Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label AkU. Show all posts
Showing posts with label AkU. Show all posts

Kenapa Saya Mudah Kecil Hati?


yayy! watermark baru dah siap...cantik tak?
watermark tu gambar warna pink yang ada kat blog tu la...
ada siapa2 yang nak buat?
kalau nak tempah pergi ke blog ni...
my bizz online
hehe ni watermark kedua yang saya tempah...
heh! bukan nak cerita pasal ni...
(saja wat promotion)...

tapi nak cerita kenapa saya mudah sangat kecik hati?
tapi cepat hilang...
cepat sangat terasa hati...
selalu sangat rasa sedih...
kekadang memanjang aje rasanya tapi kena juga maniskan muka...

orang kata personaliti berkait rapat dengan apa yang kita minat...
tarikh lahir, hari lahir dan bulan lahir...
pasal diri saya...

Suka warna pink dan putih...
Suka bunga Ros...
Lahir hari Sabtu...
Lahir pada 10 Ogos 1985
Ikut Kalendar Islam 23 Zulkaedah 1405
Anak Tunggal
Pink
Penggemar warna pink adalah orang yang sensitif, ramah dan memiliki keperibadian yang manis.
Dia sangat menyukai masa kanak-kanak yang menyenangkan dan menginginkan kehidupan yang romantis.
Dia seorang yang feminin, pengemas dan penuh jenaka.
Seorang yang tegas dan jujur.
Dia juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
Dia Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Putih
Dia seorang yang mempunyai sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk.
Dia juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati dia sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
Dia juga seorang yang boros berbelanja

Bunga Ros
Seorang yang suka menggoda, bertenaga dan mempunyai tarikan tersendiri.
Dia seorang yang sangat menghormati dan dihormati orang lain. Dia juga seorang yang sentiasa bersedia dan berani.

Hari Sabtu
Seorang yang kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya.
Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa.
Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji.
Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.
*pasal anak tu saya rasa tidak betul sebab saya sangat sayangkan Khalis...dan mengemari dia...

Bulan Ogos
Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

Bulan Zulkaedah
Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Anak Tunggal
Dia sering merasakan diri mereka kesunyian.
lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
lebih bijak bergaul.
lebih cepat matang.
terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
Kebiasaannya anak tunggal kaya dengan perasaan.Ini menjadikan mereka individu yang lebih sensitif kerana mereka telah terbiasa dengan limpahan kasih sayang daripada ibu bapa.
mereka jua tergolong diantara orang yang tidak menghiraukan perasaan orang lain langsung atau pun terlalu mengambil berat.
Ini bergantung kepada cara bagaimana mereka dididik.
Terdapat anak tunggal yang berasa kurang selesa apabila berada di khalayak ramai.Keadaan ini akan membuatkan rasa tidak selesa apabila berada di rumah mentua yang mempunyai ramai anak,menantu dan cucu.Tetapi ada juga yang sebaliknya.
Sentiasa merasa diri mereka betul dan sentiasa mahukan perhatian.
Selalunya anak tunggal apabila berkahwin,inginkan jumlah anak yang ramai.Ini disebabkan oleh pengalaman hidupnya yang sering kesunyian tanpa adik-beradik.
Selalu tidak mempunyai keyakinan diri dan malas berfikir.Situasi ini berlaku pada anak tunggal yang terlalu bergantung pada ibu bapa.
Pendiam dan suka menyendiri.

Whitey Note : hm... macam ada yang sama dan ada juga yang tak sama... hehe tapi memang kebanyakkannya menyentuh sifat saya yang sensitif dan cepat marah... Kepada Jana: sila bagi komen ya...

Makanan Penyambung Nyawa

Makanan penyambung nyawa?
bukan memang kita makan adalah untuk menyambung nyawa ke?
sebab kalau tak makan mesti la mati kebulurkan?
hm... i ingat masa kat universiti...
ye la masa tu kan bergelar pelajar...
jadi pendapatan pun tak de...
i memang harapkan ptptn 100%...
kekadang ada jugala minta dengan mak i...
tapi tak boleh la nak minta selalu...
jadi kena la ikat perut...
masa banyak sikit duit barula boleh makan besar sikit
hm... jadi makanan yang i selalu makan sebagai penyambung nyawa adalah...
tadaaaa!!!
mee maggi...
hehe sape tak pernah makan?
kalau dah masuk universiti dan untuk meneruskan hidup yang masih bersisa kat universti mesti makan punya...
melainkan orang yang cukup duit...
actually i masih teringat suatu masa...
bukan dekat Universiti...
tempat kejadian adalah rahsia...
hehe
i pernah masak maggi kari...
then makan dengan nasi...
sebab lapar...
nak makan tapi tak de lauk...
jadi itu la caranya untuk kenyang lama...
sebab bila makan maggi ni kenyangnya tak lama...
tapi maggi yang paling i suka adalah maggi tomyam...
dan kalau i masak memang i tak suka letak minyak...
hanya ambik perencah je...

