skip to main |
skip to sidebar
Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana
bahagian
hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Terma dan Syarat
Terma untuk Rekaan Blog
Pemilihan Kriteria
- Dari segi rekabentuk blog yang bakal saya buat. Anda perlulah memberikan kriteria dengan lengkap dan jelas rekaan macam mana yang anda ingini. Boleh bermula dengan melihat pakej rekabentuk blog dan mengisi borang tempahan dengan teliti dan bijak. Anda haruslah serius semasa mengisi borang tempahan, kerana saya akan mengambil kira setiap kriteria yang anda isi untuk menjana idea.
- Corak latar belakang, struktur rekaan dan juga pemilihan warna. Anda pelu terangkan dengan jelas supaya saya dapat memahami apa sebenarnya yang anda ingini supaya saya dapat merekabentuk blog yang betul-betul menepati citarasa anda.
- Pemilihan warna adalah 100% dipilih oleh anda, Kerana anda yang tahu warna apa yang disukai dan menarik perhatian anda. Pemilihan warna perlu dilakukan dengan bijak dan tepat supaya proses menyiapkan rekabentuk blog menjadi lebih lancar. Selepas draf pertama di berikan, jika ada pertukaran warna dilakukan melibatkan proses perubahan untuk keseluruhan design, bayaran tambahan akan dikenakan.
- Anda boleh berikan contoh-contoh rekaan yang menjadi inspirasi anda. Supaya saya mendapat gambaran dengan lebih jelas bagaimana citarasa anda.
- Jika anda ingin memesan blog design with doll character header. Saya memerlukan anda untuk menerangkan dengan jelas tentang gerak tubuh, jenis pakaian, warna pakaian, aksesori pada badan , kedudukan doll dan lain yang ada rasa releven untuk doll yang bakal saya lukis. Sebarang gambaran yang anda bayangkan haruslah di terangkan dengan jelas.
- Jika anda ingin memesan blog design with wording/logo header. Saya memerlukan adan untuk menerangkan dengan jelas perkataan dan dekorasi yang perlu ada pada wording/logo yang akan dijadikan sebagai header blog.
- Jika anda ingin memesan blog design with photo header, saya memerlukan anda untuk memberikan photo yang beresolusi tinggi (300dpi) yang bersaiz 2MB keatas. Ini adalah supaya header yang bakal dihasilkan nampak lebih jelas dan lebih cantik.
Perbincangan
- Selepas menerima borang tempahan anda, saya akan email kepada anda dengan pertanyaan dan maklumat lanjut tentang rekabentuk berdasarkan kriteria yang anda berikan. selepas menerima borang pesanan anda. Sesi perbincangan akan diadakan sehingga saya dapat mengesahkan yang saya dapat mereka blog yang anda ingini.
- Saya TIDAK mengambil sebarang RUSH ORDER. Anda boleh meneruskan proses menempah jika anda bersedia untuk menunggu.
- Saya lebih suka pelanggan berkomunikasi dengan menggunakan Whats App. Komunikasi 2 hala menjadikan perbincangan kita lebih berkesan.
- Kita akan membincangkan tentang konsep rekabentuk blog anda. Oleh itu, sila hantar kepada saya kriteria/draf penuh supaya mudah untuk saya mendapat gambaran dengan jelas rekabentuk blog yang anda ingini.
- Semua email dan dokumen yang diberikan oleh pelanggan, akan dianggap sebagai sulit dan rahsia di antara saya dan pelanggan.
Pembayaran
- Saya menerima pembayaran melalui Bank - Maybank dan CIMB [Malaysia] dan Paypal [Antarabangsa].
- Invois akan dihantar melalui email selepas anda bersetuju dengan sebut harga yang diberikan.
- BAYARAN PENUH perlu dilakukan sebelum saya masukkan nama anda ke dalam senarai menunggu. Apabila saya menerima bayaran penuh, nama anda akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu dan saya akan mereka bentuk mengikut giliran.
- Selepas pembayaran telah dibuat, anda tidak boleh membuat sebarang pembatalan tempahan atau pun minta balik bayaran. Fikir dengan bijak sebelum membuat tempahan. Tidak akan ada pengecualian.
Senarai Menunggu
- Ada kalanya senarai menunggu saya agak panjang, jadi jika anda mahu menempah, sila bersabar menunggu giliran anda.
