Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Cabaran 30 Hari. Show all posts
Showing posts with label Cabaran 30 Hari. Show all posts

Cabaran 30 Hari 9 : 5 lelaki yang menarik perhatianku

Cabaran hari ke-9, Hari ke-10 baru ku taip,
bukan tak ingat, tapi mood menaip tak datang.
Jadi hari ini baru taip.
Soalan-soalan cabaran semua macam membongkarkan pasal diri sendiri kan,
takut nak jawab, tapi dah namanya cabaran mesti lah kena jawab juga kan.

5 Lelaki yang menarik perhatianku,
hm.. hm...
Ku ulas dari segi personaliti lah, lagi selamat kan?

Gambar sekadar hiasan, Ji Hoon Oppa.. ;)
1. Tinggi
2. Baik hati
3. Penyayang
4. Penyabar
5. Wangi, kemas dan bersih

cukup senaraikan personaliti sahaja, tak mahu ulas panjang-panjang.

Biasanya sebelum kenal bebetul dengan lelaki, kita akan ada first impression untuk seseorang, kita boleh minat orang itu, minat orang ini, tapi perjalanan untuk menemukan seseorang wanita dengan lelaki, telah Allah tulis di Luh Mah Fuz.

Cabaran 30 Hari 8 : 5 lagu cinta kegemaranku

Cabaran hari ini agak mudah sikit nak karang ayat :P
Ku seorang yang suka dengar lagu juga,
lagi-lagi kalau lagu yang ada sentimental value dan makna tersendiri buatku.
Dari dulu-dulu lagi memang suka dengar muzik,
menyanyi sorang-sorang,
nyanyi dalam bilik air, itu memang tabiat lah tu.
Dari zaman kaset ke zaman cd.
Masa umur sekitar 16 tahun, masa tu memang minat giler dengan Britney Spears
masa tu di awal kemunculan dia kan.
Pendek kata, masa tu memang ku layan lagu mat salleh aje. :P
Britney Spears, N'sync, Backstreet Boys,
3 ni memang yang sukaku dengar lah waktu tu,
tapi lagi lain pun layan juga, asal lagi omputih.
Jiwa remaja kan waktu tu.

Sahut cabaran hari ini,
ku kena paparkan 5 lagu cinta kegemaranku,
yang dulu-dulu dah tak ingat sangat,
tapi ni ku paparkan yang sentiasa ku ulang dengar sekarang.

1. Everytime (Britney Spears)



Versi Remix



2.How Long Will I Love You(Ellie Goulding) 



3. My Girl (Bi Rain)



4.Only You (Kim Tae Woo) 



5.Fate (Ost Full House) 



Ku tak pasti kalian boleh klik ke tidak play tu, kalau nak dengar dan nampak song bar , boleh klik dan dengar..

paparan untuk bahagian lagu sepatutnya seperti di bawah ini :)
bergantung kepada browser yang diguna, support atau tidak. :)

5 lagi ini antara yang kerap ku dengar :)
setiap lagu ada maksud tersendiri untuk diriku,
tak mau explain panjang2 .
Biarlah rahsia .
Ku sebenarnya seorang yang berjiwa sentimental dan agak sensitif, walaupun luaran ku macam kasar,
cakap pun kuat,

Cabaran 30 Hari 7 : Sejauh mana pendidikan itu penting?

Cabaran hari ke-7 ini perlu dihuraikan secara ilmiah
Payah juga nak bagi pandangan,
sebab ku tak berapa nak pandai untuk menyusun ayat.
Jadi kalau yang baca tu, buat-buat faham aje lah ya.
Pendidikan = Ilmu,
apa jenis pendidikan pun adalah ilmu, tidak kira baik atau jahat,
cuma yang berbeza adalah kesan.
Bagi saya pendidikan yang baik adalah amat-amat penting untuk membentuk individu yang baik dari segi akhlak.
Bagi kita yang beragama Islam, Pendidikan secara Islam adalah yang paling penting dan mustahak
supaya kita dapat mengenal Pencipta dan Tuhan yang Satu, Allah S.W.T
tanpa pendidikan, ilmu tidak akan diperolehi,

