Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label My Infomation. Show all posts
Showing posts with label My Infomation. Show all posts

Perbezaan Blog dengan Website (Laman Sesawang)

Assalamualaikum W.B.T
buat pengunjung dan pembaca blog saya yang sepi ini :)

Dah lama betul saya tak update blog. Saja tak nak update :P

Ramai yang PM, Email dan Whats App saya tanya tentang perbezaan blog design dengan website design. Ada ke perbezaaan?

sebenarnya tiada beza pun. apa yang kalian perlu faham adalah konsepnya seperti ini.

Semua Blog adalah Website
Tetapi bukan semua Website adalah Blog

Faham kan apa yang saya maksudkan? Saya terangkan lah serba sedikit mengikut cara saya , supaya kalian lebih memahami.

Semua Blog adalah dikategorikan sebagai Website, yang membezakan adalah fungsi, rekaan dan platform. Contoh platform adalah Blogspot, Wordpress, Jomla, E-Commerce dan lain-lain.
itu sahaja yang membezakan antara website-website.

Kebiasaan kita sebut blog akan nampak cikai, tapi bila sebut website nampak macam gempak. Walhal ianya adalah perkara yang sama sahaja.

Kebiasaanya untuk menampakkan website yang berplatform di blogspot nampak lebih eksklusif dan formal, penggunaan domain amatlah digalakkan. Contoh macam blog saya :
dari whiteymommy.blogspot.com ==> www.whiteymommy.com

Dari segi rekaan, untuk menampakkan lebih eksklusif ianya bergantung kepada pemilik blog/pereka blog . Aspek utama adalah kekemasan cara pemilik blog untuk menyusun info di dalam blog masing-masing dan kreativiti pereka blog/pemilik blog untuk menampakkan blog mereka unik.

saya tak mahu terangkan dengan lebih lengkap. karang jadi lagi pening lagi tak paham maksudnya.

ini adalah artikel yang saya petik dari blogger Hanafi Idrus.
bacalah kerana penerangan daripada beliau padat.
Salam satu blogger. Apakah Perbezaan Blog Dan Website? Persoalan yang susah nak jawab kalau orang tanya. Selama ini kita mendabik dada sebagai blogger. Tapi kalau orang tanya apakah perbezaan blogger dengan website(laman sesawang) yang lain. Berpeluh anda nak jawab...hehehehehe.

Perbezaan yang jelas antara blog dan website ialah bagaimana anda menterjemahkan maklumat anda. Selain itu ianya amat  sukar nak dibezakan antara blog dan website ini

Apa Itu Blog.
Blog sebenarnya kita boleh anggap sebagai buku log dimana blogger akan menggunakannya sebagai satu kronologi entri mereka. Sebuah blog biasanya akan menunjukkan maklumat yang didahului oleh tarikh yang anda buat. Maksudnya entri  tarikh yang terbaru akan dipaparkan di blog anda.

Untuk membuat sebuah blog anda boleh menggunakan perkhidmatan dari wordpress atau Blogger dimana anda tak perlu memulakan blog anda dari detail kerana perkhidmatan ini dah sediakan kesemua sistem yang anda perlukan termasuk templates. Manyak senang...

Asas sebuah blog memerlukan entri dan lebih banyak kita updated lagi banyak prospek untuk mendapat perhatian. Walau bagaimana pun kita perlu ketahui bahawa entri yang berkualiti amat penting dalam berblogging dan jika updated selalu maka ia merupakan blog yang baik!!

Asas identifikasi blog yang baik ialah:
a) Mempunyai senarai  kronologi entri
b) Mempunyai kotak komen yang menjemput pembaca untuk mengomel.
c) Entri blog disusun mengikut tarikh, kategori, penulis atau label ( tag).
d) Mempunyai RSS ( Really Simple Syndication) untuk entri dan post.

Apa Itu Website

Website atau laman sesawang boleh menjadi apa sahaja. Apa sahaja yang ada di internet samada ia menggunakan HTML/CSS atau Java?Javascript dan lain-lain. Website boleh menggunakan entiti blog tetapi digunakan untuk "browsing" ke laman lain.

Untuk membina website yang baik anda memerlukan sedikit modal kerana terpaksa membinanya dari asas tetapi sekarang ini dah ada beberapa platform yang memberi perkhidmatan yang baik seperti Adobe Dreamweaver, anda mampu  membina website anda sendiri.

Blog boleh menjadi sebahagian daripada website dimana kita boleh membuat pages yang berlainan atau link ke website lain melalui blog kita. Website boleh menjadi sebuah satu pages atau per billion pengguna sosial network seperti Facebook.

