Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Khalis Demam [Part 3]

Kesian khalis... ibu ingatkan anak ibu dah kebah demam... pagi tadi dah ok dah masa bangun dari tidur... badan dia sejuk je... tapi lepas mandi pagi tadi... dalam pukul 12 tengah hari... saya rasa badan dia panas balik... huhu risau saya makin bertambah... macam mana nak buat... rasa macam buntu sebab Khalis tak suka badan dia kena lap... mesti tambah nangis2... saya lekatkan Cool Fever kat dahi dia...tapi tak kebah juga lagi... =( ya Allah... kalau boleh Kau tukarkan sakit itu pada aku pun aku sanggup ya Allah..

Khalis dengan Cool Fever... hari ni dah 2 paket guna... semuanya kering... tak de basah2 lagi... terpaksa juga letak Cool Fever sebab tak boleh langsung nak letak tuala basah...

Sian anak ibu... =( kenapa la tetiba demam ek? dimana silap saya masa saya menjaga dia???

Buka blog kejap tadi... terus terbaca Entri Mommy Pinky tentang Cikgu Matematik saya meninggal dunia...Al-Fatihah buat arwah... Allah sangat2 sayang kan dia... Meninggal di hari Jumaat banyak hikmahnya... Lepas baca Entri, saya terus ke blog Sha.. blogwalking... then dia pun singgah balik ke blog saya... dan bagi massage berikut:

Saya happy bila baca... saya terus klik ke blog beliau... dan tanya apa petua daripada Specialist tu? mesti nak tahukan?

inilah massage yang dia tinggalkan untuk saya... saya cuba buat perlahan2...guna air sejuk saja sebab rumah saya tak de ais... saya tak minum ais dah lepas bersalin... jadi peti ais bahagian Freezer memang kosong...

Alhamdulillah... ada kesan pada khalis... dia macam dah beransur kebah... tak de la panas sangat...

Mulut dia pun dah mula bising balik... hehe tengok tu duk kira tangan... alahai... cutenya...hehe dan dah boleh gelak2...


Ibu doakan anak ibu cepat sembuh seperti sedia kala... Amin...

Khalis Demam [Part 2]

Sepanjang malam saya tak boleh tidur sebab jaga Khalis... My Hubby balik kerja pukul 2.30 am tadi, dia bawa balik sekali termometer...(pinjam outlet dia punya) jadi check suhu badan Khalis 37.3 darjah Celcius... agak tinggi... itu baru check kat dahi... Check kat dalam telinga pulak... 38.4 darjah Celsius, apa lagi... kelam kabut la kami nak bawa pergi Klinik...

Siap2 terus pergi klinik... Pusing2 cari klinik tak jumpa2 yang buka 24jam... yang peliknya kat signboard tulis "Di Buka 24jam" ke saya yang tak pandai membaca??? Kalau tak buka 24 jam sepatutnya jangan la tulis macam tu...Kita Emergency mesti la nak tuju dengan cepat... Kalau pergi Hospital kerajaan dah tentulah ambil masa kan? memang lama nak tunggu angka giliran, ntah2 esok baru boleh balik...

Kami usaha lagi pusing2 cari klinik demi anak tersayang... (sape tak sayang anak oi... nak dapat bukan senang...hehe) Pusing punya pusing...Jumpa satu klinik yang agak tersorok..Poliklinik Zainee kat area Kampung Laksamana... kira dekat juga la dengan area Selayang baru...Kami terus masuk dan register... (dalam hati saya... punyala syukur... ada juga klinik yang buka, kalau tak mesti kami kena pergi ke hospital)

Masa Check-up Khalis menangis... "bubububu" mengigit2 hati saya masa dia menangis... tapi orang kata biar menangis sekarang jangan menangis di hari yang mendatang... sebenarnya dia menangis tu sebab takut tengok doktor tu pakai mask tak? hehe ada2 je anak manja ibu ni...
Doktor tanya "ini 1st time ke demam macam ni?" Saya cakap "A'ah, hari tu badan dia dedar je... tak de la panas macam ni" ...Doktor just angguk..

Lepas doktor Check.. Doktor cakap "Kalau nak cepat kebah panasnya, saya suggest ubat yang masuk ikut punggung tu". My hubby terus mencelah "Sakit tak doktor? kalau sakit saya tak sanggup". Doktor cakap" Tak sakit... sebab lepas masuk ubat tu, dia terus larut..." My hubby tanya saya " Sha sanggup ke tengok anak nangis?" Saya cakap "Have to, daripada panas badannya terus meningkat". My Hubby terus keluar daripada bilik doktor sebab tak sanggup tengok.

Doktor pun masukkan ubat kedalam punggung Khalis... sekejap sangat... Khalis pun tak nangis... cuma bila dia nampak orang lain berdiri dekat dengan dia tu yang buat dia nangis...Doktor bagi Antibiotik sebab tekak Khalis ada jangkitan... Doktor check katanya ada bengkak sikit... dia cakap lagi ...ini namanya tonsilitis, tapi sebenarnya bagus untuk baby sebab kita boleh tahu baby ada reaction dengan Virus... itu akan membuatkan sistem imunisasinya bertambah kuat...

Doktor bagi ubat batuk, ubat cair kahak... itu saja yang Khalis kena makan... tapi saya mungkin hanya akan bagi Khalis makan antibiotik saja kot... =P

Balik rumah, badan Khalis terus berpeluh2...mungkin kesan daripada ubat... badan dia terus jadi sejuk dengan peluh... dan dah tak panas macam tadi lagi.. Ya Allah syukur pada-Mu... Cuma satu je... makin manja pulak... nak tidur atas riba je.. hehe sekarang pun tengah riba dia... Ok lah! terima kasih sudi membaca...

hehe gambar tak da lagi... sebab saya masih tak jumpa handphone... esokla baru cari...

 
Copyright © Whitey Mommy™