Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Penjagaan Anak. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Anak. Show all posts

Petua Tepuk Untuk Bayi


sebagai ibu kalau anak sakit memang risaukan...
bukan senang nak dapat anak...
anak ni anugerah...
penjagaan pun kena la baikkan...
aku ada buat entri pasal anak aku tak sihat...

pasal doktor wangsa maju tu cakap baby kena tepuk tak digalakkan makan ubat...aku mencari teknik menepuk...
tapi takde dia punya ilustrasi...
hanya teknik2 dia..
tapi ini penting!

aku sekarang bila dengar ubat memang tak baik untuk baby...
aku lebih senang untuk menggunakan petua2 tradisional atau rawatan secara praktikal yang tidak menggunakan sebarang ubat-ubatan...
lagipun ubat ni memang bukan elok pun...
sebab tu ada pepatah ( pepatah ke?) mencegah lebih baik daripada merawat...
BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah
sumber:pmr
hm... harap ni berguna untuk semua orang...
sayangilah anak anda...
sebelum memberi sesuatu...
tanya pada yang lebih berpengalaman...
tatapi ikut kata hati seorang ibu...
macam aku...
kalauaku rasa berat je nak buat sesuatu mesti tak elok untuk anak...
jadi cari altenatif lain...http://emo.huhiho.com


Khalis Selsema...Ada batuk sikit2...nafasnya berbunyi...



hari ni khalis macam dah kurang selsema sikit... batuk pun ada sikit je... nafas pun dah tak bunyi lagi...
aku memang ingat hari ni nak bawa khalis pergi jumpa doktor...
tapi hati aku ni macam berat je...
apatah lagi kaki...hehehe tu malas namanya nisha!
hm... tapi ni semua naluri seorang ibu kot...
dalam anak aku bernafas berbunyi tu..
baru macam nak search maklumat pulak...
aku jumpa banyak info...
yang paling gempak...sebenarnya bayi memang tak boleh terima ubat batuk atau ubat selsema sehinggala berumur 6 tahun...
hah!!!
habis tu yang selama ni...doktor bagi je ubat kat baby macam mana pulak tu?
hm... zaman kan dah moden...jadi macam2 la penemuan dalam bidang sains...
ni maklumat yang aku dapat kat laman web bengkung
hm...
Menurut doktor di Klinik Wangsa
ubat batuk sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun.
Inilah yang dipegang oleh doktor ini semenjak 20 tahun yang lalu dan beliau pernah cuba mengenengahkan isu ini kepada persatuan doktor tapi tiada yang mahu menyelidik dengan lebih lanjut.
Menurutnya, mudah saja…
jika seseorang kanak2 batuk tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru.
Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak.
Sebaliknya, ubat batuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru.
Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu.
Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu.
Menurut doktor ini,
cara terbaik ialah dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak (yang mana kami telah diajar teknik menepuk yang betul) dan melalukan wap di muka untuk membantu mengeluarkan kahak.
Disamping itu, kami juga diberikan beberapa ubat yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan.
Bagi kes yang agak serius pula, wayar yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak - sudah tentu ia dilakukan oleh doktor Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A Seksyen 1
Bandar Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
Tel : 03-41421614

kalau dah tak boleh pergi klinik...
altenatif yang ada aku nak cuba rawatan tradisional dulu...
hm... aku search kat mr.google...
petuanya memang senang...
dan yang pernah cuba pun memang jadi...
yang ni guna jika selsema...


1. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit
Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan.
Sapu pada sepanjang batang hidung bayi
yang ni kalau nak guna kunyit saja pun boleh juga...

malam ni aku hanya ada kunyit je kat umah...
jadi aku cuba dulu kunyit sahaja...
okey!
2.Gunakan madu
Madu mengeringkan kahak.
Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
madu ni untuk anak aku tak sesuai lagi...
sebab madu tak sesuai untuk baby umur kurang dari 12 bulan...
sebab boleh menyebabkan alergic...
hati2 bagi madu...sebab banyak menyebabkan risiko kematian bayi...

3.Petua menggunakan daun sirih
Ambil beberapa helai daun sirih ,
ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya.
Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.
daun sirih ni mana la aku nak cari...
kat kampung memang la banyak...
sini KL...mungkin ada...tapi payah la nak cari...

