Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!
Showing posts with label My Contest. Show all posts
Showing posts with label My Contest. Show all posts

Contest :"Tell Us About Your Skin" by Reel Beaute

Assalamualaikum w.b.t :)
Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog sepi ini, Entah bila lah kan nak aktif balik sebab makin malas dan malas nak update blog walaupun saya memang aktif je mendesign.

Tujuan update blog ni sebab teringin nak join contest by Reel Beaute, sebab hadiah lumayan... RM300 cash tu.. Bila menang tempat pertama, harap-harap menang lah hendaknya..;)


Semat-mata nak join contest ini, maka saya dengan paksa relanya mengupload gambar saya di blog :P Umur dah masuk 30an, kulit dah makin kena jaga dengan rapi sebab kolagen dah mula menyusut dan tanda-tanda kedut sudah mula nampakkan.

Ok! cerita bab kulit seperti  yang diminta oleh pihak penganjur.

Kulit saya adalah jenis berminyak, kemerahan dan pori-pori jenis mudah terbuka jika penggunaan alat cucian yang salah.

Saya memang jenis yang tak suka langsung pakai makeup, sebab tak pandai make up pun ya. Jadi, penjagaan kulit saya hanyalah skin care semata, sunscreen then lip balm. lepas tu keluar rumah.

Simple dan mudah orang kata.

Dah masuk 30an ni baru nak jaga muka dengan details, maka nak kena jaga betul-betul kan, kena buat pemulihan dan pemeliharaan dari dalam.

Pilihan untuk barang penjagaan kulit saya adalah Brand Cosrx dari Korea. :P

dan saya bahagikan penjagaan kulit saya kepada 3 rutin. Rutin pagi, Petang dan Malam (sebelum tidur)

Buat masa ini, inilah yang dicadangkan oleh penasihat kulit saya, kerana untuk mengurangkan kemerahan dan nak kecilkan balik pori-pori yang terbuka. 

Rutin Pagi, saya gunakan set produk diatas.
lepas tu bila nak keluar saya akan pakai sunscreen untuk mengelakkan sun burn sebab buka saya memang cepat jadi merah bila kena direct cahaya matahari dah tua-tua ni dia jadi sensitif pulak dengan cahaya matahari, nampak gaya kena pindah duk Korea lah kot kan. Cuaca sejuk je.. :P

Ini pulak Rutin Petang, saya guna oil to foam cleanser lepas keluar nak cuci balik sunscreen yang lekat kat muka kena cuci betul-betul supaya tidak tersumbat dalam liang pori-pori yang terbuka. then baru pakai Cuci muka yang label warna merah tu.

Ini rutin sebelum tidur, saya pakai balik cuci muka yang untuk pagi then saya akhiri dengan black head cream tu, sebab nak bagi white head black head di nyahkan dari dalam pori2..


Seminggu sekitar 2-3 kali saya akan pakai Mask, Mask biasa saya guna mask Freeman.

Ini adalah rutin penjagaan setiap hari saya,


Lihat pada produk baru yang Reel Beaute bakal pasarkan ini, ianya menarik minat saya untuk mencuba, Kombinasi Serum dan CC cream! Menarik...
Serum ini :
✅ Dihasilkan melalui Teknologi Nano.
✅ Mempunyai SPF35+ untuk melindungi kulit daripada sinaran UV
✅ Merawat dan mengatasi permasalahan kulit dari dalam.
✅ Menremajakan kulit menjadikan kulit berseri.
✅ Menutup cela di wajah
✅ Menjadikan kulit kelihatan sekata
✅ Mudah disapu dan tidak melekit

Pada saya ianya mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah terutama part sekatakan kulit dan menutup cela pada wajah kerana saya juga mempunyai tona kulit tak sekata dan ada cela iaitu parut-parut yang masih belum clear sepenuhnya.

In shaa Allah ada rezeki boleh lah menang tempat pertama ;)

Kepada yang nak join juga contest ni
sila ke link ini : http://www.reelbeaute.com.my/2016/05/blogger-contest-by-reel-beaute_18.html

Ceritakan tentang penjagaan kulit kalian.. :)
Hadiah yang ditawarkan pun menarik juga.. :)

Saya mahukan Hervé Léger Femme...

Herve Leger

Saya memang suka sangat dengan perfume... rasanya sejak sekolah menengah lagi memang dah pakai perfume... first brand yang saya pakai... Body shop [vanilla vanille] suka bau vanilla tapi sekarang dah tak pakai... :p brand kedua Avon... ke-3 versace... hehehe lepas tu sekarang duk pakai body shop balik...

