Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Tentang TradeMark @ Tanda Perniagaan

Assalamualaikum W.B.T
Entry kedua untuk malam ini adalah tentang perkataan TM dan juga (R) yang digunakan bagi tujuan sebagai tanda perniagaan itu adalah kita punya. Yang ini pun saya nak kongsi bagi mengelakkan salah faham dalam memahami istilah simbol ini.

Jom baca untuk tambahkan pengetahuan. Terutama bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan.

Entry ini juga saya salin daripada Kartunis Ubi. 

Pengenalan


Tak paham atau keliru dengan ‘TRADEMARK’?
Senang aje…
TRADEMARK atau dalam Bahasa Melayunya TANDA PERNIAGAAN, adalah Simbol, Tanda dan Nama/Perkataan yg mengaitkan sesuatu produk/servis dengan pengeluar/pemiliknya.
Perkataan ‘PANTENE’ tidak boleh dianggap sebagai TRADEMARK.
Begitu juga dengan ‘HERBAL ESSENCES’, ‘CLAIROL’ dan ‘HEAD & SHOULDERS’.
Tetapi sekiranya ditulis dengan gaya tersendiri dan diletakkan pada botol syampu, kesemua perkataan di atas adalah TRADEMARK atau TANDA PERNIAGAAN yang boleh memberi keyakinan kepada pengguna bahawa mereka mendapat produk mengikut standard dan piawai yg ditetapkan oleh pengeluarnya – Procter & Gamble.


(Contoh logo atau TRADEMARK yg digunakan oleh jenama Pantene. Jenis font dan corak kerawang yg digunakan membolehkan anda mengenalinya dengan mudah.)

Undang-undang TRADEMARK diwujudkan untuk melindungi pengguna daripada kekeliruan dan juga melindungi pemilik perniagaan daripada persaingan yg tidak sihat.
Anda layak untuk mendapat perlindungan TRADEMARK sekiranya anda benar-benar telah menggunakan tanda perniagaan anda itu untuk tujuan perdagangan. Sekiranya anda tidak menjual apa-apa secara komersial, tak perlulah serabutkan kepala anda dengan cerita berkenaan undang-undang TRADEMARK ni.
Walaubagaimanapun anda boleh mendaftar TRADEMARK anda itu sekiranya anda bercadang untuk menggunakannya secara komersial dalam tempoh ENAM BULAN lagi. Seperti juga Hakcipta, TRADEMARK anda dilindungi oleh undang-undang samada anda mendaftarkannya ataupun tidak.
Makin tak paham dan keliru? Harap dapat bawak bertenang ye! ;)
Untuk memudahkan penerangan, sekali lagi kita akan gunakan komik agung “Satria Chopper” dari artikel Hakcipta @ Copyright – Pengenalan sebagai contoh.
Selepas komik tersebut berjaya disiapkan, saya dan Eddy ingin menjualnya secepat mungkin supaya kami akan menjadi terkenal seterusnya memudahkan agenda menakluk dan memperdayakan awek-awek cun di sekolah.
:twisted:
Untuk menjualnya secara komersil, kami harus mencipta logo untuk siri komik tersebut. Dan untuk melindunginya, logo tersebut perlu di ‘trademark’ kan. Dengan berbuat begini, kami dapat menghalang mana-mana mangkuk ayun yg bercadang untuk mengeluarkan produk berjenama “Satira Chopera” atau “Sateria Chocker”.
Kenapa?
Kerana tiada sesiapa pun dibenarkan menggunakan nama atau rupa bentuk yg sama atau seakan-akan sama dengan TRADEMARK kami itu sehingga boleh membuatkan pembaca dan peminat komik terkeliru menyangkakan produk baru tersebut dikeluarkan oleh kami juga.

(Contoh logo “Satria Chopper” pada komik kami)

(Contoh logo “Satira Chopera” yg bisa mengelirukan)

TRADEMARK kami juga dilindungi walaupun “Satira Chopera” itu bukan produk komik. Yg penting sekali adalah pengguna dilindungi dari tertipu dan terpedaya bahawa pencipta “Satria Chopper” yg best tu jugak turut mengeluarkan “Satira Chopera” yg ntahapahapantah tu.
Sebagai contoh, Di Malaysia ni ada satu rangkaian makanan segera yg terkenal – McDonalds. Sekiranya anda ternampak restoran bernama McDonalds yg menjual burger, anda pasti bahawa ianya dimiliki oleh orang yg sama dan menghasilkan makanan yg sama pada kualiti yg sama jugak. Sekiranya anda masuk dan membeli makanan di situ, anda pastinya 100% percaya bahawa duit anda itu betul-betul pergi kepada McDonalds serta anda betul-betul mendapat produk keluaran mereka.
Adakah adil sekiranya ada satu lagi kompeni membuka restoran makanan segera bernama McDonalds?
Tentunya tak kan…
Ini kerana mereka bakal membuat keuntungan berdasarkan nama baik dan jenama orang lain. Dalam ertikata lain, mereka ini bakal mengebas keuntungan yg sepatutnya masuk ke poket pemilik sebenar McDonalds!
Bagaimana pulak dengan restoran yg menjual laksa Penang?
Sekiranya ada restoran yg menjual laksa Penang bernama McDonalds, rasanya mungkin anda bakal terkeliru… mungkin di kepala benak anda terfikir bahawa gergasi perniagaan makanan segera yg ditaja oleh zionis ini mungkin sedang mengembangkan empayarnya dengan makanan tradisional pulak!
Disebabkan perasaan ingin menyokong makanan tradisional Malaysia (yg kononnya bakal diperdagangkan ke peringkat antarabangsa), anda pun makan di situ. Namun setelah mencuba, anda mendapati laksa McDonalds tersebut sungguh gampang sekali!
Kecewa dan marah dengan pengalaman tersebut, anda bersumpah bahawa mulai dari saat itu anda dan keturunan anda akan berhenti dari membeli nugget serta apa juga produk keluaran McDonalds!
Jadi boleh dirumuskan bahawa kekeliruan TRADEMARK, selain dari membuat pelanggan anda berbelanja ditempat pesaing, ianya juga boleh merosakkan jenama perniagaan sekiranya tidak dilindungi.
Walaubagaimanapun, ada kemungkinan anda tidak akan terpedaya walaupun dua syarikat yg berlainan menggunakan nama TRADEMARK yg sama. Syarikat kedua itu juga tidak dikira melanggar undang-undang TRADEMARK.

Mengelakkan Kekeliruan

Untuk makluman, McCurry – sebuah restoran mamak di Jalan Ipoh KL telah disaman kerana menggunakan perkataan “Mc” dan penggunaan warna yg hampir sama pada pengenalannya; yg pada McDonalds boleh menimbulkan kekeliruan, kerugian dan menjejaskan perniagaannya.


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya telah berpihak kepada McDonalds dalam kes ini. Baca cerita selanjutnya di sini.
Jadi berdasarkan kes ini, adakah perkataan “Mc” itu dimonopoli sepenuhnya oleh McDonalds?
Adakah team F1 McLaren jugak boleh disaman oleh McDonalds?
Oh… :roll:

Sebagai org yg kadang-kadang (selalu sebenarnya) malas basuh baju sendiri, saya selalu menghantar baju kotor saya ke kedai Dobi McDonalds berdekatan dengan rumah. Towkey kedai tu namanya memang McDonald – seorang lelaki berbangsa Scottish yg berkahwin dengan Cina rakyat tempatan.
Memang saya puas hati dengan kerja mereka. Saya paling suka dengan keharuman semerbak sabun dan pewangi yg digunakan mereka. Anak daranya pun lawa gak… maklumlah, mix ngan Mat Salleh! ;)
Tanda pengenalan kedainya ditulis dalam warna biru, merah dan hitam serta menggunakan font yg berbeza sekali dengan restoran McDonalds.


