Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label My Khalis. Show all posts
Showing posts with label My Khalis. Show all posts

Cabaran 30 Hari 3 : Sesuatu yg menguatkanku

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dalam lemahnyaku menghadapi hari-hari mendatang,
Allah telah aturkan semuanya, Allah telah siap kan sesuatu untuk menguatku,
Allah ajarku satu persatu erti kekuatan untuk menghadapi kehidupan ini.
Allah hadirkan seseorang, hadiah yang tiada bandingannya,
hadiah yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit,
hadiah yang berkekalan hingga akhirat, ikatan yang tak kan terputus sampai akhirat.
Allah hu Akhbar, air mata bercucuran saatku taip entry ini, bermula di ayat ini.

Kekuatanku adalah Muhammad Khalis Putra,
lahirnya buatkan ku berubah gelaran menjadi seorang ibu.
Titik permulaannya fasa baruku,
fasa baru yang tak lena tidur, fasa baru yang ku perlu uruskan orang lain selain diri sendiri
fasa baru untukku kenal menjaga amanah dengan baik,
fasa baru yang membuatkan ku macam dalam mimpi, tak sangka dapat melahirkan seorang anak.

Khalis banyak mengajarku,
erti kesabaran, ku pada asalnya bukan seorang penyabar, agak panas baran sebenarnya,
cepat melenting dan cepat juga sejuknya,
tapi adanya anak, ku belajar untuk mengawal supaya perangai ku tidak diikut oleh dia.
perlahan-lahan, hari demi hari, ku belajar untuk muhasabah diri,
selepas 5 tahun kehadiran dia, ku dapat rasa, ku adalah insan baru,
Allah hu Akhbar, rupanya Allah mengajarku untuk matang bagi menempuh fasa-fasa kehidupan yang mendatang.

Melihat wajahnya, membuatkanku berfikir panjang dalam mengambil sesuatu keputusan,
apa-apa pun keputusan adalah untuk kebaikkannya,
ku belajar bergantung harap sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana mahukan yang terbaik untuk Khalis,
Sesungguhnya, Allah mengajar ku perlahan-lahan, mengajarku yang tiada kebergantungan dan tiada tempat mengadu yang paling baik melainkan DIA,
Ujian yang datang bertimpa-timpa Allah hadirkan bukanlah untuk menyakitkanku tetap untuk mengajarku erti kehidupan dan erti kasihnya Maha Pencipta kepada hambanya.
bersyukur saat diuji kerana itulah proses kematangan,
dan Allah aturkan Khalis untukku supaya aku kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan yang bakal DIA berikan.

Kehadiran Khalis 5 tahun dalam hidupku disulami dengan pelbagai kerenah gelak tawa, geram marah, gurau senda, tangisan. Pendek kata seribu satu perasaan, seribu satu rasa telah kuhadapi.
Indahnya kehidupan apabila hadirnya dugaan dan Allah lepaskan kita dari dugaan. Itulah kehidupan sebenarnya. Dugaan tak kan pernah terhenti sehinggalah kaki melangkah ke syurga, jika tidak akan terus meneruslah menghadapi dugaan yang setiap fasa kehidupan, dugaannya makin besar.

Gelak tawa Khalis menghiburkan hati,
Tangisan meruntunkan hati,
Panggilan Khalis, selalu buatkan hati riang,
sentuhan Khalis semasa ku dalam keadaan sedih, selalu buatkan rasa masalah terbang menghilang.
walaupun seketika hati merasa tenang, tapi rasanya sangatlah nyaman dan lapang.

Allah hu Akhbar..
Peliharalah putraku hingga ke syurgaMu. Catatkanlah namanya sebagai penghuni Syurga Firdausi,
Jadikanlah dia insan yang baik hati,
Jadikanlah dia anak yang soleh,
Jadikanlah dia insan yang bijak dan berbakti,
Jadikanlah dia insan yang bertanggungjawab,
Jadikanlah dia insan yang baik budi pekertinya.
Peliharalah dia dari segala malapetaka hingga ke syurgaMu.

Ku sentiasa titipkan doa buat anakku, kerana ku tahu satu perkara,
tiada apa yang lebih bernilai di dalam dunia ini berbanding kasih dan doa ibu,
tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
tetapi nilainya sangat-sangat tinggi.

Muhammad Khalis Putra,
kekuatanku...

Adik Khalis : Mya Sara

Semangat bukan main, asyik nak taip entry je rasanya. Post sebelum ni kata nak update pasal adik Khalis kan?
Ha ni dia
namanya Mya Sara,
Orangnya comel dan wangi juga, sebab bau baby sangat-sangat harum
Bibir macam pakai lipstick :)
Tembam juga, sedap didukung dan dipeluk

Sebenarnya ini anak jagaan saya aje, jadi lah kan? merasa juga jaga baby girl, dapat pengalaman jaga baby girl dan juga baby boy (masa Khalis dulu lah)

Baby girl ni cerewet terutama bahagian kebersihan, pampers tak boleh basah sikit, dia akan meragam,
tak boleh berpeluh, nanti tak selesa,
dia punya ragam manja terlebih berbanding baby boy .
saya secara rasmi menjadi babysitter  Mya sewaktu dia umur 4 bulan.
Semoga dapat jaga baik amanah dari ibu bapanya kepada saya.

Muka Mya dan Khalis ni, agak sepesen sebenarnya, tengok dalam gambar atas ni, macam ada sama, hehe :)
cuma ada beza dari segi boy dan girl. Girl ni mulut memang awal-awal dah terbentuk macam pakai lipstick. Girl mulut nipis aje.

Macam samakan?Kalau kata adik beradik pun orang percaya.
Perkenalkan watak baru dalam blog ini,
Mya Sara ;)

tak sabar-sabar nak taip kan.
In shaa allah next time akan diupdate lagi pasal Mya dan Khalis
itu pun kalau rajin
harap mood sentiasa rajin untuk update blog.

Hati tengah bercampur baur sebenarnya,
mencari alternatif untuk menghiburkan hati sendiri, jadi update blog kira ok lah kan :D

Dak Khalis Praktis Solat Jumaat


Anak bujang dah besar dah :)
selalu je orang duk tanya, bila nak beradik, bila nak beradik :P
Jawapannya saya senyum je, tak boleh nak bagi kata putus, itu rezeki Allah.
Kalau Dia nak bagi dia akan bagi juga.
Tapi sebenarnya Khalis dah ada adik perempuan dah :)
In shaa Allah esok ke lusa saya up entry , eh, ke kejap lagi nak up entry pasal adik Khalis.