Rasullullah S.A.W juga merupakan insan yang mementingkan ilmu,
berpesan-pesan kepada umat-umatnya supaya menuntut Ilmu,
baginda sangat suka kepada umatnya yang menuntut ilmu,
ilmu yang digunakan dalam beramal adalah lebih baik berbanding beramal tanpa ilmu,
kerana orang yang berilmu akan tahu apa itu landasannya
Nabi Muhammad SAW juga telah menggariskan kepada beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda, “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan, maka bertanyalah. Ini kerana pahala itu diberi kepada empat jenis orang yang berkait dengan ilmu. Pertama, kepada orang yang suka bertanya tentang ilmu. Kedua, kepada orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajarnya. Ketiga kepada orang yang mendengar seseorang yang mengajar ilmu. Keempat kepada orang yang suka dan kasihkan majlis ilmu.

Cabaran 30 Hari 6 :Apa yang ku makan hari ini?

Tekak masih lagi sakit, demam dah berlalu, tapi masih tawar mulut,
makan apa pun tak rasa.
makan pun jadi tak berselera sangat,

dan nak makan benda merepek2 je,
Ibu Aqil dah tanya, sebab cabaran hari ini belum dijawab,
lewat sikit, sebab hari ni bz sikit, tak menghadap laptop sangat
Ingat malam tadi nak taip siap2 entry,
tapi sebab tajuk dia apa yang di makan hari ini, jadi tak leh lah nak taip awal-awalkan
sebab masa tu tak terfikir pun nak makan apa.

Hari ini, saya makan Mee Segera (sebab bukan jenama Maggi, jadi tak boleh sebut maggi kan?)

Mee Segera berperisa kari, dimasak bersama bawang putih, ayam dan telur,
saya suka makan mee yang kembang-kembang sikit, sebab lebih cepat kenyang.
teringin sangat-sangat nak makan, maka terhasil lah gambar diatas,
Ya, menu yang tak sihat kan?
apa kan daya, melayan nafsu makan, kalau dah teringin tu tak boleh nak tahan-tahan mesti nak makan juga,
nasib baik tak teringin nak makan kambing golek. hahaha.
kalau tak mana lah nak cari :P

Cabaran 30 Hari 5 : 3 perkara yang inginku katakan kepada bekas kekasih

Berfikir panjang nak sahut cabaran ini,
sebab sejujurnya ku memang tak de apa-apa nak diperkatakan kepada mereka
kerana hidup kita telah pun tertulis,
siapa jodoh kita,
bila mati kita,
banyak mana rezeki kita,

Mula-mula berpisah mungkin banyak yang hendak diperkatakan
tapi sekarang masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.

 Semoga kita semua dalam keadaan baik-baik di dalam rahmat dan redhaNya.

Cabaran 30 Hari 4 : Buku Kegemaranku

Ku memang gemar membaca,
kalau ikutkan semua buku adalah kegemaranku,
sebab semua buku pun ku suka,
semua buku yang ku ada, semuanya ku sayang,
sebab tu masih simpan :)
yang mana dah di let go tu bukan tak sayang,
tapi dah rasa tak nak simpan,
sekarang dah jarang beli novel, kecuali kalau TERINGIN sangat nak baca novel
kekadang ada juga nak melayan perasaan yang lagha.

Ini buku yang paling saya gemar sehingga sekarang,
40 Hadis Peneguh Iman dan Islam.

Penulis buku ini , berjaya buatkan saya membacanya berkali-kali tanpa rasa jemu.
Baca guna hati, buku ini boleh menjadi naskhah yang meruntun jiwa lebih hebat dari novel cinta setebal 600 muka surat.
Baca dengan pengharapan, buku ini boleh menjadi satu motivasi,
Baca dengan rasa ingin tahun, buku ini boleh membuatkan kita rasa dekat dengan maha pencipta,
Baca buku ini ketika murung, buku ini buatkan kita rasa masih ada harapan untuk gembira dan kita semua akan gembira, selagi kita berpegang kepada Allah S.W.T itu tuhan yang satu dan  Nabi Muhammad S.A.W itu adalah nabi kita. In Sha Allah.

