Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label My Tips. Show all posts
Showing posts with label My Tips. Show all posts

Teknik Blog Cepat Loading [tutorial in the making]

Assalamualaikum W.B.T
kepada semua pengunjung blog Whitey Mommy.
dah cukup lama saya tak buat tutorial kan...
heheh ada yang kata saya kedekut ilmu la. macam2 lagi.
sebenarnya yang paling utama adalah saya sibuk menyiapkan order2 daripada customer.
dan juga sibuk dengan melayan Kerenah Khalis.

yang keduanya.
mood saya untuk buat tutorial padam dan lesap terus lepas ada beberapa blogger seakan2 tidak tahu dengan adab sopan.
ada yang siap hantar email kepada saya senaraikan tutorial yang dikehendaki dan ada juga yang menyertakan dengan kata2 sinis. ada juga yang siap mengarah2 untuk buat tutorial itu tutorial ini...satu je jawapan saya...[google dik...google... ilmu itu luas diluar sana...]
pergh!!! pedas dowh... hahaha.. apa lagi... sentap la seposen...
jadi saya buat keputusan TAK NAK lagi buat tutorial..
jadi adik2 pakai ajelah tutorial yang mana ada tu ya...:)
lagi pulak dah ramai dah...yang buat tutorial yang sama. dan tutorial mereka lagi mantap daripada teknik saya. hehehe tambah pulak kebanyakan dalam blog design saya sekarang ni .
saya banyak menggunakan teknik try and error. jadi kalau nak buat tutorial.
4 hari 4 malam pun saya tak tahu nak explain macam mana.
lagi pun saya bukan pandai sangat mengajar..
hehehe...

Ramai customer yang request nak suruh saya design blog cepat loading...
ok macam ni..
saya akan kemukakan semua tips2 yang saya tahu untuk cepatkan loading blog.
terutamanya untuk blog perniagaan kan...mesti tak nak customer dan juga bakal-bakal customer tunggu lama untuk loading blog kan.
ada caranya.
ianya tidak bergantung kepada blog design semata2.
kita sebagai blogger juga harus ada ilmu untuk membuat blog kita loading dengan cepat. dan saya panggil cara manual [kerana ianya tidak begantung kepada coding template ataupun penambahan sebarang script tapi bergantung kepada kreativiti kita untuk menyusun atur blog kita..:)]...

Satu lagi. untuk template yang menarik, cantik , tertarik [kau memang da boom] penggunaan image amat diperlukan. kalau nak harapkan 100% coding memang tak dapat la den nak nolong. hehehe itu namanya design blog. kalau pakai coding aje. itu namanya coding blog. :D

Tak pe..soon saya akan reveal teknik untuk blog cepat loading.
teknik ini sebenarnya berdasarkan saya punya pendapat dan saya praktikkan untuk blog saya... dan setakat ni berjaya.
merangkumi yang saya baca di blog-blog tutorial dan juga yang saya konon2 pandai untuk reka sendiri...:P

saya akan cuba taip entry dengan selengkapnya... untuk membantu pemahaman semua orang...tapi ambil masa...sebab diselang2 selikan dengan nak buat kerja saya lagi...:) nak menyenaraikan bukan senangnya...
sebab biasanya... saya tak senaraikan pun...bila saya tengok..otak saya on the spot tahu apa solutionnya... kira secara spontan...jadi kalau nak senaraikan memang ambil masa. sebab nak recall tips tu bukan senang ya..
dan yang paling penting taip sendiri.  bukan copy paste..:D

Semoga tips itu nanti akan memberi manfaat...:D

Berhati-hati dengan template blog Free...

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni nak share lagi ni...
harap tidak disalah ertikan lagi...
pasal template free...

Maklumat ni saya dapat daripada blog Simanis Cadbury... aida natasya...

dan membawa saya kepada link asalnya di blog Anakku sayang...

Jom baca...

Dibawah adalah artikel yang saya copy daripada blog Anakku Sayang

Saya sering terlibat dengan design website dan blog. Seringkali saya mengambil template percuma dari mana-mana website untuk dijadikan asas sebelum saya memulakan kerja design. Dari sini lah saya perasan yang ramai pemberi template percuma ini adalah orang yang tidak jujur...

Pernah perasan tak yang sesetengah blog yang menggunakan template percuma ni kalau kita masuk, akan keluar iklan pop under? anda rasa, adakah pembina blog tersebut tahu menggunakan iklan pop under? sebenarnya iklan tersebut diletakkan oleh pembina template blog tersebut untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan tektik kotor.