Khalis dah dibawa untuk belajar Solat Jumaat.
Anak dah besar, maknya paranoid sebab berita sekarang macam-macam
Dunia dah tua, manusia yang perangai pelik-pelik pun akan keluar,
semoga kita semua sentiasa dilindungiNya

Sekali je paknya bawa pergi solat jumaat, ulang-ulang dia nak pergi .
Seronok lah kot, pengalaman baru kan.
Besar dah anak, mak pun dah makin tua.
Ingat tua, ingat mati,
tak berapa lama dah kita hidup di dunia ini,
masa pantas berlari. Sangat pantas.

Sejak dua menjak ni semangat rasa nak update blog,
mungkin sebab ada kawan yang nak aktif balik berblog kan.
Sebab tu terpercik sama.
harap berterusan lah ya :P

asyik design blog orang je, blog sendiri memang terbengkalai,
kekadang ada idea, tapi tak dapat nak taip sebab mood pergi ke design,
kalau tetiba ada masalah dalam mendesign, mood dah terbang,
tak syok nak menaip bila mood terbang.

5 tahun bergelar ibu

Genap 5 tahun aku bergelar seorang ibu...
Perjalanan dan pengalaman hidup yang bermakna bagi seorang wanita.
Tahun ke 5 khalis sambut hari lahir...
Perasaan menjadi sangat "touching" tak tahu kenapa..
kerana perasaan ini tidak pernah wujud dalam tahun sebelum-sebelum ini.

Sampai hari ini, aku tidak pernah lupa saat Khalis di lahirkan, aku susukan, aku mandikan
pendek kata A to Z tentang Khalis dari lahir sehinggalah sekarang diuruskan sendiri oleh tulang 4 kerat aku. Tidak pernah bagi orang lain jaga pun. Allah hu rabbi, air mata mengalir bila taip entry ini. Terbayang saat aku melihat Khalis untuk pertama kali , saat aku susukan dan cium, saat macam mana tenangnya dia bila aku memeluknya.

Terasa banyak kekurangan yang aku tak dapat nak berikan kepada dia. Tetapi aku berikan yang terbaik semampu aku.
Syukur Alhamdulillah..
Khalis complete 6 bulan secara eksklusif dan sambung perjalanan sehingga cukup 2 tahun penyususan susu ibu dan aku extend penyusuan susu ibu sehingga dia 4 tahun.
4 tahun aku stop sebab rasa dah besar.. kaki pun dah berjela2 nak riba kan :)

A great journey and moment for us..

Terlalu banyak nak aku katakan, Khalis is so special to me.. Anak yang sangat-sangat bertolak ansur, mendengar kata, mengamuk tu biasa lah kekadang kan, kalau sopan aje memanjang tak nama budak, ada juga kadang-kadang merajuk dan kadang-kadang buat darah ibunya mencapai tahap tertinggi.

Mencium dan melihatnya buat aku tenang, gelak ketawa dia membuatkan resah aku hilang, Allah hu akhbar. Percaturan indah yang Allah berikan dalam hidup ku dengan mengurniakan anak yang bernama Muhammad Khalis Putra

Tak dapat nak sambung untuk menaip, air mata bercucuran lah.. itu sahaja lah isi kandungannya :)
kan nak habiskan satu entry lengkap, mahu 3 baldi air mata kan?
Mak Khalis memang selalu over touching.

Selamat hari lahir buat anakku..
Muhammad Khalis Putra yang ke 5 tahun,
Semoga Allah S.W.T menjadikan Khalis seorang anak yang soleh, insan yang baik, bijak, berilmu, beriman dan bertakwa serta menjadi penghuni syurga Jannah. Aamiin..
Khalis adalah anugerah dan harta ibu yang termahal di dunia dan di akhirat...

Ramai yang tanya kenapa tak tambah anak.
sesungguhnya memiliki Khalis sudah cukup membuatkan aku bahagia.
Allah maha mengetahui perjalanan hidupku. Semoga Allah sentiasa redha dan merahmatimu Anakku...

Kali Pertama

Simpan untuk kenangan. Bila dah besar nanti. Kalau blog ni wujud lagi. Khalis boleh tengok. Hehehe.. Nampaknya ibu dia ni akan jadi blogger sepanjang hayat kot. Sekarang ni jadi Mommy Blogger. Maybe nanti akan jadi Granny Blogger pula kan...
Pertama kali Khalis menulis ABC, dah lama simpan ni. Hehehe..

Wordless Wednesday : Ibu.. Khalis sejuk...

Sayu betul tengok gambar ni. Ya Allah...
Sebelum dia tidur tidur tadi saya cakap dengan dia

Saya : Khalis..
Dia: hm...
Saya: Walau apa pun yang terjadi..
Dia : hm...
Saya: Khalis kena ingat...
Dia: hm...
Saya : Ibu sayang Khalis sampai hari akhirat...
Dia:Hm..

peluk cium dia... tengok2 dah tidur..
Ya Allah.. bahagiakan anak aku dunia akhirat... Kau jadikan dia salah seorang Ahli Syurga Jannah-mu... Peliharalah dia sampai ke syurga... Amin...

Peneman dia

Hehehe layan gambar Khalis tengah tunggu masa nak tidur.

Khalis biasanya akan tidur sendiri. So kalau dia mula nak tidur. Biasanya pesen dia akan jadi seperti ini. Kalau dah mula cari port nak tidur. Landing baik punya. Jangan ditegur-tegur tandanya dah nak tidur .

Kaki mesti macam-macam gaya. yang lain tak berganjak pun... Khalis memang tidur sendiri. Kekadang je kalau mood dia mesti dia akan cakap

"Ibu.. Jom tidur jom!"

Khalis memang layan cinderella, barbie, sleeping beauty dan seangkatan kartun disney yang lain. Disebabkan dia tak de adik beradik perempuan. Jadi dia yang tolong layankan cerita-cerita princess ni. Hehehe...
Ok! telah selamat tidur... Hehehe...
maka tamatlah cerita. Till Next time.

Sekarang blog ini sudah menjadi random ya! Saya agak kurang rajin nak spesifikkan tajuk dan atur satu blog untuk satu perkara. Personal , business dan design semua saya masukkan satu blog.

Terima kasih kepada sesiapa yang rajin baca, saya merepek merapu.