Buku nipis ini menarik minatku, pertama kali pandang dah terpikat, macam ada satu perasaan halus yang menarik minatku
Harga pun tak mahal sekitar RM18. Tapi isinya padat tetapi ringkas,
sekali baca dah faham.

Permulaan yang baik untuk mengenal diri kita sendiri,
satu buku yang ku rasa naskhah yang baik sebagai permulaan untuk menjadi manusia yang lebih baik.
:)

Cabaran 30 Hari 3 : Sesuatu yg menguatkanku

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dalam lemahnyaku menghadapi hari-hari mendatang,
Allah telah aturkan semuanya, Allah telah siap kan sesuatu untuk menguatku,
Allah ajarku satu persatu erti kekuatan untuk menghadapi kehidupan ini.
Allah hadirkan seseorang, hadiah yang tiada bandingannya,
hadiah yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit,
hadiah yang berkekalan hingga akhirat, ikatan yang tak kan terputus sampai akhirat.
Allah hu Akhbar, air mata bercucuran saatku taip entry ini, bermula di ayat ini.

Kekuatanku adalah Muhammad Khalis Putra,
lahirnya buatkan ku berubah gelaran menjadi seorang ibu.
Titik permulaannya fasa baruku,
fasa baru yang tak lena tidur, fasa baru yang ku perlu uruskan orang lain selain diri sendiri
fasa baru untukku kenal menjaga amanah dengan baik,
fasa baru yang membuatkan ku macam dalam mimpi, tak sangka dapat melahirkan seorang anak.

Khalis banyak mengajarku,
erti kesabaran, ku pada asalnya bukan seorang penyabar, agak panas baran sebenarnya,
cepat melenting dan cepat juga sejuknya,
tapi adanya anak, ku belajar untuk mengawal supaya perangai ku tidak diikut oleh dia.
perlahan-lahan, hari demi hari, ku belajar untuk muhasabah diri,
selepas 5 tahun kehadiran dia, ku dapat rasa, ku adalah insan baru,
Allah hu Akhbar, rupanya Allah mengajarku untuk matang bagi menempuh fasa-fasa kehidupan yang mendatang.

Melihat wajahnya, membuatkanku berfikir panjang dalam mengambil sesuatu keputusan,
apa-apa pun keputusan adalah untuk kebaikkannya,
ku belajar bergantung harap sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana mahukan yang terbaik untuk Khalis,
Sesungguhnya, Allah mengajar ku perlahan-lahan, mengajarku yang tiada kebergantungan dan tiada tempat mengadu yang paling baik melainkan DIA,
Ujian yang datang bertimpa-timpa Allah hadirkan bukanlah untuk menyakitkanku tetap untuk mengajarku erti kehidupan dan erti kasihnya Maha Pencipta kepada hambanya.
bersyukur saat diuji kerana itulah proses kematangan,
dan Allah aturkan Khalis untukku supaya aku kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan yang bakal DIA berikan.

Kehadiran Khalis 5 tahun dalam hidupku disulami dengan pelbagai kerenah gelak tawa, geram marah, gurau senda, tangisan. Pendek kata seribu satu perasaan, seribu satu rasa telah kuhadapi.
Indahnya kehidupan apabila hadirnya dugaan dan Allah lepaskan kita dari dugaan. Itulah kehidupan sebenarnya. Dugaan tak kan pernah terhenti sehinggalah kaki melangkah ke syurga, jika tidak akan terus meneruslah menghadapi dugaan yang setiap fasa kehidupan, dugaannya makin besar.

Gelak tawa Khalis menghiburkan hati,
Tangisan meruntunkan hati,
Panggilan Khalis, selalu buatkan hati riang,
sentuhan Khalis semasa ku dalam keadaan sedih, selalu buatkan rasa masalah terbang menghilang.
walaupun seketika hati merasa tenang, tapi rasanya sangatlah nyaman dan lapang.

