Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label My Feeling. Show all posts
Showing posts with label My Feeling. Show all posts

Copycat : Kecewa di hati

Assalamualaikum W.B.T.

Lama pula tak meluahkan perasaan dalam blog. Rasa macam tak best.
Tapi rasa nak cakap juga kan.
Sekali sekala apa salahnya orang kata.

Dah banyak kali tengok tapi diam je :(

Sebagai seorang designer, saya banyak belajar. Bukan tak pernah alami pun masalah dikatakan tiru design apa semua tu. Pernah. Tapi saya improve sikit demi sedikit untuk nampakkan kelainan dan beridentiti sendiri.

Orang kata belajar dari pengalaman. Dah kita tahu macam tu tak betul perlahan-lahan kita bina hasil kerja tersendiri. Tak de orang pun yang tak buat silapkan.

Inspirasi dengan tiru bulat-bulat dua benda berbeza, kena take note yang tu. Sebagai Graphic Designer, idea dan identiti tersendiri amatlah penting. Jangan tiru hasil kerja orang bulat-bulat itu dah dikira meniru.

Lagi-lagi apa yang ditiru tu daripada designer yang menyara hidupnya melalui hasil kerja freelancenya sahaja. Apa perasaan anda bila jadi designer tu? Memang sedikit sebanyak sentap tu pasti ada.

Kita tak boleh nak guna lah alasan customer request. Tapi tak kan kita sebagai designer tak boleh nak cakap NO atau suggest design yang more better,  hasil idea kita sendiri kan? Itu namanya inspirasi.

Saya boleh tahu design mana yang ditiru dan boleh buat perbandingan dengan apa yang anda tiru dan idea asal.

Please..
Jagalah etika, jangan pentingkan diri sendiri.


Rindunya kat Orang ini..

Rindunya kat pemilik Doll ni..
Walaupun saya tahu dia tak kan baca pun.
Kerana tersalah faham hubungan menjadi renggang.

Tapi saya sayang dia...as my best companion . Saya gelak, saya menangis semua dia sambut.
Saya gelak dia gelak dan saya menangis dia menangis.

Semoga dia sentiasa bahagia walaupun dimana pun dia berada.. In shaa Allah...

Warna Kehidupan

Assalamualaikum W.B.T

Cerita tentang warna kehidupan, saya rasa semua orang pun ada warna hidup dia sendiri kan. Walau apa pun warna kehidupan kita, hidup masih perlu diteruskan terutama apabila sudah terpikul satu tanggungjawab yang mana kita bukan hidup untuk diri sendiri tapi perlu hidup untuk memberikan kehidupan kepada insan-insan disekeliling kita.

Bak kata novel Setia Hujung Nyawa
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan" (sumber)

Saya dan kalian pasti punya satu sejarah hidup, tidak kira ianya pahit atau manis. Pasti sesuatu yang kita akan kenang sampai bila-bila bukan? Itu sudah semestinya kerana diibaratkan walaupun sesaat kita melalui sesuatu perkara atau mengenali seseorang kita tidak akan lupa sampai hujung nyawa kita. 
Sumber
Apa pun yang kita alami. Apa pun yang kita lalui. Satu perkara yang saya yakin yang setiap perkara yang berlaku tidak kira baik atau buruk semuanya berlaku dengan izin Allah S.W.T. Dan saya sangat-sangat yakin Allah pasti lebih mengetahui apa sebenarnya hikmah dan kebaikan disetiap perkara yang berlaku kerana Allah maha adil dan Allah maha penyayang. DIA tidak akan membiarkan hambanya berada didalam kesusahan yang berpanjangan. Cuma disaat kita kebuntuan. Jalan sebenarnya yang kita perlukan adalah berfikir positif dan bersangka baik dengan Allah S.W.t.

Saya sendiri tidak lari. Sentiasa mengalami perasaan murung dan putus asa. Tapi kawan-kawan disekeliling yang banyak berikan dorongan dan buku-buku yang dibaca banyak membuka  minda saya untuk mencuba menjadi seorang positif. Kita positifkan diri kita sekeliling kita juga akan positif. Insyaallah. Kawan-kawan dan buku-buku ini juga merupakan satu bentuk pertolongan daripada Allah S.W.T. Allah yang menggerakan hati kawan-kawan saya untuk tenangkan saya dan bagi semangat. Allah juga yang menggerakkan hati saya untuk membeli dan membaca buku.

Setiap yang berlaku semua Allah yang atur. Kita hidup pun Allah yang izinkan. Tiada apa didunia ini yang berlaku dengan sendiri. Semua telah ditulis semua telah dirancang dengan rapi. Allah sentiasa memberi kita untuk membuat pilihan sama ada baik atau buruk Allah tetap akan bagi jika kita mahu. Cuma penghujungnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Tapi Allah sentiasa berikan peluang.

Makin hari saya rasa diri saya makin matang. terutama dalam mengendalikan kehidupan. Apa yang mematangkan saya adalah kehidupan saya sendiri. Bak kata orang kalau kita tidak terhantuk kita tak kan tahu macam mana rasa sakitnya terhantuk itu bukan. Begitulah saya. Setiap kehidupan yang dilalui memang sentiasa ditemani dengan air mata. Tapi hari ini saya faham yang setiap yang berlaku sebelum ini adalah Allah nak bagi saya peluang untuk kenal apa itu hidup. Dan saya yakin dan pasti Allah nak berikan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Tidak akan kesusahan dan kepayahan yang kekal jika kita sendiri berusaha untuk keluar daripada situasi itu.

Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan. Tidak kira macam mana pun warna diatas kain kita, setiap warna yang diconteng akan memberikan satu illustrasi yang menarik dan sebetulnya saya sangat sukakan warna. :)

Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakin  dan terus yakin dengan kuasaNya kerana tiada pengharapan dan tiada pertolongan dan tiada teman yang paling setia melainkan Allah S.W.T

Disaat Allah hendak berikan pertolongan tiada tangan yang dapat menghalangnya dan disaat Allah tidak mahu memberikan pertolongan tiada tangan yang dapat menghulurkan pertolongan.

Dari kecil sampai besar, apa yang saya lalui begitu cukup untuk membuatkan saya menjadi seseorang yang boleh berfikir daripada pelbagai sudut pada hari ini. Cuba terbaik untuk menjadi seorang yang positif walaupun terkadang emosi masih seperti buaian. Tidak kira siapa kita. Asal usul kita. Kehidupan yang kita lalui. Selagi kita usaha dan berdoa serta tawakkal untuk menjadi seorang yang terbaik. Jalannya pasti akan ada.