Baju Boboi

First time beli baju kartun kegemaran Khalis, semalam jalan-jalan kat Selayang Mall. Terpandang satu booth yang jual baju. Lepas tu mata tertumpu pada baju boboi boy ni. Terus pegang-pegang kain dia.

Sebab Khalis tak boleh pakai baju selain daripada Cotton. sebab badan dia akan naik ruam secara tetiba. Tak pasti kenapa. Ada bawa pergi jumpa doktor. Doktor cakap, mungkin dia alergik dengan bahan sintetik pada kain.

Masa mula-mula dengar tu macam biasa je. Tapi lepas tu doktor kata. Kena cari baju 100% cotton untuk dia ni. Takut nanti jadi kebiasaan badan ruam jadi makin teruk jadi macam ekzema pula nanti. So saya ambil secara serius kenyataan itu. Tidak pernah beli kain sebarangan melainkan cotton. Sampai baju melayu pun memang beli kain cotton. Khalis memang tak pernah kena ruam setakat ini. Even pakai pampers pun tak mengalami lagi masalah ruam. Alhamdulillah. senang nak jaga bab yang ni.

Balik pada cerita, tengah belek-belek (dalam hati cakap. kain macam ok ni. memang cotton), Tetiba abang yang jaga booth tu cakap.
"Ini boboi boi original puan (skema mula-mula dengar dia panggil puan :p), kain 100% cotton, sticker dia tu kalau masuk dalam washing machine pun tak mudah pudar dan tertanggal)"

Bila dengar dia cakap gitu, saya dah mula tertarik sebab memang lama dah tercari-cari. Tengok bebudak pakai baju upin ipin, baju boboi boy, Khalis selalu tegur. Tapi tak dapat nak beli sebab dia lain dari yang lain. Kalau boleh pakai dah lama beli. Sebab baju-baju kartun biasanya banyak jual kat pasar malam dan pasar pagi kat Selayang ni. Tapi kainnya tidak lah 100% cotton. Jadi saya tak beli untuk dia.

Dengar explanation daripada abang penjual itu, saya ambil sepasang (buat cuba-cuba) kalau ok! Insyaallahkalau ada rezeki kita pergi beli lagi lain kali. ada seluar pendek je. Seluar panjang tak de lagi.

Kemain suka Khalis tengok baju boboi boy dia. Harganya tidak mahal sangat pun. Standard baju anakku aje. Kira ok lah. Kalau lebih RM50 kita pandang aje lah.

Saya rasa produksi animasi harus keluarkan produk pakaian mereka sendiri yang original dan berkualiti macam upin ipin setakat ini tengok ada alat tulis dan cenderama je. Kalau dorang buat baju bajan mesti ramai orang suka.

Saya tengah terbayang kalau ada kemeja, ada jeans, ada t-shirt, lepas tu ada logo kecik-kecik. mesti comel. Macam mickey mouse buat join venture dengan brand Anakku. Saya rasai produksi animasi pun hari take a step forward macam tu juga.

Pengubat Jiwa Penglipur Lara

Lama sangat tak update pasal Khalis. My one and only son . Gitew! Banyak gambar dah snap. Tapi sebab malas nak transfer ke lappy edit dan post. Jadi terkubur lah hasrat nak taip entry. Niat nak selalu nak update blog pun menjadi hangat-hangat tahi ayam sudah. Kekonon nak aktif berblog. Walaupun saya tahu tak de orang pun yang baca blog picisan ini.

Hadir Khalis dalam hidup saya hampir 4 tahun yang lal, mengubah banyak perkara didalam kehidupan seharian. Bergelar ibu bukan perkara yang mudah walaupun sebutan yang mudah. So, saya sangat respect dengan ibu yang ada anak ramai. Saya anak satu ni pun terkadang tak terkawal. Itu lah hikmahnya. Saya pun memang tak ready nak ada anak lagi buat masa ini. Umur pun dah agak lanjut ni (cakap macam dah nak masuk umur 40an lah pulak). Sehingga saat ini, bagi saya cukuplah Khalis sorang dulu. Dia lah penghibur, dialah yang meledakan hangin taufan dikala perangainya yang bebukan keluar. Tapi apa pun itu yang buat saya gembira, sedih, sayu, terharu. Khalis memang pandai bermain dengan emosi gitu.

Situasi yang buatkan saya nak marah tapi tak jadi. Setiapkali nak marah dia tahu dia salah. dia akan senyum sama seperti dalam gambar kat atas. Terus tak jadi marah. Kesian pulak tengok. Tapi kalau saya masih marah dia akan cakap "ibu, senyum eh.. senyum" kalau saya buat keras tak mau senyum kat situ lah dia akan menangis.

Disaat saya tengah menangis sedih. Dia akan datang peluk saya, "ibu... jangan sedih tau, jangan sedih" walaupun dia pun memang nak menangis. Tapi dia tahan sambil tenang kan saya. Ibu bangga sangat denganmu nak. Sesungguhnya waktu itu, saya dapat rasa setiap kesedihan yang berlaku dalam hidup saya seakan-akan lenyap bila budak kecil seperti Khalis cuba sedaya upaya nak tenangkan saya. Syukur, semoga Khalis akan membesar menjadi insan yang baik, soleh dan taat pada Allah S.W.T

Kalau paling kelakar pula, time saya marah-marah pasal dia selalu sepah kan toys dia. "Khalis jangan lah sepah-sepahkan toys ni, kemas lah balik. Ibu tak larat nak buat kerja yang sama berulang kali macam ni. Dia akan cakap "baiklah ibu, baiklah. Khalis kemas eh" (tapi dengan suara budak kecik, kalau kita dengar sayu pun ada nak tergelak pun ada. Yang latest ni, penangan tengok filem Wawa Semput. Bila saya membebel je. Dah pandai keluarkan ayat ni "Adui.. sakit pulak hati kite!" Rasa macam nak cubit je mulut dia tau!

Biasanya Khalis bahasakan diri dia "anak" Tak tahu lah mana dia dapat bahasa itu. Mungkin sebab saya selalu bahasakan dengan baba dia anak kot.
Kalau dia poo poo biasanya dia cakap macam ni " ibu, anak ook (berak) ni , jom bashuh jom!.
Kalau dia lapar, "ibu, anak lapar lah, jom makan jom!"

semua pun dia bahasakan diri dia "anak".