Tengok Herve leger femme terus jatuh hati... kenapa? pertama dah tentu sebab warnanya pink... suka sangat2... dan kedua botolnya pun cantik... baunya saya tak pasti wangi ke tak... tapi... kalau dah lauching secara besar-besaran...melibatkan model cantik seperti Fazura tu... dan juga jemput ramai2 orang untuk launching... dah tentu perfume ini bukan calang2 kan... dah tentu wangikan...

Saya nak perfume ini dari Kak Emila... boleh la bergaya dan keluar rumah dengan yakin...[sebab saya memang tak yakin nak keluar rumah kalau tak pakai perfume ataupun deodorant..hehehe nanti pening dengan bau badan sendiri..;p] Harga RM 109.00 bagi saya affordable dengan saiz botolnya yang agak besar... boleh pakai lama tu... agak2 setahun pun belum tentu habis..:D saya mahu... saya mahu perfume itu akk...:)

Herve Leger Eau de Parfum For Her Spray 50ml (RM109) will be available starting 16 March 2011. To purchase, contact your AVON Dealers or visit any AVON Beauty Boutiques nationwide. For more info, call the AVON toll-free Line at 1-800-22-AVON (2866) or log on to http://www.my.avon.com

Blog Pink

Di tag oleh Kak Lela... untuk join Kumpulan Blog Pink...

Cerita kan dengan menarik kenapa pilih tema warna pink?

Seingat saya daripada saya kecik2 lagi memang dah suka warna pink... sebab dari kecik lagi memang mak saya selalu belikan baju warna pink... asal baju je pink... asal pink je baju...
eh!

hehehe

Hm... tapi memang suka sesangat dengan warna pink... kalau pergi shopping pun... pilih baju ke... pilih apa je... mesti saya pandang warna dulu... kalau dah nampak warna tu... baru lah... pilih pattern pula... hehehe warna memainkan peranan penting...

Eceh... even my baby boy pun... selalu juga kena pakaikan baju warna pink..;p...

Masa kat Matrik dulu... [erk sehingga sekarang pun...] semua barang2... sehingga baldi... bakul... cadar... semua kaler pink... memang giler warna pink... bawa ke Universiti... hehehe semua pun warna pink... best2... kalau kat U dulu... warna pink pun memang sinonim dengan saya... kalau nampak saya... mesti nampak pink... beg ke kasut ke... even jeans pun saya banyak warna pink...;p ha...

Kalau satu hari saya terpakai... biru gelap ke...ataupun putih... mesti ayat ini akan keluar daripada course mate saya "eh nisha, mana warna pink?" hehehe... mesti punya... so... kalau ada hari yang saya rasa memerlukan perhatian daripada semua rakan2 saya... Jangan pakai warna pink... bukan kata rakan sekelas... semua rakan2 yang kenal pun mesti tanya... hehehe...

Itu lah... dia... memang suka warna pink... tak pink... putih... tak putih... hitam pun ok... kekadang merah pun nampak cantik... but... i still love pink the most...:)

Ok... nak tag dua orang yang punya blog warna pink...
1. Jana
2. Kak Aqish.

Pemenang Contest Birthday Khalis

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera...

Tiba masanya saya mengumumkan para pemenang bagi Contest Birthday Khalis... minta maaf sebab lewat ya... maklumla nak raya semua benda nak kena kemas... Malam tadi pula.. Khalis tidur awal... jadi pagi ni barula putra kesayangan saya ni baru dapat buat cabutan bertuah...

Khalis dah mula excited dah nak tahu apa yang ada dalam kotak cermin mata tu... hehe... dia pusing kiri pusing kanan...

Bila saya buka... dia pun mula la... dah tak sabar2 nak pilih agaknya... huhu... comel betul tangan budak kecik ni...

Ha... ni masa sesi memilih... hehe... habis sepah2 nak dapatkan satu pemenang... khalis memang pandai buat cabutan... teliti tau dia pilih....

dan para pemenangnya adalah seperti berikut... saya ambik 3 pemenang ya...

Tempat Pertama
Kak Yong
Hadiahnya :
Blog template pakej 1
sila emailkan kepada saya kriteria yang kak yong mahukan ya...