Jatuh bangun duduk kita. Hanya orang yang betul-betul mengenali dan ingin mengenali kita akan sentiasa berada disisi kita. Tapi Allah S.W.T akan sentiasa berada disisi kita. Siapa pun kita, kita pasti akan ada warna kehidupan sendiri. Sesiapa pun kalau boleh nak warna hidup dia sentiasa ceria dan gembira. Tetapi warna-warna yang kusam dan gelap dan suram itu hadir sebenarnya untuk melengkapkan lagi warna kehidupan kita. :)

Hujung Minggu

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat berhujung minggu. Semoga gembira bersama keluarga.
Hujung minggu hari yang relax. Bagi saya hujung minggu hari yang saya berubah jawatan sebagai orang gaji pulak. :D

Kemas apa yang patut dan clear apa yang patut. Rutin suri rumah bekerja dari rumah ni bukannya goyang kaki. Kalau goyang kaki jawabnya rumah akan jadi semak samun. Kekadang saya biarkan juga jadi semak samun, tapi lelama dah sakit mata dan jiwa raga. Tangan dan kaki harus bergerak untuk kemas rumah. Nak bela orang gaji tidak lah mampu. Baik buat sendiri lagi puas hati kan.

Makin hari umur makin meningkat sudah. Jadi orang perempuan ni semua nak kena jaga. Tak nak bagi layut tak nak bagi geleberkan. Wah! Tak sedar diri 2 tahun lagi umur dan menginjak ke 3 siri sudah. Kena lah jaga apa yang sepatutnya supaya sentiasa cergas dan dapat mengelakkan daripada menjemput penyakit yang tidak diigini.

Azam tahun 2013 ni saya nak jalankan gaya hidup yang lebih sihat dan shaping balik badan sebab Khalis pun dah masuk 4 tahun kan. Jadi dia dah perlahan-lahan berhenti menyusu. Boleh lah mula ambil makanan yang kurang kalori.

4 perkara yang saya buat adalah
1. Jaga pemakanan. Bukan diet berlapar tapi jaga kalori dalam makanan. Hadkan kalori ikut keperluan dan kurangkan apa yang patut.
Perlahan-lahan cuba ucapkan selamat tinggal kepada kek, kuih-muih dan ais krim. Walaupun tak dapat nak sepenuh, tapi hadkan pengambilan. tapi kalau Red Velvet memang tak boleh nak tolak. Tak makan nasi pun tak pe. Asalkan ada Red Velvet. Ya! Saya memang penggemar makanan manis. Tapi kurang gemar air manis.

2. Saya cuba jalankan kehidupan yang aktif. Mahu tak mahu mesti rajinkan diri. Tapi setakat ini buat gym dalam rumah sahaja. Sebab rasa jauh dan ambil masa pulak nak pergi ke gym diluar rumah. Saya sediakan peralatan yang simple sahaja. dumbell, yoga matt dan baju yang selesa supaya lebih bersemangat nak senaman gitu. Nak turunkan berat badan dan nak bagi otot menjadi firm saya buat senaman setiap hari (20 minit sahaja - tapi mengikut step yang betul)

mesti matching baru bersemangat. Baju senaman ini atleast kena sediakan 1-3 pasang. Kasut 1 cukuplah. Cari baju yang selesa dan serap peluh. Cotton adalah menjadi pilihan utama. Atau pun apa-apa fabrik yang disarankan untuk sukan .
3. Pengambilan makanan seharian tidak lah begitu cukupkan. Jadi saya memang mengambil supplement untuk keperluan otot (dan senam mesti otot akan cedera juga, jadi nak bagi cepat cure saya ambil supplement ) Sorry.. Memang tak ambil sebarang product untuk kurus (baca: pil pelangsing) zaman dulu-dulu pernah juga guna tapi selalunya tak habis makan pun , sebab pasti akan terbaca tentang bahayanya ubat kurus. :P

4. Untuk mengelakkan organ-organ tertentu melayut kebawah. Saya pakai Elysyle Dx Lingerie yang selesa itu. Wink ;) Semua aspek kena jaga. Orang kata kalau nak jaga betul-betul jangan buat main-main. Kalau buat ala kadar mana nak dapat hasil bukan?

Kuatkan diri dan semangat untuk betul-betul jaga badan gitu. Bukan apa bila berat dah mula mencecah angka 6 atau 7 didepan tu. Badan akan mula rasa penat, lutut makin sakit. Pandang anak, tengok kecik lagi dia. Kalau saya sebagai ibu tak jaga badan dan jaga kesihatan. Macam mana saya nak tengok anak membesar. At least bila anak dah besar saya masih mampu dan larat nak layan dia dan jalan-jalan dengan dia. Insyaallah...:)

Kita gemuk ambil masa 3 tahun tak kan lah kita kurus ambil masa 3 hari bukan? Jadi sabar itu penting. Sabar dalam jaga pemakanan , sabar dalam melihat hasil Insyaallah kalau konsisten dan positif, pasti akan dapat melihat hasilnya. :)

Ok lah! Nak kemas rumah, tetiba ada semangat nak taip entri bila dapat uniform baru untuk senaman. Hehehe

Help Me... Help Me...

Assalamualaikum W.B.T

Saya rasa macam nak tukar blog design ni...
tapi tak tahu nak design macam mana untuk diri sendiri...
Ada sesiapa ada idea?
:)
Help me...

Tak Sangka

Tak sangka pula.
Selama ini bila tahu saya dalam kesedihan atau kesusahan.
Ada yang bertepuk tangan dan tersenyum riang. Sambil berkata "Padan Muka"

Terima kasih banyak-banyak :)
Cerita dan perkara sebenar pasti akan terbongkar jua suatu hari nanti.
Hanya DIA yang maha mengetahui.

Senyum je :)

Kata Hati

Saya seorang yang mempunyai kata hati sebelum sesuatu perkara itu terjadi, biasanya saya dah dapat rasa. Cuma terkadang saya ikut juga peribahasa "Ikut hati mati". Tapi disebabkan ikut peribahasa itu terkadang saya seringkali akan ditimpa masalah. Astaghfirullah... itu semua sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk berlaku kan?

Cuma selepas ini, jika hati saya rasa tidak selesa. Saya akan ikut dengan menjauhkan perkara itu. Insyaallah. Itu tekad saya.

Saya sedih dengan orang yang tidak membuat perancangan awal lepas tu berpatah balik. Semua itu akan menyusahkan orang. Sedangkan semua telah saya tulis dan nyatakan. Sedih tersangat sedih. Jangan pertikaikan perkara yang telah saya nyatakan pada awal-awal perbincangan. Apabila anda telah membuat bayaran bermaknanya anda setuju dengan servis yang bakal saya buat.
Tidak mengapa... balasan Allah adalah sebaik-baik balasan. Tidak mengapa. Sabarlah wahai hati.