Banyak dah Khalis punya keletah. ya lah dah besarkan. Kalau dia nak main phone saya. Tapi saya tak bagi. Cakap tak boleh aje dia akan cakap macam ni.
"ibu nak pinjam boleeh "(perkataan boleh tu ada syle dia sendiri bila cakap, ni memang nak tergelak kalau tengok"
saya akan cakap. "Tak boleh ibu nak guna"
Dia akan jawab" huh! Kelekut! boleeh lah..."

Pandai sangat cakap orang kedekut. Banyak terikut-ikut upin ipin punya style lah ni. Sebab semua skrip dalam upin ipin semua dia hafal.

Ok.. Next time cerita lagi. Banyak sangat.

Roti Canai Coklat

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni luangkan masa sikit untuk update tentang roti canai coklat. Hari tu saya ada post kat Facebook tentang makanan kegemaran Khalis yang terbaru, iaitu roti canai coklat. :D. Salah seorang rakan saya di Facebook minta saya publishkan tentang Roti Canai ni..

Resipi ni. resipi suka suki je sebenarnya. Mudah dan cepat. Tetiba dapat idea. Masa nak masak roti canai ni tetiba terfikir sebab Khalis macam dah bosan makan roti canai dengan Kari Ayam .

Saya pilih roti canai segera jenama KAWAN (Boleh didapati di Giant, saya tak pasti pasaraya lain ada ke tidak. sebab saya selalu beli kat Giant. Roti canai ni tiada rasa tengok dan lembut je lepas masak. Makan saja pun sedap.
Panaskan frying pan. Saya tak pakai minyak. Sebab dah guna non-sticky pan ni. Tak pasti kalau guna kuali biasa dia melekat ke tak. Bagi mengurangkan kolesterol. Saya just masak macam tu je. Pakai api perlahan je tau. Kan tak pasal-pasal luar dah hangit dalam mentah lagi. Sakit perut saya tak tahu ya.
Sementara menunggu roti masak, pecah-pecah coklat ya. Boleh guna coklat cadbury atau apa-apa coklat kegemaran anda. Saya pakai coklat home made beli daripada Amar Amirah daripada Chocolate Hut. Bagi saya coklat dia sedap :) Bukan nak puji tapi cuba la beli dan rasa. Beliau boleh buat penghantaran ke seluruh Malaysia... Insyaallah. Ok.. Habis dah iklan.

Bila Roti canai dah kelihatan seperti diatas dan bahagian dalam pun diyakini telah masak. Boleh lah susun coklat yang telah dipecah-pecahkan tadi.
Susun seperti gambar di atas ya :)

Kemudian lipat dua. Dan balik -baik berulang kali. Sehingga coklat diyakini cair didalamnya. Pastikan anda tidak buka ya lipatan ini. Kalau tidak, coklat-coklat akan melekat di pan tu. Membazirkan. Pan pula yang makan coklat. :p

Bila dah siap. Ini lah rupanya.:) Selamat mencuba...

Selera Khalis sekarang ini sudah kembali normal. Selepas saya berikan Shaklee's Mealshakes. Alhamdulillah. Gembira sangat-sangat.

Sayu Hati

Saya ni sebenarnya hari-hari pun sayu, hari-hari pun sedih. Tapi antara boleh control ke tidak. Semoga Allah kuatkan diri ini menjadi seorang ibu yang kuat semangat dan berjiwa kental. Allah maha mengetahui dan sesungguhnya saya yakin. DIA mempunyai perancangan yang terbaik untuk saya. Di kala buntu, saya hanya mampu berserah sepenuhnya kepada ketentuanNya.

Tiap kali tengok Khalis, hati ini menjadi sangat-sangat sayu. Pelbagai persoalan akan keluar dari kotak fikiran saya. Tapi apa persoalannya, biarlah rahsia :)


Khalis baru lepas terjatuh ni. Setelah sebulan lebih dia tidak menangis disebabkan jatuh. Mungkin lah perkara kecil je kan. Tapi, entah kenapa melihat dia tidur hari ini. Saya rasa terlalu sayu. terlalu sayu. Ya Allah... Kau bahagiakan anakku Dunia Akhirat... Amin...

Kebiasaannya, bila Khalis tidur, lebih dari 30 minit. Hati saya menjadi rindu sangat-sangat. Di kotak fikiran saya, saya tak tahulah macam mana andainya saya perlu berjauhan dengan dia. Tidak terbayang difikiran saya. Rasa takut untuk fikirkan. Nauzubillah... tapi pasti suatu hari nanti Khalis mesti perlu belajar, perlu meneruskan kehidupan dia sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini.

Maaf kalau saya puji anak sendiri. Kalau ibu tak puji, siapa yang nak pujikan... Khalis ni comel sangat-sangat. Tersangat... Walaupun marah macam mana pun tak sampai hati. Mesti saya pula yang menangis lepas marah kan dia. Itu yang selalu terjadi. Budaknya pandai, cepat pick up. Dia perhatikan apa orang buat. 2,3 kali orang ulang perkara yang sama dia dah boleh pick up. Kebolehan dia biasanya berlaku dari satu perkembangan ke satu perkembangan tanpa saya perlu mengajar. Mulut seorang ibu. Doa seorang ibu sangat-sangat mujarab. Jadi disini saya lihat, seorang ibu perlu menjaga tutur kata. Satu perkataan yang tak baik pun tak boleh cakap. Alhamdulillah setakat ini tidak pernah terkeluar perkataan yang bukan-bukan. Semoga Allah menjaga tutur kata saya ini... Semoga Khalis akan terus berada dibawah lindungan dan dirahmati Allah S.W.T

Khalis's new toy

Lebih sehari saya tidak bersiaran. Broadband kena sekat sebab tak bayar . :p Sekarang sudah dibayar jadi boleh lah bersiaran dan membalas email, PM ... Pada yang saya masih belum balas, harap bersabar. Saya akan balas ya.

Seharian tanpa internet. Gelisah juga rasanya. Agaknya sebab dah terbiasa online hari-harikan. Memang tak boleh nak buat kerja. Jawabnya duk teman Khalis tengok Upin Ipin. Layan Khalis sepanjang hari. Ada hikmahnya dengan setiap yang berlaku.

Jadi hari ini, saya mula bekerja. Membalas email dan design.

