Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Beli buat Pekasam

Sejak akhir-akhir ini menjadi sangat tension!!! Sejak bahagian edit HTML telah bertukar kepada Notepad++ . Tak boleh langsung nak guna butang find kat bahagian tool bar. Uwaaa.. kena cari satu persatu. Biasanya taip je keyword pada ruang find tu tekan next dah jumpa. Ini tak de ke layan dah butang find tu.

Semuanya kena cari manual. CSS dengan HTML perlu dicari secara manual agak berpinar juga mata saya. Dan sudah tentu kerja akan menjadi super duper lambat. Tension tu satu hal. Nak mencari satu-satu tu satu hal. Ada sesiapa yang tahu macam mana nak guna butang Find?

Ni rehat sekejap untuk menaip entry. Sebab hari ni tak de entry langsungkan? Nak cerita tentang barang saya yang hampir menjadi pekasam...

tadaaa... ini dia.. Novel Pekasam.. Tidak boleh digoreng hanya boleh dibaca. Kwang2...

Semua diatas ini adalah Novel yang masih belum dibaca. Beli aje tapi bacanya tidak. Ini adalah satu ketagihan untuk saya sebenarnya. Saya sangat suka membeli! Kalau nak sesuatu benda. Sampai tak boleh langsung nak fokus pada kerja. Lagi tak dapat lagi tu fikir.

Novel Fauziah Ashari dengan Siti Rosmizah. Saya beli sebab ini adalah antara Novelis kegemaran.

Adam dan Hawa dengan Setia Hujung Nyawa, sebab cerita ni saya layan kat TV. Ingat nak tahu ending dengan baca novel. Last-last tengok TV je. Tak sempat nak baca novel cerita dah habis.

Novel Lagenda Budak Setan tu, sebab masa saya tengok Farid Kamil dengan Lisa Surihani berlakon best!Bayangkan dah hampir 3 tahun kot beli novel tu. Tak baca satu muka surat pun. Uwaaa.. Memang filem sebenarnya berjaya melariskan novel kan.

Koleksi Novel Twilight tu saya beli sebab member cakap, Novel dia lagi best daripada Filem. Filem banyak yang skip2. Pun beli sebab terpengaruh. Last-last tak sempat nak baca.

Baca Novel adalah satu seni. Kena betul-betul fokus (cewah!) sebab kalau selagi tak habis sebuah novel memang tak boleh berganjak kemana-mana pun.

Zaman anak dara dulu boleh lah nak layan  novel tanpa gangguan. Sekarang ni? Hahaha.. tak ada peluang punya, sebab kejap-kejap
"ibu...ibu.. nak air masak"
"ibu...ibu.. anak ook (berak)"
"ibu...ibu.. nak milo campur susu"
"ibu...ibu... nak susu"
"ibu... ibu...bla bla"

Macam mana nak fokus... Jadi baik tak payah baca langsung.. Senang..
Kalau tak lagi menambahkan tension... hahaha...

Tinggal lah novel-novel itu semua menjadi pekasam... Bila lah agaknya saya ada masa nak baca ek?

11 Comment (s):

  1. alahai makin susah la keje sha :( tp takpe, org da professional thihihihihihih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu lah.. nak nangis pun ada kak..:P

      mana ada profesional... kuikui belum lag.. masih banyak perlu belajar...

      Delete
  2. banyaknye novel..nieza ada la 2,3 tak baca lagi..adam hawa bace sekerat jugak..susah nak fokus cam zaman anak dara dulu..hehhe

    eh pasal coding tu kan...boleh la pakai find tu..try click kat dalam ruangan coding pastu tekan ctrl-f... akan ada ruangan find tu dalam ruangan edit html tu...bukan ruangan biasa.. try la ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang.. nak baca novel dah tak boleh fokus dah sekarang ni..
      hehehe adam dan hawa tu saya just buka plastik dia je..:P bacanya tidak...

      Ha ah.. boleh lah... yeay!!! terima kasih.. kihkih.. kalau tak mau berpinar.. memang kerja jadi lambat .. sebab tak boleh guna find..

      Delete
  3. wah jelesnya saya kalaulah smeua novel tu dpn mata confirm seminggu insomnia......mata confirm hitam bkn mcm mata panda dah tp dh mcm buntut kuali tak sental seminggu...

    owh ye betul sis nieyxzha ckp...just tekan ctrl F je.td try buka nk edit utk scroll bar bg bloglist baru...mmg berpinar kejap mata..wpun nmpk kemas,font colorful n ada anak panah hitam utk edit setiap kod..tp nth lagi suka yg lama huhu....kena biasakan jugakalh style baru ni adeihhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. susah nak habiskan.. ada anak kecik ni..:P tambah kerja perlu duk mengharap je.. nak urus rumah lagi.. masak lagi.. terkejar2.. kalau layan novel memang tak buat semua tu..;P mesti nak fokus kat novel je..

      ha ah.. dah jumpa dah.. hehehe Alhamdulillah.. mudah dah kerja lepas ni.. rupanya ada find lain untuk notepad++ ni.. huhu

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe sayang dear..:P tu jadi pekasam tu..:P

      Delete
  5. manyaknya novel. rajin sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih.. rajin membeli.. tapi belum ada masa lagi nak baca..:P

      Delete
  6. banyaknyaa hehe nak pinjam boleh? :)

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™