Rasanya takkan timbul persoalan bahawa restoran McDonald ada terlibat mengeluarkan duit membina, memberi lesen dan mengendors kedai dobi tersebut.
Sesapa pun yg pernah nampak atau menjadi pelanggan kedai dobi McDonalds pasti tahu dan takkan terkeliru bahawa ia memang ada kena mengena dengan restoran makanan segera yg memang terkenal dengan kandungan lemak tinggi tu.
Dan yg pasti, anak dara cun mix mat salleh tu juga takkan mengambil badut Ronald McDonald sebagai calon boyfriend!
Jadi penggunaan nama yg sama atau hampir sama adalah dibenarkan dengan syarat tidak menggunakan rupa bentuk yg sama atau seakan-akan sama dengan TRADEMARK jenama lain.
Anda juga dibenarkan menggunakan nama yg sama atau hampir sama asalkan produknya tidak dalam kategori yg sama (contoh: kedai dobi adalah berlainan dengan kedai makan).

Pendaftaran

Seperti Hakcipta, anda tidak memerlukan sebarang surat atau sijil untuk menegaskan pemilikan TRADEMARK anda.

Tetapi seperti juga Hakcipta, anda perlu memberitahu orang ramai bahawa tanda nama tersebut adalah hakmilik anda.

Cara yg paling mudah adalah dengan meletakkan simbol “TM” (singkatan TRADE MARK) pada nama/logo/simbol/tagline jenama anda itu tanpa perlu mendaftar dengan mana-mana pihak. Perlu diingat, untuk kaedah ini, anda perlu aktif menggunakan TRADEMARK tersebut atau produk anda mesti ada di jual di pasaran.
 

(Contoh logo KartunisUbi.com dengan simbol “TM”)

Tetapi untuk perlindungan yg SUPER HEBAT (sehingga menakutkan lanun-lanun cetak rompak terutamanya kat Petaling Street), anda amat-amat digalakkan mendaftarkannya secara rasmi dengan badan kerajaan. Banyak kebaikan dan perlindungan tambahan yg diperolehi dengan Tanda Perniagaan yg berdaftar.

Dengan bayaran sebanyak RM250 bagi setiap kategori, TRADEMARK anda boleh didaftarkan. Anda boleh mendaftar TRADEMARK anda untuk lebih dari satu kategori produk/servis. Hanya kalikan aje RM250 dengan berapa kategori yg ingin anda daftarkan.

Selepas mendaftar, anda perlu menunggu selama 6-8 bulan untuk kelulusan. Pihak Pendaftar akan mengupah peguam untuk memeriksa dan menilai samada TRADEMARK anda itu layak untuk didaftarkan. Mungkin seseorang di dalam industri anda telah mendaftarkannya terlebih dahulu. Atau mungkin juga nama/logo/simbol/tagline anda itu telah pun diletakkan di bawah PUBLIC DOMAIN

Jadi cubalah cipta sesuatu yg unik/baru dan toksahlah mengada-ngada nak mendaftar “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” atau “MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA”. :D
Selepas TRADEMARK anda itu dilulus dan didaftarkan, anda akan diberikan sijil pengesahan serta dibenarkan untuk menggunakan simbol “®” yg bermaksud “REGISTERED” – seterusnya menambahkan prestij untuk jenama produk/servis anda. Mungkin selepas itu anda akan dipandang lebih tinggi oleh pelanggan, pesaing dan awek sekampung. :cool: 

Pendaftaran TRADEMARK bertahan selama sepuluh tahun dan boleh diperbaharui untuk setiap sepuluh tahun. Dalam tahun keenam jangkahayatnya, anda perlu mengisi satu borang khas (lupa plak namanya…) atau perlindungan anda akan luput.
Jika anda berniat untuk memasarkan produk/servis anda ke luar negara, anda perlu mendaftarkan lagi TRADEMARK anda itu di negara tersebut. Ini boleh dilakukan dengan mengupah peguam atau ejen.
Eleh, Bisnes juta-juta sampai oversea, takkan tak mampu nak bayar lawyer kot? ;) 

Untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut mengenai TRADEMARK di Malaysia, silalah luangkan masa anda ke:
Perbadanan Harta Intelek Malaysia,
Tingkat 32, Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50623 Kuala Lumpur.


Jika anda berada di luar KL, anda boleh bertanya di Pejabat Harta Intelek di negeri masing-masing (kalau ada le…). Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi nombor berikut (Akak-akak penyambut telefon sangat gembira untuk menjawab sebarang kemusykilan anda ;) ): 03-22632100, 03-2274 5113 atau 1300-88-3333

Atau anda boleh layari saja laman web http://www.mipc.gov.my >>>
Semoga artikel-artikel yg telah ditulis ini dapat memberi kefahaman kepada anda tentang Harta Intelek dan memberi semangat untuk anda menghasilkan produk yg lebih kreatif lagi… Dulu, Kini dan Selamanya! Cemerlang, Gemilang dan Terbilang gitu! (macam pernah dengar je tagline ni… err, jangan saman saya ye… saya takde wang…)


Ini adalah artikel dari Kartunis Ubi pada tahun 2009. Mungkin ada laman web dan no telefon yang telah bertukar. Anda boleh baca artikel penuh tentang ini di laman web kartunis ubi untuk memantapkan lagi pengetahuan anda .
Untuk mendapat maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan dan mendaftarkan trademark anda sila ke laman web http://www.myipo.gov.my/

Semoga bermanfaat dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. :)

Tentang Hakcipta @ Copyright

Assalamualaikum W.B.T
Sudah lama saya tak update blog. Agak sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga businesswomen ceewah! best aje bila cakap gitu kan?

Entri saya hari ini adalah tentang hakcipta. Selama ini Kak Emila Yusof sering menjadi tempat rujukan saya tentang isu hakcipta ini. Jadi saya hanya tahu sendiri tentang nya tidaklah menjelaskan secara umum.

Tetapi rasanya tidak adil kan jika saya tidak kongsi apa yang saya tahu serba sedikit tentang ini. Saya tidak tahu secara menyeluruh. Jadi tidak lah sebegitu arif untuk menerangkan dengan lebih details. Saya pernah beberapa kali google dan kebanyakan blog-blog luar negara yang selalu memberi maklumat tentang isu ini. Di Malaysia masih lagi kurang akan pendedahan tentang isu ini.

Hari ini saya google jadi saya terjumpa blog kartunis hebat iaitu Kartunis Ubi, yang pernah menyiarkan artikel di blog beliau tentang isu hakcipta ini. Jadi saya rasa isi kandungannya sangat sesuai untuk dikongsi bersama anda. Beliau merupakan salah satu kartunis yang saya gemari sewaktu zaman kecil-kecil dulu. karya beliau iaitu Aku, dia dan Volkswagen dan IN merupakan kartun yang paling saya gemari di dalam komik Ujang.

Artikel dibawah ini adalah saya salin daripada blog beliau untuk tatapan anda semua tanpa mengubah sebarang ayat. Tetapi saya hanya mengambil isi-isi penting sahaja.
Setelah lebih 10 tahun bergelumang secara profesional dalam industri kreatif ni, saya sedikit sebanyak faham tentang apa itu HAKCIPTA @ COPYRIGHT.
Untuk pengetahuan, HAKCIPTA atau dalam bahasa omputihnya COPYRIGHT adalah HAK EKSKLUSIF pengarang/pencipta bahan-bahan asal yg terdiri daripada karya Penulisan, Sastera, Muzik, Lukisan, Gambar, Grafik, Filem, Rakaman Audio/Video, Program/Software Komputer dan segala hasil kerja kreatif yg lain.