Lebih seminggu dah, Khalis dapat toy baru ni. Bukan apa, saya beli sebab asyik berebut je nak kan laptop. Macam mana nak buat kerja kan. Jadi jalan terakhir memang kena beli juga gadget untuk dia. Since dia tak mau tengok TV nak tengok kat laptop juga. Jadi saya belikan tablet untuk dia. Masih dalam proses nak downloan program education dalam tu. Nak kena cari tempat ada wi-fi sebab tak boleh connect pula dengan broadband ni. Katanya modem broadband ni tak support. Jadi buat sementara ni, Khalis layan Boboi boy dengan Upin Ipin .



Kusyuknya. Nanti kalau ada program education mesti lagi kusyuk.

Tablet ni bukan yang mahal tu. Harga dia less dari RM500. Kebetulan dapat duit daripada En Nuffnang ( dah jadi kedekut dengan saya, sebab dah lama tak dapat BE walaupun traffic lebih dari 500UV sehari. Malas nak hantar email untuk bertanya.)

Dapat tablet memang dah kurang dah dia melayan laptop. Tapi tablet dia tak boleh orang sentuh, ngamuk la jawabnya. Gaya macam ni..memang tak boleh ada adik :P Barang-barang dia memang orang tak boleh usik. Ibu dan baba dia pun tak boleh usik. Sejak dia dah pandai membezakan barang-barang dia dengan barang orang lain ni. Perangai dia dah jadi macam tu. Kena cakap baik-baik baru boleh pinjam.


Yippie... Itu sahaja, nak sambung kerja. Senyuman dari Khalis, "terima kasih kerana sudi baca blog Ibu saya". Till next time :)

Khalis

Rasanya tajuk entry Khalis dah pernah ada kot sebelum ni, dah tak ingat dah. Tapi saya tak de modal nak buat tajuk apa.

Khalis masih yang dulu cuma dah makin besar. Fizikalnya membesar tapi di mata saya dia baby untuk selama-lamanya. Dah pandai macam-macam. Perangai pun dah macam-macam yang kekadang buat saya hilang sabar, juga kekadang membuatkan suara saya kedengaran seperti "George of the jungle". Baru melayan kerenah seorang, rasanya cukuplah seorang kot :)

Khalis in black, Macho tak? :p
Dah lama tak bergambar, sejak handphone saya sudah tidak berfungsi maka putus la punca gadget untuk bergambar. Khalis kelihatan kekok untuk bergambar. Kekadang bila kamera dihala kepada dia. Mula la tersipu-sipu malunya. :)

Orangnya pemalu bila mula-mula jumpa tapi lepas sejam dah ok dah. Pantang nampak gadget dia mesti suka. Handphone, laptop, kamera, tablet, ipad, memang pantang jumpa. Excited je dia tengok benda-benda macam tu. Khalis... Khalis...

Sekarang dah 2 tahun 4 bulan. Sungguh pantas masa berlalukan. Tak terasa. Saya rasa belum bersedia nak melihat dia membesar, tapi tak mungkinlah dia nak keadaan baby selamanya kan. Ya Allah sayunya. Rindu sangat-sangat saat Khalis baby, meniarap, merangkak. Owh... rindunya. terutamanya masa dia merangkak dulu. Sangat comel. Masyaallah ....:)

P/s : Mamafiza mesti tengah baca kan? terima kasih untuk "si putih" . Hadiah yang sangat-sangat tidak disangka. Insyaallah dah beli memory card nanti, banyak gambar-gambar Khalis akan diupload :) Semoga rezeki Mamafiza dan keluarga melimpah ruah.:) Amin...

[Personal]: Skrin Laptop Wajib kena bagi dua

Tugas sebagai seorang Ibu perlu diutamakan...:)
saya pegang prinsip itu.
tapi terkadang bila rasa stress saya biarkan juga Khalis main sorang2.
sehingga saya tenang...
approach balik dia...gurau2 dengan dia...sebab tak nak tengok saya dalam keadaan mood tak baik...
tapi kebiasaannya bila tengok dia stress pun hilang...
lagi2 Khalis memang jenis pandai memujuk...
dia pandai buat muka kesian...

Anak yang kita kandung
mana tak cairkan...
keletah dia kekadang ada juga buat kita rasa HOT je...
tapi budak kecil kan...
mana la dorang tahu apa2...
apa yang penting kena cakap perlahan2 apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat...

Setakat ni...
Khalis dah pandai buat banyak benda.
dan saya bangga dengan pencapaian untuk diri dia..:)
suruh kemas toys dah pandai kemas sendiri.
makan sendiri.
minum air dalam cawan pun dah pandai...yang ni saya tak ajar pun. first time bagi cawan dia dah pandai minum.
Banyak dah pencapaian untuk diri dia.

Cuma Khalis tak pandai bertutur lagi...
kalau dia nak apa2 dia just pandai tunjuk2 je...:)
tapi naluri ibu...
kekadang dia just cakap hm...hm...
tapi saya faham dia nak apa...
hehehe ajaibkan...


Skrin laptop, memang kena bagi dua...
[kenapa? sebab saya asyik design sampai lupa anak ke? huhu tidak lah sampai macam tu...]
Biasanya kalau dah selesai bagi makan dan saya nak hilangkan penat seketika...
saya akan duduk depan laptop. sambil buat design.
dan kalau khalis tak tidur...
dia mesti akan request video kalau tak Upin Ipin... Boboi Boy..
dua cerita ni kalau pasang memang duduk diam la dia...
saya boleh la mendesign dan coding...kira adil la kan...sebelah2...:)

Kekadang ada juga time2nya dia nak saya teman dia tengok video..
tak bagi pergi mana2...
bila tinggal je dia mula merajuk...
huhu parah tau.
sudahnya...
semua kerja rumah memang tak siap la...
kan kalau biar menangis pulak...
jadi kena layankan je dulu lepas tu cakap elok2...:)
paham la dia nanti....

Dalam proses nak beli CD/DVD untuk Upin Ipin dan Boboi Boy ni..
tapi tak nak yang sikit2 tu..
kalau boleh nak yang satu episod terus..
ada ke jual ek?
sebab dah lama tak pergi jalan2 kedai CD.
jangankan jalan2 kedai CD...
keluar rumah pun sebulan sekali...huhu...

Sebab senang terus pasang CD ni kat TV je kan..
bila tengok kat You Tube ni...saya asyik kena tambah Bandwith Broadband je tiap2 bulan...

Nak pupuk kan tabiat membaca pulak kat Khalis ni..
Ibu2 bagi la pendapat tentang cara nak pupuk tabiat membaca ni...:)

Khalis Ulser Mulut Pulak.

