Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Info Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Info Kehamilan. Show all posts

Tips bagi mengelakkan Penyakit Kuning (Jaundice) pada Bayi

 Assalamualaikum W.B.T
lama dah saya tak update blog.
Nak kongsi info yang berguna buat yang merancang kehamilan , yang sedang hamil dan bagi ibu yang mempunyai anak yang sedang mengalami jaundice..:)
Info ini saya baca daripada facebook. Mungkin boleh dijadikan sebagai petua untuk kawan-kawan mengelakkan penyakit kuning pada bayi kalian.
Baca di bawah ya :

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

NEONATAL JAUNDICE 
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka. AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. 

Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH. Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice. Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air. Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning. 

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma. 

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH. 

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru. Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah. Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena. 

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis) 
 
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran) 

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari. 

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan. 

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari. 

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas. 

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin. 

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan) 

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH : 
1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

 2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut. 

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut. 

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah) 

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan) 

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian. Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian. InsyaALLAH . Wassalam.
 __________________________________________________ 

Petua-petua di atas hanyalah sebagai perkongsian untuk kalian. Jika bermanfaat bolehlah menggunakannya.. Sesungguhnya menghindari adalah lebih baik daripada mengubati. Rancang kesihatan bayi kalian dari awal.

Saya juga pernah diberitahu oleh seorang kawan.
bagi mengelakkan jaundice atau penyakit kuning ini. Semasa hamil, ibu harus dan wajib mengelakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi pewarna dan perasa tiruan seperti jajan, asam, ajinomoto, fast food. Makan makanan yang semula jadi sahaja. In shaa allah...:)

Pantang Semasa Hamil

dah lama kan saya tak share info tentang pregnant ni... ini sebab kes malas nak menaip panjang2...
tapi sekarang saya dah mula balik...
ini semua untuk anda semua ya.. ibu2, bapa2, bakal2 ibu bapa dan yang berkaitan dengannya...

Orang kata (orang lagi... bila nak saya kata ni? eceh! popularkan orang ni?) Masa pregnant tu banyak pantang larang... itu tak boleh, ini tak boleh, itu boleh dan ini tak boleh... sesetengahnya memang betul... tapi ada juga yang tak betul... ikut kepercayaan masing2...

Masa saya pregnant dulu pun ada yang saya ikut dan ada juga yang tak ikut...
yang saya strictly follow kalau perkara itu akan menjejaskan bayi...
terutama sekali soal pemakanan...
sebab apa yang kita makan baby juga akan makan...
jadi kena jaga betul2...
Banyak juga yang saya pantang makan masa pregnant...
hehe tapi buah-buahan saya memang tak pantang....
Mister Potato pun tak pantang juga...muahahaha
paling saya berpantang adalah makan asam!
nasib baik masa saya pregnant memang saya tak pernah teringin pun nak makan asam...
Kalau saya makan asam mesti saya loya... Pelik tak???
tapi kalau makan benda manis..ais krim =), Kuih-muih dan sebagainya...
wah2 itu memang wajib!

nak tahu apa yang boleh dan tidak boleh masa pregnant? cepat baca apa yang saya taip ni...
maaf ya sebab entri ni tak bergambar...

1. Kenalpasti setiap gejala kehamilan yang anda hadapi seperti pedih ulu hati, kram, sakit belakang dan sebagainya.
Ingat! jangan ambil mudah, tangani dengan betul agar tidak menganggu bayi anda.

2. Jika memandu atau menumpang kereta. Pastikan anda memakai seat belt untuk keselamatan anda dan juga bayi jika berlaku kemalangan. Elakkan daripada memakai seat belt melintang diatas perut. letakkan satu di bahagian bawah perut dan satu lagi dibahagian atas perut...