Hanya PEMILIK dan PEMEGANG HAKCIPTA mempunyai kuasa untuk menerbitkan, menayang, mengedar dan mengeluar semula hasil kerja tersebut.
Dan hanya PEMILIK dan PEMEGANG HAKCIPTA mempunyai kuasa untuk membenarkan pihak lain menggunakan keseluruhan atau sebahagian konsep daripada hasil kerja tersebut di dalam media yg sama ataupun media lain.
(Contoh sebahagian konsep – Watak Superman menjadi Clark Kent di dalam Smallville. Contoh media lain – Harry Porter daripada novel menjadi filem)
Untuk mendapat HAKCIPTA, kita tak perlu melalui proses tunjuk lawyer yg banyak level prosedur dan menulis paperwork seperti kelentong saya itu.
Untuk pengetahuan, HAKCIPTA boleh diperolehi secara AUTOMATIK dan tidak perlu didaftarkan.
Bagaimana?
Senang aje… sebaik sahaja karya anda itu siap, maka secara automatik anda memperolehi HAKCIPTA ke atas karya tersebut!
Contohnya, entri mengenai HAKCIPTA yang sedang anda baca sekarang ni…  setelah siap ditulis dan dipublishkan di blog ini, secara automatik ianya menjadi HAKCIPTA saya tanpa perlu saya mendaftarkannya dengan mana-mana pihak.
Dan secara automatik jugalah anda semua tidak boleh menerbit dan menggunakan artikel ini (atau sebahagian darinya) tanpa mendapat KEBENARAN daripada saya. Hohoho!
:cool:
Namun sekiranya anda baru bercerita dengan member kamceng, sedara mara ataupun ketua kampung mengenai IDEA anda untuk menghasilkan satu siri komik mengenai seorang remaja yg gagah, bertubuh sasa,  handal menunggang motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yg bisa mengeluarkan api dari neraka, ia masih tidak boleh diHAKCIPTAkan lagi kerana ia masih sekadar satu IDEA sahaja.
Hanya idea yg telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL layak untuk mendapat hakcipta (Contoh: Novel – sudah ditaip atau dicetak)
KEASLIAN sesuatu karya juga adalah perkara yg paling penting dalam memperolehi HAKCIPTA.
Contohnya jika anda menulis satu cerita mengenai seorang remaja yg gagah, bertubuh sasa,  handal menunggang motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yg bisa mengeluarkan api dari neraka… Tetapi jalan ceritanya adalah mengenai remaja tersebut (bernama Awie) yg juga seorang penyanyi rock popular mendapat tentangan keluarga aweknya (bernama Watie) untuk bercinta kerana beliau adalah seorang penyanyi – mungkin anda akan ada sedikit masalah (banyak sebenarnya..).
Jadi  pastikan karya anda itu ASLI dan ia telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL untuk memastikan anda layak mendapat hakcipta ke atas karya tersebut.
Apa kebaikan HAKCIPTA ini buat pemiliknya? Adakah dengan memegang HAKCIPTA boleh menjadi kaya?
Sekiranya karya anda itu ibarat sampah dan syok sendiri usahlah berangan untuk kaya walaupun anda memiliki sejuta HAKCIPTA sekalipun!
Sebaliknya jika karya anda itu popular dan diminati ramai, di kala itulah HAKCIPTA ini amat penting sekali!
Selain mendapat keuntungan yg masyuk dari hasil titik peluh anda itu, yg penting sekali anda dapat MENGHALANG pihak lain atau lanun cetak rompak membuat keuntungan tanpa KEBENARAN dan PERSETUJUAN anda (KEBENARAN dan PERSETUJUAN bolehlah juga dimaksudkan dengan membayar anda sejumlah wang!)
Kerana itulah juga COPYRIGHT @ HAKCIPTA ini dikategorikan bawah INTELLECTUAL PROPERTY ataupun HARTA INTELEK. Walaupun tidak berbentuk fizikal, tetapi ianya amat benilai sekali seperti harta!
Dikhabarkan di luar negara sana banyak artis atau pencipta lagu yg memajakkan lagu ciptaan mereka kepada bank untuk membuat pinjaman. Dan ianya diterima kerana pihak bank tahu akan nilai HAKCIPTA tersebut.

:cool:

Sebagai pengkarya anda mungkin memegang HAKCIPTA karya anda dan mempunyai hak untuk tidak membenarkan pihak lain menyiar atau menggunakan hasil karya tersebut.
Seperti juga hak-hak yg lain, ia ada juga batasannya…

Pada setiap karya perlulah dinyatakan dengan dengan jelas siapakah PEMILIK atau PEMEGANG HAKCIPTANYA (atau lebih jelas lagi – siapakah yg berhak mendapat keuntungan daripadanya!).

HAKCIPTA secara automatiknya adalah hakmilik mutlak pencipta atau pengkarya asal. Ia boleh dipegang dan dimiliki atas satu nama ataupun lebih (sekiranya karya itu ditulis atau dicipta lebih dari seorang).

Seperti HARTA atau PROPERTY lain, ia juga boleh dijual, disewa, diserah hakmilik dan diberi percuma kepada orang lain. Sekiranya pemilik asal meninggal dunia (secara rela ataupun tidak), HAKCIPTA tersebut akan diserahkan kepada anak ataupun waris terdekat.

Tetapi seandainya pengkarya tersebut diupah atau dibayar untuk menghasilkan sesuatu karya, maka beliau tidak lagi berhak ke atas karya ciptaannya itu…

Untuk makluman, sekiranya anda dibayar gaji oleh majikan untuk berkarya, maka HAKCIPTA karya tersebut secara automatiknya akan menjadi HAKMILIK MAJIKAN anda.

Sebagai contoh, ketika bekerja di Majalah Ujang saya telah menghasilkan komik Budak Hostel, Aku Dia & Volkswagen dan IN. Saya telah dibayar gaji (yg boleh dikira lumayan jugak) oleh bekas majikan saya untuk tidak tidur malam menghasilkan kesemua karya tersebut sebaik dan sekreatif mungkin.

Dan kerana itu kesemua karya agung yg tersangat best itu menjadi HAK MUTLAK bekas majikan saya. Mereka berhak untuk membuat apa sahaja (dan mendapat keuntungan) dengannya. Mereka boleh mengubah jalan cerita, menulis sequel, mengupah pelukis lain untuk melukis siri baru* dan menyimpannya menjadi pekasam (itulah yg berlaku sekarang) sekiranya mereka mahu.

*Untuk pengetahuan, siri IN di dalam Majalah Blues Selamanya bukanlah hasil dari air tangan saya. Sekian, harap maklum.

Untuk mengubah senario di atas daripada berlaku, anda perlu membuat satu PERJANJIAN BERTULIS dengan majikan anda. Mungkin anda boleh nyatakan dalam perjanjian tersebut bahawa  pihak mereka hanya mendapat kebenaran untuk Terbitan Pertama, Hak membuat filem sahaja ataupun apa sahaja asalkan HAKCIPTA karya tersebut adalah HAKMILIK MUTLAK anda.

Sekiranya anda seorang freelancer dan diupah untuk menghasilkan satu karya seni, pastikan dinyatakan secara terang dan jelas di dalam kontrak mengenai pemilikan HAKCIPTA ke atas karya tersebut. Sekiranya tidak, karya tersebut secara automatik menjadi hakmilik pihak yg mengupah anda.

Anda boleh menjual terus HAKCIPTA tersebut sekiranya anda mahu, tetapi pastikan ia bukan diberi atau dijual dengan harga yg murah!

