Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Situasi Telur, Lobak Merah dan Biji Kopi

Assalamualaikum W.B.T

Dikala hati rasa macam sedih sangat. Kalau bercerita nanti melalut2 pulak untuk ditatapi umum. sebenarnya saya ingin menghurai satu mesej yang ditinggalkan pada shoutbox saya. tapi rasa macam malas nak ikut emosi.
biarlah suatu hari nanti kebenaran akan terjawab juga. tapi yang pasti. hati dan badan ini tidak akan memandang lagi.

Pernah dengar tak tentang situasi telur, lobak merah dan biji kopi?
Sebenarnya saya dengar kisah ni daripada Semanis Kurma kalau tak silap yang bersiaran sempena Hari Ibu.

Situasinya macam ni.
Telur, lobak merah dan biji kopi dimasukkan dalam air panas yang berlainan bekas.
dan apakah yang akan berlaku kepada ketiga2 benda yang berlainan itu?

Telur apabila dimasukkan kedalam air panas...
dia akan menjadi keras dan kalau baling pun kulit je yang pecah, terkena pun sakitkan...
bayangkan telur yang mudah pecah itu boleh jadi keras bila dimasukkan dalam air panas.

manakala...
lobak merah
akan menjadi lembik apabila dimasukkan dalam air panas...
dan

biji kopi pula apabila dimasukkan dalam air panas...
ia akan bertukar menjadi satu minuman yang menjadi kegemaran ramai...

apakah simbolik kepada ke-3-3 benda yang berlainan ini?
ia melambangkan 3 ciri manusia ketika menghadapi musibah [ dalam situasi ini air panas adalah simbolik bagi musibah]

penghuraian yang saya dapat semasa menonton adalah:

Telur
Jika kita ini diibaratkan seperti telur, yang pada mulanya lemah lembut. tetapi apabila musibah melanda. kita bertukar menjadi seorang yang keras hati ataupun berubah kepada kearah yang negatif berbanding diri kita yang sebelum ini.
[motivator itu kata : sikap ini adalah sikap yang kurang baik]

Lobak Merah
Jika kita diibaratkan seperti lobak merah yang pada mulanya seorang kental dan kuat semangat tetapi apabila musibah melanda. kita menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit semula.
[ini adalah sikap yang paling tidak baik -kata motivator]

Biji Kopi
Manakala jika kita biji kopi, yang awalnya tiada sebarang keistimewaan pun, cuma bijian yang berasa pahit tapi apabila dimasukkan dalam air panas, ia menjadi minuman yang sedap. diibaratkan sebagai seseorang yang menjadi kuat dan mendorong diri untuk menjadi manusia yang lebih berjaya daripada sebelum ini.
[ini adalah sikap yang patut ada kata motivator itu]

Sampai hari ni saya pun terfikir akan tentang persoalan situasi ini.
apa yang saya boleh cakap...
diri saya ini diibarat telur...
saya memang seorang yang mudah mengalah, cepat lembut hati, kekadang saya mudah berterus terang untuk meluahkan apa yang saya rasa. untuk menghilangkan rasa sedih saya. jadi hati saya sangat fragile mungkin diibaratkan seperti telur sesuai kot. tapi... saya dapat rasa yang hati saya ini juga bukan seorang yang mudah memaafkan...seorang yang pendendam juga kekadang. dan bila saya keraskan hati...sukar untuk saya bukakan...
no good kan sikap ini?
sukar untuk memotivasikan diri apa bila kita berada didalam keadaan negatif dan berprasangka...

Kekadang saya pun rasa macam saya ini diibaratkan lobak merah...
luaran kelihatan saya seorang yang berdikari dan kuat semangat.
tapi...
sebagai seorang perempuan.
saya juga lemah mempunyai hati dan perasaan.
perkara yang tak sungguh saya tak kata.
cuma kekadang saya terlalu mudah untuk membuat penilaian...
jika disalah anggap akan menjadi punca kekalutan.
kerana ...
kata hati saya terlalu kuat.
jika saya rasa sesuatu.
ianya seakan2 memberitahu perkara itu akan berlaku ataupun memang telah berlaku...
wallahualam...
sejauh mana kita melangkah dalam kejahilan...
seberat mana dosa kita...
muhasabah diri ...
Insyaallah akan ditunjukkan jalan yang benar...
cuma saya nak ucapkan...
saya maafkan semua yang pernah bersalah, tersalah anggap, tersalah tafsir,
tapi...setiap doa yang saya pohon...
moga allah perkenankan...
supaya menunjukkan yang benar...
kerana... perkara yang benar tetap akan benar...
dan yang menuding jari...
biarlah Allah tunjukkan keadaan macam mana rasanya jika berada ditempat saya.

Blog Design Order By Amelia Sofie

Assalamualaikum W.B.T

Amelia Sofie...
nama macam puitiskan.
sesuai kalau penulis novel nama macam ni.

hehehe...
tapi saya tak pasti lah amelia ni suka menulis novel atau tidak.:)

Full Template
Amelia ni peminat warna ungu dan maroon. tapi warna yang gelap2. saya pulak minat warna2 pastel. hehehe 2 draft juga la kena reject. :)

Amelia nak backgroundnya mesti gradient. warna campur2 gitu.
Doll adalah pilihan amelia untuk menghiasi blognya.
nak yang sempoi katanya.
dan bertemakan bilik tidur.
ada katil dan rak buku .
sebab dia selalu online kat dalam bilik tidurnya.

templatenya pun nak simple je katanya.
tak suka bunga2.

Blog Amelia ini sekadar suka2 dia untuk berkongsi rasa. :)

Blinkie
Saya buatkan blinkie badge untuk amelia sesuaikan dengan jiwa remaja. hehehe kalau tak remaja pun apa salah requestkan.:)
Signature
Simple signature for sweet name .:)
Watermark
last. watermark, :) kutip2 daripada item blog design je. huhu.

Jemputlah ke blog Amelia Sofie.  blog beliau ni masih kosong lagi ni. dia buat blog baru untuk template ni...:)

Untuk Amelia,
terima kasih kerana sudi tempah template design dengan akak...walaupun hanya untuk blog suka2...tapi... amelia tempah template khas untuk blog :)
Semoga amelia bersemangat untuk berblog lepas ni...:)
 
Copyright © Whitey Mommy™