cerita yang paling menarik tentang maggi...
masa matrik dulu i ada member...
dia dengan roomate dia memang kalau bulan baru memang pergi outing beli makanan...
mereka mesti beli maggi berkotak2...
setiap satu jenis maggi mereka beli kari,ayam dan tomyam
pergh!!! gila maggi ke apa...
hehe dah biasanya yang tomyam i la yang ngeceknya...
tapi yang pelik...
mereka makan maggi tapi dua2 pun dapat 4flat dan tengah ambik kos medik dan sorang lagi kos engineer...
hehe roomate yang tak makan maggi tak dapat pulak 4 flat...
hehe masuk sem kedua...
semua makan maggi...
hehe rosak2...
sebab maggikan banyak MSG...
masa sekarang memang tak berpenyakit...
tapi pada masa akan datang?
tiada siapa yang tahu...
macam2 penyakit boleh dapat...

masa semester akhir i kat universiti...
member i ...
siapa lagi kalau bukan zanariah a.k.a mommy pinky...
dia perkenalkan i dengan ini!
jacobs cream cracker...
dan dimakan bersama...
air milo...
sedap2 !!! maggi pun masih lagi makan ..
tapi yang ini berkhasiat sikit...
jadi selang seli dengan maggi baru tak bahaya...
(hehe adakah? bahaya juga cuma pada tahap minimum... ya ke? hehe sebab ada yang kata milo tu pun bahaya! ya ke? habis apa yang nak dimakan?)
hehe tapi jana tu makan juga maggi...
tapi kalau tak silap i dia suka makan maggi goreng...
hehe
itula cerita tentang makanan penyambung nyawa i...
uols punya pulak??
okla!
titik!



Cerita Aku Dulu-dulu


zaman sekarang ni... masa macam cepat sangat berlalu ...kejap2 dah malam...kejap2 dah pagi... macam 24 jam tu singkat sangat.
Aku ingat lagi masa dulu2 aku rasa macam lama sangat nak malam.
siap boleh main tenteng puas2 lagi waktu petang.
aku kan tinggal kat kampung. aku budak kampung. bila dah dewasa ni je baru tinggal kat bandar.
hidup kat kampung best. tapi ... semua tu tinggal kenangan. aku kan dah berkeluarga.
masa yang lalu kita tak boleh nak cari balik. cuma kena fikir cara untuk majukan diri untuk masa hadapan.
aku masa dulu2 perkara yang aku paling suka...
mandi sungai
memancing ikan puyu, lepas tu bakar...sodap giler... sampai aku mengidam masa mengandung tapi hubby aku tak dapat cari kat KL ni.
main lompat getah
main tenteng
semua tu best sangat2 tapi dah tak leh ulang...aku dah besar hanya tinggal kenangan...

masa dulu2 aku paling suka makan nasi ikan singgang, ulam pucuk ubi, cicah dengan budu yang atuk aku buat sendiri. dia guna ikan bilis mentah masak dengan garam.
pastu perap dalam balang tertutup.
rindu betul kan arwah atuk aku.
tu la lauk feveret aku masa dulu2... tak denya kenal pizza ke, kfc ke, burger pun aku tak pernah kenal masa tu.

masa dulu2 aku tak ramai kawan...
yang jadi kawan setia aku adalah che yuyu (sepupu mak aku) tapi dia tua dua tahun dari aku.
hm.. sekarang dia pun dah ada anak dua.
dia tak kenal pun apa itu ICT, tak fasih sangat membaca dan tak laju sangat menulis.
tapi dia la paling baik dengan aku waktu dulu2.
dia selalu backup aku kalau aku kena pukul.
dia selalu sorok aku kalau atuk aku nak pukul aku.
dia selalu bawakan makanan kalau aku lapar seharian tak makan.
hm... kalau la dia boleh baca ni mesti dia happy kan?

masa dulu2 aku sekolah kat kampung, selalu kena buli dengan budak2 kampung.
sedih bila ingat.
tapi budak2 tu semua hidup berkeliaran sekarang dengan masalah sosial masing2.

aku dulu2 pandai belajar... hehe puji diri nampak ko ni nisha (ni mesti jana akan kata)
cikgu selalu puji aku depan mak aku setiap kali mak aku pegi ambil report card.
terutamanya cikgu suraya... cikgu sains merangkap cikgu kelas aku.
dia selalu cakap dia sayang kat aku : dia cakap kat mak aku la..
masa tu aku darjah 4... sampai sekarang cikgu suraya akan tanya pasal aku kalau mak aku jumpa dia kat pasar.

aku masa dulu2... tak da satu pun kata aku comel... haha
aku pergi sekolah pakai band rambut warna pink.
cikgu selalu marah suruh pakai warna hitam atau putih je...
tapi aku cakap. aku tak de duit nak beli.
cikgu pukul aku dengan pembaris kuning kat atas kepala.
sakit sangat2!!!