Mengikut undang-undang, HAKCIPTA @ COPYRIGHT menjadi hakmilik anda sepanjang hayat (selagi anda tidak menjualnya) dan 70 tahun selepas anda meninggal dunia. Hmm… panjang sungguh masa untuk berjoli katak dan enjoy hasil dari titik peluh anda itu!
:cool: 

Selepas 70 tahun (pada asalnya 50 tahun**) anda meninggal dunia, karya anda itu secara automatik dikategorikan sebagai PUBLIC DOMAIN – iaitu ianya boleh diguna/dipakai/diperdagangkan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu meminta keizinan dan membayar sebarang royalti.

Walaupun selepas tempoh pemilikan tamat, ada sesetengah karya itu masih memberi keuntungan yg besar kepada pemiliknya. Sebagai contoh, Mickey Mouse milik Disney sepatutnya sudah boleh dikategorikan sebagai Public Domain pada 1999. Namun atas kebijaksanaan (atau ketamakan) pemiliknya, mereka telah melobi Kongres dan akhirnya Presiden Bill Clinton telah meluluskan Sonny Bono Copyright Term Extension Act yg membolehkan pemilikan mereka ke atas karakter terkenal itu dipanjangkan tempohnya. Untuk cerita selanjutnya, sila bacanya di sini
**Hasil daripada Sonny Bono Copyright Term Extension Act, tempoh ini telah dilanjutkan dari 50 tahun menjadi 70 tahun.

Jika anda ingin membaca artikel yang lebih lengkap sila ke blog beliau. Baca dan fahamkan dengan betul supaya anda dapat menghargai hasil karya orang lain .

Inilah yang saya faham tentang hakcipta untuk hasil kerja saya selama ini. Saya bukan sehebat mana pun dalam kerja-kerja merekabentuk ini. Apa yang saya lakukan adalah untuk mencari rezeki dari rumah. Dan kepakaran yang Allah pinjaman kepada saya untuk masa ini adalah melalui rekabentuk. Alhamdulillah...

Cuma kadang kala kita rasa terkilan apabila hasil karya kita diambil sesuka hati. Sedangkan ianya telah diupah oleh pelanggan kita untuk membuatnya. Jadi saya share artikel ini bukan untuk tujuan sinis atau perli tapi sebagai salah satu perkongsian untuk kita sama-sama menambahkan ilmu dan kita lebih menghargai hasil karya orang lain. Insyaallah

Wordless Wednesday : 5 Important Rules for Designer

Sumber: Kid A

Perkenalkan Blog design dengan Homepage

Assalamualaikum W.B.T.

Blog saya ni masih lagi dalam proses redesign. Selalu aje tertangguh , sebab sambil redesign blog sendiri sambil buat kerja untuk customer-customer.

Design blog yang baru ini. Saya buat Homepage, lebih mudah dan nampak tersusun, ikut produk yang saya jual dan juga service yang saya sediakan.

Jadi bila orang klik www.whiteymommy.com, homepage akan keluar dulu. Jadi senang bag visitor nak pilih bahagian mana yang mereka suka. Dx Lingerie ke, Blog design ke atau pun nak baca blog saya. Hehehe...

Idea ni sebenarnya dah lama saya dapat. tapi tak sempat-sempat nak buat untuk blog sendiri. Masa saya redesign blog Kak Mimie hari tu:


Ini gambaran homepage. saya senaraikan ikut kategori. Boleh juga bagi siapa yang berminat nak tempah. Boleh letak slideshow, kategori cerita bagi blog personal. dan kategori produk bagi yang buat bisnes.


Ini page bahagian dalam


Bagi yang berbisnes boleh pilih untuk Thumbnail view macam diatas ni. Senang nak pamerkan product ikut kategori kan.:)

Jika anda berminat untuk tukar kepada Homepage style. Atau bagi customer saya yang terdahulu nak tambah homepage pun boleh..:)

Mulakan langkah anda disini

sekian terima kasih...:)

Selesai update Portfolio

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak update portfolio secara keseluruhan. Biasa update sikit-sikit je. Sebabkan hal-hal yang berlaku sebelum-sebelum ini buatkan saya betul-betul tak de mood nak update portfolio..

Tapi bila ada customer yang kekadang nak tahu juga apa design saya yang latest kan.
Jadi saya update secara keseluruhan. Jika berminat nak tengok boleh klik ikut kategori di bawah :
 Bagi yang berminat nak order boleh mula dengan langkah DI SINI.


❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

Minggu lepas ada kes pasal copycat. Tapi saya tak update pun kat blog. Just update kat FB. Tapi orang yang copycat itu telah pun mendelete blognya selepas saya suruh turunkan apa yang dia ambil  image dan juga coding daripada satu blog yang saya design.

Selama ini, saya selalu dapat email dan juga PM Facebook daripada kawan-kawan blogger yang ini tiru yang itu tiru. Tapi kebanyakkannya yang ala-ala sama macam saya. So saya anggap dia berinspirasi. Selagi tidak meniru 100% tak pe lah. Terima kasih sesangat kerana jadikan saya sebagai inspirasi. Tapi kalau tiru 100% itu ini. Fikir-fikirkan lah, saya buat kerja sengkang mata, Nak siapkan dan nak keluarkan sesuatu idea.

Bila ada pihak yang kurang bertangungjawab datang petik apa yang telah kita tanam dengan susah payah. Saya rasa semua orang pun rasa tak puas hati bukan? Banyak gambar-gambar produk diambil daripada blog saya tanpa minta izin juga. Anda gunakan gambar-gambar saya sebagai salah satu marketing untuk memperkenalkan produk yang anda buat. anda dapat hasil. Tapi pernah tak anda fikir. Macam mana saya buat gambar itu? Tak pernah kan? Memang gambar itu hak milik syarikat. Tapi cara saya mempamerkan itu saya design menggunakan idea dan juga dengan tangan saya. Jadi fikirkanlah.. Lagi pun masing-masing dah besar. Dah tua. Kalau budak-budak boleh lah ditegur. Kekadang bila kita tegur orang tua ni, jawapan nya akan ada macam-macam. Buat pening kepala je. So baik diam je. Semoga Allah buka pintu hati dorang ini. Untuk terfikir " Owh! aku ambil gambar itu daripada blog Whitey Mommy hari tu, aku tak minta pun" semoga anda akan terlintas.

Selalu saya dengar orang akan bagi alasan. Saya google jumpa gambar tu. Saya tak tahu pula hak milik daripada blog awak.

Mai sini saya tunjuk. Tiap kali kita google dia akan tunjuk box macam dibawah ini:

Cuba perhati apa tulisan dalam yang saya buat kotak putih tu?
"image may be subject to copyright"

awal-awal lagi dah google dah inform kat situ. Lagi-lagi bila masuk ke dalam blog pemilik blog dah warning tak boleh ambil sebarang gambar daripada blog dia. Tapi anda ambil juga tanpa kebenaran lagi. Tu dikira macam mana tu? Fikirlah sendiri.

Adakah ini realiti?

Assalamualaikum,
Ketika saya menaip entry ini, jam pada laptop menunjukkan pukul 4.07 pagi.
Masih berjaga dan tak dapat tidur.
Mencari bahan dan maklumat apa yang patut untuk kerja saya. Terbaca daripada Facebook seorang teman
BERAPAKAH NILAI HARGA UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN ANDA??ANDA MAMPU MEMBELI GADGETS YANG PALING LATEST TAK KIRA BERAPA RIBU SEKALIPUN..ANDA MAMPU MEMBELI BEG JENAMA LV,GUCCI,PRADA..MAMPU MEMBELI PAKAIAN JENAMA BRANDED..TAPI PERNAHKAH ANDA TERPIKIR JIKA ANDA KELUAR KE SHOPPING MALL TERUTAMA YANG HIGH CLASS SEPERTI KLCC,PAVILLION DENGAN GADGETS,PAKAIAN DAN BEG BRANDED TETAPI BENTUK BADAN ANDA TOTALLY OUT..DENGAN PAYUDARA BESAR TETAPI MELENDUT,SPARE TYRE DI PERUT SANA SINI,PUNGGUNG YANG JATUH!!ANDA MENJADI PERHATIAN UMUM??YE,TETAPI MEREKA BUKAN MELIHAT KEPADA KEMEWAHAN HARTA BENDA ANDA,TETAPI MENYEMBUNYIKAN SENYUM TERHADAP BENTUK BADAN ANDA..