Pada awal proses perbincangan, memang saya dapat rasa insan ini akan membawa masalah. Tapi disebabkan insan ini kelihatan serius untuk meneruskan perbincangan dan urusan jual beli. Saya pun teruskan. Bukan apa. Saya tidak suka menghampakan orang. Paling saya elakkan, biar pun terkadang hati memang terluka. Tapi saya masih fikirkan orang lain sebelum diri sendiri. Ok. Itu silap saya sendiri.

Persoalan harga , kenapa perlu ditimbulkan. Contoh saya setting blog atau buat adjustment atau penyusunan tanpa melibatkan grafik. Saya akan charge RM20 untuk satu sesi/satu perkara mengikut keadaan. Kalau anda rasa mahal. Jalan terbaik. Anda boleh melakukannya sendiri. Tidak usah pertikaikan tidak berbaloi ataupun mahal. Soalnya sekarang, anda menggunakan servis saya. Anda yang membuat pilihan sama ada mahu atau tidak mahu.

Saya minta sangat-sangat fikir sedalam-dalam dan bijak sebelum membuat tempahan. Bukannya selepas membuat bayaran, tetiba cakap mahu cancel order. Business saya bukan permainan. Anda menempah dan setuju membuat bayaran bermakna anda telah setuju dengan terma dan syarat yang saya telah tetapkan. Tambahan masa perbincangan pun saya memang sudah mengingatkan setiap yang ingin menempah dengan saya. Waiting list memang panjang. Kalau sanggup tunggu boleh proceed order.

Usahla menyebarkan perkara-perkara yang boleh merosakkan perniagaan orang lain. Anda minta saya design macam-macam tambah itu ini. Sudah pastilah ada harga untuk itu. 

Tidak mengapa. Yang lepas telah lepas. Apa yang perlu saya lakukan adalah untuk improved diri sendiri kearah perancangan yang lebih baik. Terima kasih kepada insan-insan seperti ini. Kerana secara tidak langsung saya dapat memperbaiki apa yang kurang daripada sudut pengurusan diri sendiri. Insyaallah..:)

Pernahkah kau bermimpi seketika.

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku


Biarlah Rahsia, Siti Nurhaliza.

Sedih dan kesian

Sedih dan kesian tengok orang yang tiada idea sendiri.
Lepas tu meniru orang.
Asal orang update terma dan syarat, pun tiru.
Usah disebut pasal konsep... konsep design memang tidak akan berubah. Cuma idea design tu. Kalau awak tiru, 10 orang pun orang akan kata sama.
Belajar dulu tentang konsep dan idea sebelum menegakkan benang basah.

Damn tired with this kind of people !!!

Reka bentuk design saya. Saya tahu. kalau anda nak menegakkan benang basah dan menafikan. Silakan...
kebenaran tak kan pernah menipu!

Terbitlah idea baru yang meletup. Janganlah bina atas hasil usaha orang lain yang berhempas pulas buat research nak dapatkan satu kelainan.

Saya tahu bila yang membaca ini tersentap akan cakap. Alah bukan dia sorang boleh buat konsep tu. YES! tepat. sekarang ini, kita bukan cerita pasal konsep kita cerita pasal idea. Konsep itu semua sama je, cuma kelainannya adalah pada idea.

Paling sedih, saya la... rasa down dan tak bersemangat nak buat kerja. Bila terima report daripada rakan2 blogger tentang insan seperti ini. Bina kejayaan atas hasil usaha orang lain. Tidak mengapa. What goes around comes around. :)

Paling kesian. Sanggup curi tengok source code orang semata-mata nak tengok saya design macam mana... Blog ini ada pengintip la... saya boleh detect. bila orang copy saya boleh tahu. Bila orang tengok source code saya pun saya boleh tahu. Kesian sebab tak de initiatif langsung nak gunakan sepenuhnya khidmat En. Google. Apa yang ada depan mata. Yang tu lah nak diceduknya.

Penat2 orang lain timba air untuk penuhkan tempayan. Tapi awak, mudah2 je ambil gayung dan  habiskan air dalam tempayan tu.

Tidak mengapa. Ada yang akan rasa ni perasan sorang kan. Tapi tidak mengapa. Orang yang terlibat, jika anda buat anda akan terasa, kalau nak tegak kan benang basah pun tak kisah. Sebab jika nak berdalih macam mana pun... Anda pasti tahu diri anda sendiri kan :) Sebab anda yang buat. Anda boleh tegakkan benang basah dalih sana sini. Tapi, anda tidak akan boleh tipu diri sendiri .

Saya selalu cek visitor blog saya, dan saya tahu siapa yang selalu keluar masuk blog ini.
Jika benar itu yang anda buat. Jujur saya cakap... Saya terkilan sangat-sangat sebab orang sebidang tidak tahu penat lelah orang lain.

Kadang Kala

Terkadang dalam keadaan tertentu...
Kita sebagai manusia ini . perlukan medium untuk meluahkan perasaan.
Walaupun kedengaran tidak profesional.
ya memang saya tidak profesional dalam keadaan tertentu
berlaku apabila orang lain tidak bertindak secara profesional dulu.

Saya berbisnes.
saya dah tetapkan terma dan syarat. yang semenangnya wajib dibaca oleh bakal customer yang mahu tempah.
Alasan untuk malas membaca. tiada masa untuk membaca.
itu semua akan mendatangkan masalah dipertengahan urusan yang bakal dijalankan.

Mulai hari ini.
saya tidak akan mengambil tempahan bagi mereka yang malas membaca dan tiada masa untuk membaca terma dan syarat.
kerana end up saya yang mengalami kerugian..
dari segi emosi dan juga masa.

Ya.
Memang betul customer always right.
tapi.
sebelum anda layak untuk bergelar customer.
anda harus juga memahami terma dan syarat peniaga.
bukannya tidak memahami terma dan syarat dan terus claim yang customer semua betul...
saya peniaga. saya tetapkan syarat.
saya tetapkan harga.
perniagaan saya adalah saya yang tentukan. bukannya saya ada share dengan siapa2.
setiap peniaga ada cara mereka masing2.
saya tetapkan harga . dan anda setuju. anda boleh tempah.
kalau anda tidak setuju. saya pun tak kisah...
saya tak de nak paksa pun anda beli ke apa.

Terkilan dan kecewa memang lumrah dan cabaran bagi seorang peniaga kan...
ada yang membaca memang akan cakap.
tak profesional langsung!
tak pe...saya tak kisah pun...

Dengan kerja-kerja design ini lah saya menampung kehidupan seharian.
saya beli semua barang keperluan harian untuk meneruskan kehidupan.
tidak adilkan bagi saya jika ada yang mempertikaikan itu kena bayar ini kena bayar..
kalau anda nak saya design saya boleh buat...

