Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Jalan-jalan Jumpa Zain Hakimi

Assalamualaikum W.B.T

Siapa pernah demam terkena Drama Setia Hujung Nyawa? Mesti ada kan diantara kalian semua. hehehe. Saya pun terkena demam juga hari tu. Tapi masa kena dah lewat masa tu dah episod 15. Tapi gigih juga menonton di Tonton.com dari episod 1 sampailah episod 14. Kemudian siap download lagi simpan dalam laptop. Senang rasa nak tonton terus je buka.

Hari semalam (3.3.2013) Saya tengok teater. First time tengok teater . Selama ini tak pernah pun tengok orang berlakon in real kan. Tengok kat Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuknya Lelaki dari Gua. Penceritaan yang sangat bagus dan jalan cerita yang berbentuk islamik. Banyak kali saya tersentap bila pelakonnya kuatkan suara. tak kurang juga mengalirkan air mata bila pelakonnya menangis.

Awal-awal intro pasal Setia Hujung Nyawa tapi apa kena mengena dengan teater pula kan? Ok! Sebab pelakon teater itu adalah Amar Asyraf, yang pegang watak Zain Hakimi. Hehe jumpa real lagi.

Orangnya peramah, sopan, dan layan aje bila kita ajak bersembang. Itu aje lah tak tahu nak karang apa tentang beliau. Kesimpulannya tidak sombong dan mudah untuk diajak berbual.

Dah jumpa Amar tak kan tak jumpa tunang beliaukan, yes! ini tunang Amar. Arna namanya. Mudah mesra juga orangnya. dan boleh borak panjang-panjang gitu. Tengok gaya ambil gambar ni, ada macam best friend tak? hehe. Hope dapat keep in touch dengan sweet couple ni. They are complete each other. Kesimpulannya mereka adalah sangat sweet. Semoga mereka bahagia dunia akhirat. :) Dan dapat hadapi cabaran rumah tangga pada masa akan datang dengan tenang danbertolak ansur. :)

Tadi Amar ajak pergi makan-makan tapi tak dapat sebab pukul 8 ada appointment. Teater habis dalam pukul 5. Perjalanan nak balik Selayang pun dah ambil masa sampai pukul 6 kan. So saya balik dan say sorry kat Amar melalui Phone je. Insyaallah jika ada kelapangan lagi. Boleh jumpa lagi. 

13 Comment (s):

  1. nina suka zain.. peminat dia nih.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...:) dia sangat comel. sweet dan peramah juga..:)
      senyum je memanjang.. dan pemalu juga..:P

      Delete
  2. wahhh! bestnyer dpt jumpe dia :)
    btw, kulit akk cantiknyer, licin n gebu sgt, cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..:) tidak lah dear.. itu gambar dah ada effect tu dear..
      akk buat bloom kat photoscape. tidak lah segebu itu kulit akk.:P

      Delete
  3. Replies
    1. kak haza.. adik mana..:P ada 3 adik kat gambar tu.. kwang2...

      Delete
  4. hehe..terkena jgk demam Setia hujung nyawa ni..

    ohh..ok la kalau dia jenis x sombong kan, baru lah peminat pun suka n ramai..

    ReplyDelete
  5. akak ada no phone dia eh?

    http://kisahhidupku1999.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™