Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Contest :"Tell Us About Your Skin" by Reel Beaute

Assalamualaikum w.b.t :)
Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog sepi ini, Entah bila lah kan nak aktif balik sebab makin malas dan malas nak update blog walaupun saya memang aktif je mendesign.

Tujuan update blog ni sebab teringin nak join contest by Reel Beaute, sebab hadiah lumayan... RM300 cash tu.. Bila menang tempat pertama, harap-harap menang lah hendaknya..;)


Semat-mata nak join contest ini, maka saya dengan paksa relanya mengupload gambar saya di blog :P Umur dah masuk 30an, kulit dah makin kena jaga dengan rapi sebab kolagen dah mula menyusut dan tanda-tanda kedut sudah mula nampakkan.

Ok! cerita bab kulit seperti  yang diminta oleh pihak penganjur.

Kulit saya adalah jenis berminyak, kemerahan dan pori-pori jenis mudah terbuka jika penggunaan alat cucian yang salah.

Saya memang jenis yang tak suka langsung pakai makeup, sebab tak pandai make up pun ya. Jadi, penjagaan kulit saya hanyalah skin care semata, sunscreen then lip balm. lepas tu keluar rumah.

Simple dan mudah orang kata.

Dah masuk 30an ni baru nak jaga muka dengan details, maka nak kena jaga betul-betul kan, kena buat pemulihan dan pemeliharaan dari dalam.

Pilihan untuk barang penjagaan kulit saya adalah Brand Cosrx dari Korea. :P

dan saya bahagikan penjagaan kulit saya kepada 3 rutin. Rutin pagi, Petang dan Malam (sebelum tidur)

Buat masa ini, inilah yang dicadangkan oleh penasihat kulit saya, kerana untuk mengurangkan kemerahan dan nak kecilkan balik pori-pori yang terbuka. 

Rutin Pagi, saya gunakan set produk diatas.
lepas tu bila nak keluar saya akan pakai sunscreen untuk mengelakkan sun burn sebab buka saya memang cepat jadi merah bila kena direct cahaya matahari dah tua-tua ni dia jadi sensitif pulak dengan cahaya matahari, nampak gaya kena pindah duk Korea lah kot kan. Cuaca sejuk je.. :P

Ini pulak Rutin Petang, saya guna oil to foam cleanser lepas keluar nak cuci balik sunscreen yang lekat kat muka kena cuci betul-betul supaya tidak tersumbat dalam liang pori-pori yang terbuka. then baru pakai Cuci muka yang label warna merah tu.

Ini rutin sebelum tidur, saya pakai balik cuci muka yang untuk pagi then saya akhiri dengan black head cream tu, sebab nak bagi white head black head di nyahkan dari dalam pori2..


Seminggu sekitar 2-3 kali saya akan pakai Mask, Mask biasa saya guna mask Freeman.

Ini adalah rutin penjagaan setiap hari saya,


Lihat pada produk baru yang Reel Beaute bakal pasarkan ini, ianya menarik minat saya untuk mencuba, Kombinasi Serum dan CC cream! Menarik...
Serum ini :
✅ Dihasilkan melalui Teknologi Nano.
✅ Mempunyai SPF35+ untuk melindungi kulit daripada sinaran UV
✅ Merawat dan mengatasi permasalahan kulit dari dalam.
✅ Menremajakan kulit menjadikan kulit berseri.
✅ Menutup cela di wajah
✅ Menjadikan kulit kelihatan sekata
✅ Mudah disapu dan tidak melekit

Pada saya ianya mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah terutama part sekatakan kulit dan menutup cela pada wajah kerana saya juga mempunyai tona kulit tak sekata dan ada cela iaitu parut-parut yang masih belum clear sepenuhnya.

In shaa Allah ada rezeki boleh lah menang tempat pertama ;)

Kepada yang nak join juga contest ni
sila ke link ini : http://www.reelbeaute.com.my/2016/05/blogger-contest-by-reel-beaute_18.html

Ceritakan tentang penjagaan kulit kalian.. :)
Hadiah yang ditawarkan pun menarik juga.. :)

My Header Contest

Sebenarnya dah lama di tag oleh cicha untuk join content ni... tapi almaklumla... hehehe kekadang busy... semak balik ke blog dia tadi... baru teringat.... sebelum masak dan Khalis tak bangun lagi ni... nak cuba join la contest ni... hehehe...[kalau contest ada banner nak kena wat kat My Conway tapi contest ni tak yah letak banner...[i loikeee...:)] .

Contest ini ajuran Rieyana... Hadiahnya pun memang menarik... dan syarat2 yang senang... eceh.... sesiapa yang berminat nak join? Klik kat sini ya...

Ini Header yang saya guna untuk masuk pertandingan...:)
 "adik rieyana... akk nak letak 3 header ek... tiga2 ni header yang akk paling suka...hehehe boleh ya..."

 Ini header saya sekarang... memang saya suka sesangat header ni... kenapa ek? hehehe... saya rasa cantik...pfftt... [hehehe memang saya perasan sendiri...]
 Ini header kartun pertama yang saya cuba buat... Dolly yang merangkap my little Khalis... eceh... saya memang suka sangat header ni... since saya memang addicted dengan Khalis... ;p

Ini pula header yang saya tempah dengan Kak Wansteddy...saya suka bangat ini header... ceh... cantikkan...:)

Ada harapan leh menang tak? hadiahnya menarik tu... hehehe...
opss... lupa nak tag...mari kita tengok siapa yang kena...

1. Mommy Pinky
2. Ibu Aqil
3. Mama Najlaa

[syaratnya kena tag 3 orang... jadi kalau ada sesiapa yang berminat boleh join juga...:)]

Ketiga2 ini wajib join ya contest ini...
Good Luck in advance untuk you all... and gud luck for myself...amin...:)

Yayy! Aku Menang Contest!

Actually entri aku nak post semalam tapi... tak siap nak taip...
malam hari ibu (8 mei 2010) result untuk contest hari ibu yang aku join telah keluar...
tapi disebabkan line broadband internet aku yang problem - lambat loading...
jadi aku malas nak blogwalking...
tapi keesokkan harinnya aku pula yang terlupa pasal contest tu...
dalam pukul 2 petang baru aku ingat pasal result contest...
apa lagi...
aku terus visit belog penganjur contest...


ha... ini header blog beliau...
nama pemilik belog ini adalah ija...
(ini nama panggilan yang aku kenal la)
cepat2! aku syorkan anda pergi terjah belog dia...
lepas baca entri ini ya...habiskan dulu membacanya...
aku kenal dia dari contest yang dia anjurkan...
aku jadi follower dia dan dia jadi follower aku sebab contest ini juga...
bagus ya anjurkan contest...
merapatkan hubungan sesama rakan belog...
picture ini aku ambil isi penting saje...
kalau nak tengok full version...
sila ke belog dia ya...link aku dah bagikan kat atas
(dah 2 kali promote!...)
apa pun! aku bersyukur sangat2...
tak sangka akan menang...
ini adalah 1st contest yang aku join!
sekali dah menang ini membangkitkan semangat aku untuk menjoinkan diri dalam contest2 lain yang akan datang...
for ija: thanks for the present...really appreciate it...
hm...

White note: aku cadang nak pergi shopping baju khalis... semua baju dah nak sendat dah...

Aku Join Contest!!!

hehe ini contest 1st yang aku join...
hm... bleh menang ke hehe cabutan bertuah ni...
contest ni aku ambil kat blog ni...MyEm0.Com
tuan blog kata tak payah panjang2kan... hehe
 
Copyright © Whitey Mommy™