Selama setahun 10 bulan bergelar ibu ni...
Ini adalah dugaan yang paling berat rasanya untuk ditanggung...:(

Hari tu saya ada publish entry tentang Khalis demam...
rupanya Khalis demam sebab ada ulser kat dalam mulut dia...
Ya allah...
hari ke-2 dia demam baru saya detect...
macam ada lepuhan pada lidah dia...
dan ada biji2 air yang berwana putih kekuningan...

Masa itu...
saya menangis...
patutla Khalis menangis bila suap makanan...
kenapa saya boleh tak perasan....

Orang dewasa pun kalau terkena ulser...
mesti sakit kan nak makan..
inikan budak kecik...:(

Setelah masuk hari ke-5...
lepuhan tu dah makin berkurangan...
cuma pagi ni...
saya betul2 terkejut tengok gusi Khalis berdarah...
rupanya...
ada juga lepuhan pada gusinya...

kenapa jadi macam ni...:(
saya buntu sangat2...
sekarang ni...
continue je bagi antibiotik yang doktor bagi...
ada ibu2 yang boleh bagi cadangan tak?

Saya tak sanggup nak tengok...
tiap kali nak makan..
mesti nangis...
badan dia dah makin susut sangat2...sebab tak makan...:(

tidurnya pun terganggu...
malam2...sejam sekali bangun...'setengah jam sekali bangun...

saya langsung tak de semangat...:(

Khalis Demam On Off

Assalamualaikum W.B.T
Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi....
saya masih tak lelapkan mata ni...
jaga Khalis yang baru tidur...
Demam dia dari semalam lagi...
On Off...
Pagi tadi dah ok...
tetiba malam ni...badan dia mendadak pulak panasnya...
Khalis pulak tak nak makan ubat langsung....
dah puas paksa...
tapi dia tetap tak nak telan...
nak paksa lebih2 saya rasa ni pun dah tahap melebihi...
sampai nangis2...:(

Pukul 4...
dia terjaga lagi..
menangis2... badan dia panas garing...
saya lap dengan air suam badan dia kembali sejuk sikit...
terpaksa la masukkan ubat bullet untuk kali kedua...
semalam dah masukkan...
tapi ni kena masukkan juga...
takut apa2...

Khalis demam sebab pada lidah dia ada lepuh2...
jumpa doktor dah 2 kali...
doktor cakap lepuh tu sebab panas...
dan juga mungkin disebabkan virus...
doktor bagi ubat yang sapu pada lidah...
dan kena habiskan antibiotik yang dia bagi semalam...
tapi...
Khalis langsung tak nak...
doktor kata campurkan dengan ais krim...
pun saya dah buat...
tapi tak nak juga...

Ubat yang sapu kat lidah tu pun
nak boleh ke sapu menangis2...
tapi kena paksa juga...dia punya ketapkan gigi dia...
kuat sangat...
sebab tak nak bagi saya sapu...
Khalis...Khalis...

Semoga anak Ibu cepat sembuh...
amin...

sekarang ni dia diatas riba....tak nak tidur kat atas tilam....
bertilamkan paha saya lah sepanjang malam...
Kebasnya tuhan saja yang tahu...
tapi untuk keselesaan dia...:)
apa pun boleh...:)

Kepada Klien yang menunggu design2...harap bersabar ya...
saya akan design slow2...
tapi kalau keadaan memaksa...
saya kena stop mendesign untuk sehari dua...
harap anda semua memahami...:)

Penyusuan Untuk Khalis

Assalamualaikum W.B.T

Merehatkan minda sekejap...
selepas jari jemari cramp memegang mouse untuk melukis...:)

Dah lama tak bercerita tentang Khalis.
Since saya tidak mempunyai kamera ni...
mood untuk bercerita memang tak de langsung...
Gambar Khalis pun dah lama tak snap...
bila la akan mendapat kamera ya...:)

Khalis sekarang dah setahun 10 bulan... lagi kurang 2 bulan. Dia dah nak masuk 2 tahun
cepat betul masa berlalu...
rindu sangat2 dengan Khalis masa baby dulu...
hehehe
tapi itu tak bermakna saya nak anak lagi buat masa ni...
rasanya belum masa kot.
sebab keadaan memang tak stabil...

Syukur alhamdulillah...
niat saya untuk berhenti bekerja dan menyusukan Khalis dengan susu ibu sepenuhnya dan lanjutan sehingga 2 tahun...hampir tercapai...:)
Terus terang...
saya berasa amat puas hati dengan diri sendiri...
walaupun hidup tidak mewah dan kekadang pun seringkali kesempitan dari segi kewangan...
tapi...
niat saya untuk menyusukan Khalis tercapai sehingga umur dia 2 tahun hampir tercapai...

Lilypie Breastfeeding tickers


Kekadang bila Khalis kerap kali menyusu badan ini terasa sangat2 penat...
tapi melihat dia ketawa, riang...
hati ini terasa hilang lelah dan penat...
itulah kepuasan yang tidak terhingga...

Saya ada juga selang dengan minuman sampingan...sebab dia dah agak besar...
umur dia setahun 3 bulan...
waktu minum pagi dan petang...
saya mula bagi biskut dengan air milo, susu kambing hi-goat, horlick...kekadang bagi susu kotak Dutch Lady untuk umur setahun hingga 6 tahun...[yang ni...Khalis suka sangat minum] kekadang boleh habiskan sampai 2 kotak...tapi yang peliknya dah habis 2 kotak..
boleh lagi demand nak susu pulak...
huhu...
macam2 kan...

