Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Hati Seorang ibu. Show all posts
Showing posts with label Hati Seorang ibu. Show all posts

Bagaimana Menjamin Keselamatan Kanak-kanak di Rumah Anda.


Mempunyai anak-anak kecil di rumah memerlukan sifat waspada serta peralatan dan perlengkapan keselamatan tambahan yang akan benar-benar menjadikan sebuah kediaman selamat untuk kanak-kanak.  Apabila anak-anak anda meningkat dewasa, anda boleh menyesuaikan prosedur keselamatan dan perlengkapan anda tanpa menjejaskan gaya dan tema yang anda inginkan untuk kediaman anda.

Cubalah melayari portal hartanah seperti PropertyGuru dan cari house for sale in Malaysia (rumah dijual di Malaysia) dan anda akan mendapati walaupun kebanyakan rumah sekarang memiliki suasana dan kawasan yang selamat, dalaman rumah mungkin tidaklah sangat selamat.

Bahagian Dapur
  • Pasangkan selak keselamatan pada semua kabinet dan laci untuk menjauhkan kanak-kanak daripada produk isi rumah.  Apa sahaja yang anda tahu sebagai beracun, letakkan ia di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak dan kuncikannya.
  • Simpan produk isi rumah dan ubat-ubatan jauh daripada makanan dan minuman.
  • Gunakan api dapur di bahagian belakang dan pusingkan pemegang periuk ke arah belakang dapur untuk memastikan peralatan dapur yang panas ketika memasak tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak
  • Letakkan perkakasan dan peralatan dapur di tempat yang tidak boleh dicapai dan jauh daripada  tepi meja dan kaunter.
Bilik Mandi
  • Pasangkan selak keselamatan pada kabinet dan laci untuk menjauhkan kanak-kanak daripada produk isi rumah yang berkemungkinan beracun.
  • Simpan ubat-ubatan dan produk lain di dalam bekas simpanannya yang asal.
  • Pasang kunci pada penutup tandas untuk memastikan penutup tandas ditutup.  Kanak-kanak mempunyai lebih bebanan di bahagian atas daripada orang dewasa dan badan mereka mudah condong dan terjatuh ke dalam tandas.   Mereka juga boleh lemas hanya dengan kedalaman seinci air.
  • Pasangkan alat anti-panas pada kepala paip dan pancuran untuk mencegah daripada melecur.  Juga tetapkan termostat alat pemanas pada 120 darjah.  Ia mengambil masa hanya 3 saat untuk seorang kanak-kanak mengalami luka terbakar tahap 3 disebabkan air pada kepanasan 140 darjah.
  • Tanggalkan palam alat pengering dan penggulung rambut selepas menggunakannya untuk mencegah kejutan elektrik apabila terkena air di bilik mandi.  Juga jauhkan ia daripada kanak-kanak yang bersifat ingin tahu bagi mengelakkan kebakaran.
  • Tutup soket elektrik yang tidak digunakan dengan pelindung soket atau penutup keselamatan.
Sekeliling Rumah
  • Gunakan pagar keselamatan di bahagian atas dan bawah tangga dan laluan ke bilik-bilik yang berbahaya.  Pagar dengan palang tekanan yang boleh mengembang seharusnya tidak digunakan untuk bahagian atas tangga.  Sebaliknya, gunakan pagar yang dilekapkan ke bingkai pintu menggunakan perkakasan.
  • Gunakan penutup tombol untuk menjauhkan kanak-kanak daripada bilik dan kawasan berbahaya.  Berhati-hati, sungguhpun, alat ini adalah mudah untuk orang dewasa menggunakannya ketika kecemasan.
  • Letakkan pelindung pada bucu dan hujung perabot dan benda-benda lain seperti pendiang api untuk mengelakkan kecederaan.
  • Letakkan perabot jauh daripada tingkap-tingkap yang tinggi agar kanak-kanak tidak dapat memanjat ke jendela tingkap.   Bidai tingkap tidak cukup kuat untuk menahan kanak-kanak daripada terjatuh melalui tingkap.
  • Pastikan bidai tingkap tidak mempunyai tali yang bergulung -- ia boleh menjadi bahaya terjerut kepada kanak-kanak.
  • Alihkan penutup yang mudah jatuh daripada peti simpanan permainan,  ia haruslah mempunyai penutup yang sentiasa terbuka atau ringan, yang boleh ditanggalkan.
  • Halang perabot daripada terjongket dengan melekatkan rak buku, para, dan perabot berat ke dinding dengan pendakap dan penambat.  Apabila menyimpan barang, letakkan barang yang lebih berat di rak dan laci bahagian bawah.

Hati Seorang Wanita

Seorang isteri yang solehah sangat berharga lebih daripada wang ringgit lebih daripada intan berlian... tapi siapa yang harus membentuk untuk menjadi isteri yang solehah? Suami... iya insan yang bernama suami... Seorang suami harus menghargai isteri yang mereka ada... kenapa??? sebab itu adalah amanah daripada Allah... Jika kamu, seorang lelaki dapat menjaga seorang isteri dengan baik... nescaya syurga adalah tempat-mu... kerana isteri akan terhindar daripada melakukan dosa... Ingat! Isteri yang melakukan dosa... suami yang akan kena tanggung...

