Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Mengidam lagi

Bila lah nak habis tabiat mengidam nak itu ini. Tapi terpaksa ditahan-tahan sebab banyak lagi komitmen lain. Jadi kita tepek gambar aje lah. Semoga wish list ini akan termakbul gitu. Mana tahu tetiba dapat hadiah kan. Amiin.

Nak gemuk senang nak kurus bukanlah satu perkara yang senang. Terutama bagi orang yang suka makan macam saya ni. Pantang sangat jumpa kek, kuih dan apa-apa yang sejenis dengannya. Pantang ok.. pantang jumpa, confirm habis.

Kali ni mengidam bukan  nak makan kek atau kuih atau apa-apa tapi mengidam nak membeli. Masih dapat menahan lagi diri daripada membeli. Harap-harap nanti ada rezeki lebih boleh lah rembat barang-barang ini.

1. Pemanggang ajaib !
Sejak dua menjak ni asyik teringin je nak makan benda bakar-bakar. Daging bakar, ayam bakar, ayam percik , ikan bakar. Wah! sedapnya. Lagi pun kalau nak jaga bab-bab nak jadi selim melim ni. Tentulah kena kurangkan makan berminyak kan? Kurang makan berminyak. Harap makan pun tidak lah berpinggan-pinggan dan daging bakar tidak berkilo-kilo.



Saya dah survey harga. Paling murah saya jumpa (sumber yang boleh dipercayai) adalah RM148 sekali dengan postage. dan yang penting Vantage original gitu. Ok! mula beli tabung ayam. kumpul mana-mana syiling yang jumpa.

2. Yoga/Exercise Mat
Ini pun idaman kalbu juga, Nak buat yoga, nak workout ikut Jillian Michaels, sesuai benor benda alah ini. Mula-mula ingat tak penting, tapi bila tang part kena push up. memang perlu ini. Sebab lutut tak sakit. Saya belum ada lagi mat ni. Selama ini, alas dengan kain batik je. Kemain gigih tau nak kurus dan senaman.

Hari-hari duk mengidam duk terbayang-bayang nak ke mat ni. Harap-harap tercapai. Ok! kena sediakan tabung ayam sebiji lagi.
Harga pun saya sudah survey. RM180 tak termasuk postage. yang penting tertarik sebab warna pink. Brand Reebok, agak tebal, tak licin. Kalau dapat ni. Memang bersemangat lagi lah nak workout kan. Hehehe bagus ke alasan macam ini. Tak de mat tak nak senam, boleh? So tunggu lah kumpul duit beli yoga mat dulu, baru lah senam ok!

Sementara nak dapat tu, kita rajinkan diri untuk berdoa dan bekerja dulu.

Ok, tata...:) nanti nak buat entry barangan idaman lagi. rumah idaman, dekorasi idaman, banyak lagi yang idaman. Kita berangan dulu, mana tahu ada rezeki dari Allah. Semua tak mustahil untuk kita dapat kan.

8 Comment (s):

  1. Teringin jugak nak beli pemanggang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sila dapatkan sekarang. :)
      pastikan cari yang betul-betul ok tau sebab takut ada yangtak original dorang guna bahan tak bagus untuk buat pemanggang...

      Delete
  2. sy beli pemanggang brand avon je..rm115..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. owh avon ada keluarkan juga ya..:)
      owh.. harga lebih kurang aje ya

      Delete
  3. akak pun beli dah pemanggang ajaib..beli dgn kak atie a.k.a kak yang, yg gambo ikan tu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti bersemangat lagi nak masak kan...sedapnya ikan panggang kak

      Delete
  4. http://eyrrazerra.blogspot.com/2013/04/segmen-cerita-saya-paling-ohsem-by.html

    Mari join segmen yang Eyrra buat ni... Jom menjadi pengarah filem dalam segmen Eyrra ni.. Buat entry yang ringkas n padat jalan ceritanya... Mari mari mencuba... siapa kah cerita yang paling ohsem antara-antara blogger yang join segmen Eyrra ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dik.. akk ni tak pandai sangat bercerita...:) hehehe

      Delete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™