aku ingat lagi masa dulu2 . aku darjah 3, cikgu suruh pakai tudung.
aku bagi tahu mak aku.
mak aku cakap: mak takde duit nak beli tudung. duit yang ada cukup untuk kita makan je.
aku bagi tahu cikgu macam tu.
cikgu kata aku pembohong.
aku sedih! aku trus balik rumah.
sampai guru besar pergi pujuk aku sebab aku dah tak nak pergi sekolah.
mak aku bagi tahu cikgu tu aku tak cakap bohong.
memang kami tak de duit nak beli tudung.
cikgu tu minta maaf.
tapi aku tawar hati...
sedih...

banyak kisah aku dulu2 sebelum aku berhijrah ke kuala lumpur...
tapi kisah aku dulu2 memang banyak yang berduka ...
tapi tak pe...itu pengalaman hidup...
pengalaman itu yang jadikan aku kebal dan kuat untuk hadapi hari2 yang mendatang.
orang tak tahu tapi aku tahu...

p/s: bleh pulak aku merajuk dengan cikgu... hehehe




aku paling suka...


aku paling suka...
warna putih... kemudian warna pink... kalau boleh semua barang pun nak standardizekan menjadi warna2 kegemaran aku...

aku paling suka...
bunga ros... hehe hari tu aku dapat bunga ros dari suami aku... 1st time in my life... hehe nasib baik tak de sesiapa yang bagi sebelum ni jadi suami aku jadi orang yang sentiasa 1st hehehehe (ketawa gatal skit)

aku paling suka...
makan rambutan dengan durian... best!!!! ha... untuk rambutan aku ada satu rahsia... cuba kamu semua makan rambutan dengan kacang ngan nyin (yang cap tangan tu... eja betul ke tak ek?) best sangat2... masa 1st time makan... hehe sampai sekarang terbawa2...

aku paling suka...
baju kurung... hehe nampak ayu je bila pakai... aku nak keje kerajaan... biar hari2 boleh bergaya dengan baju kurung...

aku paling suka...
anak aku... hehe aku rasa anak aku yang paling comel... yang paling bijak... yang paling sihat... dan yang paling penting mesti menjadi anak yang paling beriman dan soleh... sebab aku nak tumpang dia di akhirat nanti... ditujukan khas buat muhammad khalis putra yang sedang tidur lena di bawah kipas yang laju macam kipas helikopter...

aku paling suka...
kalau aku ada banyak duit... sebab aku nak bayar hutang... hutang member2, hutang mak aku, hutang ptptn... lagi sebabnya aku nak beli macam2... nak baiki hidup aku...nak beli rumah, nak beli kereta...semuanya nak beli...sebab segala2nya memerlukan duit walaupun duit bukan segala2nya...

aku paling suka...
dengan skirt labuh... yang kembang2 sikit la... hehe material jeans lagi aku suka... kalau ada sulam-sulaman bertambah2 la suka... ngeh2 ada sesiapa yang baik hati nak bagi hadiah tak?

aku paling suka...
pakai minyak wangi... sebab sentiasa wangi... hehe terutamanya wangian yang lembut2... kalau dah bekerjaya nanti aku nak pakai brand versace... hehe

aku paling suka...
kalau aku dapat kerja jadi pegawai zat makanan... hehe baru pas interview hari tu... harap2 panel2 yang baik hati yang menemuduga aku tu memilih aku untuk menyandang jawatan yang ku rasakan best disaat ini...

aku paling suka...
baca buku... hm... bila aku dah ada rumah suatu hari nanti... aku nak bina satu perpustakaan kecil dalam rumah aku...

aku paling suka...
makan kek... hehe sebab tu badan aku gemuk... kah2

aku paling suka...
minum air kelapa... tapi sekarang dah lepas bersalin tak bleh minum dah... asyik sakit urat...

aku paling suka...
KURUS!!!... hehehe penegasan diberikan... gemuk ni nampak macam sexy je bagi aku... sebab semua tempat pun benjol2... jalan pun mesti tersenggol2 adoila... bila la nak betul2 berdisiplin untuk kuruskan badan ni... hehe ucapan ini juga ditujukan untuk pn.zanariah...(eh2 ... tapi bukan sekarang tapi selepas bersalin nanti)

aku paling suka...
kalau diriku disayangi, dibelai, dimanja... oleh... insan yang tersayang... harap2 orang tersebut akan membacanya... klik2 kalau nak tahu...

aku paling suka...
maafkan orang... hehe rasa macam diri ni baik... tapi awas!!! aku boleh menjadi orang yang paling jahat sehingga ke tahap tidak mempunyai perasaan...

aku paling suka...
merepek bukan2... haha sebab tu la aku taip entri ni...

p/s: u all enjoy tak baca aku punya entri ni?
blogger-emoticon.blogspot.com
 
Copyright © Whitey Mommy™