Kos saya adalah masa dan idea
saya peruntukkan masa untuk sediakan design yang terbaik untuk anda.
masa yang terluang harus berbayar kerana itu adalah kos saya dalam perniagaan...

Tidak adil bagi saya jika menganggap apa yang saya buat tu sia2
jujur saya cakap saya pernah hadapi kes seperti ini.
saya tanya.
habis apa yang saya buat ni sia2?
dan insan tersebut boleh cakap ya
kalau anda dipihak saya.
apa anda rasa?

Hanya allah sahaja yang mampu membalas kata2 pedas anda yang hampir memutus tali jantung saya.
saya spend masa sampai 5 pagi untuk sediakan draft bagi anda tengok..
kerana anda bagi tahu saya anda nak guna secepat mungkin
tapi...itu yang diberikan jawapan?
saya tidak rasa marah...tapi saya rasa dianiayai..
kalau tak setuju dengan harga sepatutnya cakap awal2 sebelum buat payment.
tapi dah selesai buat payment dan draft pun diterima...
mula persoalkan pasal harga.
apa yang tak kena.
sepatutnya bincang...
tapi sebaliknya hantar email berbentuk kutukan [saya baca kedengaran seperti itu]
dan meremehkan serta kondemkan saya.
saya betul2 down lepas peristiwa itu.

kalau bukan fikir tentang saya ada anak yang perlu disuap dan dijaga.
memang saya dah lama berhenti mendesign..
tapi ini sahajalah sumber yang saya ada..
dalam pada anda bercakap tentang adil atau tidak...
pernah kan terfikir?
disaat anda makan mewah2 sedap2...orang lain hanya makan biskut cicah air milo sahaja.

Saya tak kan pernah lupa ini semua...
mulai hari ni...saya memang dah tetapkan...
kalau customer belum baca dan fahami saya punya terma dan syarat...saya tidak akan proceed dengan anda punya order...

Jangan meremehkan perniagaan orang lain.
mungkin anda tengok senang dimata anda.
tapi orang yang membuat tu mungkin dah kerah tenaga dan luangkan banyak masa...

Saya kekadang memang rasa bersalah dengan Khalis...
semata2 nak siapkan order.
supaya orang tak marah dan lama menunggu.
masa dengan Khalis memang terlalu sikit...

Sebab itu kenapa apabila orang persoalkan tentang kerja saya.
kenapa perlu bayar itu perlu bayar ini..
saya sedih dan terkilan...
memang banyak bermain dengan emosi..
kerana anak adalah segala2nya bagi saya..
rasa bersalah yang tidak terhadam...
kerana saya perlu mencari pendapatan untuk meneruskan hidup...

Entry sedih ini bukan untuk meminta belas kasihan atau derma daripada sesiapa pun...
cuma kadang kala...
sebagai manusia...
saya juga ada perasaan..
jika ikutkan profesional..
saya rasa..
hanya manusia yang berhati robot sahaja..
boleh profesional 24 jam.
tapi saya adalah manusia biasa.
fitrah manusia biasa adalah mempunyai rasa marah, kecewa, sedih...
saya rasa semua orang tak terkecuali merasai semua ini..
walau sehebat mana pun anda...
ada masa kita juga jatuh terduduk bila menghadapi keadaan yang kita rasa terlalu berat untuk ditanggung...

Sebagai seorang designer
tugas saya adalah design ikut kehendak customer...
kat sini saya memang dah highlight awal2 yang saya tak terima rush order.
jadi sebelum anda membuat tempahan.
anda memang dah sedia maklum.
Jika anda juga seorang ibu yang ada anak kecik anda akan paham...
anda mahu design yang cantik...
itu semua perlu difikirkan konsep dan susun atur baik2...
untuk mendapatkan hasil yang menarik.
dan saya pulak bukan jenis yang kerja Cincai boncai...

Apa bila saya berikan anda draft.
dan anda berikan maklum balas... maknanya anda dah konfirm dengan apa yang anda nak adjust pada design yang telah saya buat.
jadi saya adjust berdasarkan yang telah saya bincang kan dengan anda...
Draft biasanya saya tetapkan kepada 3 kali..
itu pun memang sudah memadai..
kerana... jika saya buat draft sampai banyak2 kali..
agak2 bila pulak saya nak siapkan untuk design orang lain?
Saya juga ada tetapkan..jika melebihi 3 kali untuk major adjustment [iaitu yang melibatkan design sahaja] saya akan kenakan sejumlah amount bagi setiap satu draft...
Ini yang saya tetapkan...
Apa2 masalah yang tidak berkaitan dengan design...
itu bukan melibatkan saya...

Saya dah tetapkan terma dan syarat.
dan juga saya juga inform anda yang saya tidak boleh rush order...
kerana anak saya sekarang sedang melasak.
kalau anda nak, boleh proceed. tapi kalau tak nak..
anda tak order pun tak apa..
kerana saya perlukan masa untuk design.
untuk jaga kualiti design saya.
bukannya main design ala kadar dan sekadar boleh terus bagi draft...
Disebabkan kekangan masa...saya memang mendesign sehingga ke waktu pagi...
untuk siapkan design anda.

Harap memahami lah...
anda nak order.
boleh order..baca terma dulu...
Insyaallah saya akan cuba bagi design yang terbaik mengikut kehendak anda...
tapi...
walaupun anda sebagai customer..
fikirkan jugalah perasan dan keadaan peniaga...
memang la customer always right...
tapi... tak kan la peniaga always wrong?
apa yang tak kena pada design saya. anda boleh teliti sampai puas hati dan bagi tahu kepada saya apa penambahan atau perubahan yang perlu dibuat...
kita boleh berbincang ikut budi bicara...
dan jangan expect saya boleh baca isi hati anda . apa yang anda mahukan. Jika anda tidak bagi tahu mana saya nak tahu?

manusia ini allah cipta begitu indah sekali...
ada perasaan yang bermacam2 dan sudah tentunya allah berikan kepada kita perasaan PERIKEMANUSIAAN.

dan saya yakin... ini semua manusia ada...cuma terkadang ianya dibatasi dengan sikap PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

[My Design] : Saya Minta Maaf.

