Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Info Bayi. Show all posts
Showing posts with label Info Bayi. Show all posts

Amalan ketika anak sedang tidur

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....
  • Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
  • Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
  • Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
  • Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Membedung Bayi

Mula2 inter frame gambar Khalis... masa ni umur dia baru 7 hari... memang suka sangat tidur... baby memang gitukan? Dulu kalau dia tidur mesti rasa macam boring sangat... dalam hati pun berdetik... "bila la Khalis ni nak bangun..." tapi sekarang ... Khalis dah tak banyak tidur... selalu pulak saya katakan pada dia "Khalis... bila la sayang nak tidur ni"... =p macam kelakar pulak kan...

Cakap pasal bedung (teknik membungkus bayi dengan menggunakan kain yang lebar dan agak luas)... Seminggu sebelum saya bersalin... saya berjumpa dengan seorang doktor pakar pediatrik... dia pesan pada saya... " bayi you jangan dibedung ya... sebab saya pernah ada kes tentang seorang bayi yang salah dibedung, struktur kakinya lari... menyebabkan kakinya tidak sempurna seperti bayi normal.... sedangkan bayi itu pada asalnya normal... sangat kesian... sebenarnya membedung itu bagus... tapi disebabkan tersalah cara atau mungkin bayi dibedung terlalu ketat... menyebabkan kesan seperti itu"

Pada mulanya saya memang takut... tambah pulak... sayakan ibu muda (eceh!) apa yang patut saya buat? sebab saya pernah terbaca yang bayi perlu dibedung bagi mengelakkan sentiasa terkejut2 dan adanya boleh menyebabkan kematian secara mengejut... Sememangnya Allah S.W.T itu maha kuasa... dan Maha pemurah... Dia memberi saya petunjuk... semasa saya jalan2 untuk membeli baju baby... tetiba terpandang Kain Bedung (brand Kiko) yang hanya perlu diketatkan bahagian badan sahaja... bahagian kaki nya longgar... saya pun beli.. =) Alhamdulillah itulah yang saya guna...sebenarnya kalau orang kata bedung bayi untuk luruskan kaki sebenarnya salah... kaki bayi yang baru lahir memang akan membengkok sedikit... dan ia akan menjadi lurus selari dengan peningkatan umurnya... Saya bedung Khalis sehingga umur dia Sebulan sahaja... lepas tu... setiap kali bedung mesti muka dia merah2 nak keluar dari kain bedung... =) dia akan usahakan sampai bedung tu terlerai dari badan dia... Lepas tengok dia tak selesa... saya terus tak bedung dia... kecuali kalau hari sejuk ataupun apabila baru lepas mandi...

Lazimnya membedung bayi sememangnya amat disarankan kepada bayi yang baru lahir kerana ia bagaikan pelukan hangat seperti semasa masih berada dalam rahim ibu. Membedung akan membuatkan bayi berasa tenang dan selesa selain memudahkan ia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya selepas dilahirkan...
Kebaikan membedung bayi
  1. Untuk Menghangatkan tubuh bayi
  2. Membantu bayi menyesuaikan diri dengan suhu persekitarannya selepas keluar daripada rahim ibu.
  3. Menahan refleksi gerakan tangan untuk kakinya yang selalu membuatnya terkejut dan terbangun daripada tidurnya. Membedung akan mengurangkan gerakan refleksi tersebut dan membuatkan tidur bayi lebih tenang.
  4. Memudahkan bayi untuk didukung, didodoikan dan disusukan.
  5. Membuat bayi lebih mudah untuk ditenangkan apabila dia mual meragam. Apabila dibedung, bayi akan berasa tenang dan mudah mengantuk, lalu tidur.
Sebaiknya jangan membedung bayi terlalu lama, cukuplah sekadar satu bulan pertama. Ini kerana apabila bayi semakin membesar, ia akan mula banyak bergerak. Membedungnya hanya akan membatasi pergerakan motoriknya yang sedang berkembang dan boleh membuat bayi bertambah meragam kerana sudah mula merasa tidak selesa apabila dibedung.
Perhatikan tingkah laku berikut sebelum membedung bayi :
  1. Cuaca yang terlalu panas => ini akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dibedung kerana tubuhnya terasa bahang dan tidak mendapat udara. Jika begini, sebaiknya jangan bedung bayi sehingga cuaca panas mula berkurangan.
  2. Perhatikan keinginan bayi => Sesetengah bayi tidak suka dibedung dan akan meragam apabila dibedung. Jika bayi lebih tenang dan selesa apabila tidak dibedung, tidak perlulah anda membedungnya.
  3. Peka dengan lampinnya => Bayi yang baru lahir kerap membuang air, lampin yang basah akan menganggu keselesaan bayi
  4. Berhati-hati dan sentiasa perhatikan bayi anda => Adakalanya kerana pergerakan bayi yang lincah, kain bedung mungkin boleh menutupi wajahnya atau terkena pada wajahnya yang membuat bayi berasa tidak selesa atau lemas.
Whitey Note: Bagi saya... sebagai ibu muda... yang paling penting adalah banyak membaca dan bertanya tentang penjagaan dan kesihatan bayi... dari segi membedung, anda perlu belajar teknik yang betul supaya tidak memudaratkan bayi... My mother in Law pernah cakap tau "Pandai dia jaga anak, macam dah pernah ada anak, padahal baru je...ada anak..." masa tu bangga la juga...

