Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Rasa macam nak tukar template baru...

Assalamualaikum W.B.T

Lama sungguh tak update blog, rindu nak taip macam-macam tapi tak sempat.. Anak dah masuk sekolah kena gigih sikit mencari duit.

Mana nak cek kerja sekolah. Tambahan sekarang saya dah start buat bisnes makan kecil-kecilan dari rumah.

Bisnes apa? Ni ha.. takoyaki.. berbekalkan pengalaman yang ada masa kerja di Sushi King, saya olah takoyaki saya sesuai dengan selera orang melayu gittu.

Kawan-kawan area Selayang, Batu Caves, Gombak dan sekitarnya jika nak rasa boleh lah roger-roger :) Kami buat penghantaran ke rumah atau tempat kerja atau dimana-mana saje . Kami hantar juga sekitar lembah Klang tapi  secara spesifiknya kami utamakan kawasan sekitar kediaman kami.

Nak kami hantar sekitar Lembah Klang tak de masalah, asal sanggup bayar delivery charge nya ;) .

In shaa Allah takoyaki kami sedap, homemade, halal dan In shaa Allah anda pasti akan terkenang-kenang. Amacam! hebat tak puji diri sendiri.. hahaha.


Bisnes Grafik macam mana? Of Course ! masih berjalan, kerana ianya adalah darah daging. Takoyaki Suami yang fokus dan saya lebih kepada kerja azali saya sebenarnya.

Jarang update portfolio sebab tak sempat. Nak menaip tapi terkadang takut merewang entah ke mana-mana. Khalis dah start sekolah, lagilah kelam kelibut.
Hidup dah berubah, tak sama macam tahun-tahun masa dia kecil dulu. Dulu boleh update blog hari-hari sekarang nak update blog sebulan sekali pun payah dah.

Saya masih menerimah tempahan blog design, dan juga sebarang grafik design. Cuma sekarang saya dah upgrade kepada Printing :) Kalian yang nak design dah boleh printing dengan saya sudah...

Sempena tahun baru ni, Tuan blog duk rangka nak tukar template baru, tapi tak jumpa konsep lagi. Adakah buat bunga-bunga pulak tahun ni? lama dah tak pakai template bunga-bunga ni :)

3 Comment (s):

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™