Assalamualaikum W.B.T
:)
dah lama saya tak update blog kan.
ada beberapa blog yang saya dah install pun masih lagi belum diupload.
kerana masa tak mengizinkan lagi.
sebelum upload. nak kena crop. nak kena letak watermark . jadi tak sempat lagi nak buat semua tu.
nak cepat2 siapkan design yang masih terbengkalai..

soon saya akan upload secara berperingkat blog2 design yang sudah di install.
dengan keadaan kesihatan emosi saya tak berapa nak stabil.
Khalis pulak makin menuntut perhatian.:)

saya harap customer yang masih menunggu bersabar...
saya bersyukur kerana semuanya memahami...:)

_______________________________________________________________

Allah hadirkan sesuatu musibah supaya hambanya lebih dekat dengan Dia.
dan Allah tak kan berikan ujian lebih daripada kemampuan hamba-Nya

I need a rest

Assalamualaikum W.B.T

Entry ni khas untuk customer yang masih menunggu untuk didesign.
saya mungkin akan cuti sehari atau 2 hari .
cuti tu maknanya tak aktif mendesign di waktu malam.
sebab kepala dah rasa macam berat dan bahagian leher pun dah rasa panas.
jadi saya perlukan rehat untuk beberapa hari di waktu malam.

Mungkin ada yang membaca menganggap tidak profesional kan.
tapi tidak mengapalah.
kerana saya ingin menerangkan perkara sebenar.

Sebab rasa macam dah over dose selepas 10 hari bekerja tanpa henti.
berfikir 24 jam tanpa henti :D sampai termimpi ada orang marah2 sebab blog design tak siap lagi..
dah jadi macam psiko pulak.

Jadi sebelum saya demam ke jatuh sakit.
saya rasa nak slow untuk mendesign 1 ke 2 hari.
walau bagaimanapun. yang mana design2 yang saya sudah siapkan dan menunggu untuk diinstall.
saya masih lagi buat bagi meringankan sikit kerja2 yang ada.

Harap anda yang menunggu memahami ya...:)

Bagi customer yang un follow saya kerana kecik hati ke marah ke blog design yang tak siap lagi.
saya mohon maaf.
sebab sebelum anda order pun saya dah mention awal2 yang anda perlu bersabar.
saya mention sebelum anda buat payment.

Satu blog design saya ambil masa 1-3 hari untuk bagi draft.
dan untuk menyelesaikan semua. re-design dan install ke blog. mungkin satu blog ambil masa 4-7 hari atau pun lebih bergantung kepada kerjasama dan maklumbalas yang diberikan oleh customer.

biasanya dalam satu2 masa saya hanya mampu design 2 ke 3 blog design sahaja. nak pulun banyak2 nanti hasil tak seberapa pun tak de nilai juga kan,

Saya harap yang sedang menunggu bersabar...:)
amat2 saya hargai..
Hanya Allah yang mampu membalas kesabaran anda itu...

Ok lah...
mahu rehatkan minda yang sedang sarat ini untuk beberapa hari...:)

Have a nice day.

Sedih sebab GCB

Assalamualaikum W.B.T :)
you all masih dalam mood raya ke?
hehehe saya ni dah nak setting mood balik untuk teruskan perjuangan dalam mendesign dan berbisnes...:)

Seperti ada yang sedia maklum hari ni adalah Ulang tahun kelahiran putra saya yang ke-2 :)
Gambar ambil beberapa keping aje. sebab guna kamera phone encik suami.
nanti saya upload.
Kami potong kek anak beranak je..tak buat jamuan pun..:)
potong kek tu bagi Khalis rasa sambutan ulang tahun..:)
Insyaallah kalau ada rezeki lebih tahun2 mendatang akan saya adakan jamuan..:)
Jemput rakan2 semua...

Tapi ni nak cerita pasal GCB yang semua orang duk canang2 tu...
ada yang kata sedap dan ada yang kata tak sedap...
saya pernah makan sekali je..
bagi saya kureng sedap la...
hehehe sebab ayam grillnya tu rasa masin [bagi saya] mungkin bagi orang lain enak sehingga menjilat pembalut GCB..;p

Nak dijadikan ceritanya...setiap kali iklan GCB ni keluar kat TV...Khalis mesti tunjuk2..
iklan makanan lain tak de pulak dia tunjuk.
jadi saya assume dia nak makan GCB la... hehehe
pandai je...[kuat betul pengaruh iklan kan... hm... no wonderlah syarikat pengiklanan kaya raya...eh tetiba pulak]

Hari ni Khalis buat perangai dia dah...tak nak makan nasi... semalam ada juga makan nasi.
tapi hari ni langsung tak mau...
ingatkan malam2 dia nak makan la..
tapi tak nak makan...huhu



Pukul 8 lebih dia tengok iklan GCB lagi...dia tunjuk2...
saya pun call la MC D delivery..
agaknya ramai kot tengah call untuk delivery...
Call dua tiga kali tak berangkat pun hanya muzik menunggu sahaja yang kedengaran..
dalam pukul 9 lebih...baru panggilan saya dijawab oleh operator pengambil order..
tengah2 bercakap tetiba talian putus..
ALAMAK!!! KREDIT HABIS LA PULAK...
hehehe...
jadi saya tunggu la, kot2 operator tu telefon balik...sebab no phone, alamat dan nama dia dah ambil cuma saya tak sempat nak order je...
[saya expect dia akan call balik...sebab pernah berlaku pada DOMINO hari tu...putus juga...hahaha sebab time limit. lepas tu duk 2,3 minit dia call balik]
dalam 15 minit saya tunggu operator call.
tapi tak de pun... huhu terpaksa lah saya topup hp..
[Gigih ni...sebab nak bagi Khalis makan...:( ]

Saya pun cuba call balik... tak dapat nak sambung talian tu..
dah dapat sambung... tunggu lagi panggilan saya disambut.
dalam pukul 9.45, barulah disambut panggilan saya tu...
saya bertanya
memang tak akan call balik ke kalau talian terputus...dia cakap "takkan call balik"
sebab saya dah cuba banyak kali sebelum2 tu...duk menunggu je..masa tu pun kredit sudah tentu dah berjalan kan...[sebab dia pasang muzik menunggu tu...kalau sesiapa yang pernah alami paham la apa yang saya maksudkan ni...hahaha tak tahu dah nak explain cemana...;p ]

Saya pun kena mula la buat order balik...
saya cakap nak GCB.
operator pun cakap.
tunggu sekejap dia nak cek outlet yang berdekatan dengan rumah saya...
tunggu lagi saya sambil mendengar muzik...

lepas tu dia cakap.
"GCB dah tak buat sebab kedai dah nak tutup, makanan grill2 dah close"

huhu sedih dan terkilan..:(
saya pun terus cakap
"tak pelah saya order esok pulak"
terus letak phone... tu pun dah rm5 inggit kredit pergi...
sebelum tu dah rm10... hehehe... dah cukup nak beli satu GCB dah kos untuk call tu...

tak pelah esok saya terus pergi mc Donalds kat Selayang Mall la kot...
bawa Khalis makan kat situ...
sambil nak ronda Popular cari buku log dan juga fail2..:)
nak susun2 segala mala invois ke order nanti..:)

Suggestion untuk MC Donalds
Since syarikat pun bukan calang2 kan... memang popular seantero dunia...
kalau you all return call bagi customer yang terputus talian... adalah lagi bagus... ini juga boleh meningkatkan sales. setakat seringgit dua untuk kos return call tu. berbanding yang bakal anda dapat untuk masa2 yang mendatang. memang akan berbaloi2 la.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada Whitey Mommy dan Keluarga.