Allah hu Akhbar..
Peliharalah putraku hingga ke syurgaMu. Catatkanlah namanya sebagai penghuni Syurga Firdausi,
Jadikanlah dia insan yang baik hati,
Jadikanlah dia anak yang soleh,
Jadikanlah dia insan yang bijak dan berbakti,
Jadikanlah dia insan yang bertanggungjawab,
Jadikanlah dia insan yang baik budi pekertinya.
Peliharalah dia dari segala malapetaka hingga ke syurgaMu.

Ku sentiasa titipkan doa buat anakku, kerana ku tahu satu perkara,
tiada apa yang lebih bernilai di dalam dunia ini berbanding kasih dan doa ibu,
tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
tetapi nilainya sangat-sangat tinggi.

Muhammad Khalis Putra,
kekuatanku...

Cabaran 30 Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

Makin mencabar pula permintaan untuk cabaran 30 hari ini.
Cara nak menangi hatiku?
apa ek?
cuba lah senaraikan yang terlintas sahaja :

1. Berbuat baik
Ku mudah rapat dengan orang yang buat baik dengan ku, tak kira dari apa aspek,
sokongan, mendengar luahan hati, belanja makan, sentiasa ada apabila ku roger-roger,
sentiasa beri semangat yang positif, pendek kata semua yang baik-baik boleh buatkan hatiku senang dengan individu tersebut.

2. Bawa keluar jalan-jalan
Ku sebenarnya seorang yang suka jalan-jalan, pergi bercuti, dapat lepaskan tekanan kan?
terutama kalau pergi pantai, memang suka sangat dengan pantai.

3. Belanjaku Shopping
Ini memang paling ku suka, hahaha paling ku suka kalau nak sesuatu tetiba ada orang nak belanja.
Rezeki dari Allah namanya tu, memang tak selalu dapat, tapi kalau dapat tiap kali nak lagi-lagi lah senang hati.

4. Faham isi hati dan tidak memaksa
Orang yang tak memaksaku, biasanya akan cepat membuatkan hatiku senang, selesa sangat dengan individu yang tidak mengongkong. Nak lagi menyenangkan kalau ku tak cakap lagi orang tu dah faham, faham semua ku rasa, faham situasi dan keadaanku.

5. Berbuat baik pada orang yang kusayang/kusenangi
Yang ini kira bonus, sebab ku akan senang kalau orang berbuat baik pada anakku dengan ikhlas,
layan kerenah dia dan senang dengan siapa yang ku senangi.

susah lah nak jawab cabaran ini, tak pandai nak susun ayat, sebab ku sedikit berahsia tentang soalan seperti ini, tak boleh nak all out, hahaha jadi cara diatas tu hanyalah secara cliche :P
soal hati ini halus kan? kekadang tak buat apa-apa pun hati dah dimenangi. :P

Cabaran 30 Hari 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diriku

Gigih ku nak mengupdate blog, sampai dah terupload gambar sendiri semata-mata nak penuhi syarat kan?
Ku jarang bergambar, ambil gambar anak banyak.
tak berkeyakinan nak show gambar kat laman social ni.
Maka inilah gambar terbaruku bersama dak Khalis.
Boleh dikatakan gambar terbaru juga, sebab diambil dalam tahun ini, pilih juga gambar ini, sebab segannya nak tampal gambar kat blog. sejak mengalami gems ni tak de semangat nak selfie ke, nak bergambar ke.
5 Fakta Tentang Diriku
1. Ku suka warna
sejak menjadi designer ni, makin banyak pula warna yang ku sukai, tapi warna paling ku suka putih, pink, hitam, blue jeans, sekarang ni tetiba terminat dengan warna cream, nude dan dusty green pula. Mungkin faktor umur, maka selera pun dah berubah. Merah pun suka juga kekadang, tapi tak selalu, sebab lebih suka warna soft dan pastel :)

2. Ku suka membaca buku
masa zaman muda dedulu, suka baca komik dan novel, bila dah berumur ini , citarasa membaca pun berubah kepada bahan bacaan yang lebih ilmiah untuk berubah kearah yang lebih baik In shaa Allah...
Tapi masih juga membaca novel kekadang tu, untuk hiburan sekali sekala. Kekadang spend masa juga lepas design selak 2-3 pages buku, ataupun masa bercuti ku akan habiskan satu buku. Jadi untuk tajuk yang best-best akan ku spend masa seharian untuk habiskan terus membacanya.

