Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Blog Design with Wording/Logo. Show all posts
Showing posts with label Blog Design with Wording/Logo. Show all posts

Blog Design For Khayla

#throwback
Blog Design untuk Khayla.. :)

Khayla mahu blog yang simple tapi sweet..


Saya design blog berdasarkan permintaan client..
Client nak macam mana, saya cuba realisasikan :)

Redesign Blog untuk Mama Alisha

Alhamdulillah...
Selesai tempahan untuk Mama Alisha..
skema tak ayat..
hehehe zaman-zaman dulu saya skema update blog.. sekarang bila baca ayat sendiri macam kelakar pulak.. hehehe

Tempahan Mama Alisha nak redesign blog lama..
Selepas perubahan itu ini..
maka terhasil lah new look untuk blog dia..

dan dia tukar dari url blogspot kepada domain supaya nampak lebih profesional kan..

Mama Alisha adalah Shaklee Independent Distributor yang berjaya di kawasannya. Beliau Seller untuk kawasan Gong Badak- Kuala Terengganu-Kuala Berang.
Kenal di alam maya, sebab beliau tempah blog design dengan saya dulu-dulu..

Lawat Blog beliau : Mamalisha Vitaspace

Blog Design with Wording : Blog Dear Salina milik Ibu Aqil ;)

Assalamualaikum W.B.T
Tempahan kali ni dari Ibu Aqil,
tak tahu kali ke berapa puluh order dari Ibu Aqil , kalau susun memang boleh buat galeri dah portfolio untuk dia ;)

Tema kali ni nak lace-lace dan warna soft pink, yang penting nampak simple.
Klik Untuk Tumbesaran
Hasilnya seperti diatas, :) simple dan sejuk mata memandang kata Ibu Aqil...
Jom melawat ke blog Ibu Aqil.

Blog Design : Cikgu Husna

Assalamualaikum W.B.T

Yeay.. ada mood nak update portfolio lagi ;)

Blog design tempahan daripada Cikgu Husna .

Cikgu Husna suka dengan burung hantu dan pattern chevron. Mahukan tema yang berwarna warni.

Maka hasilnya adalah seperti di bawah ini :)


Terima kasih sis kerana sudi tempah lagi ;)

Minisite Design : Pertama kali buat

Assalamualaikum W.B.T.

 Dah datang mood rajin sikit nak upload portfolio lama-lama :)

Produk baru masuk dalam senarai iaitu Mini Website (Minisite) :)
Jenis website macam ni sesuai untuk mempromosi produk tanpa perlu customer klik banyak-banyak kali :) cepat dan senang untuk pengguna.

Ini adalah sample yang saya pernah design untuk salah seorang customer yang memiliki syarikat produk kecantikkan dan penjagaan kulit.

Bahagian hadapan mini site :) memfokuskan kepada  info produk sahaja :)

Bahagian pages, serba sedikit tentang syarikat.

Bahagian contact :)

Nampak lebih ringkas dan mudah serta mudah untuk para pengunjung atau bakal customer nak tahu tentang produk :)


Ini pula Design yang sedikit berlainan :) tapi masih syarikat yang sama. masih dalam kategori Minisite.


Biar gambar berbicara :)

Minisite ini sesuai untuk para peniaga yang mahu memperkenalkan produk atau memberi info kepada pengguna :)

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui whats app : +6010 5010885
In shaa Allah saya cuba realisasikan seperti yang anda mahukan.



Blog Design : Simple

Assalamualaikum W.B.T

Ramai yang bertanya, design semua memang jenis sarat, tak de yang simple ke? :)
Saya sebenarnya design berdasarkan permintaan customer. Jika customer minta yang sarat maka saya kena ikut kriteria yang mereka bagi bukan ikut suka hati saya nak design macam mana.

Selepas dapat kriteria daripada customer saya kena brainstorming the idea untuk olah design berdasarkan kriteria yang diberikan.
Yang berminat nak tahu  dengan lebih lengkap sila klik sini.

Saya sertakan sekali 2 hasil kerja terdahulu untuk kategori saya kira sebagai design simple :)

Tempahan daripada Icha, mahukan design blog berlace :) ini lah hasilnya ;) semua yang ada pada blog ini adalah diminta oleh Icha nak design macam mana :)
Terima kasih Icha, untuk review  ni :)

Ini pula, tempahan oleh Nazliah Musa, untuk blog bisnes beliau. Mahukan design simple dan minimalis, gabungan hitam, oren, putih dan kelabu.

Anda berminat design macam mana?
In shaa Allah saya cuba realisasikan hubungi saya untuk dapatkan blog design idaman anda..

Blog Design with Wording : Kak Nazwa

Assalamualaikum W.B.T

lama tak update porfolio.. dah berhenti design ke?
tak lah! Tak de mood nak mengupdate biasalah mood pasang surut ni sentiasa ada .
Kadang rajin kadang kurang rajin ;)

 Nak #throwback design yang diminta oleh Kak Nazwa,
nak tema simple dan eksklusif untuk perniagaan beliau :)

Hasilnya tengok kat bawah, macam biasa.. gambar berbicara ;)

Bahagian Hadapan, bentuk gallery, mudah untuk pengunjung tengok barang apa yang dijual kan.

Bahagian content, penerangan untuk setiap product.
Habis.. ;) Gitulah simple dan mudahnya nak guna ;)

Yang berminat nak ada blog yang ikut citarasa sendiri, Promosi Syawal masih berjalan :
http://www.whiteymommy.com/2016/07/promosi-syawal-blog-design-with-doll.html
tengok sini untuk info lanjut!