Tempat Kedua
Eija Zaquan
Hadiahnya :
Watermark ready-made di blog gallery... pilih kodnya dan emailkan kepada saya ya...
[gambar tidak boleh diubah... hanya tulisan sahaja... ehehe]

Tempat Ketiga
Mira
Hadiahnya:
Watermark ready-made di blog gallery... pilih kodnya dan emailkan kepada saya ya...
[gambar tidak boleh diubah... hanya tulisan sahaja... ehehe]

Tahniah kepada pemenang... bagi yang tidak berjaya... boleh la cuba lagi dalam next GA saya ya... Insyaallah... terima kasih kerana sudi untuk menyertai Contest saya...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan batin jika ada salah dan silap...

Senarai Peserta Contest Birthday Khalis

Kepada semua peserta Contest Birthday Khalis... sila2...tengok nama anda ada tak? mana nak tengok... ok...tengok kat sidebar sebelah kanan ni... "Contestant List"

Seandainya nama anda tidak tersenarai sila inform saya ya... mana la tahu saya terlepas pandang link mommy2 semua...

Keputusan akan diumum malam esok... insyaallah...

Cabutan bertuah akan dilakukan oleh Khalis...
disaksikan oleh saya dan baba Khalis...

Good luck ya kepada semua peserta... semua baby in white really2 cute...
senyum

Contest Birthday Khalis

ini kali kedua ya saya anjurkan contest.. macam best pulak anjurkan contest ni... Khalis dah nak masuk setahun pada 05 September 2010... ya allah... cepat sungguh masa berlalu... Khalis pun dah makin besar.. makin bijak... malam tadi... dah pandai tepuk tangan... tergelak besar saya dengan my hubby... tengok telatah anak kecik ini... comel...

ada sesiapa nak join contest tak??

Syarat-Syarat Contest
1. Buatkan satu entri... hanya letakkan Gambar anak anda [tak kisah anak sendiri ke atau anak saudara, adik pun boleh...] yang sedang memakai pakaian putih... [BABY IN WHITE]
Umur... 0 bulan - 7 tahun....

2. Copy& Pastekan Gambar Khalis diatas di dalam entri anda...

3. Tag 3 orang kawan anda...

4. Tinggalkan link entri anda di dalam ruangan komen entri ini...

untuk memudahkan entri anda dilihat... sila guna format dibawah untuk entri anda...
<a href="url entri contest anda" target="_blank">Nama Entri anda</a>
**bahagian yang saya bold kan dengan warna hitam anda perlu gantikan dengan url dan nama contest anda...terima kasih...

Syarat Sah contest
1. Mesti Jadi Follower dan linkkan didalam bloglist anda, kedua2 blog saya iaitu personal blog Whitey Mommy dan Whitey Mommy Gallery

2. Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berada di dalam dan juga luar negara.

3. Terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Hadiah

MISTERI

Juri:
Cabutan bertuah akan dilakukan oleh MUHAMMAD KHALIS PUTRA

Tarikh tutup:
05 September 2010 on 12.01 Am [
On Khalis's Birthday]


Whitey Note:
ada sesiapa nak join tak? cepat2... senyum

Pengumuman : Pemenang Whitey Mommy's Giveaway...

amat sukar untuk membuat pilihan pemenang... juri2 semua pening kepala... banyak kali diulang2 page yang sama... apa pun... kepada yang tidak menang..jangan putus asa ya... terima kasih sesangat kepada yang sudi menjadi peserta...=)

Pemenang adalah : Sis Nida
sila emailkan kepada saya watermark yang sis inginkan ya... insyaallah saya akan cuba designkan....
Tempat Ke-2 : Sis Farra
Tempat Ke-3 : Sis Lieyna

kepada pemenang tempat ke-2 dan ke-3... sila pilih mana2 watermark yang anda berkenan di Whitey Mommy Gallery dan hantarkan kod watermark yang dipilih... besertakan dengan ayat yang anda ingin letakkan pada watermark...=)

Email at : sitinorkhaironisha@yahoo.com

Tahniah kepada semua pemenang ya... bagi yang tidak berjaya diharap jangan bersedih hati... boleh cuba lagi untuk Giveaway saya yang akan datang... tunggu...

lupa pulak...

kepada ibu Aqil... emailkan kriteria watermark yang ibu nak kepada saya ya... =)

Whitey Note: Maaf saya lambat umum... ades...