ALANGKAH BAIKNYE JIKA ANDA MEMAKAI BARANGAN BRANDED DAN MEMPUNYAI BENTUK BADAN YANG MANTAP,SOLID DAN SEMPURNA..BAHKAN TANPA BARANGAN BRANDED ITU SEKALIPUN ANDA MAMPU MENJADI PERHATIAN UMUM..

Adakah ini realiti? sebab saya memang seorang yang tak de gadget mahal dan tak de handbag mahal-mahal. Paling mahal pun dalam RM200... tu pun sudah lama beli.
Buat masa ini memang tak de minat lagi nak beli barangan branded.

Dalam saya cari maklumat. Saya terjumpa gambar dibawah ini. Saya rasa sesuai sangat dengan cerita yang sedang berlegar-legar diminda ni. Tak sabar-sabar nak taip.

Ada 3 fasa perubahan kan pada gambar diatas. Saya tahu, tak semua wanita mengalami masalah seperti ini.:)

Tapi saya adalah salah seorang  yang mengalami masalah seperti ini.
Sebelum kahwin, sebelum mengandung, jaga badan. Makan sikit, makan tak ikut nafsu. Sebab takut baju tak muat.
Nak pakai baju cantik-cantik

Tapi bila dah pregnant, masa tu selera saya dah jadi selera rimau. Semua benda nak makan. Dan makan pun, makan macam-macam tiap masa pun asyik makan. Kejap kunyah itu kejap kunyah ini.
Sedar tak sedar. Masa last trimester, berat naik sampai 85kg. Hahaha. Daripada 35kg tu . Nasib baik tak de apa-apa. 3 kali minum air gula yang super duper manis. Sampai berpinar mata dia punya tahap kemanisan tu. Tapi Alhamdulillah, bebas daripada diabetes. Syukur sesangat.

Khalis masa tu dalam perut pun tak de apa-apa masalah. Berat dia pun tak berat tau. Walaupun maknya besar. Hahaha. Berat Khalis dalam 2.8kg sahaja.

Lepas bersalin saya memang tak ambil berat langsung pada diri sendiri. Tak berbengkung tak barut perut. tak pakai apa-apa pun. Lagi-lagi sebab saya berpantang sendiri. Tak tahu pun permasalah itu ini. Nak  menyesal pun dah tak guna. Sebab dah berlalu jadi apa yang perlu saya lakukan sekarang. Adalah cuba perbaiki apa yang sepatutnya dibaiki.

Lepas bersalin berat turun jadi 78kg. kemudian beberapa bulan lepas tu turun jadi 65kg. Disebabkan terlalu sibuk jaga rumah tangga. Terlalu sibuk untuk berikan yang terbaik buat Khalis. Sedar tak sedar. Rupanya berat saya dah naik hampir 80kg. Tapi saya tak sedar diri. Tambah pula saya masa tu memang pakai korset yang warna hitam tu. Tapi, saya pakai on off sebab sangat lah tidak selesa. badan gatal-gatal, berbirat-birat dan berparut-parut habis perut ni.

Langsung tak de semangat nak kuruskan badan. Sehinggalah kenal Dx Lingerie. semangat saya untuk kurus dan dapatkan balik bentuk badan asal membuak-buak. Dengan Dx Lingerie. Bukan setakat pakai sahaja sebenarnya. Tapi saya lagi bersemangat untuk cepatkan proses untuk kurus. Nak jaga pemakanan. Dan sudah tentu dengan Dx Lingerie. Saya lebih confident bila keluar rumah.

Kalau dah 3 tahun bina badan. Tak mungkin akan kurus dalam masa 3 hari bukan. Jadi bila pakai Dx Lingerie. sekurang-kurangnya bila keluar rumah tidak lah bahagian yang benjol-benjol tu bila kita berjalan bergegar-gegar, bergerak sana sini . Kalau pakai Dx Lingerie. Semuanya menjadi kemas. dan yang paling penting SELESA. SANGAT SELESA. sebab Dx Lingerie adalah kain cotton.

Masa awal-awal saya diperkenalkan dengan Dx lingerie. saya pun tidak percaya. sekali saya cuba pakai. Memang selesa. dan tidak ada rasa melekit-melekit. gatal-gatal atau berbirat-birat seperti sebelum ini.

Bagi anda yang ada masalah seperti saya ini. Ambillah langkah awal. Jangan tunggu lama-lama. Sebab badan kita ni nak pakai lama. kegemukan sebenarnya mengundang pelbagai masalah kesihatan. Masa badan saya cecah 80kg hari tu. Lutut memang selalu sakit. dan dada bahagian kiri selalu rasa perit tau. Itu yang buatkan saya tersedar. Kalau dulu kerap rasa sakit dada. tapi sekarang dah makin berkurang. Yang peristiwa saya tak sihat hari tu sebenarnya adalah serangan yang agak teruk berbanding sebelum ini. Saya tahu ini sebenarnya berpunca daripada saya tidak menjaga badan sendiri dan tak jaga kesihatan sebelum ini.

Sayang diri sendiri sebelum saya orang lain. Kerana kalau kita sayang diri sendiri orang disekeliling pun akan sayangkan pada kita. Itu yang saya selalu cakap pada diri saya. dan sudah tentulah saya sayangkan Khalis. hehe.


PADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MERASAI PENGALAMAN MEMAKAI DX LINGERIE INI.

BOLEH CALL SAYA DI ✆ 0148240118
ANDA PASTI TIDAK AKAN KECEWA WALAUPUN DENGAN HANYA MENCUBA PAKAI UNTUK 1-2JAM SAHAJA.
ANDA BOLEH RASA DAN LIHAT SETIAP SUDUT BADAN ANDA DI BENTUK SEMULA.
LEMAK-LEMAK YANG MENGGELEBER DISOROKKAN, DIKUNCI DAN DIALIH KE TEMPAT YANG SEPATUTNYA. 
ANDA BOLEH LIHAT PERUBAHAN YANG SERTA MERTA IBARATKAN SILAP MATA GITU.
AMBIL TINDAKAN SEKARANG UNTUK HUBUNGI SAYA.:)
SAYA JUGA AKAN BAGI TIPS UNTUK ANDA MACAM MANA CARA UNTUK TURUN BERAT DALAM MASA 10 HARI.
APA YANG PENTING ADALAH KEINGINAN DAN USAHA UNTUK BERUBAH.

My Home Office

Bekerja daripada rumah pun perlukan satu tempat khas, supaya kita lebih selesa untuk bekerja. Ini adalah home office saya. Simple sahaja, tapi agak selesa. Alhamdulillah, dulu hanya pakai kotak, kemudian meja jepun, dan hari ini dapat sebuah meja. Kira satu peningkatan daripada peringkat ke peringkat. Alhamdulillah syukur sangat.

Kalau dulu design duduk di lantai. sampai kematu punggung dan naik kematu pada buku lali.Sekarang dah ada meja ok lah kan.. hehe sebenarnya dah lebih setahun pun guna meja ni. wink2...

hehehe gigih untuk mencari warna putih. Tapi sesetengah barang tu tak de warna putih. Redha jelah dengan apa warna yang ada. Sekarang ni tengah mengumpul untuk beli printer pulak. Mudah-mudahan termakbul lah hasrat dihati nak memiliki sebuah printer.