Keputusan saya untuk menjaga sendiri Khalis...
saya tidak pernah sesali...
kerana itu adalah pilihan saya semasa saya mengandungkan Khalis...
saya bertanya pendapat beberapa orang rakan...
ya...
dah nama pendapat kan..
mesti ada negatif dan positif...
ada yang kata perlu bekerja...kerana zaman sekarang semua perlukan duit...
dan macam2 lagi...
cuma saya pegang pendapat seorang teman...
"Kita hidup kerana Allah...
Kita hidup dibumi Allah...
setiap Makhluk yang diciptanya...akan sentiasa dilindungi...selagi kita mengingati kepada Maha Pencipta...
Rezeki ada dimana2... cuma apa yang perlu adalah kita usaha dan tawakkal...
pelbagai kerja kita boleh lakukan untuk mendapat rezeki walaupun hanya berada dirumah...
anak adalah amanah Allah...
duit ni... walau kita dapat sejuta sehari pun...
belum tentu pernah cukup...
tapi... apa yang kita perlu adalah keredhaan Allah S.W.T"

terima kasih teman untuk pendapat itu...

ya... saya memang dibesarkan dalam kejahilan...apa yang saya belajar tentang agama adalah melalu pembelajaran saya di sekolah, universiti, buku2 dan mendengar rancangan2 agama...
tapi syukur Alhamdulillah...
walaupun tidak sempurna...tapi jika kita belajar...ia akan bertambah sedikit demi sedikit..
dan memperbaiki diri kearah yang lebih positif...Insyaallah...:)

Ternyata apa yang teman saya katakan itu adalah benar...
saya dapat merasakan...
bila kita duduk dan fikirkan...
kita akan dapat rasa...
Allah maha menyayangi makhluknya...

Wallahualam..:)

Ibu sayang Khalis sangat2...tiada apa yang lebih menggembirakan ibu...selain dapat mencium, membelai, menyusu dan menyayangi mu nak...Semoga Allah menjadikan anak ibu seorang anak yang baik...dan setiap susu ibu yang mengalir dalam diri mu...akan menjadikan mu anak yang soleh, pintar, bijak dan berakhlak mulia...amin...:)

Apabila kita menjadi seorang ibu...
bagi diri saya...automatik perangai semula jadi akan berubah...
dari seorang yang pemarah menjadi seorang yang penyabar..
dari seorang yang boros menjadi yang berjimat cermat untuk masa depan anak...
dari seorang yang berfikiran singkat kepada seorang yang berfikiran panjang...
sentiasa berfikir apa yang akan berlaku 5 tahun akan datang...10 tahun akan datang...

alhamdulillah...
inilah keistimewaan menjadi seorang ibu...kita akan menjadi insan kearah yang lebih baik untuk menjadi contoh yang terbaik...bagi membentuk anak yang baik...
Insyaallah...

semoga Allah kuatkanlah semangat ku dan sabarkan hatiku... supaya Khalis dapat hidup sempurna... kerana aku tidak mahu...
apa yang berlaku kepada ku... terjadi kepadanya...
tidak mahu anakku kekurangan kasih sayang...
tidak mahu anakku dipandang rendah...
tidak mahu anakku merempat...
tidak mahu anakku terumbang ambing mencari diri sendiri...
tidak mahu anakku dicaci dihina...
tidak mahu orang lain mengambil kesempatan keatas anakku...

apa yang ku lalui sudah cukup...
setiap masa aku berdoa...
supaya...
Allah lindungi Khalis hingga ke syurga-Nya...
Allah lindungi akhlak Khalis...supaya tidak terpesong...
Allah tempatkan Khalis di syuga-Nya yang kekal abadi...

amin...

Sebelum Mata Comel terlelap

Rutin harian dak Khalis ni... semakin teratur... alhamdulillah...senang sikit saya nak design...:) cuma malam je la... siang hari memang tak leh nak design ... Kalau tension tu... makin berganda tensionnya kalau berebut laptop dengan dak Khalis..:D so...sebagai bakal ibu mithali saya ambil keputusan untuk tidak mendesign di siang hari... Design hanya waktu dia tidur je...:)

Khalis ni memang sukar benor nak tidur... standard paling awal pukul 1...kalau dia tidur pukul 10 ke 11 ...itu satu bonus...:) dan paling lewat pulak... pernah sampai pukul 5 pagi... hehehe tahan betul mata dia... tapi saya yang risau.. bahaya baby tidur lewat2 ni...lagi pulak tidurkan penting untuk baby...[ baby lagi ke? :p still baby in my heart...forever...]

Khalis tak kan tidur selagi tak lalui benda2 berikut ya... memang betul2 kena ikut step... kalau saya termiss satu... dia memang akan request...:) [Sebelum tidur... dia akan membebel bahasa dia...kalau perkara2 berikut tak setel lagi...]

1. Mesti makan roti dengan air dulu... tak kisah sama ada roti dengan planta dan madu sama air masak ataupun roti plain sama air coklat... ini wajib...kalau tak... dah baring siap2 nak tidur... dia memang tak boleh lelap...dan konpem akan minta... hehehe mula2 bajet macam ibu dia ni akan bagi kejap lagi kot...bila macam dah ambil masa agak lama...dia memang akan request...sambil tangan tunjuk ke arah dapur... hahaha tak de benda lain la tu... konpem nak roti...:D

2. Dah lepas makan roti... mesti salin pampers..basuh badan dengan air sikit... sabun montot...tukar baju...pakaikan stokin dan bedakkan bagi wangi2... hehehe baru boleh tidur...

3. Susu itu perkara wajib...dah susu... kena standby air masak kat kepala tidur...:D kalau tak...mesti mengagau dia cari malam2... hehehe pernah hari tu sampai ketuk2 tilam cari dia punya air masak. saya pulak tak dapat nak catch up dia nak apa...dalam mamai2... menangis3 dia nak air masak...nasib  baik susu memang tengah produce dengan bagus... dapat hilangkan dahaga dia...esok tu baru saya dapat catch up...dia nak air masak rupanya...lepas tengok botol air dia kat atas meja...alahai...kesian dia...:')

4. Sebelum tidur... mesti kena gurau2 dengan dia... suka benor dia main rambut saya... hehehe ambil rambut letak2 kat hidung kat telinga... gelak2 dia sebab geli... comel giler...:P kalau tak buat...dia mesti request saya buka ikat rambut...sebab nak main2 dengan rambut...:)

5. Ha... ini memang dia dah tahap nak tidur sesangat...:) Sana tak kena sini tak kena...dia golek2... satu tilam dia tawaf... merajuk tak tahu apa ke sebab... kena pujuk2 lepas tu... sayang2... dah tu... mesti tak kena dengan belakang... gosok2 belakang...sampai la dia terlelap...

Ambil masa juga la Khalis nak tidur...tapi yang paling kelakar...memang dia akan request supaya tutup lampu... kalau terus baring lupa nak tutup...dia akan tunjuk kat suis lampu suruh tutup...:D pandai berjimat...kwang2 ikut perangai kedekut sape la ni... :p [sape lagi kalau bukan bapaknya...]