Blog Template Design : House of Fabulous KL

Assalamualaikum W.B. T

#throwback tembahan dari House of Fabulous KL

Pemilik blog inginkan blog yang simple dan eksklusif dan terang mata memandang. ;)

Pilihan rona hijau dan silver .
saya add on diamond sebagai penambah seri.
Layout keseluruhan untuk blog ;)

Add on item yang dipilih.

Tempahan Blog Design : Nurul Butik Mia

Assalamualaikum W.B.T :)
#throwback design lama yang belum ditunjuk.

Tempahan dari Kak Nurul pemilik butik Mia..

Mahukan template yang simple dan nampak eksklusif.
Template ini dibina di platform blogger dan digunakan pada domain .com .

Bahagian Hompage, ada slideshow, menu di bahagian kiri website :)

Bahagian isi kandungan blog :)

Dan ini bahagian pages blog :)
Saya tak hurai panjang, sebab bila dah design tu orang akan lebih tengok hasil daripada kata-kata kan?
Pictures will speak by itself gitu kan?

Blog Design : Irine Nadia

Assalamualaikum W.B.T :)

Hari ni nak #throwback design lagi.. :)
Design milik Irine Nadia : Blogger yang popular tu..
Rasanya kebanyakkan follower blog saya kenal dengan Irine kan?

Revolusi mereka grafik untuk blog Irine.
Dari Elegant kepada simple design ;)

Yang ni tahun 2011 punya.. Irine punya template yang mula-mula. Template ni memang mendapat sambutan ramai. Sampai ramai yang tiru dan curi grafik untuk blog Irine ni. Pasrah dalam redha waktu.
Kemudian upgrade ke template ni, nampak lebih elegant dan eksklusif sebenarnya tapi Irine tak pakai lama macam template pertama. Template pertama lama dia pakai ;)
Dah ada baby... Nak yang simple-simple katanya.. dah start suka warna-warni beralih arah dari rona pink ke rona warna gula-gula kapas.
Template yang Irine pakai sekarang, upgrade dari warna gula-gula kapas kepada warna dusty blue :) untuk background, bahagian lain masih dikekalkan dengan tema sebelum ni :)

Ramai yang bertanya macam mana saya design? Macam mana saya reka bentuk rekaan?
Sebenarnya saya pakai hati dan saya akan tanya customer dengan details apa yang mereka suka,
terutamanya bahagian warna. Bahagian warna adalah paling penting. Kombinasi dan juga pemilihan warna yang tepat serta cara nak olah.

Saya memang pakai hati dan idea kekadang datang spontan bila fikir nak penuhi kriteria yang customer bagi.

Semudah tu ke?
Hisshhh tidak.. mesti melalui persetujuan dari customer dulu.. Selagi customer tak setuju selagi tu lah akan dibuat perubahan pada draft (3 kali draft) hehe..

Jadi yang mana hasil kalian nampak tu bukannya usaha saya seorang, tetapi ianya adalah kerjasama antara saya dengan customer :)

Design tak boleh syok sendiri, customer kata tak cantik kita kena ubah dan bila customer minta nak sama dengan "design si polan dan si polan" kita kena olah. Bukan tiru bulat atau terus cut dan crop tepek ke design pastu kata itu design kita :) Olah ikut kreativiti kita supaya hasilnya lain dari yang di inspirasikan.

Jika pemilihan atau kombinasi warna tak sesuai, saya akan advice customer  terutamanya jika untuk blog perniagaan atau yang baru bermula, pemilihan warna lembut/pastel amatlah diutamakan berbanding warna terang/striking.

Blog Design : ChocoVshine

Assalamualaikum W.b.t :)
#throwback design lagi .. :)

Ini adalah tempahan dari tahun lepas tapi belum pernah saya upload..

Customer adalah Founder Choco Vshine (Beauty Drink Expert)
Pilihan warna Pastel
Macam biasa.. saya tak pandai nak menghurai.. biarlah gambar berbicara kan?

Bahagian Homepage untuk blog. Menjadikan blog nampak eksklusif dan kelihatan seperti website mahal gitu ;)

Bahagian pages blog, di reka berlainan daripada homepage.
Begitu juga pada bahagian Content. :)

Semoga terus maju dalam perniagaan dan kehidupan di dunia dan akhirat buat founder Choco Vshine :)

Blog Design : Gee Muin ( BestShoppe Mania)

Assalamualaikum W.B.T

Yeay.. update blog lagi kita.. :)
dah ada mood nak upload hasil2 kerja yang belum dipaparkan.. ;)
daripada peram baik upload boleh lah orang lain cuci mata kan??

HOMEPAGE
Order repeat dari Kak Gee Muin (trimas kak.. :) semoga murah rejekinya)

Kak Gee memilih blog dengan homepage,
blog dengan homepage ni maksudnya sebelum masuk bahagian content, dia ada satu page yang simple yang dipaparkan dihadapan.
seperti di atas ya..

CONTENT
Ha.. ni bahagian content, maksudnya bahagian dalam/bahagian posting :)

Nampak tak perbezaan? ha.. bahagian homepage tu untuk nampakkan exclusive.. kiranya ibarat macam dinding rumah. bahagian content ni bahagian dalam rumah..

Luar rumah nampak cantik dan kemas.. nak banyak2 isi kita masukkan bahagian lain.. :)


Ingin menempah blog design/sebarang bentuk grafik/rekaan :
Sila baca DISINI.

 
Copyright © Whitey Mommy™