Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label My Announcement. Show all posts
Showing posts with label My Announcement. Show all posts

Update Ringkas

Assalamualaikum W.B.T
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

Update ringkas untuk memberitahu tentang status diri . Supaya customer yang menunggu tidak tertanya-tanya dimanakah saya.

1. Saya dan anak tak sihat, Khalis batuk dan selsema. Saya pun batuk dan selsema. Kepala berat benor. Tak boleh nak buat kerja. Nak jaga anak yang merengek dan nak jaga diri sendiri juga.
Khalis kalau terdedah dengan asap rokok memang akan cepat kena batuk dan selsema, tu pun tidak terdedah secara direct, kalau terdedah secara direct lagi panjang cerita, Nauzubillah. Sebab dari kecik memang saya cukup pantang dengan asap rokok. Tapi tu lah.. dah bercampur ramai-ramai tak kan kita nak larang semua orang kan. Ahli keluarga sendiri boleh lah kita beritahu.

2. Kepada yang Whats App saya tak reply, mohon maaf. Blackberry rosak... :( boleh sms dan call sahaja) Apa-apa boleh terus direct call atau sms ke 014 824 0118 atau email whiteymommy@yahoo.com. Atau yang mana friends dengan saya di facebook boleh terus PM sahaja.

3. Saya akan mula mendesign selepas saya dah sihat dan Khalis dah sihat. Saya mohon jutaan kemaafan diatas sebarang kelewatan. Semoga kalian semua bergembira dan berbahagia di hari raya.
sebarang update pantas saya akan update di facebook pages saya :


Pengumuman : Tempahan Blog Design dibuka

Assalamualaikum W.B.T :) dah lama tak update blog, tak sempat lagipun nak karang entry kekadang malas. mood rajin sudah diberikan sepenuhnya pada kerja, dan diakui yang saya adalah bukan blogger tegar. hehehe.

Seperti yang tertera pada tajuk. Tempahan sudah dibuka. Alhamdulillah. Selesai sudah waiting list yang panjang itu.
Sesiapa yang berminat nak menempah boleh rujuk di : Whitey Mommy Design
baca terma dan syarat. dan kalau setuju dengan terma dan syarat boleh lah isi Borang Tempahan

Ini saya sertakan proses dari menempah hingga ke selesai di install ke blog.

1. Baca Terma dan Syarat terlebih dahulu. supaya anda faham macam mana cara saya bekerja. 

2. Jika benar-benar ingin membuat tempahan. Boleh isi borang tempahan .
Saya akan reply email anda dalam masa 24 jam-48 jam. Insyaallah. Jika tidak reply, anda boleh email secara manual kepada saya di : whiteymommy@yahoo.com. Kerana berkemungkinan saya tidak menerima email daripada anda.
Pastikan anda membuat perancangan dan pemilihan yang teliti terutamanya dalam pemilihan warna dan kriteria sebelum menempah

3. Proses perbincangan.
Proses perbincangan antara saya dan anda. Boleh dilakukan secara dua hala, sama ada di chat Facebook atau pun di YM . atau jika anda lebih mudah mahu beremail sahaja pun ok. Ikut keselesaan anda.
Perbincangan dilakukan sehingga saya faham dengan kehendak anda. Supaya mudah untuk saya membina idea yang terbaik untuk menghasilkan blog design  yang menepati citarasa anda.

4. Anda perlu membuat pembayaran mengikut quotation harga yang saya berikan.
Harga untuk blog adalah bergantung kepada kriteria yang anda minta. Kebiasaanya lagi banyak kerja yang perlu dibuat. lagi tinggilah harganya.
Bayaran penuh perlu dilakukan sebelum nama dimasukkan kedalam waiting list. 

