Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label My Favourite. Show all posts
Showing posts with label My Favourite. Show all posts

Seindah Sakura

Sudah lama saya tak mengupdate blog ni kan?
Berehat daripada menaip dan generate idea untuk mengarang.


Tetiba hari ni tergerak hati nak kongsi tentang Drama Seindah Sakura yang tengah tayang kat TV3 sekarang ini. Serius! Cerita ini best dan mendapat tempat dihati saya. Jalan cerita dia sangat menyentuh hati. Lagi-lagi pelakonnya Fasha Sandha. Saya tidak lah peminat "Kipas Susah Mati" Tapi setiap Drama atau Filem dia memang menarik minat saya untuk menontonnya. Suka tengok dia berlakon

Ost dia pun Best!!!!... Kena kat hati ini. Layan...



Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

[Personal] : Kali Kedua

Assalamualaikum W.B.T

Lama sudah saya tidak bercerita tentang perihal peribadikan?
Tentang Khalis dan juga tentang kegiatan harian. Tentang Khalis banyak peristiwa menarik yang berlaku terutama melihat gelagat kanak-kanak yang sedang membesar amat mencuit dan melucukan hati, tetapi nak publish entry tentang dia terasa tidak menarik jika tidak disertakan dengan gambarkan? Jadi saya diamkan sahaja. Kebahagian menjadi seorang ibu terselit disitu. Terakam di minda dan tersemat di hati. Semoga saya akan mengingatinya hingga ke akhir hayat.

Tentang diri sendiri pula, tiada apa yang menarik pun. Rutin harian seperti biasa sebagai seorang suri rumah dan sudah tentunya. Design, design dan design :)
__________________________________________________

Kegemaran baru saya adalah Red Velvet. Tempah buat kali pertama tempoh hari, membuatkan saya mahu tempah buat kali kedua. Sudah jatuh hati dengan Red Velvet buatan Kak Mimie @ Delicious Cuppies. Nama kedai beliau Delicious Cuppies memang sesuai dengan produk buatan beliau yang sememangnya sedap-sedap belaka.

Kali pertama saya tempah kek, tapi untuk kali kedua pula saya tempah cupcake. Dua-dua jenisnya sedap (sudah tentulah, jenis kek yang sama kan :) Cuma cupcake kali ini saya tak puas makan. Jadi saya tempah buat kali ketiga, dan bakal menyusul ke rumah saya pada 8 December 2011. Wah! Tak sabar mahu tunggu tarikh itu, menghitung hari :)

Haruslah saya tempah secara berturut-turut, sebab Kak Mimie akan berpindah dan menetap di Melaka. Jadi lepas ini agak sukar lah nak tempah lagi kan, tapi saya boleh tempah masa Kak Mimie datang ke KL sekali sekala.

Orang Melaka, boleh lah mula roger-roger Kak Mimie kalau nak cuba kek buatan beliau. Gerenti puas hati.


Red Velvet Cupcake yang telah selamat di makan pada 28 November 2011, Birthday En. Suami yang ke 28. :)






Sesiapa yang berminat mahu tempah atau bertanya lebih lanjut tentang kek atau cupcake. Boleh rujuk maklumat di bawah :

Jemput ke Blog Delicious Cuppies
Boleh "Like"  Delicious Cuppies Page di Facebook.

Novel Ma Lee Chuswan

Assalamualaikum W.B.T

:)
tak tahu la patut post ke tak entry ni...
hehehe
nanti orang kata dah tak de cerita ke?
tak kisah la bukannya blog ni ramai reader pun...
saje suka2 nak menunjukkan perangai kanak2 ribena saya ni...

Saya minat novel.
ok!
ada yang tahu tahu la... yang tak tahu tu ...nak bagi tahu la ni.:P
Satu tabiat saya yang lain
kalau saya suka sesuatu saya sukakan keseragaman...
macam kalau saya suka warna pink...
semua benda saya nak warna pink..
kalau boleh dapat...
kalau tak boleh dapat...
saya akan pergi kepada pilihan kedua...
warna putih...
apa2 yang saya nak beli...
saya akan tengok warna dulu...
kalau ada pink...then baru saya akan pilih design yang saya suka...:)

tak tahu la apa penyakit dan perangai macam ni..
dan tabiat ini pun menular kepada benda2 yang lain...
salah satu contoh adalah NOVEL.
Kalau saya suka satu2 novel dan pengarangnya...
saya nak juga lengkapkan semua koleksi hasil daripada penulisan novelis itu...
salah satu novelis yang saya minat adalah
Ma Lee Chuswan

novel pertama beliau yang saya baca adalah
Selamat Tinggal Sayang.
masa tu saya pinjam dengan kawan masa kat Matrikulasi
best...:)
tapi make sure kena cukup umur dulu la baru boleh baca...
hehehe...

lepas tu saya beli Novel Selamat Tinggal Sayang...
kemudian mula mencari novel2 yang ditulis oleh beliau...
saya jumpa novel Permata Hati disebuah kedai buku lama...

Dua ini sahaja yang berjaya menjadi milik saya...:)
yang lain masih mencari... hehehe

Novel yang ditulis oleh Ma Lee Chuswan

Novel Lamaran Kedua saya dah baca, masa tu pinjam daripada Library Matrikulasi...
tapi yang lain tak pernah lagi baca...
Saya cari Novel2 ini yang 2nd Hand di online...
tapi kebanyakkan semuanya dah menjadi milik orang...

Tapi Novel Gelora, diulang cetak semula oleh Kaki Novel...
jadi ada peluanglah saya nak beli Novel ini...
tapi untuk
Novel Lamaran Kedua dan Tirai Impian...
ada sesiapa yang tahu tak siapa yang ada jual novel ini?