3. Jangan pandang remeh jika anda terkena selsema terutama jika usia kandungan kurang dari 14 minggu kerana ia membahayakan kehamilan anda. Pastikan berjumpa dengan doktor

* Alhamdulillah! masa saya pregnant saya tak pernah alami selsema ataupun demam... walaupun saya penat bekerja... Saya pernah terbaca, Kalau ibu demam atau sakit, baby kita akan mendapat kesan 2 kali ganda... jadi kepada bakal2 ibu pastikan anda menjaga diri dengan baik! sebab bila pregnant kita tak boleh nak makan ubat sebarangan...

4. Patuhi jadual pemeriksaan antenatal kerana hanya dengan ini anda akan mengetahui perkembangan kandungan anda dari semasa ke semasa supaya sebarang masalah dapat dikesan dan diatasi dengan lebih awal...

*Ingat! jangan ambil mudah tentang pemeriksaan ini...walaupun prosedur yang sama di ulang2 setiap bulan (memang saya akui, kekadang macam boring je) tapi ia sebenarnya untuk kebaikan kita...

5. Jika anda menghadapi masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi atau kandungan gula dalam darah berada pada paras rendah, sentiasa pantau kesihatan anda dan ikuti nasihat doktor.

6. Tidak salah untuk bergerak aktif selagi tidak membahayakan kesihatan anda dan juga bayi...

*Masa pregnant saya memang aktif, ya la kan kerja dalam bidang Food&Beverages ni mana boleh duk relax2... kekadang manager pun terpaksa turun padang kalau staffs tak cukup atau pun restoran busy giler2...

7. Jika Boleh cuba larikan diri anda daripada keadaan yang boleh menimbulkan stress...

*tapi kalau dah nama pun pregnant... perkara yang tak stress pun boleh jadi stress sebab emosi mengawal perasaan...

8. Pastikan anda tidur secukupnya antara 7 hingga 9 jam setiap hari... jika anda mengalami masalah untuk tidur, cuba cari cara yang boleh membuatkan anda dapat tidur dengan selesa dan nyenyak.

9. Sentiasa pantau kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan. Ibu yang hamil memang mudah untuk mengalami kenaikan berat badan, Pastikan kenaikan itu normal dan tidak terlalu berlebihan demi untuk kesihatan anda juga...

*Serius! masa pregnant saya memang tak jaga langsung berat badan! hasilnya 25kg naik!

10. Amalkan pemakanan yang sihat. Banyakkan pengambilan buah dan sayur-sayuran serta makanan berserat. Dapatkan kalsium yang mencukupi untuk keperluan anda dan bayi. Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak.

11. Asid folik penting untuk ibu hamil. Kekurangannya boleh menjejaskan tumbesaran janin anda.

12. Jangan lupakan pengambilan vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan untuk kehamilan anda. Pastikan tanya doktor vitamin yang sesuai dengan anda!

*jangan ambil vitamin sebarangan sebab, Kebolehupayaan badan setiap manusia adalah berbeza... mungkin sesuatu vitamin baik untuk orang lain tapi tidak untuk anda...

13. Anda boleh mendapatkan bekalan protein daripada ikan. Namun! pastikan anda makan ikan yang bebas merkuri. Sesetengah jenis ikan terutama yang bersaiz besar mempunyai kandungan merkuri yang tinggi dan membahayakan kehamilan anda...

*contohnya ikan tenggiri, ikan paus yu, tuna, salmon dan lain2 (kalau dah nampak ikan besar tu jangan makan la) saya sarankan kalau yang suka breakfast dengan tuna ayam brand tu.. cuba kurangkan sedikit... sebab ikan tuna adalah ikan yang patut dielakkan masa pregnant.

14. Elakkan memegang atau menggunakan bahan2 kimia seperti racun, semburan serangga atau bahan perosak, cat peluntur dan sebagainya. Jika perlu lakukan juga, ambil langkah berjaga2... Pakai sarung tangan beserta dengan penutup hidung dan mulut.