Asas identifikasi website ialah:
a) Sebuah laman yang menunjukkan maklumat dari beberapa seksyen laman website yang lain.
b) Merupakan porfolio kerja
c) Terdapat pages yang menunujukan testimoni pengguna atau "feedback" pengguna.
d) Terdapat terma dan syarat
e) Terdapat "Contact Form" dimana pengguna boleh menghubungi anda
f) Terdapat perkhidmatan/ produk yang di tawarkan di pages yang lain.

Oleh itu apa yang anda mahukan? Pertama anda mesti memutuskan apa yang anda kehendaki. Jika jiwa anda suka membuat coretan dan mahu seluruh dunia membacanya maka sesuai membuat blog.
Jika anda mahukan satu portal online yang mempunyai pelbagai fungsi maka anda kena pergi ke website.

Untuk tidak mahu mengelirukan anda, sila baca pepatah omputih kat bawah ini:
All Apple are Fruits, but all fruits are not Apple
All Blogs are Website, But all Website are not Blogs
Sebuah blog boleh menjadi website dan  atas sebab itu di Malaysia  terdapat keunikan  ujudnya istilah blogshop atau blog on line. Dimana kita mengguna wacana blog untuk menukar kepada website yang lain. Tapi ia sebenarnya bukannya sebuah blog!!!

Sebagai contoh anda boleh pergi ke Blogshop INI dimana ia menjual produk affliate dengan mengguna wacana Blogger.

Saya harap anda semua dapat memahami apa itu website dan blog. Apa pendapat anda tentang perbezaan blog dan website?

Wordless Wednesday : 5 Important Rules for Designer

Sumber: Kid A

DOA SEORANG ISTERI [Bagus untuk direnung dan diamalkan]

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Sumber: Sepaku.net

Lagi Pasal Blog nak kena delete tu...

Assalamulaikum W.B.T

anda semua ingatkan saya pernah wat entry pasal...
Blogger akan delete blog2 yang tak pakai akaun Gmail kan...

You all semua jangan la panas punggung dan jangan takut...
actually saya dah buat entry pembetulan..
yang blogger akan delete blog2 lama yang tak diupdate...
jadi kalau masih saya kena cepat2 claims sebelum bulan jun ni..:)

Dan...
jika anda nak tukar dari akaun yahoo ke akaun gmail pun amat dialu2kan lagipun sebagai persediaan awal...
mana la tahukan...blogspot betul2 delete akaun yang gunakan email login lain selain daripada Gmail...

Sebab Gmail dan blogger/blogspot ini adalah hak milik Google...jadi kalau nak cantik lagi dan confident bagi la satu set kan...semua guna perkhidmatan under google...

Jadi kat sini ya nak tekankan...

BETTER YOU ALL TUKAR KEPADA AKAUN GMAIL...
:)
MENGELAKKAN JIKA TETIBA BLOGSPOT NI WAT PASAL NAK DELETEKAN...
HEHEHE

Sekarang ni pulak...

Blogger memang nasihatkan bagi blogger2 baru menggunakan akaun Gmail untuk create blog...bagi blogger lama pula... kalau you all nak tukar dari akaun yahoo/lain2 akaun email kepada Gmail... you all just create akaun Gmail...memang terus automatik tukar...[ini kalau tak silap ada antara reader saya yang pernah bagi komen...]

Jadi pasal entry ini... you all tak yah pening2...

apa yang you all perlu buat...
Just create akaun Gmail...
dan cek ada tak akaun Gmail sebagai admin kat bahagian ni...
Setting> Permission..

kalau dah ada akaun gmail sebagai main akaun...tu dah kira anda dipihak selamat la tu...
Insyaallah...:)

harap info ini dapat meredakan kegusaran yang dialami oleh anda...

Jangan risau ya...
Happy Blogging...

Owh ya... rasanya adik fatin hanani ada tanya...

Semua iklan2 yang di daftar dengan akaun yahoo...tak akan ada kena mengena dengan blogspot dik... jadi tak effect langsung pun kalau guna akaun yahoo...:) syarikat lain2 tu...:)

kalau blur...dengan info ni...boleh tinggal komen untuk bertanya...:) sebab saya taip dalam keadaan kelibut ni...:)

Penentuan Harga Blog Design.

Assalamualaikum W.B.T

Saya rasa saya kena tetapkan satu standard untuk design2 saya... yes... ini masanya... bukan kuantiti yang dikejar...tapi kualiti yang perlu ada di dalam sesuatu design...

Jadi Harga pun saya rasa nak tetapkan satu standard...yang mana...setiap blog akan di chargekan mengikut design yang diminta...

So...sebelum order...pastikan anda kena beri full kriteria yang anda mahukan..

