Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

My Khalis genap Setahun 4 Bulan

Wah... anak ibu dah makin besar... makin sihat... makin kuat... makin hebat... semoga membesar menjadi anak yang soleh ya sayang...

Ibu minta maaf jika ada yang ibu terabaikan Khalis pada masa2 tertentu...:) nanti ibu akan gantikan masa itu... Ibu layan Khalis bermain sampai Khalis bosan...

Ibu tak dapat nak bagikan segala kemewahan untuk anak ibu... tapi ibu nak Khalis tahu yang Kasih sayang ibu terhadap Khalis terlalu mewah... Mungkin andai kata suatu hari nanti Allah izinkan untuk kita sekeluarga mengecapi kemewahan dunia dan kebahagian dunia Akhirat... Insyaallah masa itu akan tiba...

Diumur Khalis masa ni, Khalis tak suka tidur... pukul 5,6 pagi baru Khalis tidur... buntu dah ibu nak buat macam mana... tutup lampu pun Khalis tak tidur2 apatah lagi kalau terang benderang... bila ayam berkokok barulah Khalis nak tidur... main je... tahu... hehehe tak pernah kenal erti penat pun...

Senyuman Khalis yang comel dan berlesung pipit tu wat kan hati ibu sejuk sesangat... kekadang air mata ibu mengalir suam... mengalir sebab melihat kekuasaan Allah. anak yang lahir dari rahim ibu dah makin membesar dah pandai itu pandai ini...

Tangisan Khalis, memek muka Khalis wat kan ibu terasa pilu dan bersalah... ya Allah... ibu minta maaf... Semoga ibu akan menjadi ibu yang baik untuk Khalis...

Selamat hari lahir nak... yang ke setahun empat bulan...:)

Siapakah Namimah?

"Namimah adalah menaqalkan kata-kata manusia sesama mereka dengan tujuan melaga-lagakan dan permusuhan. Ini merupakan di antara dosa-dosa besar. Sedangkan Allah mahukan agar setiap muslim itu bersaudara dan bersatu. Tetapi dengan sebab pengadu domba ini maka berlakulah permusuhan. Allah telah memberi amaran dalam surah al-Qalam ayat 10-12 bermaksud; "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, Yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa".

Dalam hadis Nabi Muhammad berkata : “ Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba (melaga-laga)". Sebahagian ulama berkata : “ Sesungguhnya dia tidak diberi taufik dengan husnul khatimah “. Telah datang seorang lelaki kepada Hassan al-Basri lalu berkata: “ Sesungguhnya si fulan bercakap sesuatu tentang kamu “. Lalu beliau menjawab : “ Tiadakah utusan syaitan selain engkau ?”

Adu domba yang paling dahsyat ialah di antara keluarga dan kaum kerabat. Seperti yang kadang-kadang berlaku, si ibu melaga-lagakan anak perempuannya dengan suami yang juga menantunya. Lalu bercerailah akhirnya."

Entry ini saya petik daripada blog ibu Aqil...  tertarik nak letak kat blog ni... manusia dan kegelinciran lidah... lidah mudah tergelincir... siapa tak pernah... saya pun pernah... mungkin selalu... tetapi... kalau pendengar melaga2kan lagi la sedih... kerana cara bercakapnya seakan ingin membantu meringankan beban. seakan-akan memberi penenang... saya tak kata saya tak silap... saya ada silap yang amat besar...bertanya itu bertanya ini seakan2 ingin memberitahu... sedangkan... entahla...

Kerana tersalah menilai orang yang menganggap saya sebagai teman blogger yang paling rapat... Ya Allah... air mata panas mengalir mendengar ucapan itu dari mulut beliau sendiri...

Saya rasa kena full stop kat sini. Semua perkara harap tamat disini... jangan la diprovokasi apa2 lagi... kasihanilah saya... minta maaf di atas segala kegelinciran lidah... apa2 yang saya taip daripada blog ini tidak berniat untuk memberi sinis kepada sesiapa... melainkan saya menerangkan situasi itu...

Terima kasih kepada anda semua kerana memberi banyak pengajaran kepada saya... Silent is better than talk...

Ini entry sedih okay...
 
Copyright © Whitey Mommy™