegemaran anda di rumah.. lagi relax dan mudah.

Bercakap pasal kopi, ni sedikit perkongsian pasal kopi ;) walaupun saya bukan penggemar tegar kopi..
Espresso dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Espresso ni kopi yang paling pekat, kalau nak stay up sampai 2-3 malam boleh lah minum kopi ni, orang melayu panggil kopi kaw, tapi dia punya kaw ni jenis kaw... kaw.. kaw gitu sebabnya bancuhan dia lebih banyak pati kopi berbanding air. Biasanya Espresso ni adalah based  untuk hasilkan kopi-kopi yang lain.

Nescafé Barista Machines dah auto set banyak tu je sekali minum, jarang orang minum espresso segelas penuh.
Boleh lah tambah gula atau creamer atau susu pekat/segar untuk menambah rasa espresso ini.


Lungo dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Lungo ni cair sikit dari espresso nisbah air pada kopi, kira-kira 1:4. yang ni dikira sebagai kopi kaw gitu. kalau yang tak biasa minum kopi, bila minum Lungo ni pun dah tak lena tido sekitar sehari dua. :P

Americano dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Americano ni orang melayu panggil Kopi O, hehehe kalau beli kat kedai, bila sebut Americano, dia bagi kopi campir air saje, jadi kalau nak rasa kena lah buh gula sendiri.

Saya ni kurang gemar black coffee saya lebih suka kepada white coffee (kopi susu) hehehe jadi 2 jenis kopi di bawah ni memang boleh dikatakan sebagai kegemaran juga lah ;)

Latte Mocchiato dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Mesin ni terus gabungkan latte dengan macchiato, Latte tu tambah susu/cream dan macchiato tu maksud dia kurang kopi. Jenis ni sesuai untuk yang baru nak minum kopi atau yang bukan penggemar tegar kopi sebab rasa kopi dia lagi light dan lebih kepada rasa susu.

Mesin ni memang tak boleh letak susu, jadi cara nak buatnya, kita mesti letak susu dahulu dalam gelas sekitar 60-70 ml ikut kadar nak manis macam mana.. ;) lepas tu tekan je butang latte macchiato pada mesin.

Cappuccino dengan menggunakan Nescafé Barista Machines
Penyediaan Cappuccino dengan mesin ni sama dengan latte mocchiato, kena letak susu dulu baru tekan butang untuk cappuccino.
letak susu dalam gelas sekitar 50-60ml kemudian tekan butang capuccino.

Cappuccino ni sama je dengan latte sebenarnya tapi yang membezakannya adalah layer.. dia ada 2 jenis susu, satu susu panas bahagian bawah pastu bahagian atas ada buih susu. tengah-tengah tu kopi ;) kira macam kopi 3 layer gitu.

Memang mudah dah cepat bila guna mesin ini. Terima kasih untuk Nestle memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman menggunakan Nescafé Barista Machines.


Anda berminat nak dapatkan 1 Barista di rumah anda?

PROMOSI DENGAN HARGA PENGENALAN untuk mesin yang super duper best ni..

Promotion: Nescafé barista + 1 Nescafe gold blend + 1 Nescafé  pek isian semula dengan hanya RM239!

Tarikh Promosi : 14/9/2016

Boleh didapati di Lazada - http://www.lazada.com.my/nescafe-barista/

Langsing dan Sihat dengan Rx-Lite

minuman koko yang best...
Kalau sebut pasal langsing dan sihat semua orang pun nak kan? terutama bila tengok baju2 cantik, kalau perempuan yang ni, memang tak tahan la...saya pun tak tahan... tapi bila tanya saiz... saiz XL pun kekadang tak muat. bukan kata kat orang ni. Diri saya sendiri pun macam tu. Semua ni membuatkan kita akan tercari-cari produk untuk melangsingkan badan. Kebanyakkan produk atau program untuk melangsingkan badan semuanya agak memakan kos kan... kekadang rasa takut untuk mencuba pun ya juga. Bimbang kesan sampingan sebagainya...

