Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Pengetahuanku. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuanku. Show all posts

Siapakah Namimah?

"Namimah adalah menaqalkan kata-kata manusia sesama mereka dengan tujuan melaga-lagakan dan permusuhan. Ini merupakan di antara dosa-dosa besar. Sedangkan Allah mahukan agar setiap muslim itu bersaudara dan bersatu. Tetapi dengan sebab pengadu domba ini maka berlakulah permusuhan. Allah telah memberi amaran dalam surah al-Qalam ayat 10-12 bermaksud; "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, Yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa".

Dalam hadis Nabi Muhammad berkata : “ Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba (melaga-laga)". Sebahagian ulama berkata : “ Sesungguhnya dia tidak diberi taufik dengan husnul khatimah “. Telah datang seorang lelaki kepada Hassan al-Basri lalu berkata: “ Sesungguhnya si fulan bercakap sesuatu tentang kamu “. Lalu beliau menjawab : “ Tiadakah utusan syaitan selain engkau ?”

Adu domba yang paling dahsyat ialah di antara keluarga dan kaum kerabat. Seperti yang kadang-kadang berlaku, si ibu melaga-lagakan anak perempuannya dengan suami yang juga menantunya. Lalu bercerailah akhirnya."

Entry ini saya petik daripada blog ibu Aqil...  tertarik nak letak kat blog ni... manusia dan kegelinciran lidah... lidah mudah tergelincir... siapa tak pernah... saya pun pernah... mungkin selalu... tetapi... kalau pendengar melaga2kan lagi la sedih... kerana cara bercakapnya seakan ingin membantu meringankan beban. seakan-akan memberi penenang... saya tak kata saya tak silap... saya ada silap yang amat besar...bertanya itu bertanya ini seakan2 ingin memberitahu... sedangkan... entahla...

Kerana tersalah menilai orang yang menganggap saya sebagai teman blogger yang paling rapat... Ya Allah... air mata panas mengalir mendengar ucapan itu dari mulut beliau sendiri...

Saya rasa kena full stop kat sini. Semua perkara harap tamat disini... jangan la diprovokasi apa2 lagi... kasihanilah saya... minta maaf di atas segala kegelinciran lidah... apa2 yang saya taip daripada blog ini tidak berniat untuk memberi sinis kepada sesiapa... melainkan saya menerangkan situasi itu...

Terima kasih kepada anda semua kerana memberi banyak pengajaran kepada saya... Silent is better than talk...

Ini entry sedih okay...

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam

Sejak saya belajar untuk melukis dolly ni... kekadang ada rasa bersalah dan was2...terutama saya pernah terbaca bahawa... antara dosa-dosa besar adalah dosa seorang pelukis... tapi minat untuk melukis tu tetap ada... Dalam kebuntuan tu... saya bertanya pendapat kawan2 saya... terutamanya Kak jaja dan Kak lelord . Kedua2 sahabat saya ini memberi jawapan yang sangat postitif dan memberi semangat kepada saya... Terima kasih ya untuk akak berdua... Alhamdulillah... sekarang saya dah faham... semuanya bergantung kepada niat dan arah tujuan kita...

Tengah hari ini saya sempat chatting dengan Kak Jaja dan suaminya di Facebook... Syukur... saya dah tahu apa hukumnya... setiap perkara perlu ada rujukan daripada hadis2 sahih dan juga setiap perkara mesti ada huraian daripada para ulama... sekarang saya dah faham dan tiada ragu2 lagi... terima kasih untuk kak jaja dan suami dan juga kak lelord... Inilah kelebihan berkawan dengan ramai orang... bak kata ibu Aqil " walaupun kenal secara alam maya...tapi masih lagi boleh berkawan baik... Insyaallah...

Disini saya nak sharekan huraian tentang hukum melukis gambar... diharap dapat memberi penerangan yang jelas... sila baca betul2 untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam... Isyaallah...
Soalan:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa & ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali

Saya meminati seni dan lukisan. Namun, daripada pembacaan, saya dapati terdapat larangan dalam menghasilkan potret atau mana-mana lukisan yang menyerupai objek hidup. Daripada pemahaman saya, penghasilan lukisan seperti itu seolah-olah mencabar ciptaan Yang Maha Pencipta. Bagaimanakah kedudukan sebenarnya? atau saya tersilap dalam memahami maksud sebenar larangan tersebut.

