Entry kedua untuk malam ini adalah tentang perkataan TM dan juga (R) yang digunakan bagi tujuan sebagai tanda perniagaan itu adalah kita punya. Yang ini pun saya nak kongsi bagi mengelakkan salah faham dalam memahami istilah simbol ini.
Jom baca untuk tambahkan pengetahuan. Terutama bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan.
Entry ini juga saya salin daripada Kartunis Ubi.
Pengenalan


(Contoh logo atau TRADEMARK yg digunakan oleh jenama Pantene. Jenis font dan corak kerawang yg digunakan membolehkan anda mengenalinya dengan mudah.)

(Contoh logo “Satria Chopper” pada komik kami)

(Contoh logo “Satira Chopera” yg bisa mengelirukan)


 
 


  

(Contoh logo KartunisUbi.com dengan simbol “TM”)
Tetapi untuk perlindungan yg SUPER HEBAT (sehingga menakutkan lanun-lanun cetak rompak terutamanya kat Petaling Street), anda amat-amat digalakkan mendaftarkannya secara rasmi dengan badan kerajaan. Banyak kebaikan dan perlindungan tambahan yg diperolehi dengan Tanda Perniagaan yg berdaftar.
Tingkat 32, Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50623 Kuala Lumpur.
Atau anda boleh layari saja laman web http://www.mipc.gov.my >>>

Tak paham atau keliru dengan ‘TRADEMARK’?
Senang aje…
TRADEMARK atau dalam Bahasa Melayunya TANDA PERNIAGAAN, adalah Simbol, Tanda dan Nama/Perkataan yg mengaitkan sesuatu produk/servis dengan pengeluar/pemiliknya.
Perkataan ‘PANTENE’ tidak boleh dianggap sebagai TRADEMARK.
Begitu juga dengan ‘HERBAL ESSENCES’, ‘CLAIROL’ dan ‘HEAD & SHOULDERS’.
Tetapi sekiranya ditulis dengan gaya 
tersendiri dan diletakkan pada botol syampu, kesemua perkataan di atas 
adalah TRADEMARK atau TANDA PERNIAGAAN yang boleh memberi keyakinan 
kepada pengguna bahawa mereka mendapat produk mengikut standard dan 
piawai yg ditetapkan oleh pengeluarnya – Procter & Gamble.

(Contoh logo atau TRADEMARK yg digunakan oleh jenama Pantene. Jenis font dan corak kerawang yg digunakan membolehkan anda mengenalinya dengan mudah.)
Undang-undang TRADEMARK diwujudkan untuk
 melindungi pengguna daripada kekeliruan dan juga melindungi pemilik 
perniagaan daripada persaingan yg tidak sihat.
Anda layak untuk mendapat perlindungan 
TRADEMARK sekiranya anda benar-benar telah menggunakan tanda perniagaan 
anda itu untuk tujuan perdagangan. Sekiranya anda tidak menjual apa-apa 
secara komersial, tak perlulah serabutkan kepala anda dengan cerita 
berkenaan undang-undang TRADEMARK ni.
Walaubagaimanapun anda boleh mendaftar 
TRADEMARK anda itu sekiranya anda bercadang untuk menggunakannya secara 
komersial dalam tempoh ENAM BULAN lagi. Seperti juga Hakcipta, TRADEMARK
 anda dilindungi oleh undang-undang samada anda mendaftarkannya ataupun 
tidak.
Makin tak paham dan keliru? Harap dapat bawak bertenang ye! 

Untuk memudahkan penerangan, sekali lagi kita akan gunakan komik agung “Satria Chopper” dari artikel Hakcipta @ Copyright – Pengenalan sebagai contoh.
Selepas komik tersebut berjaya 
disiapkan, saya dan Eddy ingin menjualnya secepat mungkin supaya kami 
akan menjadi terkenal seterusnya memudahkan agenda menakluk dan 
memperdayakan awek-awek cun di sekolah. 


Untuk menjualnya secara komersil, kami 
harus mencipta logo untuk siri komik tersebut. Dan untuk melindunginya, 
logo tersebut perlu di ‘trademark’ kan. Dengan berbuat begini, kami 
dapat menghalang mana-mana mangkuk ayun yg bercadang untuk mengeluarkan 
produk berjenama “Satira Chopera” atau “Sateria Chocker”.
Kenapa?
Kerana tiada sesiapa pun dibenarkan menggunakan nama atau rupa bentuk yg sama atau seakan-akan sama
 dengan TRADEMARK kami itu sehingga boleh membuatkan pembaca dan peminat
 komik terkeliru menyangkakan produk baru tersebut dikeluarkan oleh kami
 juga.