- Giliran di dalam senarai menunggu adalah bergantung siapa yang bayar dahulu.Saya hanya akan meletakkan nama anda dalam senarai menunggu selepas anda membuat pembayaran penuh.
- Tempoh untuk menyiapkan tempahan bagi setiap pelanggan akan mengambil masa 1-4 hari. Termasuk semua proses merekabentuk, melakukan sebarang perubahan, dan pemasangan. Kebiasaaannya, saya akan melakukan rekabentuk untuk 2-3 pelanggan dalam satu masa.
- Saya hanya menerima tempahan daripada pelanggan yang benar-benar boleh bersabar untuk menunggu giliran. Tidak tergesa-gesa dan tidak memaksa saya. Jika anda sanggup untuk menunggu, anda boleh teruskan untuk membuat tempahan. Kerana seperti yang kita tahu, kerja melibatkan hasil seni ini memerlukan satu kelainan didalam mencari idea. Supaya rekaan yang dihasilkan dapat memenuhi citarasa anda.
Berkomunikasi
- Komunikasi dilakukan melalui email atau Whats App.
- Semasa sampai giliran anda, saya memerlukan anda sentiasa peka dengan sebarang email pertanyaan daripada saya.
- Saya akan membalas email anda dalam tempoh 24-48 jam. Jika anda tidak menerima sebarang jawapan daripada saya dalam tempoh ini. Sila semak Spam Box anda.
- Sebaik sahaja anda menerima draft pertama, saya memerlukan jawapan dan tindakan yang cepat daripada anda untuk memastikan bahawa proses menyiapkan rekabentuk blog untuk anda berjalan dengan lancar.
- saya tidak menerima apa-apa jawapan daripada anda dalam tempoh 48 jam, tempahan anda akan diletakkan sebagai giliran terakhir di dalam senarai menunggu dan saya akan mula untuk merekabentuk bagi tempahan pelanggan yang seterusnya.
- Jika saya masih tidak mendengar apa-apa jawapan daripada anda selepas 2 minggu, draf dan reka bentuk akan dipadam serta bayaran tidak akan dipulangkan.
- Untuk mendapatkan update terkini daripada saya. Tentang keadaan saya seperti kesihatan dan saya cuti, saya sarankan untuk anda like facebook page saya, kerana medium ini lebih pantas untuk saya update status saya. Anda boleh like di bawah ini:
Kredit Perekabentuk
- Whitey Mommy berhak keatas semua yang berkaitan dengan logo dan / atau pautan dalam rekabentuk blog yang dibuat.
- Dengan semua rekabentuk blog yang dibuat, saya akan meninggalkan satu link Whitey Mommy di dalam rekabentuk blog di bahagian bawah . Semua pautan perlu dikekalkan, tidak dipinda dan JANGAN dikeluarkan, kerana ia adalah salah satu cara pelanggan baru saya boleh tahu akan siapa pereka kepada template dan ianya sebagai penghargaan kepada saya sebagai pereka.
- Anda mesti mengekalkan pautan kredit kepada saya selagi reka bentuk / kod saya digunapakai di blog anda. Anda tidak boleh mengatakan kod dan semua imej yang saya rekabentuk sebagai hak anda, Pembuangan pautan ini bermakna anda melanggar perjanjian ini.
Hakcipta
- Semua rekabentuk yang dilakukan oleh Whitey Mommy adalah dilindungi di bawah hakcipta dan harta intelektual. Semua rekabentuk, termasuk imej dan kod, tidak boleh diubah, dikongsi, dijual dan diterbitkan semula, diedar atau disalin tanpa mendapat apa-apa kebenaran daripada saya.
- Semua ilustrasi, imej , logo, dan kod di dalam rekabentuk blog dan lain-lain produk [seperti header blog, lencana, watermark, dan lain-lain] yang saya rekabentuk tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain daripada yang saya telah buat. Sila meminta izin sebelum anda berbuat demikian.