Petua hidung bayi tersumbat:
Ambil beberapa sudu air bersih masukkan dalam piring kecil.
campurkan sedikit garam.
Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air
Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan sebelum tidur.
Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap
dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam.

hehe petua ni pun jimat kos juga...
tapi khalis tak de masalah untuk tidur...
cuma nafas je yang berbunyi...
tak pe sok pergi jumpa doktor...
tapi ubat kita tak payah makan...

Menghilang Batuk Pada Bayi
Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air.
Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda.
InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.
ni petua bagus!
tapi mana aku nak cari daun kaduk ni!!!

ibu doakan khalis cepat sembuh...
tapi nafas nya berbunyi sikit2 dah sekarang...
sebab aku dah stop bagi bayam...
aku bagi makan brokoli pulak..
hm... ke bayam penyebabnya...
kan bayam tu sejuk...

p/s: rasa macam nak pergi je jumpa doktor yang kat wangsa maju tu... tapi...jauh...camner2...

Cara Merawat Jaundis

aku ingat lagi masa doktor bayi kat hospital selayang cakap:
"Anak awak ni Kuning ni... kena tinggal kat wad lagi satu hari..."
huhu berderau darah aku...
terus aku nangis...
aku rasa macam bahaya..
ni la dia masa mengandung tak banyak baca pasal penyakit bayi...
huhu asyik baca pasal nak jaga bayi... nak beli baju bayi...
memang pengalaman la bagi aku...


khalis kena duk bawah lampu warna biru tu semalaman
dengan hanya pakai pampers je...
huhu dah la hopital tu aku ambil bilik 2nd class
jadi ada aircond... sedih je aku tengok...
huhu aku memang tak cukup rehat ...
sebab nurse kata kena bagi susu ibu setiap 2 jam...
aku pun kunci la jam...
setiap 2 jam mesti bangun nak bagi susu...
tapi khalis pulak masa tu memang dia suka tidur...
huhu aku kejut pun susah sangat nak bangun...
lebih terasa penatnya sebab aku tak pandai lagi nak menyusu secara berbaring masa tu...
jadi kena pangku je khalis...
masa ni aku terasa sangat macam mana perasaan mak aku masa jaga aku...
terima kasih yang tidak terhingga untuk mak aku...

kat bawah lampu tu khalis kena pakai spek...
sebab cahaya lampu tu bahaya untuk mata baby...
lagi la aku tak bleh nak tidur...
sebab spek putih dia tu asyik tertanggal2 je..
huhu...
tapi khalis tetap juga tidur dengan lena...
aku memang tak boleh langsung nak tidur...
esok tu nurse ambil darah khalis...
dia cakap:
"kuningnya dah turun...tapi kena kerap bagi susu ibu..itu saja la penawarnya...
jangan jemur kat bawah cahaya matahari...
awak dah boleh balik..."
wah! seronoknya aku...
tapi aku still lagi kena pergi klinik untuk check darah khalis..
hm... ulang alik la ke klinik untuk check darah...
misi ambil darah tu sikit je kat hujung jari kaki...
tapi khaliskan baby...
mesti la sakit...
kuning khalis hilang masa dia umur 3 bulan...
jadi disebabkan kuning...
aku tak makan sebarang jamu masa dalam pantang...
huhu sakit badan juga...

sebenarnya zaman sekarang ni...baby yang lahir memang tidak terkecuali untuk mendapat kuning atau jaundis ni... menurut pembacaan aku...
jaundis merupakan pelindung bayi daripada kesan radikal bebas oksigen... dan ianya bukannya penyakit...ia tidak akan meninggalkan kesan buruk selagi!!! paras bilurubin tidak mencecah paras bahaya...
apa itu bilirubin? ia merupakan sisa sel darah yang perlu dikeluarkan daripada aliran darah oleh hati dan dibuang melalui najis bayi. hati bayi pada peringkat awal belum matang jadi tidak boleh nak proses bilirubin untuk dibuang dari badan...
penawar untuk jaundis adalah hanyalah satu! SUSU IBU...
JANGAN SESEKALI!
bagi susu kambing... huhu bahaya tu...
susu kambing kan tak steril...
banyak kuman... nanti perut baby akan dapat jangkitan...