Assalamualaikum W.B.T
lagi berapa hari je kan. kita semua umat Islam bakal menyambut hari kemenangan hari lebaran.
Baju raya semua mesti dah beli kan...:)
Apa tema baju anda semua tahun ni.:)

Kami Sekeluarga tahun ni tema Cream polkadot pink :)
hehehe...

Di kesempatan ini.
Saya ingin  mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman2 blogger dan juga pengunjung blog Whitey Mommy serta kepada semua customer Whitey Mommy Design :)

Mohon Maaf diatas segala salah dan silap samada yang tersurat ataupun tersirat.:)
Semoga hari kemenangan ini memberi seribu pengertian.:)


Situasi Telur, Lobak Merah dan Biji Kopi

Assalamualaikum W.B.T

Dikala hati rasa macam sedih sangat. Kalau bercerita nanti melalut2 pulak untuk ditatapi umum. sebenarnya saya ingin menghurai satu mesej yang ditinggalkan pada shoutbox saya. tapi rasa macam malas nak ikut emosi.
biarlah suatu hari nanti kebenaran akan terjawab juga. tapi yang pasti. hati dan badan ini tidak akan memandang lagi.

Pernah dengar tak tentang situasi telur, lobak merah dan biji kopi?
Sebenarnya saya dengar kisah ni daripada Semanis Kurma kalau tak silap yang bersiaran sempena Hari Ibu.

Situasinya macam ni.
Telur, lobak merah dan biji kopi dimasukkan dalam air panas yang berlainan bekas.
dan apakah yang akan berlaku kepada ketiga2 benda yang berlainan itu?

Telur apabila dimasukkan kedalam air panas...
dia akan menjadi keras dan kalau baling pun kulit je yang pecah, terkena pun sakitkan...
bayangkan telur yang mudah pecah itu boleh jadi keras bila dimasukkan dalam air panas.

manakala...
lobak merah
akan menjadi lembik apabila dimasukkan dalam air panas...
dan

biji kopi pula apabila dimasukkan dalam air panas...
ia akan bertukar menjadi satu minuman yang menjadi kegemaran ramai...

apakah simbolik kepada ke-3-3 benda yang berlainan ini?
ia melambangkan 3 ciri manusia ketika menghadapi musibah [ dalam situasi ini air panas adalah simbolik bagi musibah]

penghuraian yang saya dapat semasa menonton adalah:

Telur
Jika kita ini diibaratkan seperti telur, yang pada mulanya lemah lembut. tetapi apabila musibah melanda. kita bertukar menjadi seorang yang keras hati ataupun berubah kepada kearah yang negatif berbanding diri kita yang sebelum ini.
[motivator itu kata : sikap ini adalah sikap yang kurang baik]

Lobak Merah
Jika kita diibaratkan seperti lobak merah yang pada mulanya seorang kental dan kuat semangat tetapi apabila musibah melanda. kita menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit semula.
[ini adalah sikap yang paling tidak baik -kata motivator]

Biji Kopi
Manakala jika kita biji kopi, yang awalnya tiada sebarang keistimewaan pun, cuma bijian yang berasa pahit tapi apabila dimasukkan dalam air panas, ia menjadi minuman yang sedap. diibaratkan sebagai seseorang yang menjadi kuat dan mendorong diri untuk menjadi manusia yang lebih berjaya daripada sebelum ini.
[ini adalah sikap yang patut ada kata motivator itu]

Sampai hari ni saya pun terfikir akan tentang persoalan situasi ini.
apa yang saya boleh cakap...
diri saya ini diibarat telur...
saya memang seorang yang mudah mengalah, cepat lembut hati, kekadang saya mudah berterus terang untuk meluahkan apa yang saya rasa. untuk menghilangkan rasa sedih saya. jadi hati saya sangat fragile mungkin diibaratkan seperti telur sesuai kot. tapi... saya dapat rasa yang hati saya ini juga bukan seorang yang mudah memaafkan...seorang yang pendendam juga kekadang. dan bila saya keraskan hati...sukar untuk saya bukakan...
no good kan sikap ini?
sukar untuk memotivasikan diri apa bila kita berada didalam keadaan negatif dan berprasangka...

Kekadang saya pun rasa macam saya ini diibaratkan lobak merah...
luaran kelihatan saya seorang yang berdikari dan kuat semangat.
tapi...
sebagai seorang perempuan.
saya juga lemah mempunyai hati dan perasaan.
perkara yang tak sungguh saya tak kata.
cuma kekadang saya terlalu mudah untuk membuat penilaian...
jika disalah anggap akan menjadi punca kekalutan.
kerana ...
kata hati saya terlalu kuat.
jika saya rasa sesuatu.
ianya seakan2 memberitahu perkara itu akan berlaku ataupun memang telah berlaku...
wallahualam...
sejauh mana kita melangkah dalam kejahilan...
seberat mana dosa kita...
muhasabah diri ...
Insyaallah akan ditunjukkan jalan yang benar...
cuma saya nak ucapkan...
saya maafkan semua yang pernah bersalah, tersalah anggap, tersalah tafsir,
tapi...setiap doa yang saya pohon...
moga allah perkenankan...
supaya menunjukkan yang benar...
kerana... perkara yang benar tetap akan benar...
dan yang menuding jari...
biarlah Allah tunjukkan keadaan macam mana rasanya jika berada ditempat saya.

Susah nak cakap

Dugaan memang lah lumrah kan bagi seorang manusia selagi bernafas kat muka bumi Allah ini. Kita diuji dengan macam2 keadaan. sedih, gembira, susah, senang, dan macam2 lagi. semua ini adalah untuk menguatkan kita dan juga tujuan Allah untuk mengingatkan kita...

Tapi terkadang kita sebagai manusia juga boleh hilang pedoman dan perasaan marah dan sedih yang amat sangat akan tercetus. Cuma bila terlalu banyak sangat terpendam ia bagaikan memakan diri sendiri. Siapa lagi nak menuntut keadilan untuk diri sendiri jika tidak diri sendiri kan.

