Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Bila kaki Aku Kram !!!

Aku bercerita lagi tentang aku pregnant dulu...
orang kata masa pregnant, kita akan mengalami macam2 sakit yang tak pernah kita alami...
sebab masa sakit itu adalah penghapus dosa...
kalau tanya, ada sesiapa yang tak pernah mengalami apa2 masa mengandung mesti tak logikkan...
kalau yang paling simple pun mesti pening kepala...
tapi bukan pening yang sekejap tapi ia berlarutan...
aku, masa pregnant, aku tak mengalami morning sickness kecuali kalau masuk bilik air..
memang berejam baru keluar sebab bau tandas itu automatik memang buatkan aku nak muntah...
jadi gosok gigi pun memang kena dekat sinki dapur...
lepas masuk bilik air mesti badan aku jadi penat...
perkara biasa bagi ibu yang pregnant kalau penat memanjang je rasanya...
bukan alasan untuk bermalas-malasan ya, tapi memang itu yang aku rasa...
yang paling teruk aku rasa adalah kena kerja berdiri 24jam, memang penat!
masa dulu aku kan Head manager kat outlet ...
terseksa sangat bila nak MC pun tak boleh, kena fikir itu fikir ini,
area manager yang always give me tension... not attention ok! but tension.
lagi pulak kalau kena pergi monthly outlet meeting dekat head office... kena travel naik KTM, naik LRT dengan perut boyot2 ...
penat dan kadang2 aku takut,
ya la perut besar2 takut kena tolak2 dan terjatuh...apa akan jadi pada aku dan baby?
itu yang aku selalu fikir...
alah! orang KL bukannya kisah ko pregnant ke tak...very the selfish!
aku ingat masa naik LRT ke KTM,
mereka akan tengok dengan buat kesian la kat aku,
bukan nak bagi duduk... biar je berdiri.
ok cukup! back to topic..
yang paling aku tak tahan masa pregnant adalah KRAM @ CRAMP @ KEJANG...
sakit sangat2!!!...
tapi yang pelik aku tak nangis pulak ek? rasa nak nangis tapi tak keluar air mata...kenapa itu?
aku pernah terbaca yang punca kram ini adalah disebabkan oleh badan kita kekurangan kalsium.
jadi cara untuk mengelakkan kram adalah kena minum susu atau tablet kalsium.
itu yang penting ...
memang betul kalau aku rajin bancuh susu dan disiplinkan diri ambil tablet kalsium memang aku takkan kram keesokkan harinya...
aku kan malas dan kurang berdisiplin sikit (sikit ke?)
jadi itu yang membuatkan aku mengalami masalah kram kaki setiap hari.
dan orang yang akan menjadi mangsa untuk mengurut kaki aku adalah tak lain tak bukan my hubby la...
pernah suatu malam tu aku kram,adui sakit giler! dah la penat bekerja...
tapi aku terus bangun dan lompat2 sebab sakit...
hahaha disebabkan terlalu sakit aku terlupa yang aku ni pregnant...
nasib baik tak jadi apa2 kan?
my hubby siap tergelak2 lagi...
dia cakap: dalam penat boleh pulak lompat2 ingatkan kena apa tadi...hahaha
siap gelak2 lagi tak tahu yang kita ni memang sakit betul2 bukannya sesaja nak lompat...
tapi kalau aku ingat balik aku pun rasa macam kelakar (i'm laughing now..hahaha)
tapi kalau setiap pagi...
punca kram tu jadi kalau aku bangun dan menggeliat...
nanti, tengah2 geliat tu mesti terus bekukan diri sebab sakit!
itulah pengalaman aku...
masa nak last2 pregnant aku dah tak kram sebab my hubby selalu ingatkan aku supaya letakkan bantal bawah kaki biar bagi tinggi daripada perut...
lagi pula ada doktor yang sarankan supaya aku mandi air suam setiap masa bila dah hampir nak bersalin...
ini adalah untuk mengelakkan kekejangan perut yang melampau akibat kontraksi...
dan mangsa yang rebus air untuk aku adalah...
siapa lagi...my hubby (lagi sekali glamour gitu!)
alhamdullilah aku tak mengalami kontraksi brixton yang melampau...

Cara yang aku baca untuk mengatasi masalah kaki yang kram adalah:
  • jangan berdiri terlalu lama. jika bekerja yang memerlukan anda berdiri lama, selang selikan duduk seketika untuk mengurangkan beban kaki anda.
  • rajin lakukan senaman ringan untuk meregangkan otot kaki
  • sewaktu tidur tinggikan kaki dengan menggunakan bantal@ sentiasa tukarkan posisi tidur@bengkokkan sedikit kaki kerana bila kaki lurus biasanya senang nak kram.
  • minta bantuan suami suami untuk mengurut lembut di bahagian kaki.
White note: entri ini khas untuk Mommy Pinky sebab dia mengalami kaki yang kram. Terima kasih!

9 Comment (s):

  1. perlu bagi orang pregnant duduk=)
    siann.

    ReplyDelete
  2. tak semua org kay el mcm tu, ingat lg masa saya naik tren dlm ramai2 adalah seorang yang sudi bagi tmpat duduk, terima kasih kepada orang tu.... memang orang kmpung juga yang baik ati, semasa melahirkan anak kat Sabah dulu, baru balik dr klinik, suami dukung anak dan saya pegang payung sementara nak melintas saya rasa hairan kenapa kereta tu berhenti.. rupanya semata2 nak bg kami melintas walaupun jalan kmpg tak jem dan belakangnya pun tak ada kereta.

    kongsi tips rumah tangga, anak, doa untu kanak, nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Wah, tenkiu2~ :'( terharu nih.isk~

    ReplyDelete
  4. klo dh krem maknanya xse nk shopping ler...

    ReplyDelete
  5. emm..indah sbenarnya saat pregnant neh..congrats,ur prince comey bangat
    happy mother's day!!!

    ReplyDelete
  6. wah~~ takotnye nk pregnant..erkkk..gaya cam da kawen lak.hahaha

    ReplyDelete
  7. oowh sy pun the very unlucky pregnant mom, asek kram aje mlm2 (klu tk minum susu, kowt) nsb baik hubby tlg urut tgh2 mlm pn kejut kn dia klu kram, adesss~

    tQ for the info whitey mommy!!

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™