Terima kasih kepada yang sudi membaca enti yang panjang ini... =)

Fadhilat Menamakan Anak 'Muhammad'

Dipagi Jumaat yang sangat2 mulia ini saya nak kongsi satu artikel yang sangat menarik... dan mula2 saya membaca artikel ini di blog sha, saya menitiskan airmata gembira, sedih dan pilu... Subahanallah... Sungguh saya kata... artikel ini sangat menyentuh jiwa saya sebagai seorang ibu... Lalu saya meminta izin sha untuk ambil artikel ini...Terima kasih sha...=) Hayatilah semoga artikel ini menjadi manfaat untuk anda semua...

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi
anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad ( mudah-mudahan menggalakkan
orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar,
lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga
maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak untuk
masuk syurga?
Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklahkedua-dua kamu
ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang
namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."

Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari
Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang
namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung
kepada Nabi Muhammad saw."

Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang
berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat
kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah
bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama
Muhammad"

Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata : "Tidak ada
suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang
namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua
kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi
saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung
dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu
Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika
ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah
Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad
maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam
sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

Whitey Note: Begitu besarnya cinta Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W sehingga sesiapa yang mempunyai nama seperti Baginda pun akan diangkat darjatnya... Subahanallah
Hati saya menjadi sayu kerana nama Khalis bermula dengan Muhammad (Khalis Putra) . Saya senantiasa mendoakan dia akan menjadi anak yang soleh dan baik... dan semoga dia akan tinggal di Syurga Allah di Akhirat kelak... Semoga anak ibu bahagia di dunia dan juga di akhirat... amin...

7 Info Kesihatan Bayi

Seorang bayi yang baru lahir sangat2 memerlukan penjagaan yang rapi oleh ibu dan bapa... kenapa? Tahap imunisasi mereka masih lemah... Jadi mereka mudah untuk mendapat sebarang penyakit... Ingat, sebarang komplikasi yang berlaku semasa bayi akan membawa hingga ke umur dewasa... Jadi untuk mendapat anak yang sihat... ibu bapa tidak boleh menerima sesuatu pendapat dengan sewenang2nya... Doktor dan pakar haruslah dirujuk... Zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu... Sebagai ibu bapa di zaman moden! Pengetahuan untuk menjaga anak adalah penting...

Saya nak share info tentang kesihatan bayi yang sering dipandang remeh... tapi sebenarnya boleh memberi kesan yang sangat besar untuk bayi...

Serius! masa saya salam pantang saya jaga Khalis memang ikut buku 100% cuma kalau saya rasa petua itu ok, Then saya ikut... bukan saya degil tapi ini untuk Khalis... jadi saya mesti fight for the right.

1. Jemur Bayi Pada Waktu Pagi
Sesetengah orang percaya amalan menjemur bayi waktu pagi adalah baik untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, boleh untuk anda ikut amalan ini tetapi bukan setiap hari.
Amalan yang mengatakan bayi perlu dijemur setiap hari adalah tidak betul sama sekali.
Jika anda melakukannya pun tidak perlu lama cukuplah selama 10-15minit pada jam 8.00 pagi (sebelum matahari terbit)
Sedikit sebanyak ia membantu bayi yang baru lahir terutama yang menghidapi penyakit kuning (Jaundis).
Ini kerana sinar matahari pagi membantu menguraikan bilirubin yang akan larut akan dikeluarkan sebagai urin.