Rekabentuk
- Anda mempunyai 3 semakan draf rekabentuk blog. 1 draft untuk pembetulan major (daripada segi perubahan dan penambahan pada susunan rekaan, dan penambahan dekorasi) dan 2 draft untuk pembetulan minor. Sebaik sahaja anda menerima draft pertama daripada saya, anda perlu menyenaraikan sebarang perubahan dengan lengkap didalam email tunggal kerana ini adalah dikira sebagai draft pembetulan major (pembetulan yang melibatkan rekabentuk secara sepenuhnya tetapi masih berkait rapat dengan kriteria yang diberikan didalam borang tempahan. Jika berlainan daripada kriteria awal yang diberikan, bayaran tambahan akan dikenakan - berlainan dari segi konsep, warna , layout dan rekabentuk). Jika anda melebihi 3 kali semakana draft, saya akan mengenakan bayaran [RM 50/draf] untuk rekabentuk blog dan bagi produk lain [RM10 /draf].
- Jika ada sebarang kesilapan adalah dari pihak saya, saya akan perbetulkan secara percuma dengan serta-merta, walaupun selepas template telah dipasang. Oleh itu, sila maklumkan kepada saya serta-merta, sebaik sahaja anda dapati ada berlaku kesilapan di blog anda.
- Sebaik sahaja anda SAHKAN draf terakhir, tiba-tiba anda menukar fikiran untuk menambah atau mengubah mana-mana bahagian pada rekabentuk dalam template. Saya akan mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM50.
- Selepas pemasangan, jika anda mahu membuat sebarang perubahan. Sila maklumkan kepada saya , perubahan akan dilakukan dan saya akan kenakan sejumlah bayaran mengikut tahap perubahan yang anda ingini.
- Draf untuk kad perniagaan, lencana blog, watermark, tajuk blog, dan lain-lain tidak boleh digunakan sehingga draf akhir diterima.
- Whitey Mommy akan memastikan bahawa template blog anda serasi dengan versi terbaru pelayar anda [Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer]. Jika atas sebab-sebab tertentu pelayar anda tidak dikemaskini kepada versi terbaru, Whitey Mommy tidak akan bertanggungjawab bagi menjamin keserasian yang tepat, tetapi saya akan cuba untuk berbuat demikian.
- Rekabentuk blog yang anda tempah dari saya tidak boleh diterbitkan semula untuk URL blog lain. Jika Anda ingin memasang template yang sama untuk URL blog lain. Sila minta kebenaran dan saya akan melakukan pemasangan untuk anda. Dan anda akan dikenakan bayaran tambahan bagi setiap blog [harga adalah bergantung kepada apa-apa perubahan daripada salinan pertama].
- Semua rekaan grafik untuk kegunaan pencetakkan seperti business card, flyers, bunting, bill book, dan lain-lain yang berkaitan, saya akan berikan dalam bentuk printing copy. Anda perlu melakukan pencetakan sendiri dengan membawa printing copy ke kedai/tempat yang menyediakan khidmat pencetakan kerana saya hanya mereka rekaan sahaja. Buat masa ini, saya masih belum menyediakan khidmat pencetakan.
Pemasangan
- Saya akan memasang template pada blog anda dalam masa 24 jam selepas anda bersetuju dengan rekabentuk yang dilakukan. Anda perlu melakukan perkara-perkara berikut :
- Buat salinan kandungan blog anda [seperti template, entry dan widget]. Saya sangat menyarankan anda untuk membuat salinan bagi semua widget dan kandungan untuk blog anda. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan semasa proses pemasangan dilakukan.
- Saya hanya melakukan rekabentuk blog, segala isi kandungan blog, susunan widget pada sidebar, dan gambar-gambar di dalam blog perlu diselenggara oleh anda (pemilik blog) sendiri.
- Berikan saya email login dan kata laluan untuk log masuk ke blog anda, semua link untuk menubar dan rangkaian sosial (seperti facebook, Twiter, Instagram, dll), serta kata laluan / email / username untuk login shoutbox anda kerana saya akan ubahkan warna shoutbox anda kepada warna yang sepadan dengan rekabentuk blog anda.
- Selepas rekaan blog dipasang di blog anda, saya akan memberi tempoh selama 1 minggu selepas tarikh pemasangan untuk anda membuat sebarang rujukan/pertanyaan kepada saya jika ada sebarang permasalahan semasa dalam proses membiasakan diri untuk menggunakan rekaan blog yang telah saya buat.
Terma untuk semua rekaan
- Lesen penggunaan (satu penggunaan pada satu masa) diberikan untuk setiap Watak Doll atau Header atau rekabentuk blog (blog design's template) yang telah saya reka. Hakcipta adalah hakmilik saya sepenuhnya.
