Hasil seni dan reka bentuk adalah berbayar dan hakcipta Whitey Mommy.
Sila hubungi saya di whiteymommy@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Anda TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk mengambil/menyalin/menyimpan
mana-mana bahagian hasil seni dan reka bentuk yang telah saya hasilkan TANPA KEBENARAN!

Nafas Khalis dah tak Kuat bunyi...

Syukur sangat2 malam tadi Khalis macam dah tak sesak nafas... terima kasih ek.. kepada yang mendoakan Khalis dan terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi memberi pendapat serta kongsi pengalaman...memang kesian sangat masa hidung Khalis tersumbat... dia pun asyik tak de mood... biasanya kalau ambil gambar dia la no 1 tersenyum2 dan buat gaya muka macam2.... tapi sebaliknya dia monyok memanjang...=(
tiap kali pun mesti nak nangis..(tak boleh tinggal langsung... memang asyik nak saya ada kat sebelah je.. kalau tinggal konpem nangis macam kena pukul...=( ... dulu dia suka sangat kalau saya ambil gambar tapi ni marah pulak bila ambil gambar... ades... disebabkan kebuntuan yang melanda maka terhasil la entri ni... alhamdulillah... pendapat kawan2 banyak membantu saya... bukan sekadar membantu tapi Khalis dapat bernafas dengan selesa sudah sekarang ni...=) Mommy Afrina syorkan saya pakai minyak HPA (memang dari dulu saya pakai minyak bayi HPA tapi pakai sekadar pada tapak kaki dan betis Khalis je-sebelum pakai stokin... saya tak tahu kegunaan selanjutnya...) dan Mommy Afrina juga suggest saya beli Aromatherapy Plus dari blog Kak Ain... =) Aromatherapy Plus yang saya order tu dah sampai pagi ni...
saya dah pun calit2 kat hidung Khalis dan sapu kat dada serta dada Khalis...

***********************************************************************
dah dua malam saya sapukan minyak bayi HPA pada dada dan belakang Khalis... malam pertama ada sikit perubahan... alhamdulillah malam kedua (malam tadi) , nafas Khalis langsung tak berbunyi masa tidur... dia pun macam selesa je tidur...saya happy sangat2...
Khalis pun dah lain la... bila hidung dah selesa... =) bangun pagi pun dah ceria...
dah mula bergaya dah...=) inilah perasaan ibu bila anak kurang sihat... Alhamdulillah... syukur sangat2... terima kasih banyak2 sekali lagi kepada semua kawan2.... Especially Mommy Afrina sebab suggest Aromatherapy Plus dan cara pemakaian Minyak Bayi HPA dengan betul... terima kasih ya...=)
dan sekarang ni... dua2 minyak ini akan menjadi teman Khalis kemana2... =) anda cuba la juga jika mempunyai masalah seperti saya... Insyaallah...akan sembuh...

10 Comment (s):

  1. Alhamdulillah, Khalis dh sembuh ye...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..nk kn order jgk ni..

    ReplyDelete
  3. Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tertidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali." - Sahih Bukhari
    Selamat berhari Jumaat Al-Mubarak..

    ReplyDelete
  4. syukurlah ya khalis dah okey :-)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..khalis dah sihat & ok... lya pon lega dgrnya.. mmgla ssh sikit kalo budak2 tdo nafas bbunyi.. xselesa jadinya...

    take care yer comel : )

    **lps ni khalis happy2 sokmo yer..

    ReplyDelete
  6. @IMAN'S UMI a'ah sis... alhamdulillah.. syukur sangat2...=)

    ReplyDelete
  7. @zulkbo hm.. kenapa tetiba hadis ni bro.. hehe ke nak letak kat shoutbox ni?

    ReplyDelete
  8. @LYaFRINA alhamdulillah lya... terima kasih ya untuk info2 tu... semuanya 120% membantu.. hehe ...

    ReplyDelete

Thank You For Leaving a Comment to Me...

 
Copyright © Whitey Mommy™