*Semasa baru lahir, Khalis juga tidak terlepas daripada menghidap Jaundis. Tapi doktor sarankan supaya saya tidak menjemurkan Khalis dibawah sinaran matahari kerana sekarang lapisan ozon sangat nipis dan sinaran UV merbahaya akan terkena pada kulit bayi yang mungkin akan menyebabkan komplikasi lain. Saya masih ingat pesan doktor...
Penawar untuk Jaundis adalah susu ibu terutama Kolustrum, Susu yang keluar pada peringkat awal... Jadi Doktor sarankan supaya saya lebih kerap lagi menyusukan Khalis.

2. Membiarkan Bayi Tidur dengan Botol Susu
Ramai orang tua beranggapan membiarkan bayi menghisap susu botol hingga dia tidur akan lebih memudahkan tugas anda terutamanya di malam hari.
Bayi yang terjaga apabila diberi susu botol akan mudah untuk menyambung tidurnya semula. Namun mungkin anda tidak ketahui bahawa cara ini boleh mengganggu perkembangan bayi. Dengan membiarkan bayi tidur bersama susu botolnya, susu akan terkumpul di gusi bayi mungkin akan menyebabkan karies gigi pada bayi.
Selain itu, bayi juga mudah terkena jangkitan telinga kerana
susu tersebut boleh memasuki bahagian saluran yang menghubungkan ke bahagian telinga. Oleh itu, pastikan anda segera mengalihkan botol susu sebaik sahaja bayi selesai menyusu atau apabila dia tertidur.

* Memberi susu ibu kepada bayi anda adalah pilihan yang terbaik...
Saya pernah terbaca membiarkan botol susu bersama bayi juga boleh menyebabkan kematian mengejut...
jadi anda sebagai ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk bayi anda.

3. Mandi Air Sejuk Menjadikan Bayi Kuat
Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat.
Sudah tentu pendapat ini tidak benar sama sekali.
Malah air sejuk boleh membuat metabolisme dalam badannya meningkat, ini akan menyebabkan makanan yang diserap oleh tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula suhu badan.
Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam.

*Khalis sampai sekarang pun (umur 9 bulan) masih lagi mandi air suam... dan saya target nak mandikan dia dengan air suam sehingga umur setahun... kemudian tengok perubahan dia... Jiran2 saya semua cakap, Khalis patut dimandikan dengan air sejuk supaya cepat kuat... tapi saya cuma senyum... memang saya takkan ikut... hehe saya kan degil.. kwang2... "Anak saya kuat ape..."=)

4. Air Liur Meleleh
Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, Jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan disekitar mulutnya.
Penghasilan air liur yang berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi.
Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaitan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.

*Alhamdulillah... Khalis memang tidak mengalami simptom ini... cuma sekarang dia dalam proses nak tumbuh gigi... Khalis sangat suka main2 air liur dan sembur2... saya terbaca, ini adalah tabiat bayi bagi menyejukkan gusinya yang tidak selesa... Selain itu, bagi membuktikan yang mengidam tidak ada kaitan dengan proses pengeluaran air liur bayi adalah... saya sendiri pernah mengidam sangat2 nak makan Ikan puyu goreng masa pregnantkan Khalis.. tapi kat KL ni susah nak cari... jadi saya tak dapat makan... tapi alhamdulillah tak da apa2 kesan pun pada Khalis...

5. Muntah Setelah Makan atau Minum Susu
Setelah makan atau minum susu, mungkin bayi akan muntah sedikit ini berlaku mungkin kerana bayi terlalu kenyang atau banyak udara yang masuk ke perutnya sebelum atau sewaktu sedang minum susu.
Keadaan ini juga boleh berlaku apabila bengkung bayi dipakaikan terlalu ketat.
Selain itu, mungkin anda memberi makan atau minum susu dalam posisi bayi yang salah. Contohnya dalam posisi tidur telentang.
Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengelakkan bayi daripada muntah adalah sebaiknya buatlah bayi sendawa setelah makan atau minum susu.