Saya dalam proses untuk mencari Novel2 2nd hand secara online untuk menggantikan novel2 saya yang telah musnah ...
walaupun tak dapat semua...
tapi cukuplah mendapat semua koleksi novel2 yang ditulis oleh novelis kegemaran saya...:)
Kalau nak beli baru...
hehehe banyak juga tu nak kena peruntukkan kan...
jadi kalau nak juga...tapi nak jimat...
beli yang 2nd hand pun jadilah...
asalkan ada..:)

untuk kepuasan hati sendiri kan...:)
Novelis lain yang saya minat semua novel2 mereka ada lagi diulang cetak...
tapi Ma Lee Chuswan ini mungkin dikategorikan sebagai Novelis lama kot...:D
sebab ada diantara novel beliau...
sudah dihentikan ulang cetaknya...
kecuali jika permintaan permintaan terhadap satu2 novel itu banyak...

yang masih diulang cetak adalah..
Selamat Tinggal Sayang dan Gelora...:)

Impian saya  nak memiliki sebuah sudut bacaan peribadi...hehehe rasa macam best je tengok buku-buku tersusun...:)

hehehe sekarang semua saya susun dalam kotak...
kalau duk ampai2 kat luar...
alamatnya habislah kena kerjakan dek Khalis...
huhu...:p

Dewa Cintaku

Assalamualaikum W.B.T
:)

Sekarang ni dah makin banyak drama yang diadaptasikan daripada novelkan...
memang meletop2 la jawabnya kalau drama atau filem yang diadaptasikan daripada novel...
lagi2 kalau memang daripada novelis terkenal dan juga novel yang best seller...

Seperti Drama Nora Elena dan Novel Kasih Yang Suci...
hehehe meletop2 tu...
sampai demam2 cerita tu...
rasanya semua peringkat umur kot...
kalau yang dewasa dan remaja tu logik kan...
tapi kalau nenek, atuk...kanak2 pun suka...
hehehe memang luar biasakan...

lain kali la saya huraikan pasal novel Nora Elena ni..
sebab hampir semua blogger pun dah blog pasal drama dan novel ini...
hehehe...
biarlah surut2 dulu baru saya bagi cerita versi saya pulak. :D

Ok.
Walaupun Drama Dewa Cinta ini tak sepanas drama Nora Elena...
tapi saya suka sangat2...:)
tak pelah orang lain tak suka pun...
kalau dulu masa Nora Elena ditayangkan...
status FB pasal Nora Elena merata2 ...

Drama Dewa Cinta

Secara terus terang ya saya bagi tahu...
memang saya suka dan minat dengan lakonan pelakon utama
Iqram Dinzly dan Fasha Sandha
[nota kaki: kak fasha dan abg iq ni... berbaik2la ya... daripada salah faham tu...sebab suka tengok gandingan you all berlakon... kalau next time digandingkan pun still ok...kalau tak drama pun filem pun ok...:D]
Iqram memang handsome kot bagi saya... sebab dikategorikan sebagai lelaki yang menjaga penampilan kan... hikhik.. artis mesti lah jaga penampilan takkan nak serabai2 kan...

Fasha sandha...
lakonan dia memang menjadi... sebab dia macam tiada border dalam lakonan... even orang lain tak suka...tapi saya suka...soal hal peribadi dia...apa yang dia buat... itu hak dia...dosa pahala yang dia buat, dia dapat dan dia tanggung...
tapi dalam hiburan saya suka...bagi saya orangnya pun cantik...
hikhik
jangan marah ya...

Disebabkan penangan Drama Dewa Cinta ini.
saya pun mencari la secara online novel ini...
lepas dapat tahu daripada blog Lya
tentang drama yang bakal menggantikan Nora Elena juga diadaptasikan daripada novel...
uwaa....teruja sangat2 nak beli novel tu...

saya search kat internet...
2 buah kedai buku online dah sold out...
last sekali saya cari kat MPH clicks...
Alhamdulillah...
ada... terus order...:D
beli terus novel Stanza Cinta juga masa tu...
[tak baca pun lagi...tapi saya tahu la kesudahan dia macam mana...:P terus baca babak yang last...kwang2.]
Tapi lepas 2 hari,
admin MPH call...
yang buku tu dah sold out. dan memang tak akan direprint lagi dah...
sedih dan kecewa ...
kehkeh...

Sebelum tu saya dah pernah google [selepas order dengan MPH clicks]
terjumpa satu blog yang menjual buku second hand

Blog Isachap

Novel Dewa Cintaku

Dah gagal membeli dengan MPH clicks...saya contact adik ni...:)
lepas 3 hari barulah beliau balas...
hehehe agaknya rezeki saya untuk dapat novel ni...:)

Hari ni...
saya dah dapat novelnya...
dapat terus saya balut...:) dan bukunya pun masih baru lagi... tersangat2 berbaloi dengan harga yang saya bayar...:)

Untuk Asyraf : terima kasih ya dik...sudi jual buku ni kat akk...dan dapat experience pertama kali menjual buku terpakai...:D [saya customer pertama hehehe]

Hehehe tak de masa lagi saya nak baca novel ini...
masa yang ada nak fokus dulu untuk design blog yang dalam waiting list...
walaupun tak banyak ordernya...
tapi...
lately saya buat kerja sangat2 la lambat...
mungkin sebab Khalis dah makin besar...perhatian untuk dia harus la banyakkan...
bila dia melelapkan mata...
barulah saya boleh fokuskan untuk design...
kekadang saya tengah design...
dia pulak masa tu la sibuk nak tengok Nora Elena la...ABC la... Pororonya la...
adeh...
tapi kerana kasih hamba turutkan. :)
 
Copyright © Whitey Mommy™