Khalis biasanya akan tidur pukul 1.30 pagi...
kalau tutup lampu pukul 11 pun... itu lah waktunya tidur... kekadang saya yang tertidur dulu...sedar2 dia dah terperuk kat dalam pelukan saya...:) terkadang pandai dia... kalau dia nak suruh orang peluk...dia akan angkat tangan orang suruh peluk... biasanya kalau baba dia tidur... dia wat macam tu la..:)

Khalis Khalis... macam2 perangai ... budak kecik baru nak explore... keletah mereka sangat2 mencuit hati...:) Kenangan yang pasti akan tersemat sampai bila2...:)

Owh... begitu... pastikan anda membacanya ya... huhu

ya... saya memang pernah menyertai syarikat ini... huhu... tak nak la cerita panjang..:( cuma nak share info kat bawah ni ye...

saya copy daripada blog Kak Diana...

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri.

Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O Marketing)
50. Woh Chee Houw - Sales Manager (Hai-O Enterprise)


Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.

sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............


Salam Ukhuwah..~


Pengalaman membuatkan saya cukup takut nak join semula mana2 syarikat MLM yang berkonsepkan seperti syarikat ini... kena cari orang...dan minta orang invest..:( lebih baik saya penat design... daripada tak menanggung hutang seperti sekarang ni... hm... mungkin jadi pengguna sahaja... huhu

Khalis dah pandai cakap...

Perkembangan anak2 memang cepat kan... kekadang memang tak sempat nak catch up... huhu ini saya duk kat rumah dengan dia... kalau saya bekerja...tak tahu la kan... memang tak dapat nak bayangkan...sebab tu saya rasa ambil keputusan untuk resign dan jaga Khalis adalah bijak... walaupun terpaksa melalui macam2 dugaan... [dah namanya hidup... mana ada tak de cabaran dan dugaan... hidup senang ke...hidup susah... itu dugaan Allah kepada hambanya...:)] Saya tak pernah rasa menyesal dan mengeluh Resign untuk jaga Khalis...

Bayangkan kalau saya bekerja...sekarang...adakah jawatan saya sudah menjadi Area Manager? ataupun duduk kat HQ sebagai Trainer?? tak boleh nak agak...

ok... stop...:p

Perkembangan Khalis... sekarang Khalis dah berjalan... baru sebulan dia pandai berjalan... tepat2 setahun 5 bulan dia pandai berjalan... ngeh2 ada yang kata lambat kan... yup...anak saya memang lambat berjalan... tapi... lambat tak lambat... sekarang dia dah nak berlari dah... berjalan pun dah mahir... hehehe tak de jatuh2...

Ramai juga yang duk tegur anak saya lambat berjalan... mula2 rasa pelik juga...tapi mak saya kata macam ni..." Semua itu kehendak Allah... Allah maha mengetahui... terkadang... kanak2 ni...memang sama umur... tapi tempoh matang mereka berbeza untuk satu peringkat ke satu peringkat..." sebab itu...saya memang tak push sangat Khalis untuk berjalan... memang tak ajar pun dia berjalan... sebab saya lebih suka dukung dia... hehehe walaupun susah nak buat kerja...tapi saya tahu...dia sentiasa dekat dengan saya...[ngada eh...ayatnya... hehehe] 

Sebab itu Khalis agak manja kot... hehehe sebab ibunya manjakan dia... ada juga yang pernah berkata " jangan manjakan sangat anak... nanti dia tak berdikari... naik kepala..." bagi saya... masa kecik ni la... memang dia nak dimanjakan... takkan la umur setahun dah nak suruh berdikari... a big NO for me... saya tak tahu orang lain... ini SAYA [jangan ada yang serang pulak lepas ni... kwang2] lagipun...saya baca dalam mendidik anak secara ISLAM... umur 1-7 tahun... kita memang kena manjakan dia... belai dia... jangan pukul... jangan tengking...[erk...kekadang ada juga terkuat suara dengan Khalis... geram sangat kalau dia duk ketuk laptop masa tengah design... lepas tu... time nak cebok poo poo... ades... suka sangat nak main air... poo poo tak basuh lagi... dia sibuk duk nak berebut paip... apa lagi.. kena la suara kuat ibunya... ;p]

Balik pada anak manja tak boleh berdikari... sebenarnya bagi saya tak macam tu... manja dalam tegas lain...bukan manja dia wat apa yang salah pun ikut je...[erk..tapi budak umur setahun dah pandai wat salah ke? setakat ni... saya tak tengok lagi Khalis wat salah apa2...] cuma kalau nak dukung tu ada la... itu kesalahan ke? Saya tengok...ramai anak manja... hidup mereka lebih bahagia dan terbela... tapi... jangan kata anak terbiar hidup mereka tak berjaya... pun ramai juga... sebab itu... bergantung kepada individu...

Tetiba panjang pulak repekan entah kemana2...:p

Khalis dah pandai bercakap... kwang2... apa yang dia cakap?
Wah... dah pandai marah2kan ibunya... bila saya duduk je menghadap laptop ni... untuk design... dia akan kehulu kehilir... membebel tak sudah2 dalam bahasa dia... memang tak leh nak rakam...sebab tak de kamera... huhu... pandai sangat la dah marah... merajuk... huhu... kekadang kalau tak layan... ngamuk la dia...;D

untuk perkataan2 orang dewasa... Khalis dah banyak menguasainya...:)
BABA
IBU
CAT [yang ni...siap buat bunyi sekali...miow...hehehe]
BIRD [kalau tengok luar rumah... nampak je burung... mulut dia... biard biard...hehehe ]
SUDAH dan BELUM[ "dah" katanya... kalau baba dia tanya... Khalis dah makan belum... kalau dah makan dia cakap..."dah!" kalau belum dia cakap "boum"]

kalau part2 lain...
tunjuk mata, mulut,gigi, tangan, ball, toys, baju, bedak, minyak, mandi, oook [berak], makan, air,... dia dah pandau tunjuk kalau dia nak...

Hehehe comel betul budak2 besar ni bila time dorang belajar explorekan... dengan tangan kecik... kaki kecik... jalan kedek2... ehehe kekadang tergelak dalam hati... lagipulak... budak besar ni... memang cepat belajar... otak dorang akan cepat pick up... semua yang ada depan mata... Khalis pun... pegang mouse ke... gerak2kan mouse... tekan2 button laptop... dia dah pandai... :)

Semoga anakku akan menjadi anak yang pandai dan bijak. Berjaya dunia akhirat...amin...
 
Copyright © Whitey Mommy™