5. Nama akan dimasukkan ke dalam waiting list.
Saya akan inform bilangan klien yang menunggu di dalam waiting list saya.
Kerja-kerja akan dilakukan mengikut giliran. Jadi anda perlu bersabar. kerana saya tegaskan, tiada istilah pushing dan rushing  apabila anda order dengan saya. Kalau anda tidak boleh bersabar. Saya sarankan supaya anda tidak membuat sebarang tempahan dengan saya. Seperti anda, klien saya yang sebelum ini pun membuat bayaran terlebih dahulu sebelum masuk dalam senarai waiting list. Lagi pun nak dapatkan rekabentuk blog design  yang cantik. Idea dan perancangan yang baik yang perlu saya lakukan.


6. Saya akan maklumkan melalui email apabila draft telah selesai. 
Saya akan berikan sebanyak 3 kali draft, dan menjadi tanggungjawab anda untuk memberitahu dan senaraikan dengan selengkapnya jika ada sebarang perubahan, penukaran atau penambahan pada draft yang telah saya berikan, kerana saya kurang arif dalam membaca fikiran orang lain. Saya tidak mempunyai sixth sense. Jadi, anda perlu beritahu saya supaya saya tahu. Jika melebihi 3 kali draft saya akan kenakan bayaran tertentu untuk draft ke-4 dan seterusnya.


7. Apabila semua draft telah dipersetujui, saya akan install blog design ke blog anda. 
Anda perlu beri email login (contoh: britney@gmail.com) dan juga password blog anda.

Sesiapa yang berminat untuk menempah boleh lah buat tempahan. Saya tidak mengambil banyak tempahan untuk satu sesi. Apabila tempat sudah penuh saya akan umumkan untuk menutup kembali tempahan. 

Pengumuman: Tempahan ditutup

Assalamualaikum W.B.T buat semua pengunjung blog ini :)
Cuma nak bagi tahu. Tempahan untuk semua jenis design saya tutup buat masa sekarang. Saya dah pernah inform kat Facebook Page mungkin ada yang tak baca sebab bukan semua like page tu kan. Saya tak announce kat blog akibat kemalasan dan fikiran masih lagi kusut dengan kerja-kerja yang masih perlukan perhatian untuk disiapkan. Jadi tak sempat saya nak publish.

Tempahan sebenarnya lama ditutup dan saya masih dalam proses untuk menyiapkan blog-blog yang ada didalam waiting list sekarang. Saya mohon maaf bagi mereka yang hantar email tapi saya belum reply. Nanti kalau tempahan telah dibuka, kalian boleh lah hantar email semula jika masih berminat untuk menempah dengan saya.

Kerja saya tidak selancar dulu. Maklumlah faktor umur dan komitmen lain sebagai seorang wanita dan ibu. Terima kasih buat mereka yang berminat untuk menempah dengan saya. dan yang sanggup menunggu untuk menempah dengan saya. Hanya Allah yang mampu balas kebaikan kalian. Semoga Allah murahkan dan berkati rezeki kita semua.. :)

21-27 Februari 2013 : Saya Slow Design dan ada Test

Assalamualaikum W.B.T...

Tempahan masih ditutup lagi. Buat mereka yang bertanya harap bersabar. Apabila tempahan sudah dibuka saya akan war-warkan secara besar-besaran gitu. Sekarang bagi saya masa untuk selesaikan tanggungjawab kepada mereka yang masih berada didalam waiting list saya.

21-27hb Februari 2013. Saya akan slow design sebab ada latihan praktikal dan juga test . Pelajaran apa itu nanti saya akan war-war selepas 27hb nanti (kalau rajin taip entry). Nak fokus bebetul untuk test ini. Saya pun nervous ni. So harap memahami jika lambat reply email dan sebagainya.

Bagi customer yang telah saya hantar email. Please reply lah cepat-cepat email saya tu. Jangan seminggu sekali baru reply. Bila saya lambat design. Anda push saya sampai saya jadi kelam kabut. Tapi bila saya dah send draft sebaliknya yang anda buat.

Still No Connections

Assalamualaikum w.b.t
Internet masih lagi tiada connections.  Hari ni katanya technician TM Net akan datang. Harap semuanya ok supaya saya dapat meneruskan kerja.