Keduanya, mengenai kedudukan gambar fotografi yang dirakamkan. Saya amat mengharapkan penjelasan kepada soalan-soalan berikut:

1. Bagaimanakah kedudukan melukis potret dan objek bernyawa dalam hukum Islam.
2. Adakah ciri sesuatu potret yang dihasilkan, iaitu 'berwarna' (menyerupai wajah sebenar yang dilukis), atau 'hitam putih' (menyerupai wajah sebenar tetapi tidak berwarna) menjadi penentu dalam mengharuskan penghasilan potret tersebut?
3. Apakah kedudukan membingkaikan gambar fotografi objek hidup (manusia dan haiwan contohnya), lalu digantung di dinding rumah mahupun pejabat?

Sekian.
Ratapan keampunan kepadaNYA Yang Maha Pengampun atas segala kejahilan.
Daripada: NUR HIDAYAH HAJI DAUD (Malaysia)


JAWAPAN
Muqaddimah
Islam adalah agama yang mencintai keindahan sehingga di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:

إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada keindahanَ

Antara perkara yang dianggap sebagai satu keindahan yang mempunyai nilai kesenian adalah gambar yang dilukis di papan-papan kanvas dan ukiran-ukiran yang dipahat di atas batu atau kayu.
Persoalannya, adakah Islam berdasarkan ijtihad para fuqaha membenarkan kesemua lukisan dan ukiran atau sebaliknya?

Beberapa perbahasan yang disepakati dari segi hukumnya oleh seluruh para fuqaha Islam

1. Seluruh para ulama Islam bersepakat bahawa seseorang individu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar benda yang merupakan hasil ciptaan manusia itu sendiri seperti melukis gambar rumah, kereta, masjid, komputer dan sebagainya.
Ini kerana manusia telah dibenarkan untuk mencipta benda-benda tersebut. Apabila seseorang individu itu telah dibenarkan oleh Islam untuk mencipta kereta, dia juga boleh melukis gambar kereta. Ini kerana gambar kereta lebih mudah untuk dihasilkan berbanding dengan mencipta kereta. Kalaulah mencipta kereta yang lebih sukar telahpun dibenarkan oleh Islam, maka menghasilkan gambar kereta lebih-lebih lagi dibenarkan.

2. Para fuqaha Islam juga telah bersependapat mengatakan bahawa seseorang itu boleh untuk melukis gambar-gambar alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah Taala seperti gambar tasik, sungai, laut, bulan, bintang, matahari dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sekiranya gambar alam semulajadi itu dijadikan sebagai bahan sembahan orang yang bukan beragama Islam seperti golongan penyembah matahari, maka sekiranya penyembah matahari meminta sang pelukis untuk melukis gambar matahari untuk disembah selepas itu, pastinya hukum melukis gambar matahari ketika situasi ini adalah haram. Ini kerana gambar yang bakal dilukis akan digunakan untuk tujuan maksiat iaitu menyembah selain daripada Allah Taala.

Beberapa perbahasan yang tidak disepakati dari segi hukumnya oleh para fuqaha Islam
Kebanyakan para fuqaha berpandangan bahawa seseorang pelukis dibenarkan untuk melukis gambar tumbuh-tumbuhan, rumput, buah-buahan dan pokok-pokok. Mereka tidak membezakan antara pokok yang berbuah ataupun pokok yang tidak mengeluarkan buah. Bagi kebanyakan para ulama, hukum melukis tumbuh-tumbuhan dan pokok adalah seperti hukum melukis alam semulajadi seperti sungai, laut, gunung-ganang dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, hanya seorang ulama sahaja yang tidak membenarkan melukis gambar pohon-pohon yang mengeluarkan buah. Ulama tersebut adalah Al-Imam Al-Mujahid.
Oleh itu, sekiranya seseorang pelukis ingin melukis gambar pokok yang berbuah, maka berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, hukumnya adalah dibolehkan.