(Contoh logo “Satria Chopper” pada komik kami)

(Contoh logo “Satira Chopera” yg bisa mengelirukan)
TRADEMARK kami juga dilindungi walaupun 
“Satira Chopera” itu bukan produk komik. Yg penting sekali adalah 
pengguna dilindungi dari tertipu dan terpedaya bahawa pencipta “Satria 
Chopper” yg best tu jugak turut mengeluarkan “Satira Chopera” yg 
ntahapahapantah tu.
Sebagai contoh, Di Malaysia ni ada satu 
rangkaian makanan segera yg terkenal – McDonalds. Sekiranya anda 
ternampak restoran bernama McDonalds yg menjual burger, anda pasti 
bahawa ianya dimiliki oleh orang yg sama dan menghasilkan makanan yg 
sama pada kualiti yg sama jugak. Sekiranya anda masuk dan membeli 
makanan di situ, anda pastinya 100% percaya bahawa duit anda itu 
betul-betul pergi kepada McDonalds serta anda betul-betul mendapat 
produk keluaran mereka.
Adakah adil sekiranya ada satu lagi kompeni membuka restoran makanan segera bernama McDonalds?
Tentunya tak kan…
Ini kerana mereka bakal membuat 
keuntungan berdasarkan nama baik dan jenama orang lain. Dalam ertikata 
lain, mereka ini bakal mengebas keuntungan yg sepatutnya masuk ke poket 
pemilik sebenar McDonalds!
Bagaimana pulak dengan restoran yg menjual laksa Penang?
Sekiranya ada restoran yg menjual laksa 
Penang bernama McDonalds, rasanya mungkin anda bakal terkeliru… mungkin 
di kepala benak anda terfikir bahawa gergasi perniagaan makanan segera yg ditaja oleh zionis ini mungkin sedang mengembangkan empayarnya dengan makanan tradisional pulak!
Disebabkan perasaan ingin menyokong 
makanan tradisional Malaysia (yg kononnya bakal diperdagangkan ke 
peringkat antarabangsa), anda pun makan di situ. Namun setelah mencuba, 
anda mendapati laksa McDonalds tersebut sungguh gampang sekali!
Kecewa dan marah dengan pengalaman 
tersebut, anda bersumpah bahawa mulai dari saat itu anda dan keturunan 
anda akan berhenti dari membeli nugget serta apa juga produk keluaran 
McDonalds!
Jadi boleh dirumuskan bahawa kekeliruan 
TRADEMARK, selain dari membuat pelanggan anda berbelanja ditempat 
pesaing, ianya juga boleh merosakkan jenama perniagaan sekiranya tidak 
dilindungi.
Walaubagaimanapun, ada kemungkinan anda 
tidak akan terpedaya walaupun dua syarikat yg berlainan menggunakan nama
 TRADEMARK yg sama. Syarikat kedua itu juga tidak dikira melanggar 
undang-undang TRADEMARK.
Mengelakkan Kekeliruan
Untuk makluman, McCurry – sebuah restoran mamak di Jalan Ipoh KL telah disaman kerana menggunakan perkataan “Mc” dan penggunaan warna yg hampir sama pada pengenalannya; yg pada McDonalds boleh menimbulkan kekeliruan, kerugian dan menjejaskan perniagaannya.


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya telah berpihak kepada McDonalds dalam kes ini. Baca cerita selanjutnya di sini.
Jadi berdasarkan kes ini, adakah perkataan “Mc” itu dimonopoli sepenuhnya oleh McDonalds?
Adakah team F1 McLaren jugak boleh disaman oleh McDonalds?
Oh…  
 
Sebagai org yg kadang-kadang (selalu 
sebenarnya) malas basuh baju sendiri, saya selalu menghantar baju kotor 
saya ke kedai Dobi McDonalds berdekatan dengan rumah. Towkey kedai tu 
namanya memang McDonald – seorang lelaki berbangsa Scottish yg berkahwin
 dengan Cina rakyat tempatan.
Memang saya puas hati dengan kerja 
mereka. Saya paling suka dengan keharuman semerbak sabun dan pewangi yg 
digunakan mereka. Anak daranya pun lawa gak… maklumlah, mix ngan Mat 
Salleh! 

Tanda pengenalan kedainya ditulis dalam 
warna biru, merah dan hitam serta menggunakan font yg berbeza sekali 
dengan restoran McDonalds.


Rasanya takkan timbul persoalan bahawa 
restoran McDonald ada terlibat mengeluarkan duit membina, memberi lesen 
dan mengendors kedai dobi tersebut.
Sesapa pun yg pernah nampak atau menjadi
 pelanggan kedai dobi McDonalds pasti tahu dan takkan terkeliru bahawa 
ia memang ada kena mengena dengan restoran makanan segera yg memang 
terkenal dengan kandungan lemak tinggi tu.
Dan yg pasti, anak dara cun mix mat salleh tu juga takkan mengambil badut Ronald McDonald sebagai calon boyfriend!
Jadi penggunaan nama yg sama atau hampir sama adalah dibenarkan dengan syarat tidak menggunakan rupa bentuk yg sama atau seakan-akan sama dengan TRADEMARK jenama lain.
Anda juga dibenarkan menggunakan nama yg sama atau hampir sama asalkan produknya tidak dalam kategori yg sama (contoh: kedai dobi adalah berlainan dengan kedai makan).
Pendaftaran
Seperti Hakcipta, anda tidak memerlukan sebarang surat atau sijil untuk menegaskan pemilikan TRADEMARK anda.
Tetapi seperti juga Hakcipta, anda perlu memberitahu orang ramai bahawa tanda nama tersebut adalah hakmilik anda.
Cara yg paling mudah adalah dengan meletakkan simbol “TM” (singkatan TRADE MARK)
 pada nama/logo/simbol/tagline jenama anda itu tanpa perlu mendaftar 
dengan mana-mana pihak. Perlu diingat, untuk kaedah ini, anda perlu 
aktif menggunakan TRADEMARK tersebut atau produk anda mesti ada di jual 
di pasaran.