No Connections

Assalamualaikum w.b.t

Terpaksa update untuk inform. Gigih ni menggunakan tab walaupun tersangat kekok. Taip entry simple macam ni pun setengah jam. Ok sangat gigih.

Semalam unifi dah ada tanda-tanda yang dia sudah ada tanda-tanda nak terputus sambungan. Tapi masih ok. Kemudian sejak malam tadi memang tak boleh nak buat kerja langsung. So hari ni dah call pihak TM NET katanya pukul 6 petang ini akan ok. So saat ini saya tengah menunggu talian internet pulih.

Segala kerja-kerja design terbengkalai lagi. Harap customer yang menunggu dapat bersabar. Saya juga perlu selesaikan design satu persatu. Jadi harap anda, memahami ya. Apabila saya siapkan draft saya akan terus hantar kepada anda. Kalau saya tak hantar lagi, ini bermakna saya tengah siapkan design yang sebelum-sebelumnya. Seperti mana anda tidak sabar menunggu. Saya lagi tidak sabar nak siapkan tempahan anda. Tapi saya mestilah design mengikut apa yang anda request dan cuba sedaya supaya ianya setimpal dengan apa yang anda bayar. Insyaallah setakat ini saya tidak pernah terniat nak buat kerja secara cincai.

Saya harap kalian, memahami. Semua design insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk siapkan design anda semua sebelum tahun baru. Kalian doakan supaya succes dan saya dapat siapkan dengan cepat ya. Daripada bercerita kepada orang benda-benda yang tak elok tentang saya kepada orang. Apakata anda doakan supaya saya dapat buat kerja dengan cepat dan dapat idea yang melimpah ruah dan dapat hasilkan blog design yang cantik untuk anda.

Kepada yang telah mengisi borang tempahan. Saya mohon ribian kemaafan sebab buat masa ini TEMPAHAN DITUTUP sehingga saya dapat clearkannsemua waiting list saya ya. So tahun depan baru saya buka tempahan. Lepas ni saya akan limitkan pengambilan tempahan.

Tempahan dihentikan buat sementara waktu

Assalamualaikum W.B.T
kepada pengunjung dan customer yang menunggu.

2 minggu ini saya tidak aktif mendesign kerana dalam proses rawatan peranakan saya turun (actually dah lama turun masa bersalinkan Khalis dulu lagi tapi sekarang baru betul-betul nak buat rawatan. sebab Khalis dah makin besarkan, takut pulak makin lama effect dia makin mendalam)

Dalam proses rawatan ni. Badan saya betul-betul tak sihat. Memang menghadap laptop. Tapi dengan sakit yang berdenyut-denyut kat bahagian peranakan memang tak dapat nak generate idea. Saya mohon maaf buat mereka yang masih menunggu. Bagi saya masa sampai minggu ini untuk merawat kesakitan ini. Insyaallah minggu depan saya akan pulun mendesign.

Sejak dari semalam badan dah demam-deman. Sebab mengikut  orang-orang yang berpengalaman, bukan senang peranakan yang kembang dan turun untuk kecut sebesar epal. Itu yang sakit tu. Memang sakit sesangat kekadang rasa macam kontraksi nak bersalin pun ada. cuma berpanjangan sampai berjam-jam. Tapi apa pun, sebab nak baikkan diri. Saya kena bersabar untuk tahan kesakitan ini. Sakit yang sikit untuk sihatkan badan untuk masa hadapan.

Badan selalu sakit-sakit sukar saya untuk siapkan kerja nak jaga Khalis. Emosi pun tak menentu. Sebab memang betul-betul sakit. Mereka yang pernah alami memang tahu macam mana rasanya. Mungkin boleh share ke kat bahagian komen?

Selama ini memang tak sakit pun (sebelum rawatan) tapi rasa tak selesa dan masa sejuk-sejuk especially waktu hujan bahagian peranakan memang tak selesa sangat-sangat rasa mencucuk-cucuk.