Sesiapa pernah dengar tentang Rx-Lite? Produk ini adalah produk pelangsingan badan yang berasaskan koko [ada yang kenal buah koko tak?]. Koko ini adalah bahan yang digunakan untuk memproses coklat... ha... dah dengar coklat ni. siapa tak minat coklat kan? saya pun memang minat sesangat... wah! Produk ini sesuai untuk lelaki dan juga perempuan.

sertai Rx-Lite di Facebook
Produk ini murah, mudah untuk disediakan [sangat sesuai untuk mereka yang busy dengan kerja], sedap untuk diminum [ini yang penting kalau tak sedap, minum sekali pun dah rasa macam tak nak minum lagi], tidak banyak pantang larang dan tanpa kesan sampingan [kerana produk ini menggunakan bahan semulajadi]. Bagi penggemar coklat, mungkin produk ini akan menjadi sebagai minuman kegemaran untuk setiap hari.

Pengiktirafan Oleh Media
produk Rx-Lite yang laris dipasaran membuktikan keberkesananya iaitu pengguna untuk produk ini semakin meningkat.
Produk yang berasaskan bahan semulajadi ini semakin mendapat perhatian pihak media, ini menunjukkan pencapaian terhadap produk ini semakin baik dan juga semakin dikenali ramai. Ini menunjukkan produk ini telah mendapat tempat dihati pengguna. Sekaligus dapat membuktikan keberkesanan dalam penggunaannya.

Testimoni daripada pengguna
Antara testimoni daripada mereka yang telah berjaya untuk melangsingkan badan dengan menggunakan produk Rx-Lite ini adalah:

Puan Zuraini Md Zain

Puan Zuriani Md. Zain, 46 tahun dari Dengkil,Selangor mengalami penyakit darah tinggi dan sakit lutut. Dengan penyakit yang dialaminya membuatkan beliau ragu-ragu melalui terapi di pusat pelangsingan, mengambil pil-pil pelangsingan mahupun mencuba tips senaman.

Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 31 Kg dalam tempoh 3 bulan. Pinggang pun semakin ramping, badan rasa sangat ringan dan bertenaga. Malah, ada juga rakan-rakan yang menegur kulit saya kelihatan lebih cantik. Tetapi pada saya, yang penting adalah tahap kesihatan saya semakin baik. Masalah darah tinggi saya sudah beransur, dan lutut saya sudah tidak sakit lagi,” kata Puan Zuriani.

Puan Siti Khatijah

Saya cukup teruja kerana tidak sampai 2 bulan, saya telah berjaya menghilangkan 20kg. Saya memang suka dengan rasa koko-nya yang lazat, dan lebih penting lagi, saya tidak perlu berbelanja besar setiap bulan. Alhamdulillah, sekarang berat saya dah kekal pada tahap yang ideal. Saya gunakan RxLite seperti yang di syorkan. Saya minum 3 kali sehari.Kurangkan pengambilan karbohidrat dan di gantikan dengan protein!” kata Pn. Siti Khalijah , 33tahun yang berasal dari Melaka dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.
Ada yang berminat nak cuba produk ini? nak dapatkan produk ini secara percuma? boleh... tapi bukan saya yang nak bagi... tapi Rx-Lite yang nak bagi... cuma perlu ikuti langkah mudah...iaitu Tekan Like pada page Rx-Lite di facebook.
Join Rx-Lite di facebook
dan sertai kuiz mingguan yang dianjurkan oleh Rx-Lite, anda bakal memenangi sekotak produk pelangsingan Rx-Lite yang berharga RM138. Menarik bukan... apa lagi cepat la join...
kuiz mingguan Rx-Lite di Facebook
Kalau tak cukup dengan sekotak... nak banyak lagi hadiah daripada Rx-Lite? pun boleh... pun boleh... Sertai Cabaran Langsing Bulanan dengan Rx-Lite. Klik pada link dan anda akan terus dibawa ke borang penyertaan...
Buktinya Encik Mohd Yusairi Yusof telah memenangi Cabaran bulanan Rx-Lite bagi bulan Oktober. Menarik bukan?

Produk yang berasaskan koko ini pasti menarik minat ramai pengguna kerana ia mempunyai rasa yang lazat, harga berpatutan, mudah diambil dan semestinya berkesan...
 
Copyright © Whitey Mommy™