Malah kadang-kala iklan yang keluar itu adalah iklan-iklan lucah yang langsung tidak menggambarkan bloh yang kita masuk.

Kalau anda rasa perbuatan itu jahat, tunggu dulu, ada sesetengah pemberi template percuma yang lebih jahat lagi. Ada yang meletakkan spyware yang boleh masuk ke dalam server anda atau ke dalam server pelawat anda lalu memberi akses kepada pemilik template percuma itu tadi untuk sesuka hati menceroboh ke dalam blog atau server anda.

Selain itu ada juga pemberi template percuma yang menyembunyikan banyak keyword untuk backlink dan ada yang meletakkan code lock yang memaksa pengunjung blog anda mengisi CPA offer untuk mengakses isi kendungan blog anda.
Jadi berhati-hatilah dalam memilih template percuma.

 Dah habis baca dah... anda paham tak?

hehehe kalau tak paham boleh tinggalkan persoalan... tapi jangan tanya saya macam mana nak detect kod2 jahat yang dimasukkan oleh pencipta asal tu ya...sebab setiap kod adalah berlainan dan tidak spesifik daripada setiap pencipta template itu sendiri...

Memang saya dah lama tahu pasal ni...semenjak 3 bulan pertama saya design blog...dan saya juga pernah inform beberapa orang kawan blogger yang suka edit blog...hehehe paling saya ingat adalah puan bee@ puanbee.com. Sekarang beliau dah tak pakai blogspot dah...dah advance berpindah ke wordpress sudah...

Hehehe saya bila la nak berpindah ya???...

Memang tak de yang akan perasan ...terma-terma dalam coding template memang agak susah nak paham...melainkan anda memang belajar satu persatu apa maksudnya...[nak tahu lebih lanjut...google...google..pakcik google tu memang baik giler...dia la yang menolong saya mengajar saya untuk coding template] ...anda akan paham setiap terma yang dimasukkan...

satu cara paling mudah la nak detect yang blog template yang anfa guna tu ada kod2 keji yang ditambah adalah...

even anda tak masukkan widget yang merepek2 dan tak saratkan sidebar anda dengan gambar2 yang comel2 serta kiut2 serta anda tidak masukkan sebarang script untuk salji la... untuk cursor yang comel2 la...

Jika anda tidak masukkan itu semua... tetapi... loading blog anda terlalu lambat... itu bermakna adalah kod2 keji yang ditambah oleh pencipta template free tersebut...dan paling ngeri adalah bila template yang anda pakai tu ada malware... kesian laptop... bukan kata laptop anda je...tapi sahabat2 blogger anda yang lain juga turut menyedut masuk semua malware2 dan juga virus2 itu...

Dan satu lagi... ada Popup Windows... even anda tak masukkan sebarang widget yang boleh mendatangkan Pop window kepada blog anda iaitu sebagai contoh yang paling biasa adalah Widgeo... widget yang kira berapa ramai orang ada kat dalam blog tu...:D

Itu aje cara mudah nak detect kod2 keji ni... yang lain... kena pandai tengok koding...

Cara paling selamat pertama untuk menggunakan template free... anda jangan la pilih template2 yang nampak canggih giler2 ... hehehe itu dah la banyak script... lepas tu..di tambah pulak dengan script anda... memang tak terbuka langsung la jawabnya blog tu... huhuhu... Kekadang template2 free yang nampak canggih2 tu la yang paling bahaya untuk dipakai [prinsip saya la...:D]

Cara paling selamat kedua untuk menggunakan template free terutama bagi yang suka/rajin mendesign sendiri ni... pilihla template MINIMA [ada kat dalam pilihan template kat bahagian design dahsboard anda]... tapi anda perlu mula daripada basic untuk designnya... tapi... template minima ini adalah template yang paling stabil...terutamanya untuk blog designer...macam saya :D petua tu... petua... hehehe lepas tu... search la google... untuk mencari semua tutorial bagai yang anda nak masukkan dalam template... Insyaallah...selamat la anda berbelog..selagi tak masukkan widget2 dan script2 yang bukan2... walaupun cantik di mata anda... tapi... hebat juga untuk membuatkan laptop anda mengucapkan selamat tinggal..:D

dan cara yang paling selamat untuk menggunakkan template free bagi yang tak suka/ malas nak design2 bagai ni...guna la template2 pada bahagian Template Designer... tak susah... klik2 je dah siap...:)


Itu aje kot...
ok! tata...

Semoga blog2 anda semua akan selamat dan laptop2 atau pc juga sihat walafiat...:D
 
Copyright © Whitey Mommy™