15. Elakkan memegang, memandikan atau menukar pasir najis kucing peliharaan. Ia berisiko mendedahkan anda dan bayi terhadap jangkitan tixoplasmosis yang disebabkan oleh parasit haiwan tersebut.

16. Jangan amalkan bersauna semasa hamil atau berendam dalam air panas. Ia akan menyebabkan bayi anda tidak selesa dan ini akan menganggu kehamilan anda.

17. Jangan guna pencuci vagina yang sebarangan kerana ada diantaranya yang mengandungi bahan yang bahaya untuk wanita hamil. Ia boleh menyebabkan alahan, jangkitan kulat dan jangkitan salur kencing.

18. Jangan merokok, mengambil dadah atau alkohol. Semua bahan ini akan menyebabkan kanser kepada bayi anda selain akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.

*sebut pasal rokok! Jika suami merokok, pastikan tidak merokok dihadapan isteri yang sedang hamil (atau sesiapa sahaja yang sedang hamil) kerana perokok pasif adalah lebih menanggung risiko... masa saya pregnant! memang saya cukup pantang bau asap rokok! kalau bau je mesti rasa macam nak mengamuk! siap bergaduh lagi dengan pak guard yang jaga kompleks selayang mall tu... sebab dia merokok kat tempat tertutup! dalam air-cond pulak tu (memang salah pun merokok ditempat macam ni) huh! tapi memang saya menang... lepas tu bila nampak saya mesti dia dah tak merokok... hehe macam garang juga saya ni kan?

Whitey note: panjang tak? terima kasih kerana sudi membaca... wah! ambik masa sejam nak taip ni tau...=)

.::Minuman Yang Bagus untuk Ibu Hamil::.

Mungkin minuman ini adalah satu perkara remeh bagi anda...tetapi sebenarnya ia boleh menimbulkan masalah kepada ibu hamil jika anda minum sebarangan. Pengambilan minuman yang tidak mengandungi fungsi positif boleh mengganggu kehamilan. Terdapat 4 jenis minuman yang bagus untuk golongan ibu hamil.


1. Air Masak
berapa gelen sehari pun air masak yang anda minum tidak akan mendatangkan kesan buruk untuk kesihatan dan bayi anda. Malah ia baik untuk membantu pengaliran darah. Sebaiknya minum 2 Liter air masak sehari. Air masak adalah bersih dan bebas kuman.


2. Susu
Ini merupakan minuman terbaik untuk membekalkan sumber kalsium dan vitamin D terutama untuk keperluan janin anda bagi pembentukan dan pertumbuhan tulangnya. Minumlah dua gelas susu sehari dan pilih susu yang sesuai untuk ibu hamil.

3. Jus Buah-Buahan
Segelas jus buah-buahan sehari amat baik untuk ibu hamil kerana ia membekalkan vitamin.

4. Minuman Tenaga
*saya tak dapat nak sertakan gamar kerana terlalu banyak minuman penambah tenaga dipasaran. contohnya minuman sari kurma, vita d. mengikut kesesuaian pilihan anda.
minuman seperti ini berfungsi menggantikan zat elektrolit yang hilang sewaktu tubuh berpeluh terutamanya jika anda seorang yang aktif walaupun hamil. Tetapi jika anda bukan jenis yang banyak gerak, tidak perlulah mengambil minuman ini kerana ia turut mengandungi zat pengawet yang tidak baik untuk kesihatan.