Jawapan Kepada Soalan Yang Ditujukan
Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang
Berbalik kepada soalan yang ditanya, ia berkisar berkenaan hukum melukis gambar objek yang hidup yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Sememangnya para ulama berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith Rasulullah yang zahirnya melarang lukisan.

Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.

Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna[ii] bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.

Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.

Berdasarkan jawapan di atas jelaslah kepada kita bahawa:
Melukis gambar objek yang hidup sama ada gambar manusia atau binatang adalah dibenarkan oleh para fuqaha dalam Mazhab Al-Imam Malik selagi mana gambar tersebut dalam bentuk lukisan atau ukiran. Walaubagaimanapun Al-Malikiyyah (ulama di dalam mazhab Al-Imam Malik) tetap menganggap melukis gambar manusia atau binatang adalah makruh sekiranya gambar objek bernyawa tersebut adalah sempurna.

Namun sekiranya anda ingin memegang pandangan yang mengharamkan sebarang lukisan yang menggambarkan objek manusia atau binatang, maka berdasarkan kaedah:

الْخُرُوْجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ

yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan", maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila anda tidak melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar manusia atau binatang.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang berpegang dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib diperbetulkan. Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka seseorang muqallid (individu yang tidak sampai ke tahap mujtahid) berhak untuk meilih mana-mana pandangan tanpa menerima sebarang dosa.

Hukum Gambar Fotografi

Gambar fotografi adalah dibenarkan selagi mana gambar yang diambil tidak diharamkan untuk dilihat. Oleh itu, apabila seseorang mengambil gambar temannya dalam keadaan si teman menutup aurat, hukum mengambil gambar tersebut adalah dibenarkan. Jelasnya mengambil gambar manusia yang yang tidak menutup aurat adalah diharamkan.
Gambar yang berwarna ataupun hitam putih adalah sama dari sudut hukum. Keadaan gambar tersebut adalah hitam putih atau berwarna bukanlah penentu kepada sesuatu hukum.

Hukum Menggantungkan Gambar Di Dinding

* Hukum menggantungkan gambar selain dari gambar manusia dan haiwan adalah dibenarkan. Contohnya gambar tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.
* Namun sekiranya gambar yang digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang sempurna, maka berdasarkan pandangan Al-Malikiyyah, hukumnya adalah makruh sekiranya gambar tersebut digantung atau dimuliakan.
* Sekiranya gambar tersebut tidak dimuliakan, contohnya gambar yang ada pada hamparan, bantal, selipar, kasut dan sebagainya, maka tindakan menggunakan dan menyimpan barang-barang tersebut adalah tidak digalakkan. Ini kerana yang sebaiknya adalah tidak menggunakan langsung sebarang gambar kepada objek hidup.
* Walaubagaimanapun, berdasarkan pandangan para ulama selain daripada Al-Malikyyah, mereka mengharamkan seseorang individu untuk menggantungkan sebarang gambar manusia atau binatang yang sempurna.
* Sekiranya gambar yang ingin digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang tidak sempurna seperti gambar kepala manusia sahaja, gambar kepala seekor singa, gambar seekor lembu tanpa kepala dan gambar manusia yang dadanya berlubang, maka kebanyakan para ulama membenarkannya tanpa ada sebarang hukum makruh.

Hadith Yang Menunjukkan Seolah-Olah Pelukis Mencabar Allah

* Berkenaan dengan hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa lukisan benda yang bernyawa adalah seakan-akan mencabar ciptaan Allah, bagi para ulama yang berpandangan bahawa lukisan objek manusia dan binatang yang sempurna adalah haram, mereka menjadikan pengharaman tersebut kerana hadith Rasulullah menunjukkan bahawa orang yang melukis objek benda yang bernyawa telah mencabar Allah Taala.
* Namun bagi para ulama yang tidak berpandangan bahawa lukisan gambar manusia dan haiwan adalah haram, mereka berpandangan bahawa maksud lukisan gambar yang membawa kepada mencabar Allah Taala adalah hanya apabila gambar yang dilukis bertujuan untuk disembah
ataupun
* orang yang melukis tersebut sendiri ingin menjadikan lukisannya sebagai satu cara untuk menyatakan kepada orang lain bahawa dia mampu melakukan sebagaimana Allah menciptakan sesuatu objek. Ini bermakna si pelukis sendiri yang berniat untuk mencabar kehebatan Allah dalam mencipta alam.
* Sekiranya si pelukis tidak berniat untuk mencabar atau menandingi Allah Taala dan lukisan yang dibuat bukanlah untuk disembah, maka para ulama yang tidak mengharamkan lukisan akan menyatakan bahawa tiada sebarang sebab yang boleh mengharamkan lukisan.