Untuk pengetahuan semua. Saya dengan rasminya menghentikan pengambilan sebarang tempahan sehingalah SEMUA yang ada didalam waiting list saya selesai disiapkan. Insyaallah minggu hadapan saya akan mula aktif mendesign untuk mereka yang berada didalam waiting list. Terima kasih kepada mereka yang memberikan kerjasama. Saya mohon jutaan kemaafan jika ada yang tidak berpuas hati. Insyaallah saya akan design tempahan anda dengan sebaik mungkin. Doakan saya ya. :)

Untuk sebarang kemusykilan boleh terus call saya ya... (dengar lah suara orang demam...;p)
☎ 014-8240118 @ 03-61274792 

Saya Perlukan Rehat

Assalamualaikum W.B.T. Macam tajuk... Saya perlukan rehat. Saya inform sebab nak semua customer yang menunggu memahami. Saya tahu ada yang tak sabar. Tapi kalau saya design dengan otak yang letih pun memang tak dapat nak proceed. Sesiapa yang terlibat dalam bidang ini mesti akan tahu rasa dia macam mana. Sebab design ni perlukan idea bukan macam jual gula-gula ya. Saya harap anda memahami. Jangan risau saya tak kan lari atau hilangkan diri dengan duit yang anda dah bayar. Melainkan kalau saya mati. Itu namanya lari untuk selama-lamanya. Maaf kalau ada yang berpendapat entry ini saya mengikut emosi. tapi saya perlu terangkan keadaan supaya orang semua paham. Terlalu banyak tekanan. Emosi dan fizikal. alam maya , alam realiti. Cukup lengkap untuk menjadikan saya seorang yang tidak bersemangat dan tertekan. Jadi saya perlukan rehat. Harap memahami... Saya sangat-sangat memerlukan sokongan daripada mereka yang menunggu. Bukannya untuk pushing setiap hari. Anda push pun. Saya tak mungkin boleh buat cepat. Sebab design ni bukan production product. Ia adalah generating idea. Nak keluar satu-satu idea tu kekadang semudah petik jari kekadang macam tolak dinding konkrit. Saya mohon maaf. tapi saya betul-betul tertekan untuk saat ini. Perlukan rehat. Memang saya ada cakap saya bercuti. Tapi bercuti itu bukan bermakna saya rehat. Kekadang bercuti design. Tapi kena selesaikan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan design. Almaklumlah. Sebagai Ibu yang menyara anak dan keluarga ni. Komitmen dia lebih besar. Yang mana memahami... Saya ucapkan jutaan terima kasih.. Allah jua yang mampu membalasnya... Saya letih rentetan dari laptop saya rosak lagi... 2 minggu terbuang itu..saya belum masih dapat recover dengan baik.. Ambil masa lama sungguhkan? Bukan senang untuk kita hidup bersemangat jika tiada sokongan...

Laptop rosak : Langsung tak boleh buat kerja

Laptop saya sudah hampir 2 minggu mengalami masalah dan tak dapat nak berfungsi dengan baik. Format sudah 2 kali. RAM pun dah ditukar. Tapi masih lagi bermasalah. 3 hari lepas saya hantar untuk repair. Ingat nak upgrade sebab khuatir masalah daripada system laptop itu. Selepas di periksa oleh mereka yang berpengalaman. Rupanya laptop saya mengalami masalah overheating ( mungkin sebab buat kerja siang malam kan?) . Hardisk dan Motherboard perlu ditukar yang baru. Tambah-tambah tidak pernah ditutup dengan sempurna. Pengalaman banyak mengajar saya. Juga mendapat nasihat kawan-kawan terutamanya, Jiya dan suaminya yang banyak membantu saya untuk memilih laptop yang baik bagi tujuan untuk Mendesign. Jutaan terima kasih kepada Kawan saya Hanisah kerana menemani saya hari ini untuk membeli laptop. Sungguh penat perjalanan hari ini. Ingatkan sekejap jenak pergi beli. Tak sangka mengambil masa seharian. Terutama bila terperangkap dalam kesesakan lalulintas semasa pergi dan balik ke Low Yat.

