Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Tutorial: Cara Untuk Invite Admin Blog

Salam semua... nak kongsi tutorial yang tersangat penting untuk saya dan my customer also my future customer... since saya dah ada customer yang agak ramai ni.. jadi saya rasa tutorial ini akan lebih memudahkan saya dengan customer saya... iaitu semasa proses untuk install template...

Tutorial ini juga boleh digunakan untuk mereka yang ingin mengabungkan beberapa blog... tanpa perlu log in menggunakan email yang berlainan. Selain itu sesuai juga untuk mereka yang menjalankan bisnes secara share partner yang mana disamping itu mempunyai personal blog... jadi... yang share hanyalah blog bisnes... blog personal hanya pemiliknya sahaja yang boleh mengaksesnya...[hehehe betul tak ayat saya ni...]

Selain memudahkan saya untuk menginstall tanpa perlu logout dari blog saya... juga melindungi hak peribadi customer saya... mungkin customer saya mempunyai private blog yang tidak mahu dibaca oleh sesiapa...

Ok.. anda faham tak apa yang saya maksudkan? jom tengok tutorialnya... model untuk gambarajah tutorial ini adalah blog ibu Aqil... saya pinjam kejap... "terima kasih ya ibu..."

Saya gunakan situasi ini berlaku diantara saya dan customer saya... jadi saya menggunakan kata ganti nama untuk saya dan anda ya...

Pastikan anda log in Blog anda dulu sebelum invite... hehehe kalau tak macam mana nak invitekan...;p
1. Mula-mula klik pada Settings seperti didalam gambarajah diatas...

2. Anda akan dibawa ke sini... Klik pada bahagian Permissions

3. Klik pada ADD AUTHORS

4. Masukkan email orang yang anda hendak invite... seperti contoh diatas adalah email saya...

5. Notification kepada akan dihantar kepada orang yang anda invite dan skrin seperti diatas akan terpapar... dan anda perlu menunggu orang yang anda invite menerima invitation anda...

6. Email akan diterima oleh orang yang anda invite...[seperti contoh diatas saya menerima email daripada Ibu Aqil...] dan saya perlu menerima invitation itu dengan menekan link yang diberi...

7. Skrin akan terpapar seperti gambarajah diatas... dan orang yang di invite perlu memasukkan password dan menekan butang ACCEPT INVITATION

8. Pada Dashboard orang yang anda invite akan mendapat paparan skrin seperti diatas... blog yang terlibat akan terpapar pada Dashboard orang yang di invite. tetapi masih ada kekurangan... cuba tengok apa perbezaannya pada bahagian yang saya bulatkan dengan warna hijau... yup... nampakkan... tak semua setting orang yang anda invite boleh akses...

9. Jadi apa yang anda perlu lakukan... adalah... pada blog anda, anda perlu klik semula pada bahagian permissions tadi... dan klik pada grant admin privileges .

10. Kotak ini akan terpapar... dan klik pada GRANT ADMIN PRIVILEGES sekali lagi untuk mengesahkan invitation anda... dengan itu... orang yang anda invite boleh mengakses untuk blog tersebut sahaja ... jika anda mempunyai blog2 lain di dalam akaun anda... orang yang anda invite tidak akan dapat melihatnya...

tambahan untuk my customer: selepas saya selesai menginstall template anda... anda perlu delete email saya dibahagian authors... seperti gambarajah diatas...

Ok... paham tak bahasa saya... hehehe kalau tak paham... boleh perhati betul2 pada gambar...[sila klik untuk melihat paparan yang jelas] then let's picture talking....:)

Layout Yang Syok Sendiri

Layout Blog saya menerusi Lappy saya
Salam...
Mesti ada reader blog saya yang dah perasan kan tentang layout baru ni... Layout baru ni... dinamakan layout suka hati... hehehe tak tahu tema apa dia... layout ni ikut kelebaran skrin lappy saya yang beresolusi 1366X768... jadi kalau ada reader yang guna lappy resolution kurang daripada ni... memang appearance dia tak cantik...

Maaf ya... terkadang nak juga puaskan hati sendiri... hehehe bila buka blog nampak cantik je... biar orang lain buka nampak tak cantik pun...[boleh ke macam tu? hehehe] tapi biasanya kalau customer order memang saya akan nasihatkan supaya tak amik lebar2 supaya mesra reader... nanti susahkan reader je... duk scroll2 bahagian bawah kan...

Ok... itu je nak bagi tahu kepada mereka yang berminat nak ambil tahu...
sambung design balik...:)
 
Copyright © Whitey Mommy™