6. Mendukung Bayi
Bayi akan berasa tenang apabila didukung namun cuba elakkan untuk menjadikan ia sebagai satu amalan bagi memanjakan bayi anda.
Ini kerana bayi yang terlalu biasa didukung dalam semua keadaan menyebabkan emosinya tidak terlatih untuk berdikari malah akan menjadi manja dan sentiasa mahu didukung.
Ini akan membuatkan bayi menjadi malas dan anda sendiri juga yang akan mengalami kesukaran kelak.

7. Berpeluh
Anda Mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat.
Tidak semestinya begitu.
Adakala peluh yang keluar berlebihan mungkin petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, kalenjar berpeluh berfungsi secara berlebihan, kadar gula yang rendah atau berat badan yang berlebihan.

Whitey Note: Sekiranya berlaku sebarang komplikasi, seelok2nya bawalah berjumpa dengan doktor berbanding membuat andaian sendiri... kerana walaupun bagi kita komplikasi yang dihidapi oleh bayi adalah kecil tetapi kemungkinan akan menyebabkan kesan yang lebih besar...

Mitos Si Kecil

saya memang suka membaca info pasal bayi...
ya la ibu muda la katakan...
jadi kena banyak membaca...
so, saya nak share dengan semua pembaca blog saya...
saya menyusu Khalis secara Eksklusif selama 6 bulan dan sekarang pun masih lagi breastfeed...
Alhamdulillah. Khalis membesar dengan sihat, kuat dan hebat...(macam milo la pulak...)

Sebagai ibu, bukan senang nak tempuh alam ini jika tiada pengalamankan?
saya bukan nak tunjuk diri saya pandai...
tapi selepas Khalis dilahirkan kedunia ini...
sayalah orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan dia dari A to Z...
mandikan, pakaikan baju, susukan (of course la yang ni kalau tak sape nak susukan kan? hehe)
dalam pantang pun saya usahakan untuk jaga khalis...
penat memang penat tapi...
tak terasa penat tu bila tengok muka Khalis...
saya memang degil tak dengar cakap...
terutama bila MIL saya suruh bagi air suam...
tapi saya tolak dengan baikla pendapat dia..
tak de la sampai derhaka..
sekarangkan zaman moden...
cara penjagaan dulu dengan sekarang pun dah tak sama...
dah banyak research dibuat tentang bayi bagi melahirkan generasi akan datang yang lebih sihat ini bagi mengelakkan kerajaan menampung kos perubatan yang tinggi pada masa akan datang
perabihkan duit kerajaan saje...
kalau dulu masa dalam pantang lagi dah suap dengan pisang lecek...
orang2 veteren mesti kata "hidup juga walaupun bagi makanan macam gitu"
memang la akan hidup tapi kita tak tahu kesannya pada masa akan datang...
tapi myMIL memang baik dia tak pernah marahkan saya...
dia ikut saja...
dia siap cakap "pandai sha jaga anak walaupun baru bersalin, macam dah lama jaga baby"
kembang gitu saya...
my friend pernah mengadu kat saya masa dia baru lepas bersalin..
her MIL siap suapkan nestum lagi masa dalam pantang...
bila my friend kata "tak boleh, kena bagi susu ibu"
her MIL cakap "susu ibu tak cukup kenyangkan baby..."
memang dia terus diam...
bagi saya selagi saya boleh fight for the right untuk Khalis saya akan fight...
Sebab anak ni amanah dari Allah jadi kita kena jaga dia sebaik semampu kita...
benda yang paling berat untuk dipikul adalah amanah

hm..panjang juga introkan?
tak nak berhenti pulak menaip...



Bayi harus pakai bengkung supaya tidak masuk angin
kebanyakan orang memakaikan bengkung bayi dengan ketat supaya tidak masuk angin...
sebenarnya pemakaian bengkung yang terlalu ketat boleh mengganggu pertumbuhan oragan dalaman bayi...
ini kerana dinding perut bayi masih lemah dan organ didalamnya sedang dalam proses perkembangan...
pemakaian bengkung yang terlalu ketat akan menyempitkan ruangan untuk pertumbuhan organ2nya...
tidak salah jika ingin memakaikan bengkung kepada bayi tetapi ikatannya perlulah longgar terutama pada bahagian atas sekali supaya jantung dan paru2nya dapat berkembang dengan baik...

saya dulu pakaikan bengkung juga pada Khalis tapi masa dalam pantang je...
lepas tu dah tak pakai...
orang kata kena pakai sampai umur 6 bulan...
tapi saya tak pun...
masa pakaikan pun memang pakai longgar2 selalunya tak sampai sejam bengkung tu dah berlipat2 keatas...sebab longgar sangat...

