Guest(s) Visitor(s)
Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

[Kongsi] : Kelebihan ayat 7 - Ayat Munjiyat

Tujuh ayat al-Quran yang dinamakan ayat munjiyat ini telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirin RA sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesulitan dan kesusahan.

Ayat ini juga dipanggil ayat tujuh. Ianya terdiri dari 7 ayat dari beberapa surah Al-Quran iaitu ayat 51 surah at-Taubah, ayat 107 surah Yunus, ayat 6 dan 56 surah Hud, ayat 60 surah al-Ankabut, ayat 2 surah al-Fathir dan ayat 38 surah al-Zumar.


Antara khasiatnya jika diamalkan secara istiqomah :-
1) Dicatat pahala yang banyak
2) Wajah berseri
3) Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah
4) Dijauhkan dari gangguan iblis
5) Ditunaikan segala hajat
6) Terpelihara dari tipudaya musuh

Menurut Ka'abul akhbar:

Barangsiapa membaca akan dia, tiada kuasa seseorang memberi mudharat dan jikalau tertutup langit atas bumi, lepas ia dengan izin Allah.

Kata Ali r.a.:

Barangsiapa mengamalkan/membaca ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa aman sentosa dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.

Apabila ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), insyaallah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dai gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi para hamba Allah serta dimudahkan serta dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Apabila diamalkan 40 hari berturut-turut dan pada setiap solat fardhu dibaca tujuh kali, nescaya akan memperolehi faedah yang besar.

Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai sembahyang fardhu, insyaallah, Allah akan memahkan sakaratulmaut kelak dan memperolehi pahala yang besar pula. Juga kalau dibacakan ayat ini pada orang sakit, maka insyaallah akan menenangkan dan menyembuhkan dengan segera.

Barangsiapa yang membaca ayat tujuh dengan tujuh hari berturut-turut dengan ketentuan tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di malam hari, mudah-mudahan Allah akan melepaskan atau memudahkan dari kesulitan dan kesusahan.

Menurut yang pernah mengamalkan, baca ayat tujuh disiang hari tujuh kali dan malam hari tujuh kali selama tujuh hari kemudian selepas itu diwiridkan sekali siang (lepas subuh) dan sekali malam (lepas maghrib) secara tetap setiap hari. Jika sudah mantap amalannya, kesannya akan dapat dirasai.

Sumber

14 Comment (s):

  1. terima kasih atas perkongsian kelebihan ayat ini...

    ReplyDelete
  2. tumpang tanya..

    macam mana adik letak ayat design by (yang kat bawah sekali 2 ye).. kat mana nak bubuh link. puas dah fikir, hope sudi membantu :)

    ReplyDelete
  3. thanx for sharing kak...akak..mohon copy entry ni blog yee..tq=D

    ReplyDelete
  4. kakak...org mohon nak copy entry blog nie jugak boleh kan...???

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..tuan admin..mohon izin untuk mengamalkannya..dan diijazahkan...insyallah

    ReplyDelete
  6. mohon copy juga.. thanks for keizinan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum admin..
    saya nak mohon amik imej ni bleh?utk tujuan mengamalkannya..insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. salam. mohon copy untuk diamalkan.

    ReplyDelete
  9. salam. mohon copy untuk diamalkan.

    ReplyDelete
  10. asslamualaikum mohon izin tuk copy pastenya

    ReplyDelete
  11. asslamualaikum mohon izin tuk copy pastenya

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 

Copyright © Whitey Mommy™