Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Bahaya Air Suam

topik ni mungkin agak kurang menarik tetapi sangat2 penting untuk pengetahuan para ibu bapa, bakal ibu bapa, dan juga bakal datuk nenek (hehehe bleh bagi panduan kepada anak perempuan atau menantu yang bakal bersalin). berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya.
"air suam tidak boleh diberikan kepada bayi yang berumur bawah 6 bulan"

ceritanya macam ni... ini bukan rekaan juga bukan dongeng tapi betul2 (muka tu mesti ikut gaya p.ramlee dalam bujang lapuk hehehe)...ok serius!!! saya baru tahu semasa bayi saya berumur 3 bulan (tapi alhamdulillah sebab saya tak pernah bagi air suam, bagi saya ini adalah info tambahan), saya pergi ke klinik seri indah, selayang baru untuk membuat pemeriksaan terhadap anak saya sebab pernafasannya berbunyi kuat pada waktu malam (act. benda ni biasa sebab lendir dalam rongga hidungnya belum lagi habis dikeluarkan oleh badan)
perkara pertama yang ditanya oleh doktor itu adalah: menyusu badan ke formula? saya jawab susu badan

soalan kedua: ada bagi air suam ke atau apa2 makanan? saya jawab tidak.
disusuli dengan soalan 'killer' KENAPA TAK BAGI AIR SUAM? saya pun dengan bangganya jawab: i nak susukan anak i secara eksklusif (ala2 bandar la cakap sebab doktor tu india) dia cakap BAGUS... ini adalah isi yang saya rumuskan.
air suam boleh menyebabkan kematian mengejut kepada bayi yang berumur 6 bulan kebawah (sambil doktor menunjukan satu artikel akhbarsebagai bukti) satu kajian dibuat terhadap 100 bayi dan 2% daripadanya meninggal dunia... kita selamat jika bayi kita bukan yang tergolong dalam 2% tersebut tetapi jika bayi kita tergolong daripada 2%?? ape yang akan berlaku? cara yang terbaik adalah susu ibu sebab susu ibu mengandungi semua nutrien yang lengkap untuk keperluan bayi 6 bulan kebawah.
kenapa ini terjadi? air mengandungi klorin, sistem pencernaan dan perkumuhan bayi tidak lagi matang, klorin boleh merencatkan proses kematangan sistem2 tersebut dan ini bahaya bayi. kita tidak boleh menyamakan era sekarang dengan era terdahulu... setiap kejadian berubah mengikut peredaran zaman. lagi pula air akan menyebabkan bakteria baik dalam perut bayi di bersihkan dan menyebabkan perut tiada perlindungan.
berbanding susu ibu yang mengandungi sel-sel hidup dan bakteria baik yang penting untuk mengelakkan cirit-birit. tahukah anda?? cirit-birit berpanjangan boleh menyebabkan kematian dikalangan bayi kerana badan bayi mengalami dihidrasi. sistem badan bayi di usia ini tidak boleh menerima sebarang minuman atau makanan selain daripada susu ibu...

p/s: saya diberi perundingan yang percuma selama 1 jam. terkejut saya apabila bertanyakan bil, dia cakap free...
ade lagi satu perkara aneh: seorang yang memegang ijazah phD boleh memberi nasihat kepada saya supaya memberi khalis air suam. bermakna pengetahuan tentang susu ibu masih cetek lagi dikalangan masyarakat kita.

4 Comment (s):

  1. saya nak share yerrr mummy.... info nie..

    ReplyDelete
  2. @Naimah SiDiK
    amik la... jangan lupa letak kredit ya... wink2...:)

    ReplyDelete
  3. huh...berguna..amat3 berguna!

    ReplyDelete
  4. hmmm...maknenye kalau suamkan air mineral bolehla bagi ek, sbb xde klorin?

    nice info utk org dewasa juga supaya tidak meminum air paip w'pun stlh dirawat sbb implikasi jangka pjg klorin dan florin ^^.

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™