Tidak Dibenarkan Potong Kuku Bayi Sehingga Habis Pantang
Tentulah tidak betulkan...
kuku bayi yang baru lahir biasanya panjang.
Jika tidak dipotong, ia berisiko menyebabkan kulit wajahnya luka...
malah boleh merosakkan kornea matanya...
mungkin mitos ini untuk mengelakkan jari bayi terluka kerana masih terlalu kecil untuk memotong kukunya...
Ia boleh dilakukan dengan berhati2 dengan memggunakan pemotong kuku khas yang direka untuk si kecil...

sebelum bersalin saya ada baca buku Panduan Lengkap penjagaan Ibu dan Bayi (penulisnya saya lupa malas nak masuk bilik pergi tengok...hehe)
dalam buku tu dia sarankan supaya kuku bayi digigt perlahan2...
sebab kuku bayi baru lahir sangat lembut...
saya gigit perlahan2...and it works!
selain tu, sarung tangan memang tak pernah miss saya pakaikan pada Khalis...

Tangan dan Kaki Si Kecil harus Sentiasa ditutup
Bayi yang baru lahir sememangnya tangan dan kakinya harus ditutup dengan sarung kaki dan sarung tangan...
namun bukan bermakna harus ditutup sepanjang masa...
jika cuaca panas, sarung tersebut haruslah dibuka...
Pemakainan sarung yang berterusan juga akan menganggu perkenbangan kulitnya untuk merasa dan menyentuh...
yang penting perlu mengawasi tangan si kecil cupaya tidak menggaru muka...

Masa dalam pantang memang Khalis sentiasa pakai sarung kaki dan tangan...
tapi lepas pantang saya dah taj pakai kan sarung tangan...
sebab nak galakkan dia biasa gunakan tangan...
tapi stokin memang saya pakaikan la..
wajib setiap masa...
sehingga sekarang pun masih lagi pakai stokin...

Pusat Ditindih Dengan Duit Syiling Supaya Tidak Tersembul
Secara logiknya ada benarnya kerana duit syiling itu hanya sekadar alat yang digunakan untuk membantu menekan pusat
kerana ruang rongga kerana ruang rongga antara pusat dan perut belum tertutup sepenuhnya setelah tali pusat tertanggal...

bagi saya memang sekadar alat...
tapi Khalis dulu pun masa mula2 jatuh pusat...
memang pusat dia tersembul...
tapi bila dah masuk 2 bulan tu dah kedalam semua...
tak de pulak saya tekan dengan duit syiling...
saya takut nak tekan dengan duit syiling...
nanti ada infection lain pulak...

Dibedung supaya Kakinya Sentiasa Lurus
Bayi yang baru lahir memang disarankan untuk dibedung...
namun seiring dengan peningkatan usianya, tidak dikerapkan selalu membedung...
kecuali apabila cuaca sejuk atau selepas mandi...
Selepas beberapa minggu usianya...
membedung boleh menganggu peredaran darah
dan membantutkan pergerakan motorik bayi yang mula berkembang kerana kaki dan tangannya tidak dapat digerakkan

Pemakaian bedung tiada kaitan dengan pembetukan kaki bayi..
semua bayi yang baru lahir,
mempunyai kaki yang bengkok kerana sewaktu didalam rahim ibu, ruang yang sempit menyebabkan kakinya tidak boleh lurus..
seiring dengan usia...
kakinya akan menjadi normal dengan sendirinya...
sebelum saya melahirkan Khalis...
doktor Klinik panel my hubby bagi tahu
"baby awak jangan bedung ya, kecuali hari sejuk... kalau bedung pun kakinya jangan ketat2, sebab pernah ada satu kes, bayi tu sempurna tapi akibat bedung dengan ketat kakinya jadi cacat..."
saya dengar nasihat itu...
saya beli bedung yang dah ready made jenama KIKO...
bedung bahagian tangan aje...
bahagian kakinya free...
tapi Khalis masa baby...
Seingat saya masa dia umur 30 hari...
setiap kali bedung muka dia merah...
panas kot...jadi saya tak bedung lagi dah lepas tu just selimut biasa je...