(Contoh logo KartunisUbi.com dengan simbol “TM”)
Tetapi untuk perlindungan yg SUPER HEBAT (sehingga menakutkan lanun-lanun cetak rompak terutamanya kat Petaling Street), anda amat-amat digalakkan mendaftarkannya secara rasmi dengan badan kerajaan. Banyak kebaikan dan perlindungan tambahan yg diperolehi dengan Tanda Perniagaan yg berdaftar.
Dengan bayaran sebanyak RM250 bagi setiap kategori,
 TRADEMARK anda boleh didaftarkan. Anda boleh mendaftar TRADEMARK anda 
untuk lebih dari satu kategori produk/servis. Hanya kalikan aje RM250 
dengan berapa kategori yg ingin anda daftarkan.
Selepas mendaftar, anda perlu menunggu 
selama 6-8 bulan untuk kelulusan. Pihak Pendaftar akan mengupah peguam 
untuk memeriksa dan menilai samada TRADEMARK anda itu layak untuk 
didaftarkan. Mungkin seseorang di dalam industri anda telah 
mendaftarkannya terlebih dahulu. Atau mungkin juga 
nama/logo/simbol/tagline anda itu telah pun diletakkan di bawah PUBLIC DOMAIN. 
Jadi cubalah cipta sesuatu yg unik/baru 
dan toksahlah mengada-ngada nak mendaftar “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”
 atau “MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA”.  
 
 
 
Selepas TRADEMARK anda itu dilulus dan 
didaftarkan, anda akan diberikan sijil pengesahan serta dibenarkan untuk
 menggunakan simbol “®” yg bermaksud “REGISTERED”
 – seterusnya menambahkan prestij untuk jenama produk/servis anda. 
Mungkin selepas itu anda akan dipandang lebih tinggi oleh pelanggan, 
pesaing dan awek sekampung.  
 
 
 
Pendaftaran TRADEMARK bertahan selama 
sepuluh tahun dan boleh diperbaharui untuk setiap sepuluh tahun. Dalam 
tahun keenam jangkahayatnya, anda perlu mengisi satu borang khas (lupa plak namanya…) atau perlindungan anda akan luput.
Jika anda berniat untuk memasarkan 
produk/servis anda ke luar negara, anda perlu mendaftarkan lagi 
TRADEMARK anda itu di negara tersebut. Ini boleh dilakukan dengan 
mengupah peguam atau ejen.
Eleh, Bisnes juta-juta sampai oversea, takkan tak mampu nak bayar lawyer kot?  
 
 
 
Untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut mengenai TRADEMARK di Malaysia, silalah luangkan masa anda ke:
Perbadanan Harta Intelek Malaysia,Tingkat 32, Menara Dayabumi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50623 Kuala Lumpur.
Jika anda berada di luar KL, anda boleh 
bertanya di Pejabat Harta Intelek di negeri masing-masing (kalau ada 
le…). Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi nombor berikut (Akak-akak penyambut telefon sangat gembira untuk menjawab sebarang kemusykilan anda  ): 03-22632100, 03-2274 5113 atau 1300-88-3333
  ): 03-22632100, 03-2274 5113 atau 1300-88-3333
 ): 03-22632100, 03-2274 5113 atau 1300-88-3333
  ): 03-22632100, 03-2274 5113 atau 1300-88-3333
Semoga artikel-artikel yg telah ditulis 
ini dapat memberi kefahaman kepada anda tentang Harta Intelek dan 
memberi semangat untuk anda menghasilkan produk yg lebih kreatif lagi… 
Dulu, Kini dan Selamanya! Cemerlang, Gemilang dan Terbilang gitu! (macam pernah dengar je tagline ni… err, jangan saman saya ye… saya takde wang…)
Ini adalah artikel dari Kartunis Ubi pada tahun 2009. Mungkin ada laman web dan no telefon yang telah bertukar. Anda boleh baca artikel penuh tentang ini di laman web kartunis ubi untuk memantapkan lagi pengetahuan anda .
Untuk mendapat maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan dan mendaftarkan trademark anda sila ke laman web http://www.myipo.gov.my/ . 
Semoga bermanfaat dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. :)


 


 

 
 










 
  