Ini adalah printer idaman hati. Hehehe.. PIXMA MG3170 warna putih. tengok kat internet harganya sekitar RM299. Perlu menabung dengan gigih untuk memilikinya. Aamiin. Sebenarnya dari dulu memang cari printer warna putih. Tapi agak sukar nak dapat . Kalau pergi kedai pun ada warna hitam. Nak dijadikan cerita terpandang gambar kat facebook Kak Lieya Latif. lalu terjatuh cinta sudah dengan printer ini. Tapi simpan dulu anganan ku. Sebab banyak benda nak setelkan terlebih dahulu.

Walau dah ada home office sekarang tapi saya masih berangan nak design yang lebih selesa dan kemas lagi. Manusiakan mana puas lagi tak dapat yang dia rasa terbaik. Kwang-kwang. Insyaalah nak dapat sesuatu kita perlu berusaha kearah itu lah kan.
Kalau tak dapat serta merta . Insyaallah pasti akan dapat suatu hari nanti.

 Saya paling suka design ini.. suka..suka..suka.. terlalu suka.. Wallpaper dalam rose cuma warna biru perlu ditukar kepada warna putih. dan siap buat kerja. Tutup pintu. Kemas sungguh. fuuh.. aamiin.. mudah-mudahan dapatlah saya merasa home office macam ni.

Design ini juga mendapat tempat dihati. Cuma warna kuning tu perlu ditukar dengan warna pink atau putih keseluruhan. Pasti lebih menarik. Hari-hari bersemangat nak buat kerja kan. Melekat je kat meja kerja.

Ini sangat kemas. Lepas dah guna boleh tutup. Jadi kalau orang datang rumah. Orang tak tahu pun ada home oficekan. Ruangan untuk letak buku dan file pun tersusun dengan rapi. Saya suka.. saya suka...

Ini pun saya sangat suka, nampak kemas dan padat. Saya sebenarnya seorang yang tak suka bekerja dalam ruang yang luas. Saya suka yang ngam-ngam je dengan saya . Rasa macam padat dan lengkap je. Kalau luas sangat rasa kosong.

 Ruang ni kecil, tapi bagi saya nampak cukup lengkap untuk dijadikan tempat bekerja. Saya kerja pakai laptop jadi ruang yang besar tidak diperlukan sangat. Mungkin ruangan tambahan perlu untuk saya susun buku-buku kegemaran dan juga files. Supaya lebih mudah untuk dicapai.

Cerita pasal home office ni. Bagi saya kerja di rumah sebenarnya memang memerlukan fizikal, mental dan psikologi yang sangat kuat. Sokongan orang disekeliling juga perlu. Sebab tugas seorang suri rumah ni 24jam tanpa henti. lepas design, sambung masak, bagi makan anak, basuh baju, jemur baju, vacuum lantai, layan anak dan macam-macam lagi. Kalau nak senaraikan memang berjela lah panjang entry ini.

Tapi yang paling seronok. anak besar depan mata. Tu pun tak terasa sangat. Tengok-tengok Khalis dah besar. Masa berlalu dengan sangat cepat.

Harga dan Pakej Elysyle Dx Lingerie

Salam sejahtera semua...
Terima kasih kerana singgah ke blog saya.

Sebelum ini saya ada post tentang pakej Dx Lingerie bukan? tapi entry itu saya telah padam dan saya buat satu penambah baikkan untuk entry terbaru, iaitu sediakan dengan harganya sekali dan terangkan tentang kesesuaian pakej mengikut keadaan masing-masing.

Saya sentiasa sarankan untuk customer saya mengikut keadaan badan dan permasalahan yang mereka hadapi. bukan tidak mahu berikan mengikut kehendak mereka. Tetapi niat saya yang utama adalah ingin mereka mendapat hasil seperti yang mereka hajati. Sudah tentu ianya perlukan istiqamah dan disiplin. Tanpa dua perkara ini apa-apa yang kita lakukan pun tidak akan berjaya. dan yang paling penting perlu disulami dengan sikap POSITIF.

Melihat kepada harga Dx Lingerie, mungkin ada yang cakap MAHAL! .. tapi satu persoalan yang saya ingin tanya anda. Berapa nilai BADAN anda? adakah boleh dibeli dimana-mana pasaraya terkemuka? Jika anda ada nilai duit RM1 Juta sekarang. Anda masih tidak boleh nak beli satu lagi badan. Kita hanya dikurniakan dengan satu badan sahaja seumur hidup. Jadi jaga lah sebaik mungkin. Itu adalah amanah yang Allah berikan untuk kita. Jangan berkira dengan diri sendiri. Hargai diri sendiri untuk orang disekeliling menghargai kita.

Ini harga setiap kepingan Dx Lingerie. Biasanya kita tidak sarankan anda mengambil by pieces kerana harga lebih tinggi dan juga kesan pun pasti bukan seperti yang anda harapkan.

Dibawah ini adalah pakej-pakej yang paling laris yang selalu saya syorkan pada customer saya. Kebanyakkan customer saya terdiri daripada ibu-ibu, jadi sudah tentu banyak bahagian badan yang perlu diratakan, diangkat dan dibentuk semula.


Full set ini adalah dikira sebagai set basic sebenarnya bagi mereka yang mengalami permasalahan seperti payudara jatuh, perut buncit, perut menggeleber, belakang yang sudah mula bongkok. Sesuai untuk semua yang nak bentukkan semua badan, kempiskan perut. Angkat payudara ditempat yang betul.

Twin set ini adalah set yang lengkap. Kalau kita beli baju dalam. Tak kan kita beli sepasang bukan? Kalau basuh tak kan tak pakai baju dalam betul tak? Sebab itulah wujudnya twin set. Kerana ini adalah set yang paling laris sekali. Bila saya terangkan kepentingan. Masing-masing sedar yang apa saya kata itu betul. Badan anda. Anda yang perlu jaga. Kalau kita berkira memang agak sukar untuk dapat apa yang kita ingini.

Set ini sesuai bagi mereka yang mengalami permasalahan lengan yang bermasalah. Besar dan menggeleber dan mereka yang inginkan kesan yang cepat untuk proses bentukkan semula badan.

Set ini dipanggil sebagai penjagaan lengkap. Untuk yang berumur 25 tahun keatas. Bagi yang nak reshape semula badan dan mengekalkan keremajaan. Ini adalah set yang paling sesuai. Dx lingerie plus El marino Blanc. Collagen yang mempunyai agen untuk memantulkan semula cahaja UV supaya tidak terkena pada kulit. Kulit anda akan makin anjal, cerah dan juga bebas daripada cela.

❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
KAEDAH PEMBAYARAN DX LINGERIE
1. Secara Tunai / Kad Kredit
Anda boleh buat bayaran harga penuh secara tunai atau kad kredit. 

2. Ansuran dengan Kad Kredit
Berita baik untuk pemengang kad kredit dibawah. Anda juga boleh buat ansuran dengan 0% kadar faedah. 

Ansuran boleh dibuat selama 12 bulan atau 24 bulan. Kelulusan yang cepat, dalam masa 24 jam sahaja.
3. Ansuran dengan AEON Credit Service

Anda boleh menggunakan AEON Credit Service dengan hanya 1% kadar faedah untuk setiap bulan.
Tanpa memerlukan penjamin.
Kaedah pembayaran semula yang tidak membebankan.
Ansuran fleksibel sehingga 36 bulan.