Pengumuman : Senarai Finalist Whitey Mommy's Give-Away



Dibawah adalah senarai top 10 finalis untuk Whitey Mommy's Giveaway...
  1. http://www.fdhelina.com/2010/07/whitey-mommy-giveaway.html
  2. http://hijaucantik.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-give-away.html
  3. http://mamalieynaforcontest.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-give-away.html
  4. http://zahirahsofiyyah.blogspot.com/2010/07/whitey-mommy-giveaway.html
  5. http://nisajijah.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-give-away.html
  6. http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/07/whitey-mommy-giveaway.html
  7. http://ibudamia.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-giveaway.html
  8. http://hasroylin.blogspot.com/2010/07/whitey-mommy-giveaway.html
  9. http://fieza79.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-giveaway.html
  10. http://suzie284.blogspot.com/2010/07/whitey-mommys-give-away.html
Terima kasih sangat kepada semua yang sudi join ye... Kepada yang tidak berjaya... nanti cuba lagi untuk my next giveaway [rambang mata saya nak pilih top ten ni...dari malam tasi lagi duk ulang2 page yang sama]...yang pasti... untuk my next give-away... mungkin hadiahnya cukup banyak [kalau boleh nak semua peserta dapat hadiah...boleh ke macam tu =p] saya sertakan link saja sebab Mommy Pinky Meeting hari ni... dia tak dapat nak senaraikan top 10 ni...saya ni malas sikit.. =) terus copy link ... ok...

Whitey Note : To Mommy Pinky and Hubby > sila lah pilih senarai top 3 anda... terima kasih... =)

Senarai Peserta Whitey Mommy's Giveaway

dibawah adalah senarai peserta Whitey Mommy's Giveaway ...
  1. Wife Mr.Em ~ Ibu Mr.Aqil [peserta pertama dah konfirm akan menang watermark...jadi tak menang yang lain pun tak pe...=p makin banyak la koleksi watermark ibu...]
  2. ch@
  3. ummi sofiyyah
  4. Momma Mia
  5. EiJa ZaQuaN
  6. Ain
  7. ikoko
  8. mama zharfan
  9. Lelord
  10. Bond@ While@
  11. Shiela Latif
  12. Anje a.k.a Mama_Balqis
  13. sall
  14. Hezesuze
  15. Nana
  16. mamalieyna
  17. zue @ annaleeya
  18. Nida
  19. mama rifQy
  20. zurazari
  21. mummysyafie
  22. Farra Dhelina
  23. Adlin a.k.a Kyra MomS
  24. Fieza79
ada sesiapa yang tak tersenarai tak? Para juri sedang memilih pemenang bagi giveaway ni... All the best and gud luck to all of you...thank you for joining my give-away...

Whitey Note : actually tengah terfikir nak buat satu giveaway yang mahal ni...ades... tapi duk fikir2 bila nak buat dan nak buat tajuk apa ek? hehe...

Whitey Mommy's Give Away [CLOSED]

[Sticky Post, untuk entri baru sila scroll ke bawah ya...]
Dah lama rasanya nak buat giveaway... tapi saya tak tahu nak bagi hadiah apa... since saya dah boleh sikit2 buat watermark ni... jadi saya rasa ini hadiah yang sesuai...

Syarat-Syarat Contest
1. Buatkan satu entri... hanya letakkan Gambar anda, keluarga ataupun baby anda yang sedang menunjukkan wajah paling gembira... dan ceritakan sedikit sebanyak tentang gambar tersebut.

2. Copy& Pastekan badge contest diatas di dalam entri anda...

3. Tag 3 orang kawan anda...

Syarat Sah contest
1. Mesti Jadi Follower dan linkkan didalam bloglist anda, kedua2 blog saya iaitu personal blog Whitey Mommy dan Whitey Mommy Gallery

2. Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berada di dalam dan juga luar negara.

3. Terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Hadiah
Pemenang: Satu Watermark Custom-made
Tempat ke-2 dan ke-3: Anda boleh pilih mana2 watermark di dalam Whitey Mommy Gallery
Peserta Pertama yang menyertai : Mendapat Satu Watermark Custom-made

Juri:
1. Saya Sendiri
2. My hubby [tak de blog jadi tak boleh link]
3. Mommy Pinky
4. Hubby Mommy Pinky

Pemberi idea : Mommy Aqil, Mommy Dania, dan Wansteddy

[Juri tidak dibenarkan menyertai pertandingan =p]

Tarikh tutup : akan dimaklumkan kemudian... bergantung kepada penyertaan...=)

Apa lagi... sesiapa yang berminat... cepatla join...=)

Pengumuman Tarikh Tutup Whitey Mommy's GiveAway


Whitey Mommy's Give Away akan ditutup pada 26 Julai 2010, pada pukul 12.01 Pagi... Harap Maklum... Terima kasih kepada yang sudi join Giveaway saya ni ya... dan Insyaallah keputusan akan diumumkan pada 28 Julai 2010, pada pukul 12.01 Pagi...

 
Copyright © Whitey Mommy™