Saya terkadang pelik dengan sikap sesetengah pihak.
satu persoalan saya.
bukankah bila kita hendak memulakan perniagaan memerlukan modal?
ya...
tiada perniagaan yang tidak memerlukan modal kan.

macam saya sendiri.
mungkin nampak mudah dan simple.
tapi.
kita takkan rasa perit dan sakitnya
jika kita sendiri tidak bertapak dan berdiri dalam keadaannya.
apakah modal yang saya perlu keluarkan???
designer cabuk pun ada modal ke?

modal saya adalah laptop
[ya saya keluarkan modal untuk membeli laptop ni]
masa [banyak masa saya perlu luangkan untuk mendesign sehingga kekadang ada tahap yang Khalis perlu bersabar untuk seketika kerana nak setelkan hal dengan customer.
dan juga idea.
Mendesign perlukan idea. bukannya main petik2 semua dah siap.
saya nak kena cari konsep dan susun baik2. supaya nampak kemas dan teratur.

Setiap pekerjaan yang kita lakukan semua ada penatnya.
terutama bila berbisnes.
memerlukan motivasi yang tinggi.
terutamanya sokongan tiada.
perlu bergerak atas kaki sendiri 100%.
tapi kenapa ada sesetengah pihak macam tak nampak benda ini?
awak pun jalani bisnes dan saya pun buat bisnes.
memang produk kita berlainan.
tapi
BUSINESS IS BUSINESS 
kan.

macam mana saya nak barang awak saya kena beli
begitu juga jika awak nak barang saya
awak kena bayar.
kenapa mesti awak rasa saya macam nak berlebih kurang?
kalau semuanya saya berlebih kurang.
apa yang saya nak makan?
ya walaupun apa yang saya charge mungkin RM5 ke RM10 .
mungkin nampak macam mudah dan remeh.
tapi tahukah?
yang duit sebanyak itu bagi saya dapat membeli lauk kami sekeluarga untuk sehari?
cukup la untuk membeli ikan bilis dan juga telur.
kenapa tak berfikir semua itu?

tak tahu kenapa air mata saya menitis
bila mengenangkan ini.
terbayang semua kesungguhan yang saya buat.
macam tak de nilai.
kesungguhan untuk memberi hasil yang terbaik untuk anda.
ya memang itu business kan.
tapi... entahlah
macam tajuk entry susah nak cakap bila orang tak paham konsep business macam mana.

saya memang dah letak terms untuk hasil2 kerja saya.
adakah anda tak baca???

termsnya berbunyi begini:

"No commercial uses are permitted without specific, written permission, with an inked signature. Commercial activities prohibited include: selling the my illustrations/photos/verses, putting them on items to be sold, or otherwise making money from them, exchanging anything of value for them, or using them to increase the value of your website or blog, or print publication, or electronic publication, or any other kind of publication, or any other commercial use.

As for blog design, blog headers/avatar,watermark, badges created, license of use (one time usage) is granted with each items. Copyright is solely mine. Please e-mail me if you want to convert/expand it to another usage. You cannot by any means, use the same header and edit it and change it to your friend’s name or whatever. Most of the time I give you the permission to use/crop it as facebook profile pic or for blog avatar. You cannot ask other person to do the same exact illustrations. It’s copyright infringement. You need to come back to me.

If you are interest to convert your blog design decoration or illustration for printing purpose like fliers,  business card, bunting, etc. You need to come back to me. You cannot by any means to crop and paste from the design that I made. Or ask other person to do it for you. It's copyright infringement.

If you like to license my illustrations/photos/verses, please write to me at whiteymommy@yahoo.com "

boleh rujuk kat sini 

ataupun ada yang tak faham?
kalau tak faham boleh email saya untuk penjelasan

***************************************************

Artwork yang anda beli dengan saya adalah lesen untuk penggunaan bukannya membelinya secara keseluruhannya macam beli kek atau kuih. apa yang anda beli adalah masa untuk saya design dan mereka cipta.
dan jika artwork /logo itu anda ingin kan jadi hak anda sepenuhnya
contohnya:
anda nak gunakan untuk letter head ke, business card ataupun suatu hari nanti nak buka kedai tapi nak gunakan artwork saya sebagai logo.
sudah tentu lah jumlah lain yang perlu dibayar.
kerana anda ingin membelinya secara keseluruhan artwork atau logo tertentu untuk dijadikan brand atau jenama anda.

Awak berbisnes dan saya pun berbisnes dan masing2 pun meneruskan hidup dengan hasil ini. perlulah berfikir ya.

sama ada anda baru buka bisnes ataupun bisnes tak maju. saya rasa itu bukan masalah saya. awak nak logo itu menjadi hak milik awak. dan saya minta certain amount untuk secara keseluruhannya.

logo itu awak beli sekali seumur hidup. dan pakai berulang2 kali menjadi brand dan pengenalan bagi bisnes awak. tak kan la nilainya 20,30 ringgit. fikirlah kat situ... dengan satu logo awak boleh dapat banyak customer. tapi saya hanya mendesign sekali untuk logo. dan sebagai contoh dibayar rm100.

Kalau hidup dizaman moden ni RM 100. berapa hari boleh tahan? paling lama pun 3hari.
fikir la...
saya percaya dengan karma.
kita buat orang
orang lain pula akan buat kita.

[saya sendiri pun pernah mengalami nya tapi dalam kes yang berlainan, dan percaya setiap apa yang kita buat mesti dapat balasan tak kira besar atau kecil]

Untuk kes ini saya rasa nak tunjuk satu contoh:

Kredit design untuk Mom and Baby House :)
Saya rasa sedih sangat2.
kenapa ada orang tak faham.
macam mana awak nak perniagaan awak ada untung dan bisnes.
begitu juga saya yang bergantung harap pada income ini untuk meneruskan kehidupan harian.

SUSAH NAK CAKAP
bila orang tak faham.

saya mohon maaf jika anda yang tersentuh hati.
2,3 hari saya fikir tentang entry ini.
dan saya rasa entry ini tidak berbaur maki hamun.
mungkin ada yang kedengaran kasar.
tapi kalau anda berada didepan saya.
saya akan jelaskan.
mungkin situasinya berbeza. jika anda bertanya.

ya saya ingat! ada yang bertanya cuma bila saya reply dengan sebut harganya sekali . email saya terus tidak berbalas. walhal amountnya hanyalah untuk kos masa saya mendesign sahaja.

terlalu banyak saya nak ungkapkan.
tapi... biarlah cukup untuk penjelasan ini sahaja.
ini pun saya kira dah banyak dan memberi pemahaman kepada sesiapa yang betul2 nak faham.

saya kena luahkan...kerana saya rasa tak tertanggung...ada perkara lain saya boleh diamkan...tapi... entahlah...mungkin dah terlalu banyak memendam rasa.

Harga yang letak memang saya nilai dengan usaha yang saya buat.
saya design secara bersungguh2 untuk semua customer saya.
tidak sedikit pun terlintas kat hati untuk buat ala kadar. dan hanya orang yang tahu menilai
sahaja akan dapat menilai.