Untuk memohon pembayaran dengan AEON, anda hanya perlu sediakan 3 dokumen berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Penyata Gaji 3 bulan
3. Penyata Bank 3 bulan



❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

Hargai diri kita. Jangan kedekut dengan diri sendiri. Kerana saya pernah mendengar seseorang pernah mengajar saya.
"Jika anda mahu murah rezeki, pastikan jangan kedekut dengan diri sendiri"
 Kedekut bukan bermakna boros ya. Kedekut ini adalah berkira-kira. Kalau beli mesti tak cukup duit. Anda apa yang anda cakap. 
Kalau awal-awal anda dah cakap macam tu. Memamg itulah yang akan terjadi. 
Tetapi jika anda cakap " Tak pe lah, saya beli untuk badan sendiri, duit boleh dicari, tapi badan kalau dah rosak, dah mengeleber, dah jatuh, dah out of shape. Mana kita nak beli lagi satu badan" Badan kita adalah anugerah tiada ganti.

BERMINAT NAK DAPATKAN SET DX LINGERIE UNTUK DIRI SENDIRI?
BOLEH CALL SAYA DI ✆ 0148240118
BOLEH PAKAI SECARA PERCUMA.
MALAH SAYA BOLEH AJAR MACAM MANA ANDA BOLEH JANA INCOME DENGAN MODAL HANYA RM200 SAHAJA. MENARIK KAN? 
 JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA... AMBIL TINDAKAN SEKARANG.

Tasbih Pertama

Hati saya sayu setiap kali tangan pegang tasbih hadiah daripada seorang teman yang saya kenal secara online. Tak pernah bersua muka hanya bersua jari sahaja. :D

Tasbih ni ada sentimental value. Kerana ini adalah tasbih pertama yang betul-betul menjadi milik saya. Bermakna yang memang orang bagi purposely untuk saya seorang. Sebelum ini bukan saya tak pegang tasbih. Hehehe... Cuma sebelum ni, just ambil yang mana ada je kat rumah ni atau kat rumah mak.

Jadi kira ini tasbih pertama.

Siapa yang bagi?ya.. Kak Salina (janggal pulak panggil macam ni), saya panggil biasanya IBU, panggilan manja untuk Ibu Aqil.  Tasbih kristal berwarna putih. Terharu masa dapat tasbih ini. Jujur cakap, menitis air mata , sebab seorang kenalan online dapat tahu apa yang saya suka. Tasbih ini dibeli oleh emak beliau ketika menunaikan umrah. Masa saya buka bungkusan, hati betul-betul tersentuh. Sampai hari ini bila tengok pun memang hati ini akan terusik.

Beliau antara teman online saya yang baik. Dan juga beliaulah yang mencetuskan semangat untuk saya menceburi dalam dunia Web Designing ni. Sebab dia adalah pelanggan pertama yang order blog design dengan saya. Masa itu memang betul-betul zero knowledge tentang Blog Design. Tapi setiap hari saya belajar benda baru daripada En Google. Alhamdulillah, boleh lah mengasahkan bakat dan semangat yang ada. Sehingga kini Ibu dah banyak kali tempah blog design. Lebih daripada 10 kali dalam masa kurang daripada 3 tahun. hehehe pecah rekod untuk customer saya yang paling setia gitu. Terima kasih Ibu kerana sokong saya dari jauh.

Diam tak diam sudah hampir 3 tahun saya dan Ibu Aqil kenal antara sama lain secara online. Lama kan. Walaupun online, ada kala juga berselisih faham, tersalah tafsir. Tapi itulah, setiap yang berlaku jika kita ambil daripada sudut yang positif mesti itu adalah titik untuk kita lebih mengenal antara satu sama lain. Setiap manusia tidak sempurna. Setiap kesalahan dan kesilapan mesti ada sebab dan musabab. Melakukan kesilapan itu adalah perkara normal tapi jika terus menerus lakukan kesilapan itu yang bukan normal sebenarnya.

Ibu Aqil selalu cakap sekarang saya dah matang sikit, kwang2.. kalau dulu cepat melatah, cepat nak marah. Iya lah ibu.. umur dah nak masuk 30an ni, kena lah matang sikit .. kihkih.

Saya doakan Ibu Aqil sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan panjang umur untuk melihat anak beliau, Muhammad Aqil Naim membesar, tamat belajar, berkahwin, dapat anak. Dapatlah Ibu main dengan cucu-cucu beliau nanti. Aamiin...

Rahsia Dx Lingerie.

Assalamualaikum W.B.T
sudah lama saya menyepi daripada bercerita tentang Elysyle Dx Lingerie . Bukan bermakna tak de cerita. Cuma maklumlah terkadang bila mood yang kurang rajin tu sampai . Semua benda pun tak boleh buat. Tambahan kesihatan yang tak mengizinkan membuatkan saya tak boleh nak buat semua kerja dalam satu masa.

Dx Lingerie ni sebenarnya bukan korset tau. Saya tak kata ianya korset kerana ianya sangat selesa. Biasanya kalau kita sebuat korset. Minda kita akan terfikir. Mak aih! Macam mana nak pakai, mesti ada tali nak jerut-jerut semua tu. Hehehe Mesti punya kan. Sebab itulah soalan yang selalu saya dengar. Tiada yang lain. Jawapannya. Dx Lingerie tak de tali untuk jerut-jerut ya dan Dx Lingerie adalah sama sekali BUKAN KORSET, ia adalah set lengkap pakaian dalam pembentukkan badan.

Sekali pakai confirm tak nak buka. Itu memang seringkali terjadi bila saya fiting customer yang berminat untuk mencuba dan mahu mengambil peluang untuk merasakan pengalaman memakai Dx Lingerie.

Tentang rahsia Dx Lingerie. Anda boleh baca pada gambarajah dibawah. Kalau saya bebel panjang-panjang pun tak menarik kalau tidak disertakan dengan gambarkan. so layan lah gambar dibawah ini ya.

Set Lengkap Dx Lingerie mengandungi 5 kepingan item seperti diatas ya. yang pastinya. Setiap satu item berfungsi secara berkaitan antara satu sama lain.

Sebab tu bila ada yang bertanya pada saya. Boleh ke pakai Long girdle sahaja? boleh ke pakai Waist Nipper sahaja? Boleh ke tak nak Bra tu? nak pakai Bra yang sedia ada. Boleh ke nak beli Body Shaper sahaja. Jawapannya memang boleh. Cuma kesannya tidak optimum atau dengan nama lain mujarab seperti mana anda pakai satu set lengkap. Kerana rahsia kesan yang mujarab ada pada setiap kepingan item yang saling berkaitan fungsinya.

Kebiasaanya bila customer bertanya. Saya kebiasaanya akan caddangkan untuk mereka mengambil Full set atau pun Twin Set. Kenapa nak untung ke?
Sebenarnya bukan mahukan keuntungan semata-mata. Tapi saya mahukan anda mendapat kesan yang optimum. Jika anda seorang yang ramping dan cuma ingin mengekalkan bentuk badan yang sedia ada. Boleh lah jika anda mahu pakai single set sahaja.

Tetapi jika anda mahu bentukkan semula, mengangkat mana yang jatuh dan menggeleber. Saya amat lah mencadangkan anda untuk menggunakan Set Lengkap Dx Lingerie. Anda pun puas hati dan saya akan guide anda untuk memakai dengan cara yang betul.

Pakai Dx Lingerie. Anda juga perlukan disiplinkan diri juga untuk pakai 8 jam sehari. Itu penting. Pada permulaan untuk bentukkan badan anda perlu konsisten memakainnya. Jangan risau kerana Dx Lingerie adalah sangat selesa. dan anda seolah2 tidak memakan satu set pakaian dalam pun bila anda sudah biasakan diri memakainya. dan yang penting sabar dan positif itu juga penting. A good result not coming for free. :)

Ok selesai, lain kali saya cerita lah tentang Dx Lingerie. Insyaallah kepada sesiapa yang berminat. Saya boleh berikan info sebanyak yang mungkin untuk anda faham. Boleh terus call saya di:

0148240118 (Sha)

Anda boleh fitting secara PERCUMA untuk rasakan pengalaman memakainya sebelum membeli.