Penutup.
Perbincangan berkaitan dengan hukum gambar adalah satu perbincangan yang akan memperlihatkan perbezaan pandangan para ulama dalam menentukan hukum. Walaupun ada hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa melukis adalah haram, tetapi para ulama berselisih pandangan dalam memahami hadith-hadith tersebut sehingga menyebabkan pandangan yang pelbagai dalam masalah hukum melukis.

Kita sebagai orang Islam wajib untuk menghormati perselisihan pandangan ini dengan tidak memaksa umat Islam yang lain memilih hanya satu pandangan daripada pandangan-pandangan yang pelbagai. Ini kerana setiap pandangan mempunyai sandaran dan hujah ilmu yang diceduk daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan dalil-dalil feqh yang lain.

Kita juga tidak boleh mencemuh pandangan sebahagian para fuqaha sekiranya pandangan mereka tidak sama dengan pandangan mazhab yang kita pegangi.

Wallahu A'lam.
Rujukan utama adalah Mausu`ah Fiqhiyyah Quwaitiyyah.
Rujukan artikel adalah dipetik daripada forum Halaqah

Cara Potong Kuku

Saya masih ingat lagi masa saya sekolah rendah...[masa tu dah pandai potong kuku sendiri] saya memang suka potong kuku... kesannya... semua kuku saya memang tak nampak... semua tenggelam... haish... kalau ingatkan perangai masa dulu2 memang kelakar sangat2... lagi pun masa tu budak2 lagi... semua masalah memang tak pernah fikir... Mak saya selalu pesan... cara potong kuku kena betul... baru setiap kerja yang kita lakukan... berkualiti... [kira macam orang tengok pun akan terus suka...] hm... saya memang tak paham... dan mak saya selalu aje ingatkan.. mesti mula dari jari telunjuk kanan... lepas tu di akhiri dengan ibu jari kanan... mula2 saya tak paham... then mak saya pun tunjuk satu2 caranya... Itulah seorang ibukan... sabar betul mengajar anaknya... walaupun... benda sesimple itu pun anaknya tak paham... ehehe...

Updated: Terlupa nak cerita semalam...mak saya pernah cakap juga... kalau potong kuku dalam rumah... pastikan kena buang ke tanah... tak boleh buang atas simen ke dalam tong sampah ke... apatah lagi dalam rumah... saya tanya kenapa? mak saya kata " sebab kuku tu kalau ada secebis pun kat dalam rumah ibarat kita menyimpan mayat kat dalam rumah... huhu lagi saya takut... memang akan disiplinkan diri untuk buang keluar rumah... sampai sekarang... [maknanya saya ni seorang anak yang mendengar kata la ek... eceh...] tapi seingat saya... apa yang mak saya pesan semua saya ingat... Alhamdulillah... mungkin kerana otak saya tak pernah melupakan... anugerah daripada Allah tu... bersyukur sesangat...

Dan hari ini saya nak share dengan kawan2 semua... apa yang mak saya pernah perkatakan kepada saya masa kecik... rupanya... cara yang mak saya ajar itu adalah mengikut sunnah nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih mak... sampai sekarang saya masih mempratikkannya... Kawan2 semua baca la... Pengetahuan yang saya nak share ni... harap memberi manfaat...

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Secara saintifiknya, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri dan keluarga. [Ini tidak termasuk lagi dengan kegiatan melombong hidung, telinga dan sewaktu dengannya..]

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
  1. jari manis
  2. jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
  1. jari tengah
  2. jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
  1. Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
  2. Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan...
  3. Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  4. Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  5. Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  6. Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  7. Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

WASSALAM...
 
Copyright © Whitey Mommy™