Saya berterima kasih untuk customer yang memahami saya...
bila orang hargai...
ya allah...perasaan gembira itu rasa macam tak tahu nak cakap...
dengan berkata
"ya akk paham... sha pun buat bisnes, masa lagi idea lagi"

My Feeling ...

Aku rasa sangat2...

Sedih...
Kecewa...
Marah...

Macam di perlekehkan pun anda...

Ya Allah...sabarlah wahai hati...
Keikhlasan itu penting...
Insyaallah...
Ganjaran daripada-nya nanti tidak terbatas...
Rahsia DIA.
dan kenapa diuji seperti ini...

adalah untuk menjadikan aku insan yang kuat...
tabah...
dan sabar dengan jalan yang aku pilih ini...

Insyaallah...
Wahai hati ...
sabarla ...
dan
Wahai Semangat ku...
Kuatla...

Semoga hati dan semangat ini
akan menjadikan diri ku...
Insan yang bernama Siti Nor Khaironisha...
Berjaya dengan apa yang diusahakan...
Insyaallah...

Insan yang tak kan jatuh bila di tolak...
Insan yang tak rebah bila di rudum masalah...
dan
Insan yang kuat untuk menghadapi sebarang dugaan yang mendatang...

Insyaallah...

Wahai manusia... fahamilah insan lain...
Jangan memandang orang lain sama seperti anda...

Orang lain juga mempunyai masalah mereka yang tersendiri dan yang bukan untuk di war2kan setiap hari dan secara umum...

Mengertilah... tidak semua orang bernasib baik seperti anda...dan tidak semua orang memiliki apa yang anda ada... dan tidak semua orang mempunyai waktu yang berlapang2 seperti anda...
dan duit yang melayang2 seperti anda...

Pandang2 sebelum berkata... jeling2 sebelum bertanya...

*******************************************************************

Hina Sangat Ke aku?

Hina sangat ke aku sebab tak berkereta?
hina sangat ke aku sebab tak gaji besar
hina sangat ke aku sebab tak bekerja
aku tahu... di mana tempat aku...
yang membuatkan aku tak layak untuk menjadi kawan kau...

Jangan lupa hidup manusia ibarat roda...
suatu hari nanti kau akan berada di tempat aku bertapak sekarang ni...
Baru lah kau tahu apa yang ku rasa...

Aku tak layak...
ya itu perkataan yang tepat...

Kenyataan yang harus aku terima.
Biar la hati terpendam berjeruk rasa.
apa pun aku doakan kau bahagia...

Maaf kerana aku bukan kawan yang kaya.
Maaf kerana aku bukan kawan yang berkereta.
Maaf kerana aku bukan kawan yang bergaji besar.
Maaf kerana aku kawan yang pernah menyusahkan kau.
Maaf kerana aku kawan yang selalu meluahkan perasaan marah dan sedih walaupun bukan itu yang kau suka dengar.
Maaf diatas semua kesalahan ku...

Terima kasih diatas segalanya...
Terima kasih kerana sudi menjadi teman ku
Terima kasih sudi mendengar luahan ku... walaupun terkadang aku tahu kau merasa jelak nak muntah mendengarnya...
Terima kasih...

Mulai hari ini, aku akan limitkan segala-galanya...

Mungkin Aku Khilaf...

Ya allah... hati ku ini rasa tersangat2 sedih... perkara yang aku anggap dah setel... rupa2nya belum lagi setel2 sampai ke hari ini... Perkara duniawi ini semua hanya sementara...

Mungkin aku yang lalai dengan perkara dunia membuatkan aku alpa dan lupa kepada-Mu Ya allah... adakah ini balasannya...

Sesungguhnya engkau maha berkuasa... aku rasa teramat2 teraniaya... dengan pelbagai tuduhan... pelbagai tomahan... Ya allah.... kau tunjukkan kanlah kebenaran mu... jika aku bersalah... berikanlah jalan yang terbaik untuk hamba-Mu ini... Jika aku di pihak yang teraniayai seperti yang ku rasa... kau berikanlah kekuatan untuk aku menghadapi semua ini...

amin... amin...
Kawan2... saya sedih la... sedih sesangat... hati saya runtun tidak terkata...

Pergi Sini Emo... Pergi Sana Happy... Pergi SInu Sedih...

Selepas habis design dalam pukul 3 tadi... ada lah saya wat blogwalking ke beberapa blog... bestnya baca cerita2 mereka... ada yang sedih.... ada yang emo... ada yang happy... mereka seakan2 bebas nak taip apa apa aje... nak cerita apa2 aje...

Saya pulak yang termenung sendiri... kenapa la saya tak macam mereka... hati ni memang nak bercerita segala2 benda tapi banyak hati yang perlu dijaga... kekadang kita sebagai manusia ni... perlu juga tempat meluah perasaan yang terpendam secara langsung ataupun secara tidak langsung...

Orang lain bebas meluahkan apa saja... tapi... kalau saya yang meluah kan apa2 sahaja... gi mana ya? mesti ada yang akan kecik hati... ada yang akan marah2... tak pun ada juga yang akan sumpah seranah... mesti ada punya la... huhu... fikir2 balik... untuk apa saya berblog... selain mencari side income... nak juga merasa bestnya blogging kan... nak bercerita pasal Khalis... saya memang tak pandai sangat nak catat every moment dengan dia... sebab kalau saya bercerita mesti berjela2... tapi... otak saya fresh lagi ingat setiap perlakuan dia since dia lahir...

Kita bercerita then ada orang bagi feedback yang membina, yang secara langsung akan menaikkan semangat kita... akan memberi keyakinan pada diri kita... tapi... saya sendiri rasa kosong juga kekadang... rasa macam no body cares... mungkin itu mainan perasaan... ataupun stress??? nak tenangkan diri macam mana... tu pun saya tak boleh nak setel lagi konflik dalaman diri saya... adakah saya tak mature enough???

Kalau nak cakap tak mature... tak kan la sampai boleh ada anak kan... tapi bos tempat kerja saya dulu selalu kata " hey... you dah nak ada baby dah... tapi i tengok perangai you still budak2 woo..." kekadang rasa best.. kekadang rasa macam sikap itu akan membawa kepada orang akan salah paham dengan saya... kalau sesiapa yang kenal lama tahu la saya macam mana... saya sebenarnya tak pernah grown up...i mean dari aspek handle masalah dalaman...

Kepada kawan2 blogging semua... memang best baca cerita2 korang... santai bersahaja... dan datang dari perasaan yang sebetulnya... saya kalau boleh nak juga buat macam tu... boleh ke??? :)
 
Copyright © Whitey Mommy™