Jika anda letakkan semuanya on my kriteria...
example:
U design la macam2 mana pun... ikut kreativiti you...

boleh...

tapi saya akan kenakan extra charge untuk that idea...

berikut adalah standard Penentuan Harga:

1. Harga 100% akan ditentukan oleh tahap rekabentuk blog yang bakal di design...
- makin susah saya mahu design dan coding template, harga akan makin tinggi. jadi kalau nak marbeles punya design...kena la merbeles juga dia punya bayaran kan...:)

2. Pastikan anda menyediakan draft/ full kriteria untuk blog yang bakal di design
- Rancang dengan betul tema, warna dan jenis layout yang anda inginkan. [saya akan update dari masa ke semasa format untuk menempah blog design]
jika anda tidak pasti dengan design yang anda mahukan...saya sarankan anda buatla beberapa research untuk cari identiti bagi blog anda... dan jika tidak pasti lagi...anda boleh sertakan contoh blog2/web2 yang anda berkenan untuk dijadikan sebagai inspirasi


3. Blog yang menggunakan idea saya. saya akan charge extra for the idea...
-yes... i sold my idea... it's a business right?


4. Pastikan anda membuat perancangan yang teliti...sebab my job it's not a joke... i'm serious about it dan saya tak mahu ada perasaan yang tidak puas hati each other...apa yang saya mahu...anda puas hati dengan servis yang disediakan dan saya juga berpuas hati dengan design yang saya lakukan... 
 - anda akan dihadkan kepada 3 kali draft. Draft yang ke-4 saya akan charge extra [untuk major adjustment yang melibatkan design image, kalau untuk tukar font atau warna background yang minor , it's free]

Kalau nak blog design yang meletop, vogue the vass...lain dari yang lain... mestilah...you all kena keluarkan modal yang lebih untuk mendapatkannya...

Tak kan la...kalau nak cantik...meletop2 lepas tu nak harga murah kan...:) kalau kita pergi kedai pun...kalau nak beli barang yang cantik mestilah kena keluarkan duit lebih kan...kalau nak murah... anda akan dapat barang yang ala2 je la...

Saya tetapkan rules ini adalah kerana mahu adil bagi pihak saya...
sebab...
sebelum ni pun memang saya tetapkan standard...yang mana customer perlu menghantar draft mereka dulu sebelum saya terima payment dan customer perlu tunggu giliran untuk didesign...

but lately... saya sendiri yang broke rules tu..dan saya rasa macam keadaan menjadi kucar kacir... sebab most of blog saya perlu perah idea... yang mana semuanya count on me untuk design...but end up... bila dah selesai design...send draft... tak setuju dengan apa yang saya design...

Saya tak kisah... but then... it's about time management...so untuk run smooth... sesiapa yang nak order...perlu ada perancangan awal...terutamanya in draft... dan jika you all buat bisnes yang mempunyai rakan niaga...memang saya sarankan supaya berbincang dahulu tentang blog design yang anda inginkan... ini bagi mengelakkan percanggahan pendapat.

Saya berbicara secara umum...

Saya perlu adil juga bagi pihak saya... dan ini adalah guidelines untuk bakal customer2 saya...:)

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

***********************************************************************

Pagi2 lagi airmata ini dah mengalir laju membaca artikel ini yang di temui di facebook...
Artikel asal di sini... ternampak diwall di share oleh salah seorang teman facebook ku...

Kasih seorang ibu hingga ke akhir hayat...
Ya Allah... aku tak mampu nak huraikan...:'(

p/s: Selamat hari lahir untuk cha@syasya@shahida...:) Semoga hidup sentiasa dirahmati Allah s.w.t dunia dan akhirat...serta bahagia dunia dan akhirat...

Cha adalah kawan alam maya...tapi...dekat di hati... YM dan telefon menjadi penghubung...tapi ikatan yang terjalin seolah2 hari2 bersua muka... terima kasih cha...untuk segala2nya...:) terima kasih for being my friend... sentiasa ada... susah dan senang kita... sentiasa berkongsi rasa... dan minta maaf semua salah dan silap kita...terkasar bahasa dan terguris hati...[macam hari raya pulak...:D]



Berhati-hati dengan template blog Free...

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni nak share lagi ni...
harap tidak disalah ertikan lagi...
pasal template free...

Maklumat ni saya dapat daripada blog Simanis Cadbury... aida natasya...

dan membawa saya kepada link asalnya di blog Anakku sayang...

Jom baca...

Dibawah adalah artikel yang saya copy daripada blog Anakku Sayang

Saya sering terlibat dengan design website dan blog. Seringkali saya mengambil template percuma dari mana-mana website untuk dijadikan asas sebelum saya memulakan kerja design. Dari sini lah saya perasan yang ramai pemberi template percuma ini adalah orang yang tidak jujur...

