Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Sayu Hati

Saya ni sebenarnya hari-hari pun sayu, hari-hari pun sedih. Tapi antara boleh control ke tidak. Semoga Allah kuatkan diri ini menjadi seorang ibu yang kuat semangat dan berjiwa kental. Allah maha mengetahui dan sesungguhnya saya yakin. DIA mempunyai perancangan yang terbaik untuk saya. Di kala buntu, saya hanya mampu berserah sepenuhnya kepada ketentuanNya.

Tiap kali tengok Khalis, hati ini menjadi sangat-sangat sayu. Pelbagai persoalan akan keluar dari kotak fikiran saya. Tapi apa persoalannya, biarlah rahsia :)


Khalis baru lepas terjatuh ni. Setelah sebulan lebih dia tidak menangis disebabkan jatuh. Mungkin lah perkara kecil je kan. Tapi, entah kenapa melihat dia tidur hari ini. Saya rasa terlalu sayu. terlalu sayu. Ya Allah... Kau bahagiakan anakku Dunia Akhirat... Amin...

Kebiasaannya, bila Khalis tidur, lebih dari 30 minit. Hati saya menjadi rindu sangat-sangat. Di kotak fikiran saya, saya tak tahulah macam mana andainya saya perlu berjauhan dengan dia. Tidak terbayang difikiran saya. Rasa takut untuk fikirkan. Nauzubillah... tapi pasti suatu hari nanti Khalis mesti perlu belajar, perlu meneruskan kehidupan dia sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini.

Maaf kalau saya puji anak sendiri. Kalau ibu tak puji, siapa yang nak pujikan... Khalis ni comel sangat-sangat. Tersangat... Walaupun marah macam mana pun tak sampai hati. Mesti saya pula yang menangis lepas marah kan dia. Itu yang selalu terjadi. Budaknya pandai, cepat pick up. Dia perhatikan apa orang buat. 2,3 kali orang ulang perkara yang sama dia dah boleh pick up. Kebolehan dia biasanya berlaku dari satu perkembangan ke satu perkembangan tanpa saya perlu mengajar. Mulut seorang ibu. Doa seorang ibu sangat-sangat mujarab. Jadi disini saya lihat, seorang ibu perlu menjaga tutur kata. Satu perkataan yang tak baik pun tak boleh cakap. Alhamdulillah setakat ini tidak pernah terkeluar perkataan yang bukan-bukan. Semoga Allah menjaga tutur kata saya ini... Semoga Khalis akan terus berada dibawah lindungan dan dirahmati Allah S.W.T

Khalis's new toy

Lebih sehari saya tidak bersiaran. Broadband kena sekat sebab tak bayar . :p Sekarang sudah dibayar jadi boleh lah bersiaran dan membalas email, PM ... Pada yang saya masih belum balas, harap bersabar. Saya akan balas ya.

Seharian tanpa internet. Gelisah juga rasanya. Agaknya sebab dah terbiasa online hari-harikan. Memang tak boleh nak buat kerja. Jawabnya duk teman Khalis tengok Upin Ipin. Layan Khalis sepanjang hari. Ada hikmahnya dengan setiap yang berlaku.

Jadi hari ini, saya mula bekerja. Membalas email dan design.

Lebih seminggu dah, Khalis dapat toy baru ni. Bukan apa, saya beli sebab asyik berebut je nak kan laptop. Macam mana nak buat kerja kan. Jadi jalan terakhir memang kena beli juga gadget untuk dia. Since dia tak mau tengok TV nak tengok kat laptop juga. Jadi saya belikan tablet untuk dia. Masih dalam proses nak downloan program education dalam tu. Nak kena cari tempat ada wi-fi sebab tak boleh connect pula dengan broadband ni. Katanya modem broadband ni tak support. Jadi buat sementara ni, Khalis layan Boboi boy dengan Upin Ipin .



Kusyuknya. Nanti kalau ada program education mesti lagi kusyuk.

Tablet ni bukan yang mahal tu. Harga dia less dari RM500. Kebetulan dapat duit daripada En Nuffnang ( dah jadi kedekut dengan saya, sebab dah lama tak dapat BE walaupun traffic lebih dari 500UV sehari. Malas nak hantar email untuk bertanya.)

Dapat tablet memang dah kurang dah dia melayan laptop. Tapi tablet dia tak boleh orang sentuh, ngamuk la jawabnya. Gaya macam ni..memang tak boleh ada adik :P Barang-barang dia memang orang tak boleh usik. Ibu dan baba dia pun tak boleh usik. Sejak dia dah pandai membezakan barang-barang dia dengan barang orang lain ni. Perangai dia dah jadi macam tu. Kena cakap baik-baik baru boleh pinjam.


Yippie... Itu sahaja, nak sambung kerja. Senyuman dari Khalis, "terima kasih kerana sudi baca blog Ibu saya". Till next time :)
 
Copyright © Whitey Mommy™