kalau nak jemur boleh...tapi jangan lebih dari pukul 8 atau matahari dah naik tu jangan jemur...
kita punya lapisan ozon kan nipis...
jadi sinar UV yang bahaya boleh rosakkan kulit baby...

hm... masa aku handle jaundis ni... aku letak anak aku kat tepi tingkat je...
kira ada juga cahaya matahari masuk...
lepas tu bagi susu ibu...
memang lama khalis dapat jaundis..
tapi tahap bilirubin dia tak tinggi...
jadi misi kata "kerapkan lagi bagi susu ibu..."
kalau baby tidur... kena kejutkan dia setiap dua jam...
ala...keje baby kan tidur je...hehe
jangan bagi air masak... sebab bilirubin hanya disingkirkan 2% je melalui air kencing...
jadi tak membantu apa2 pun... lagi bila baby diberi minum air... dia akan jarang menyusu sebab perut dah penuh dengan air...

p/s: seronok jadi ibu... banyak pengalaman...

Cerita pasal Cloth Diapers...



orang beli cloth diapers aku pun nak beli juga... heheheMyEm0.Com
tapi aku tak pakai...
sebab malas nak membasuhnya... hish! pemalas betul ibu khalis ni...
tapi cloth diapers ni bagus... jimat... tapi aku masih lagi pakai pampers Pet-Pet...
aku beli cloth diapers tu masa umur anak aku 1 bulan....
konon2nya nak pakai la... tapi bila dah 2,3 kali pakai aku dah malas nak basuh...
tapi benda alah ni boleh simpan lama...
masa aku beli tu... ada promosi aidilfitri...
jadi... harga sehelai dalam rm30... aku beli 12 helai... total rm 360...
aku beli 4 colour - pink, putih, biru dan merah....
hehe memang comel la kalau khalis pakai...
tapi nanti bila dah besar sikit pun masih boleh pakai...
sebab dia punya saiz boleh diubah sampai umur baby 3 tahun...
ha... kan save tu kan...
beli sekali tapi lama bleh guna...
lepas tu boleh diwarisi lagi...

banyak lagi info pasal macam mana nak basuh, itu yang penting kalau pakai lampin jenis ni...
sebab tak boleh basuh dengan sabun yang biasa...
takut nanti...
hahaha kerapu la bontot anak kesayangan kamu....
kena guna sabun yang khas untuk basuh lampin...
aku guna NappiKleen...
memang baju2 anak aku pun aku guna pencuci ni...
hehe takut... sabun biasa kan banyak kimia...
haish!... kecik2 dah manja khalis ni...
macam mana ni...MyEm0.Com

hm... cloth diapers ni boleh selamatkan alam...
sebab boleh guna semula...
berbanding pampers yang pakai buang...
dia punya material untuk buat pampaers tu...
ambil masa bertahun2 untuk mereput tau...
kat dunia ni... bukan ada sorang ke dua orang baby...
tapi berjuta2 orang...
cuba kamu semua bayangkan apa yang akan terjadi...

hehehe nak taip sikit je tadi...
tapi bila dah taip tak nak berhenti plak...
hm... bahan kimia dalam pampers tu boleh menyebabkan kanser pada bayi... di masa akan datang la... bila mereka sudah membesar...MyEm0.Com
hm... juga dalam masa terdekat... baby mungkin mengalami ruam...
hehe kalau khalis tahu ni...
mesti dia dah tak nak kalau aku nak pkaikan pampers...
ekeke...

hm.. ni info cloth diapers versi aku...
memang banyak kebaikan tau...
keburukannya... kalau berjalan jauh...atau balik kampung ke...
perlukan stok yang agak banyak...
so kalau one day aku dah pakai cloth diapers ni balik...
masa berjalan jauh atau balik kampung guna pampers la jawabnya...
dan kalau si ibu malas untuk membasuh...MyEm0.Com

baby yang pakai cloth diapers juga...
lebih mudah dan cepat untuk dilatih ke tandas...
umur 2 tahun dah tak payah pakai pampers lagi la kiranya...
hm... jadi makin jimat la kan...MyEm0.Com

p/s:MyEm0.Com kalau kamu berminat beli la cloth diapers ni...
 
Copyright © Whitey Mommy™