Pernah perasan tak yang sesetengah blog yang menggunakan template percuma ni kalau kita masuk, akan keluar iklan pop under? anda rasa, adakah pembina blog tersebut tahu menggunakan iklan pop under? sebenarnya iklan tersebut diletakkan oleh pembina template blog tersebut untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan tektik kotor.

Malah kadang-kala iklan yang keluar itu adalah iklan-iklan lucah yang langsung tidak menggambarkan bloh yang kita masuk.

Kalau anda rasa perbuatan itu jahat, tunggu dulu, ada sesetengah pemberi template percuma yang lebih jahat lagi. Ada yang meletakkan spyware yang boleh masuk ke dalam server anda atau ke dalam server pelawat anda lalu memberi akses kepada pemilik template percuma itu tadi untuk sesuka hati menceroboh ke dalam blog atau server anda.

Selain itu ada juga pemberi template percuma yang menyembunyikan banyak keyword untuk backlink dan ada yang meletakkan code lock yang memaksa pengunjung blog anda mengisi CPA offer untuk mengakses isi kendungan blog anda.
Jadi berhati-hatilah dalam memilih template percuma.

 Dah habis baca dah... anda paham tak?

hehehe kalau tak paham boleh tinggalkan persoalan... tapi jangan tanya saya macam mana nak detect kod2 jahat yang dimasukkan oleh pencipta asal tu ya...sebab setiap kod adalah berlainan dan tidak spesifik daripada setiap pencipta template itu sendiri...

Memang saya dah lama tahu pasal ni...semenjak 3 bulan pertama saya design blog...dan saya juga pernah inform beberapa orang kawan blogger yang suka edit blog...hehehe paling saya ingat adalah puan bee@ puanbee.com. Sekarang beliau dah tak pakai blogspot dah...dah advance berpindah ke wordpress sudah...

Hehehe saya bila la nak berpindah ya???...

Memang tak de yang akan perasan ...terma-terma dalam coding template memang agak susah nak paham...melainkan anda memang belajar satu persatu apa maksudnya...[nak tahu lebih lanjut...google...google..pakcik google tu memang baik giler...dia la yang menolong saya mengajar saya untuk coding template] ...anda akan paham setiap terma yang dimasukkan...

satu cara paling mudah la nak detect yang blog template yang anfa guna tu ada kod2 keji yang ditambah adalah...

even anda tak masukkan widget yang merepek2 dan tak saratkan sidebar anda dengan gambar2 yang comel2 serta kiut2 serta anda tidak masukkan sebarang script untuk salji la... untuk cursor yang comel2 la...

Jika anda tidak masukkan itu semua... tetapi... loading blog anda terlalu lambat... itu bermakna adalah kod2 keji yang ditambah oleh pencipta template free tersebut...dan paling ngeri adalah bila template yang anda pakai tu ada malware... kesian laptop... bukan kata laptop anda je...tapi sahabat2 blogger anda yang lain juga turut menyedut masuk semua malware2 dan juga virus2 itu...

Dan satu lagi... ada Popup Windows... even anda tak masukkan sebarang widget yang boleh mendatangkan Pop window kepada blog anda iaitu sebagai contoh yang paling biasa adalah Widgeo... widget yang kira berapa ramai orang ada kat dalam blog tu...:D

Itu aje cara mudah nak detect kod2 keji ni... yang lain... kena pandai tengok koding...

Cara paling selamat pertama untuk menggunakan template free... anda jangan la pilih template2 yang nampak canggih giler2 ... hehehe itu dah la banyak script... lepas tu..di tambah pulak dengan script anda... memang tak terbuka langsung la jawabnya blog tu... huhuhu... Kekadang template2 free yang nampak canggih2 tu la yang paling bahaya untuk dipakai [prinsip saya la...:D]

Cara paling selamat kedua untuk menggunakan template free terutama bagi yang suka/rajin mendesign sendiri ni... pilihla template MINIMA [ada kat dalam pilihan template kat bahagian design dahsboard anda]... tapi anda perlu mula daripada basic untuk designnya... tapi... template minima ini adalah template yang paling stabil...terutamanya untuk blog designer...macam saya :D petua tu... petua... hehehe lepas tu... search la google... untuk mencari semua tutorial bagai yang anda nak masukkan dalam template... Insyaallah...selamat la anda berbelog..selagi tak masukkan widget2 dan script2 yang bukan2... walaupun cantik di mata anda... tapi... hebat juga untuk membuatkan laptop anda mengucapkan selamat tinggal..:D

dan cara yang paling selamat untuk menggunakkan template free bagi yang tak suka/ malas nak design2 bagai ni...guna la template2 pada bahagian Template Designer... tak susah... klik2 je dah siap...:)


Itu aje kot...
ok! tata...

Semoga blog2 anda semua akan selamat dan laptop2 atau pc juga sihat walafiat...:D
 
Copyright © Whitey Mommy™