Sebahagian daripada koleksi yang ada, novel-novel dah banyak yang di let go.
3. Ku suka bunga,
 wanita dan bunga berpisah tiada, walaupun tidak semua yang minat bunga, tapi ku memang gila bunga, biasanya kalau pilih baju, corak berbungalah yang akan ku pilih dulu especially kalau bunga ros, pitam kalau tak beli, confirm akan teringat2.
Ku suka semua jenis bunga tapi yang paling ku suka, bunga ros dan bunga lily.



4. Ku suka makan
Makanan mesti semua orang suka kan? tak de orang yang tak suka makan, cuma bergantung kepada badan seseorang, ada orang makan berpinggan2 tak juga gemuk-gemuk, ada orang makan sepinggan nasi pun dah gemuk (ku adalah yang jenis ini, asal makan terlebih dari keperluan memang akan naik berat badan, nak kena sentiasa berjaga2)
Ku suka masakan kampung dan western (ceceh.. western habaq hang).
masakan kampung, kalau jumpa yang kena selera, ada budu, ada ulam, ada ikan goreng ke, ikan bakar tawar ke, confirm nasi berpinggan-pinggan habis,
jadi dalam proses berdiet ini, ku tak masak benda-benda alah ini, sebab confirm tak kan dapat berdiet, budu pun tak simpan kat dalam rumah, kan tengok botol budu pun boleh meroyan nak makan berkoyan-koyan.


5. Ku suka jeans
Kegemaran sejak dahulu kala lagi, masa zaman muda-muda ku suka pakai jeans, pendek kata fesyen dulu-dulu jeans and t-shirt, kasut, simple aje pergi ke kuliah.
dah berumur ni, masih minat jeans, tak lekang dek zaman orang kata.
tapi berubah kepada minat dengan skirt jeans, sampai sanggup belajar jahit semata-mata nak  menjahit skirt jeans. In shaa Allah , suatu hari nanti ku akan show sikit hasil yang dah pernah dibuat,
kalau yang friend dengan ku di Facebook tahu lah pasal ini kot. :P

Jacket jeans pun menarik perhatian, sekali sekala berubah selera menjadi hijabista, pakai skirt jeans, blouse labuh, jacket dan wide shaw. Nampak smart tapi dengan syarat ku kena kurus lagi baru nampak sedap mata memandang, kalau tak nampak kembang semacam je kan
buat malu je.:P
Teringin juga nak pakai Kap Kot macam kat bawah ini,
Tapi ku bukan retis, jadi macam tak sesuai nak pakai, terutamanya cuaca Malaysia ni bukannya iklim 4musim, iklim Khatulistiwa. Mau panas naw2 kalau pakai kan, tapi terliur juga,
Fesyen gini popular kat Turki tak silap, pakai yang sedang-sedang, tak ketat dan tak longgar asalkan menutup aurat dengan rapi.
Fuuh... dari pagi sampai petang sediakan entry ini sambil kemas-kemas rumah, malas je menaip berhenti kemas rumah, kejap berhenti untuk design pula. ni sambung balik sampai siap.
Menyahut cabaran untuk esok hari pula. Kalau rajin taip siap-siap esok boleh auto publish.

Planning untuk bulan Depan

Untuk mengelakkan bulan depan punya blog tak de entry,
rasa-rasa macam nak buat 30 days blogs challenge ni,
walaupun dah habis kot segmen ini,
tapi nak copy tajuk-tajuknya, boleh mendatangkan idea untuk update
at least sehari satu entry, ok lah kan..
daripada terus sepi,

kan nuffnang tak bagi income update lagi dalam blog kan?
Dulu pernah juga begitu, bila update pasal tak puas hati dengan nuffnang,
tetiba income naik dengan pantas,
tak tahu lah sekarang kan :P
 
Copyright © Whitey Mommy™