Terima kasih kepada Cha kerana buat entry ini . Saya dah buntu kerana tiada mesin yang boleh digunakan untuk inform perkara sebenar. Jadi saya call Cha untuk taipkan entry bagi pihak saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semuanya. Tak lupa kepada semua customer yang memahami. Saya doakan semoga segala urusan kalian dipermudahkan oleh-Nya. Amin...

Gembira dan sedih bercampur baur di saat ini. Gembira kerana dapat laptop baru. Selepas berhempas pulas. Akhirnya Allah hadiahkan saya sesuatu yang saya idamkan. :) Saya beli laptop toshiba bewarna putih.

Sedih kerana pelbagai andaian dibuat tentang saya. Saya tak kan lari dengan duit kalian. Saya masih tahu hukum halal dan haram. Saya hanya mempunyai satu laptop untuk membuat kerja-kerja design. Saya tidak mempunyai laptop lain sebagai back-up. Laptop rosak bukan kehendak saya, ianya satu yang saya tidak jangka langsung bakal berlaku. Saya harap kalian memahami. Tambahan punca rezeki saya yang utama adalah melalui internet. Saya ingin terus mencari rezeki dan membina network melalui internet. Mana mungkin saya hendak melakukan perkara yang pasti akan memburukkan nama saya di dunia siber ini.

Saya mohon jutaan kemaafan daripada kalian semua. Doakan supaya kerja-kerja mendesign saya berjalan dengan lancar.

Saya gagahkan diri untuk taip entry ini. Ok lah. Mata sudah mengantuk dan badan pun rasa penat sangat-sangat kerana puas berpusing-pusing berjalan sekitar Times Square dan Low Yat siang tadi. Tambah-tambah sambil mendukung Khalis, amat mencabar :)

Saya kurang sihat.

Assalamualaikum W.B.T

Just a simple update.

Saya kurang sihat. Saya demam, selsema, batuk dan sakit kepala amat sangat.
Kepada customer yang masih menunggu. Saya minta maaf. Untuk sementara ini, saya perlukan sedikit rehat. Sebab saya cuba untuk siapkan juga. Tapi sakit kepala dan hidung tersumbat, betul-betul mengganggu saya untuk mendesign dengan baik.

Terima kasih kepada yang memberi kerjasama dan faham keadaaan saya. Insyaallah, anda pasti akan mendapat blog design anda. Cuma saya perlukan masa, terutama bagi mencari konsep dan idea yang sesuai seperti yang anda minta. Harap memahami :)

Kepada Customer: Minta Jasa Baik

Assalamualaikum W.B.T

saya minta jasa baik semua customer yang saya dah inform untuk proses design.
Check email anda dalam jangka masa terdekat ini.
sebab ada draft yang saya dah send. tapi masih lagi belum mendapat feedback.
Saya harap sangat2 anda dapat memberi feedback secepat mungkin.
kerana ini bagi mempercepatkan proses kerja mendesign saya untuk turn2 yang selepas anda.
Harap sangat anda bagi kerjasama dan memahami.

Jangan la buat saya tertunggu feedback daripada anda.
sampai saya perlu call untuk inform anda yang saya sudah hantar email progress.
saya minta tolong sangat2.
sejujurnya saya tidak sentiasa ada kredit.
jadi semua komunikasi adalah melalui E-mail.
Harap sangat2 kerjasama daripada pihak anda bagi mempercepatkan design.

Saya tahu ada yang kata tak rush, tak kisah lambat pun.
tapi once sampai turn anda.
dan saya dah design serta bagi draft.
saya memang mengharapkan feedback daripada anda dengan segera.

Disebabkan masa saya agak terhad jadi saya memerlukan feedback yang cepat.
Jika anda sibuk. begitu juga dengan orang lain.

Saya tidak boleh memulakan design yang lain sehingga 2-3 design yang sebelum ini selesai.
SAYA MENGHARAPKAN KERJASAMA DARIPADA PIHAK ANDA.

Thank you in advance :)
 
Copyright © Whitey Mommy™