Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Bukan pendendam cuma sukar melupakan

Saya bukan minta untuk dipuji jauh sekali dipuja. Cuma jika tidak boleh berkata-kata perkara yang baik. Saya rasa lebih baik berdiam diri. Sama dengan komen juga. Jika saya melawat blog rakan-rakan, saya tidak boleh nak komen yang bernas tentang entry rakan-rakan saya lebih suka untuk berdiam diri. Daripada terkomen yang lari daripada topik asal.

Saya tak pernah lupa, dulu masa saya aktif berblog. Ada yang berkomen tentang anak saya ni "teruk" sebab mungkin lah terlalu manja. Waktu tu Khalis masih kecil lagi. Nak kemana-mana, masak pun tetap kena dukung juga. Seorang ibu, kalau orang komen atau mengata anak dia. Tidak mungkin tersenyum redha kan? sebab kata-kata itukan doa. Apa yang anda rasa kalau orang lain juga berkata begitu kepada anak anda pula. Tak mungkin tak kecil hati kan? Kalau anda tak kecil hati. Saya tabik pada anda, kerana sangat-sangat cekal. :)

Mulai dari saat itu, saya memang dah jarang upload cerita tentang Khalis. Sebab apa? khuatir kata-kata dan komen-komen orang akan berubah menjadi doa. Saya sensitif? Ya saya memang sensitif terutama menyentuh hal Khalis. Tapi sekarang dah matang kot. Sebab sekarang saya fikir, orang tak merasa apa yang saya rasa. Tapi hidup kita ni umpama roda. Kita tetap akan merasa kesusahan dan kesenangan cuma tahapnya berbeza antara satu sama lain. Sebab Allah tak kan menguji hambanya lebih daripada apa yang dia mampu. Walaupun terkadang saya sendiri pun mengeluh jika mengalami tahap-tahap yang sukar untuk saya tempuh. Cuma bila menyedari hakikat dan keadaan sebenar yang perlu ditempuh. Kita perlu berpijak kepada bumi yang nyata.

Saya adalah seorang yang mudah bercerita. Bercerita bukan bererti untuk meminta simpati dengan mereka-reka cerita tapi untuk meluahkan perasaan yang terpendam. Orang boleh tomah pelbagai andaian dan tuduhan tapi mereka tak kan rasa sehinggalah mereka merasai tahap itu. Orang yang memahami saya akan tahu yang saya tidak akan berbohong atau berbuat cerita. Biar sejuta penafian tapi kebenaran itu tetap akan benar. Hanya masa dan dengan izinNya kebenaran akan terungkap. Wallahualam.

Khalis

Rasanya tajuk entry Khalis dah pernah ada kot sebelum ni, dah tak ingat dah. Tapi saya tak de modal nak buat tajuk apa.

Khalis masih yang dulu cuma dah makin besar. Fizikalnya membesar tapi di mata saya dia baby untuk selama-lamanya. Dah pandai macam-macam. Perangai pun dah macam-macam yang kekadang buat saya hilang sabar, juga kekadang membuatkan suara saya kedengaran seperti "George of the jungle". Baru melayan kerenah seorang, rasanya cukuplah seorang kot :)

Khalis in black, Macho tak? :p
Dah lama tak bergambar, sejak handphone saya sudah tidak berfungsi maka putus la punca gadget untuk bergambar. Khalis kelihatan kekok untuk bergambar. Kekadang bila kamera dihala kepada dia. Mula la tersipu-sipu malunya. :)

Orangnya pemalu bila mula-mula jumpa tapi lepas sejam dah ok dah. Pantang nampak gadget dia mesti suka. Handphone, laptop, kamera, tablet, ipad, memang pantang jumpa. Excited je dia tengok benda-benda macam tu. Khalis... Khalis...

Sekarang dah 2 tahun 4 bulan. Sungguh pantas masa berlalukan. Tak terasa. Saya rasa belum bersedia nak melihat dia membesar, tapi tak mungkinlah dia nak keadaan baby selamanya kan. Ya Allah sayunya. Rindu sangat-sangat saat Khalis baby, meniarap, merangkak. Owh... rindunya. terutamanya masa dia merangkak dulu. Sangat comel. Masyaallah ....:)

P/s : Mamafiza mesti tengah baca kan? terima kasih untuk "si putih" . Hadiah yang sangat-sangat tidak disangka. Insyaallah dah beli memory card nanti, banyak gambar-gambar Khalis akan diupload :) Semoga rezeki Mamafiza dan keluarga melimpah ruah.:) Amin...
 
Copyright © Whitey Mommy™