Tanggungjawab suami bukan dari segi luaran... tapi daripada semua aspek... rohani dan jasmani... Penderaan Fizikal, kesannya tak kan seteruk penderaan Rohani dan mental... Sebelum anda seorang suami ingin dihormati sebagai seorang suami... adakah anda pernah terfikir dan terlintas yang "Adakah anda menghormati seorang Isteri" Allah itu maha adil... kalau kita tak hormati orang lain... sudah tentu tiada siapa yang akan menghormati kita... setiap apa yang kita lakukan... akan dicatat akan dihitung dan akan dibicarakan... tapi dunia sekarang sudah akhir zaman... anda buat anda dapat... Allah bayar Cash! Dunia anda boleh lari kemana2 tapi Akhirat? boleh kah anda lari...
  • Wahai insan yang bergelar suami... Fahamilah isteri-mu sebelum anda ingin difahami... Isteri adalah seorang wanita... dan wanita adalah golongan lemah... mari kita hayati dan kenali seorang wanita
  • Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
  • Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
  • Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
  • Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan orang yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
  • Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
  • Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis kerana mu,tolong pegang tangannya deng an penuh pengertian. Karana dia adalah orang yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
  • Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karanamu, tolong jangan sia2kannya.
  • Wahai suami2 fikirlah dalam2 sebelum membuat sesuatu keputusan dalam perkahwinanmu kerana mungkin keputusanmu akan merosakkan kehidupannya.
  • Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya boleh membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI 1 perkara..."

Malaikat bertanya "Apa itu Yaa TUHAN ??"
Tuhan menjawab "Bahawa "Betapa, BERHARGAnya dia (seorang wanita)..."

kredit kepada : Jom Sayang

Rintihan Hati Seorang ibu...


PENYEBAR RINTIHAN....(farisha)....Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat.

Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.

Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya



Whitey Mommy note: kisah ini saya copy dan paste daripada blog Natasha-E1...bersama2 kita bantu ibu ini ya... sebagai seorang ibu, saya dapat rasa keperitan itu. masa khalis mula2 lahir dulu 3 hari kena stay kat ward sebab under antibiotic ( air ketuban saya leaking jadi doktor takut ada jangkitan pada bayi). melihat tangan khalis yang biru2 kesan kena cucuk pun hati saya sedih. lagi pula bila doktor kata anak saya kena jaundis terus saya menangis... padahal jaundis itu normal pada bayi baru lahir. Sedangkan dengar anak menangis pun hati saya menjadi saya inikan pula diuji seberat ini. Dugaan ini berat tetapi Allah uji kerana Dia tahu hamba-Nya akan kuat menghadapinya. Sama2 kita berdoa untuk baby kepada penulis email di atas ya..Al-fatihah...

Kepada semua pembaca... sila copy dan post pada blog anda ya... terima kasih...

Yang Mana Satu?

bulan lepas aku pergi temuduga SPA...
esok 3 mei 2010, result untuk temuduga tu keluar...
hm... berdebar juga aku...
memang aku nak kerja...
tapi at da same time hati aku ada pada khalis...
i'm worry la...
worry sape nak jaga khalis...
macam2 yang bermain2 kat fikiran aku!
boleh ke orang nak jaga khalis macam aku jaga dia...
boleh ke orang nak layan khalis macam aku layan dia...
tambah pulak sekarang ni macam2 kes penderaan...
anak orang pun belh berani pukul2...
baby @ budak kecik macam mana nak mengadu...
makin sedap la pukul memukul!
memang tak berhati perut.
ya allah... jauhkanlah perkara2 macam ni pada anak aku...
ini la yang dikatakan jalan buntu kot!
at da same time kita harus memilih dua benda yang memang kita mahu...
dan kita tak boleh nak memilihnya...
what i should do?
aku perlu kerja untuk kehidupan kami yang lebih baik...
untuk masa depan khalis yang lebih cerah!
untuk memiliki segala aset yang aku nak!
macam mana???
hehe kalau main belog je... memang la tak dapat duitkan?
lainla macam RedMummy ke macam Hanis Zalikha ke...
dah konpem2 memang dorang dapat banyak income daripada main belog...
hehe aku ni newbie..
takkan la nak dapat income macam dorang...
titik! tak payah cerita pasal orang!
hm... aku takut!
ibu mana yang tak risau pasal anaknya kan???
what is the best way?
ya allah... tolongla hamba mu ini...
berikanlah petunjuk...
sesungguhnya hambamu buntu dan memerlukan pertolongan...
ibu sayang khalis...
kan bagus kalau boleh kerja sambil bawa anak...
but it is imposible to happen...
titik!
 
Copyright © Whitey Mommy™