- Sila e-mel kepada saya jika anda mahu menukar/menggunakan rekabentuk tersebut untuk penggunaan lain. Anda tidak boleh menggunakan hasil kerja yang sama dengan mengedit dan menukar kepada nama rakan anda atau apa sahaja.
- Anda tidak boleh meminta individu lain untuk mereka bentuk Watak Doll saya. Ia merupakan satu kesalahan pelanggaran hak cipta. Anda perlu rujuk dengan saya terlebih dahulu.
- Sila hormati hakcipta saya dan sila berikan kredit kepada www.whiteymommy.com jika anda menyalin istilah ini dan menggunakannya di blog anda
- Semua adalah hak terpelihara © Whitey Mommy, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
- Berdasarkan semua hasil kerja di Blog Whitey Mommy, kebenaran penggunaan lesen untuk karya yang saya hasilkan merangkumi:
- Tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran yang spesifik, bertulis dan bertandatangan. Tujuan aktiviti komersial yang dilarang termasuklah : Menjual illustrasi/gambar/ perkataan pada rekabentuk saya, Menggunakannya untuk tujuan menjual apatah lagi untuk mendapatkan keuntungan, menukar dengan apa-apa nilai pada bahan tersebut , atau menggunakannya untuk meningkatkan nilai website atau blog anda, atau mencetak untuk penerbitan, atau penerbitan elektronik, atau lain-lain penerbitan, atau lain-lain tujuan penggunaan komersial.
- Bagi rekabentuk bagi keseluruhan template blog, header blog, avatar, watermark, blog badge; lesen penggunaan(1 lesen penggunaan pada 1 masa pada setiap rekabentuk) dibenarkan untuk setiap bentuk rekaan. Hakcipta adalah hakmilik saya sepenuhnya. Sila email kepada saya jika anda ingin menukar/terus menggunakannya untuk tujuan penggunaan lain.
- Anda tidak boleh dengan apa-apa tujuan menggunakan header yang sama dan mengeditnya dan menukar kepada nama rakan anda atau apa-apa sahaja. Lazimnya saya memberikan kebenaran untuk anda menggunakan/’crop’ untuk digunakan sebagai gambar profil facebook atau avatar blog. Anda tidak boleh meminta orang lain untuk merekabentuk illustrasi yang sama kerana ia adalah kesalahan melanggar hakcipta. Anda perlu merujuk kepada saya terlebih dahulu.
- Jika anda berminat untuk menukar dekorasi rekabentuk blog anda atau illustrasi bagi tujuan seperti ‘fliers’, kad perniagaan, ‘bunting’, logo perniagaan dan lain-lain, anda perlu merujuk kepada saya terlebih dahulu. Anda tidak boleh dengan apa-apa tujuan untuk ‘crop’ dan salin daripada rekabentuk yang telah saya buat atau meminta individu lain untuk melakukannya untuk anda. Ianya adalah kesalahan melanggar hakcipta. Sejumlah bayaran akan dikenakan untuk proses merekabentuk dan perlesenan untuk penggunaan karya saya untuk tujuan tertentu.
Anda boleh:
- Dalam semua keadaan, nama saya, Whitey Mommy yang dipautkan ke blog www.whiteymommy.com mesti disertakan bersama.
- Digunakan bersama dengan illustrasi/gambar/ setiap perkataan pada rekabentuk saya.
Anda tidak boleh :
- Menghantar print screen illustrasi/gambar/perenggan saya kepada orang lain melalui email. Jika anda mahu individu berkenaan, atau kumpulan individu (seperti email berkumpulan) untuk melihat illustrasi/gambar/ setiap perkataan pada rekabentuk saya, sila hubungkan mereka ke blog saya untuk melihat berbanding menyalin di dalam email. Taip alamat website saya atau URL imej di dalam email yang dihantar kepada mereka.
- Mengedit illustrasi/gambar/ setiap perkataan pada rekabentuk saya dan menggunakannya di dalam perisian grafik sebagai kolaj, gambar montaj dan lain-lain ataupun digunakan sebagai ‘header’ website/blog anda.
Adaptasi daripada
Emila Yusof.
0 Comment (s):
Post a Comment
Thank You For Leaving a Comment to Me...