P/S: Terima kasih kepada beberapa orang pembaca yang ingin tahu tentang Dx Lingerie. Seringkali bertanya pada saya :
"Whitey Mommy, tak de ke info terbaru tentang Dx Lingerie"

Jawapan saya : Ada... cuma saya belum sempat nak rangka. Banyak yang saya nak rangka. Supaya anda faham tentang produk. Mungkin suatu hari nanti saya akan ceritakan tentang peluang perniagaan pula. Perniagaan TANPA MODAL. siapa yang tak mahu memang RUGI!.

Tebus Supplement

Rentetan daripada entry yang saya tak sihat hari tu. Sakit yang tertahan. Satu kelemahan saya adalah saya tak suka makan ubat. Tak kisah sakit macam mana pun,memang saya tak kan makan ubat. Saya memang seorang yang suka mencari alternatif lain selain daripada ubat.

Sebab dah sakit sangat hari tu, saya pun terfikir nak tebus product voucher yang saya dapat daripada Syarikat Elken. Sebelum ni, memang selalu dapat product voucher, tapi saya hanya tebus supplement untuk Khalis sahaja. Diri sendiri dibelakangkan, bagi anak dahulu. Sebenarnya silap kan. Sepatutnya ibu pun tak boleh terlalu berkorban sampai abaikan kesihatan sendiri. Bila ibu sakit, siapa yang nak jaga anak bukan?

Ini Voucher Product yang saya dapat pada bulan lepas. Baik hati syarikat Elken ni, Income dapat, Product Voucher pun dapat. Siapa nak bagi product secara percuma macam tu je kan. Sebab tu, hati saya memang tak kan tinggalkan syarikat Elken ini. Ceewah, disebabkan tak larat sangat nak menapak ke stokis. Kak Win yang telah membantu saya untuk belikan semua produk-produk yang saya nak, yang berkaitan dengan apa yang saya alami.

Ini adalah jumlah product voucher yang saya dapat pada bulan lepas. Alhamdulillah... mungkin bagi kalian sikit je kan. Tapi bagi saya agak banyak ni, hampir RM900. Kalau saya design blog 3-4 blog baru dapat banyak ni tau. :)

Produk yang saya tebus dan tambahkan sedikit wang. Alhamdulillah, setiap sakit sebenarnya ada hikmahkan. Allah nak saya buka mata dan sedar yang betapa pentingnya nikmat kesihatan. Kalau kita tak jaga kita abaikan, nikmat sihat itu akan hilang. Masa tu, duit yang banyak pun sudah tidak bermakna. Yang paling penting, bila kita sudah tahu tentang nikmat kesihatan tu, kita jangan simpan sorang-sorang. Perlu sebarkan kepada kawan-kawan supaya mereka juga mendapat kesedaran. Kalau tak sedar juga, itu dorang punya pasal lah kan. hehehe. So saya sebar ni pada anda. Moga anda pun terfikir juga akan pentingnya menjaga kesihatan. Menjaga kesihatan juga bukan bermakna perlu ambil produk sebarangan. Perlu bijak memilih! Mahal itu sebenarnya kiraan no 2 yang penting kesan dan hasilnya.

Meh saya story sikit apa produk saya ambil.
Saya tebus Lactose-S dan Probyo. Produk ini memang saya sudah selalu guna. Tapi ini sebagai topup yang dah ada. Kegunaan Lactose adalah untuk cuci usus daripada sisa najis terlonggok kat dalam usus besar yang boleh mendatangkan toksin. Lactose memang terbaik. Makan aje memang membuang secara jayanya dan perut rasa macam kosong habis. Tapi jangan salah faham ya. dia tidak akan membuatkan perut kita memulas macam cirit birit tu. Dia akan bekerja secara slow and steady gitu. Bila sampai masa nak membuang dia akan keluar dengan mudah sekali.

Probyo pula adalah bakteria baik yang diperlukan oleh perut dan usus. Selepas kita dah clear semua dengan Lactose, kita makan Probyo untuk tambah bakteria baik dalam perut. Jadi complete sudah proses untuk detox. Perut pun sudah happy. Badan mesti rasa ringan.


IG6 ni.. saya beli untuk Khalis. Ini adalah supplement Khalis yang utama setiap bulan memang tak pernah miss sejak saya kenal Elken. :) Ini adalah untuk imunisasi. IG6 ini adalah colustrum ya, atau nama lainnya susu awal.

Disebabkan saya sesak nafas. Kak win cadangkan untuk saya ambil AOII, ini adalah molekul oksigen yang stabil. Produk ini adalah untuk memastikan oksigen dapat disampai ke setiap pelusuk badan dengan lancar. Jangan memain tau. Kekurangan oksigen dalam badan akan menyebabkan sel-sel tak dapat oksigen yang cukup, ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan sel kanser. Nauzubillah. Minta jauh dengan sebarang penyakit kronik seperti itu.


Spirullina ini juga supplement yang mesti ada dalam rumah ini. Ianya kecil tapi mampu bertahan lama. :) Ini adalah makanan Alkali yang sangat diperlukan oleh badan. Bila kita terlalu banyak makan makanan yang berasaskan protein dan kurang makan sayur. Badan akan jadi berasid. Bila berasid. Mudah nak dapat penyakit macam-macam.
Kita boleh ikhtiar untuk mengelakkan penyakit. Tapi kekadang kalau Allah nak bagi ujian sakit. Perlu terima dengan redha. Insyaallah..


Ini adalah yang paling penting sebenarnya. Saya tidak pernah mengambil Live Extra sebelum ni. Kerana fikir, umur baru 27 tahun. Tak mungkin dapat sakit lagi kan. Sekali kena, padan muka sendiri. Perit kat bahagian dada sebelah kiri. Buatkan saya sendiri suspek yang jantung saya bermasalah. Jadi cepat-cepat bagi tahu Kak Win nak ambil Live Extra. Live Extra ni adalah untuk servis kita punya salur darah. Selama kita hidup pernah tak kita servis salur darah? sedar-sedar dah tersumbat. Itu yang bahaya,

Ironinya. cuba kita tengok kereta. Setiap 5000KM kita mesti tukar minyak hitam. Tapi kita hidup berpuluh tahun, tak de pun nak servis kita punya salur darahkan? Maknanya kita sayang kereta daripada diri sendiri. Saya agak terpukul dengan kenyataan itu. Tapi terpukul ke terpanah ke. Itu adalah hakikatnya. Kesihatan perlu dijaga dengan baik kerana saya masih ada anak kecil yang belum boleh berdikari untuk jaga diri sendiri. Nak juga tengok Khalis dapat anak dan main-main dengan cucu. Hehehe.

Last but not least adalah Dr Xeniji. Makanan untuk sel. Serius! ini makanan untuk semua golongan. Daripada bayi sampai ke warga emas. Semua boleh makan. Rasa dia masam manis gitu memang terbaik. Dulu kalau beli simpan buat perkasam. Sekarang dah mula makan dengan secara berdisiplin.

_______________________________________________________

Apa yang saya rasa sangat sakit. Sehinggakan saya tak dapat nak jaga Khalis, tak dapat nak siapkan kerja-kerja. Itu lah nikmatnya kesihatan. Alhamdulillah... Allah bagi jalan penyelesaian secara kita tidak sangka-sangka sebenarnyanya. Selagi berusaha, kita pasti akan temu jalan penyelesaian.

Info tentang produk-produk diatas saya akan ceritakan kemudian satu persatu. Semoga akan bermanfaat untuk anda semua. Insyaallah...:) Mungkin jika ada yang berminat nak dapatkan produk-produk diatas, boleh dapatkan dengan saya dengan harga VIP gitu. :)
 
Copyright © Whitey Mommy™