*Semasa saya pregnant saya memang berpantang dalam minuman. saya tidak mengambil kopi, teh dan minuman berkarbonat. hanya minum susu, jus buah dan air masak sahaja. tapi milo saya tak boleh tinggal walaupun sesetengah orang kata milo tak boleh minum. tetapi saya kurangkan pengambilannya... kalau rasa teringin sangat baru minum... mimuman yang saya paling suka... minuman yogurt. mesti hari2 beli... hehe ada kawan saya kata kalau minum yogurt masa peegnant... anak nanti akan berkulit putih... betul ke?

air masak memang saya banyak minum... siap bawa satu jug lagi pergi tempat kerja.jelir..tapi kekadang tak cukup sebab saya memang selalu rasa dahaga ...mungkin sebab bekerja dalam air-cond
susu pulak... saya ni malas sikit nak bancuh susu (saya minum Enfa mama) jadi jalan yang terbaik untuk cepat dan mudah, masa tempat kerja saya minum susu Dutch Lady Fresh milk (yang warna hijau) balik rumah baru saya bancuh susu...


.::Cara Mengatasi Morning Sickness::.


Memang perkara biasa kalau ibu yang hamil mengalami morning sickness...rasa mual,loya, muntah, dan pening memang sinonim dengan mereka yang mengalami morning sickness... Ada yang mengalami sekejap saja tempohnya... ada yang mengalaminya sampai bersalin... lama kan? ni saya pernah dengar cerita daripada kawan saya... masa pregnant, morning sickness saya tak lama... 2 bulan je... lepas masuk bulan ke-4... saya dah ok... cuma memang tak boleh nak masuk bilik air je la... asal masuk je muntah... kalau muntah pulak... rasa macam nak keluar semua isi2 perut... sakit sangat! saya tak suka muntah... walaupun saya tak pregnant... terseksa sangat kalau muntah...

banyak yang saya baca tentang cara2 untuk mengatasi morning sickness ni dan tak kurang juga nurse bagi advice untuk saya... bila tiap kali pergi klinik mesti mengadu kata loya... tak tahan dengan loya... misi pun biasanya cakap..."biasala tu ibu mengandung, kena sabar...lama2 hilang tu" hehe... mengada2 la pulak saya ni kan?
ni la caranya untuk mengatasi morning sickness...

1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap... elakkan daripada makan dengan banyak kerana akan menyebabkan anda berasa mual...

2. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membantu hilangkan rasa mual...antaranya roti dan kentang...

*masa saya pregnant. nurse cakap makan biskut yang oatmeal (Jacob's) sebelum masuk bilik air... tapi saya stop makan lepas saya terbaca... makanan yang mengandungi wheat ( seperti oat, roti berserat) akan menyerap nutrisi daripada makanan lain.. jadi di bimbangi bayi akan kekurangan nutrien...

3. Sewaktu bangun daripada tidur terutamanya pada waktu pagi...jangan terus bangun secara tiba2.. haruslah duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum bangun secara perlahan2.

4. Hindari makan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia akan menburukkan lagi gejala morning sickness.

5. Pastikan anda minum air yang banyak walaupun sering muntah. minum air masak atau pun jus buah-buahan. ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air secukupnya... hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein...(kopi, teh, nescafe,indo cafe dan semua yang ada cafe2 kat belakangnya...)

6. Jika anda merasa mual yang teruk sehinggakan tak boleh langsung nak makan...berjumpalah dengan doktor. ubat tahan muntah pasti akan membantu anda...

*Semasa saya mengalami morning sickness mula2 memang asyik rasa loya... tapi tak de la sampai tak boleh nak makan...makin banyak makan adalah..hehe tapi nak hilangkan rasa loya tu saya minta dengan doktor ubat tahan muntah... sebab macam mengganggu je rasa loya tu... nak buat kerja pun tak boleh... mesti kena ada makanan kat sebelah... kalau tak makan akan rasa loya... camner tu? mana berat badan tak terus naik mendadak ... hehe semua salah morning sickness!!!...

7.Anda boleh cuba amalkan minuman halia... ini kerana halia diakui secara tradisi boleh mengatasi rasa mual.

8. Kurangkan berada dihadapan komputer kerana papan monitor boleh menyebabkan morning sickness anda makin menjadi2...

*hehe ada juga info macam ni kan? ni untuk ibu2 yang suka main blog eh?

9. Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. anda juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu...