Jangan Mandikan Bayi Pada Waktu Petang Sebelum Habis Pantang
ada benarnya jika tujuan supaya badan bayi tidak masuk angin...
sebaiknya tubuh si kecil dilap dengan kain lembap untuk menghilangkan peluh dan kuman sekaligus memberikan kesegaran kepada kulitnya...
sebaiknya tidak perlu ditunggu sehingga habis pantang..
bayi boleh dimandikan 2 kali sehari cuma jangan sehingga lewat petang atau pada waktu malam...

Khalis dulu mandi hanya sekali sehari...
waktu petang saya lapkan je badan dia...
lepas pantang pun sama...
sehingga dia berumur 3 bulan barulah saya mandikan 2 kali sehari...

Mandikan Bayi dengan Air Sejuk mempercepatkan Tulang Bayi Keras
Sebenarnya tidak betul sama sekali...
Apabila kita memandikan bayi dengan air sejuk...
tenaga yang berada di dalam badannya akan digunakan untuk mengawal suhu badan...
kerana apabila sejuk... tenaga diperlukan untuk meningkatkan metabolisma bayi...
sepatutnya tenaga tersebut digunakan untuk pembesaran bayi...

Khalis sehingga sekarang pun masih lagi mandi air suam...
semua orang dah bunyi mulut suruh mandikan dengan air sejuk...
tapi my hubby dengan saya iyakan...
tapi tetap juga mandikan dengan air suam...
sedangkan cebok pun masih lagi dengan tisu lembap...

Tidak Boleh Membawa Bayi Keluar Rumah Sebelum 40 hari
mitos ini tiada kaitan dengan pantang,
namun, ia boleh diikuti dengan maksud supaya tidak membawa bayi ketempat yang ramai dan sesak, kerana pelbagai penyakit boleh menjangkiti bayi yang tahap imunisasinya masih lemah...
Saya dalam pantang memang tak keluar rumah...
kalau keluar pun sebab bawa Khalis pergi klinik untuk ambil darah...
kerana masa dalam pantang Khalis kena Jaundis...

Bayi dibawah usia Sebulan Boleh Diberi Makan agar tidak Lapar
mitos ini salah!
pada usia begini, usus bayi masih belum mampu mencerna makanan yang masuk ke dalam tubuhnya selain susu...
ini akan menyebabkan sembelit kerana bayi diberi makan sebelum waktunya...
Biasanya golongan veteren akan cakap susu ibu tidak mencukupi untuk bayi...
mana mungkin...sebab saiz perut bayi yang baru lahir adalah sebesar sebiji telur...
bayi menjadi cepat lapar kerana susu ibu mudah hadam...
bukan disebabkan tidak cukup...
masa saya menyusukan Khalis dulu, ada juga yang mengatakan sebegitu...
jadi untuk mengelakkan Khalis menangis...
Apabila dia dah bangun dan bergerak2 saya cepat2 bagi susu sebab saya tak nak orang kata anak saya tidak cukup susu disebabkan bagi susu ibu..
padahal susu ibu adalah makanan yang paling bagus untuk bayi...

Hidung ditarik agar mancung
Mitos ini salah!
mancung atau tidak hidung bayi tidak berkaitan dengan kaedah menarik hidungnya...
bentuk hidung ditentukan oleh bentuk tulang...
semua ini berkait rapat dengan genetik ibu dan bapa bayi...
haha ...yang ni memang saya tak buat...
sebab hidung Khalis memang mancung sejak keluar daripada rahim saya lagi...
masa saya scan 3D... yang paling menyerlah nampak adalah hidungnya...
doktor pun kata " hidung anak awak mancung''
hehe ..kelakar2...


Whitey Note: bukan saya kata pendapat orang2 tua itu salah tapi...kekadang kalau ianya membabitkan kesihatan dan keselamatan bayi kita...kita sebagai ibu wajib pertahankan...

 
Copyright © Whitey Mommy™