*memang ini adalah salah satu cara saya nak hilangkan rasa mual... saya minum jus epal (feel fresh) dan juga makan epal... epal mesti saya atau my hubby beli setiap hari...

10. Pakai baju longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual... kerana baju yang ketat ni akan menekan bahagian perut...


Whitey Note: macam mana best tak? hehe info ni saya rasa menarik untuk di kongsi bersama2...


Elakkan Semasa Hamil!

semalam cakap pasal baby...
hari ni pun baby juga...
kepada sahabat saya yang belum berkahwin tu jangan la bosan pula ya...
ini boleh dijadikan sebagai pengetahuan untuk anda...
bagi yang lelaki pula, ha...nak kahwin nantikan?
boleh dijadikan pengetahuan untuk menjaga isteri nanti.

Proses pembentukan seseorang manusia berlaku semasa proses kehamilan...
jadi ianya penting untuk dijaga dengan rapi...
saya tidak menjaga rapi dalam pemakanan saya...
( sebab tu la berat badan saya naik mendadak sehingga 20kg... haish...sampai sekarang pun masih tak kembali ke bentuk badan yang dulu...hehe)
tapi daripada segi persekitaran memang saya sangat2 cerewet...
sebab itu la Khalis cerewet... (hehehe)

semasa pregnant banyak perkara yang perlu diambil berat dan tidak boleh menganggap ianya sambil lewa...Awas ! ya... walaupun perkara itu sangat remeh...
ok! kita pergi pada pointnya...

anda pernah melakukan manicure@pedicure (ehem2! mesti tertanya2kan? hehe ala...rawatan kuku kat saloon tu...)
ini perlu dielakkan terutama sewaktu hamil 3 bulan pertama kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia yang menjejaskan kandungan...

ok! next...
Facial...
siapa suka buat facial (sila angkat tangan...)
jika sekadar menggunakan produk yang bebas daripada kimia tidak mengapa
(tetapi pastikah anda produk2 yang digunakan bebas daripada bahan kimia)
kalau tidak pasti sila jangan lakukan facial ya...

Mewarnakan rambut
ini untuk hot mama(s) yang berada diluar sana...sila ambil perhatian...
sebolehnya anda elakkan terutama pada pada peringkat 3 bulan yang pertama...
kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna akan meresap masuk kedalam kulit kepala
(kulit kepala kita ni ibarat seperti span tau...ia mudah menyerap...)
dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan anda...

Kasut bertumit tinggi...
(ha...siapa yang suka pakai tu? hns...hns...?)
tidak perlu bergaya dengan kasut tumit tinggi semasa hamil...
(sebab dah nampak perut boyot...tak de siapa nak layan...=P)
semakin bertambah usia kehamilan semakin bertambah berat badan...
badan mudah hilang keseimbangan dan mungkin menyebabkan anda terjatuh...

ubat nyamuk!
elakkan daripada semua jenis ubat nyamuk...
tidak kira samada jenis yang bakar, sembur ataupun sapu...
kerana ianya mengandungi bahan kimia yang sangat merbahaya untuk kandungan...
(dulu saya menggunakan serai wangi yang saya beli di giant dan satu lagi, ada sejenis ubat nyamuk yang berbentuk pelekat tapi pilih yang serai wangi - ini organik bukan bahan kimia... ada di jual di guardian ...hehe lepas ni ramai la orang pergi serbu store2 ni...)

Derma darah
kalau dah ibu mengandung tu...tak da siapa yang benarkan anda derma darah...
kerana jika kekurangan darah boleh menyebabkan ibu mengalami anemia...
(saya dulu pernah mengalami anemia tetapi selama sebulan je... sebab lepas tu terus makan bayam, kerang - erk! walaupun tak suka, dan hati lembu -sedap! masak goreng...)

Membawa Barang
elakkan membawa barang berat terutama setelah kehamilan memasuki 7 bulan...
boleh menyebabkan keguguran...

Durian!
(ini saya sangat2 suka...)
Elakkan daripada makan durian terutama pada trimester pertama kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akan menyebabkan keguguran...
(nak cerita ni... selit sikit! saya masa 5bulan kandungkan khalis memang hantu durian...hari2 habiskan 3 biji durian...my hubby memang ikut je...balik kerja mesti ada durian kat tangan...tapi saya akui lepas makan durian memang perut akan jadi sakit...
suatu hari kami pergi bertandang rumah sepupu my hubby, saya minta durian masa nampak durian... isteri sepupu my hubby- kak as : "sha, u makan durian ke?" saya iyakan aje...apa lagi menjerit la dia... dia cakap : "mana boleh makan durian! nanti boleh sebabkan keguguran..."
my hubby pun menyampuk : "diakan kak as...hari2 pun nak makan durian... tak dapat muka masam macam apa ntah!" ...apa lagi...dengan my hubby sekali la kena leter... hehe lepas pada tu my hubby kata :" lepas ni jangan harap abang nak belikan durian lagi" ...sedih! tapi...saya masih juga makan...orang tak nak beli kita pergi bila sendiri...hehe...tapi saya makan sikit je... setakat 2,3 ulas.. sebab kekadang rasa macam teringin sangat...takut nanti kempunan...
makan sikit tak pe...jangan makan banyak...hehe)
tapi anda semua jangan ikut ya... kalau dah tak boleh memang tak boleh...
kekadang sesetengah orang tahan...
tapi ada yang tak tahan...
jadi jangan ambil risiko untuk cuba2...
tapi kalau mengidam tu makan la sikit... orang kata buat rasa...
orang kata,kalau nak - makan masa umur kandungan 4-7 bulan sebab masa ni baby kuat sikit ...(tapi jangan dengar orang kata!)
panjangnya pasal durian...
ok! next...

Kapal Terbang
elakkan menaiki kapal terbang terutama ketika umur kandungan 7 bulan keatas kerana tekanan di udara menambahkan risiko terhadap kandungan anda...

Gincu Bibir(lipstick)
(ini memang sinonim dengan wanita...tapi saya memang tak suka pakai...beli satu 3,4 tahun pun tak abis2...)
jika anda suka memakai lipstick semasa hamil elakkan daripada menjilat bibir...
kerana bahan pewarna dan pengawet yang terdapat didalam lipstick jika tertelan boleh merbahayakan baby...
jadi pada saya, lebih senang jangan pakai lipstick
(dulu masa belajar, lecturer saya pernah bagi tahu yang lipstick mengandungi bahan kimia (kalau tak silap saya nama bahan kimia tu arsenik) yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius!)

Krim pemutih
(sebab semasa hamil kulit kita akan cenderung untuk menjadi lebih gelap kerana sel2 kulit aktif bekerja)
ini boleh menjejaskan kandungan terutama krim pemutih @ pencuci muka yang mengandungi vitamin E..
kena elakkan kerana ianya boleh menyebabkan ketoksikan pada bayi...
(memang tinggi risikonya ya... masa pregnant saya juga mengalami masalah yang sama...tapi lepas bersalin...alhamdulillah cerah berseri...hehe wah! gitu)

Ubat Jerawat
perkara kalau wajah dipenuhi jerawat semasa peringkat awal kehamilan adalah normal...
ini disebabkan oleh perubahan hormon semasa proses kehamilan...
lupakan seketika ubat jerawat kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan janin anda...
cara yang lebih selamat kerap mencuci muka
(atau pun pakai tisu yang menyerap minyak tu...belikan guardian hm...lagi sekali promote...hehe)
boleh mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat...
jerawat boleh diatasi selepas anda bersalin...



whitey note: info ni memang menarik untuk dikongsi...sebab kita memang seringkali terlepas pandang perkara yang remeh seperti ini...
 
Copyright © Whitey Mommy™